BREAKING NEWS

Tuesday, 8 November 2016

Zalimnya kerajaan kita..

Lihatlah dunia..
Kezaliman kerajaan Malaysia terhadap rakyatnya..
Petrol naik 15 sen dan minyak masak yang dibeli sebulan sekali naik sedikit menyebabkan ramai rakyat yg terseksa..

Inilah buktinya gambar-gambar yang dirakamkan Straits Quay Convention Centre sempena karnival Mood Republik festival fesyen nombor satu negara..
Sebelum pintu dibuka depa sanggup beratuq sakan berbaris panjang berjela..
Puluhan ribu rakyat sanggup berbelanja untuk cuci poket membeli barangan kehendak sahaja..

Oh zalimnya kerajaan Malaysia..
Rakyat terseksa.. terseksa jiwa raga..
Tapi bila ada sesuatu yg menarik depalah nombor satu yang pi terpa.
Duit yang ada depa tak kisah untuk berbelanja janji kemahuan dapat dipuaskan seadanya.

Bila duit abih depa meratib balik pagi petang siang malam kerajaan zalim terhadap mereka..
Nanti ada pula yg kata situasi ini tak mewakili 30 juta rakyat Malaysia..
Namun inilah fakta sebenar majority rakyat Malaysia masih makmur, aman , sentosa dan bebas berbelanja..
Bersyukurlah semua, nikmat yang mana lagi hendak didusta..
 
Copyright © 2014 PenangKini.