BREAKING NEWS

Thursday, 29 December 2016

BR1M Dan Felda Diserang Untuk Tutup Kemelut Dalaman PPBM



Sejak kebelakangan ini, serangan terhadap Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan Felda semakin hebat dilakukan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad dan pemimpin pembangkang yang lain, seolah-olah usaha yang dijalankan kerajaan untuk pembangunan ekonomi negara dan membantu rakyat adalah satu dosa besar.

Mahathir tiba tiba cakap BR1M rasuah. Rafizi pula tiba tiba meroyan isu Felda. Kenapa tiba tiba buat serangan begitu? Mahu "divert" isu besar dalam parti bunga kah?

Daripada isu BR1M yang kononnya mengakibatkan rakyat malas hinggalah kepada polemik bantuan berkenaan adalah rasuah serta kerugian saham utama FGV, ia menjadi satu `lagu' yang acap kali disebut oleh Mahathir dan pemimpin pembangkang terutama Rafizi Ramli setiap kali mereka berceramah.

Ternyata ia sebenarnya adalah satu propaganda bagi mengalihkan perhatian tatkala Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sedang berdepan dengan kemelut dalaman.

Parti bunga, PPBM diluluskan pendaftaran pada 9 Ogos 2016, baru 141 hari usia parti bunga itu. Sudah pecat memecat dan tuduh menuduh satu sama lain.

Tidak sampai 150 hari ditubuhkan, kekecohan sudah berlaku dalam PPBM. Ainina dilondeh dengan cerita klimaks empat kali hingga dipecat secara lisan oleh Mukhriz. Khairuddin, ayam tambatan Mahathir pula menyerang Muhyiddin berkaitan skandal Nika Gee.

Hamidah dan Hamizura di Perak juga bergelora kerana dikatakan punca cerita skandal Ainina. Syed Disko juga dikatakan dinasihatkan berundur kerana kisah disko dan bakal digantikan dengan Rafiq.

Malah Mukhriz juga telah dicanang untuk jadi Presiden baru parti bunga kerana Muhyiddin bakal berundur kerana skandal. PPBM sedang dilanda kemelut skandal, berebut jawatan dan londeh melondeh sesama mereka.

Apa cara untuk elak semua jentera BN serang PPBM ketika mereka dilanda masalah? Maka cipta satu "diversion" agar BN sibuk defensif mempertahankan isu yang diserang.

Jadi kemelut dalaman dapat direda, tidak diserang dengan teruk dan rakyat kurang ambil perhatian kerana ada isu lain yang lebih besar.

Justeru salah satu cara untuk mengalihkan perhatian ialah dengan membangkitkan kemarahan ramai, iaitu memainkan isu BR1M dan Felda yang dekat dengan rakyat khususnya orang Melayu.

Mahathir dan Rafizi tahu hanya dengan cara itu, rakyat akan bangkit mempertahankan BR1M serta Felda, jadi krisis dalaman PPBM dapat ditutup dan dialihkan daripada tumpuan ramai.

Namun mereka terlupa, isu dalaman PPBM itu tidak boleh disembunyikan kerana individu yang terlibat, Anina Saadudin sendiri membuat bising, bukannya orang luar.

Gambar-gambar kontroversi yang didakwa sebagai Anina dan kontroversi seks, serta rakaman suara yang dikatakan suara Anina, yang mahu bertanding sebagai calon PPBM di Langkawi sekali gus mengetepikan Datuk Mukhriz Mahathir yang dikatakan mahu juga menjadi calon di situ, kini menjadi tular (viral).

Malah kenyataan daripada Setiausaha Agung parti itu, Datuk Shahruddin Md Salleh bahawa isu perlucutan jawatan Anina adalah ketua Srikandi PPBM tidak seharusnya wujud kerana majlis pimpinan tertingginya belum pun menubuhkan sayap berkenaan, menambahkan lagi masalah dalaman PPBM.

Begitu juga dengan presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang diminta membersihkan namanya susulan dakwaan mempunyai hubungan sulit dengan isteri orang, Nika Gee juga menambahkan pening Mahathir.

Bayangkan bagi kes Anina, tuduhan ke atasnya tersebar menerusi media sosial dan belum terbukti manakala bagi Muhyiddin pula, tuduhan berkenaan terkandung dalam dokumen akuan bersumpah tetapi tiada tindakan diambil terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Jika Anina dilucutkan jawatan sebagai ketua srikandi PPBM, bagaimana pula dengan Muhyiddin?

Nampaknya ada banyak unsur pilih kasih dan tindakan yang diambil juga tidak adil serta tidak saksama.

Sekiranya kita melihat kepada keadaan ini, ternyata PPBM sedang bergolak. Jadi salah satu cara "diversion" ialah dengan melakukan serangan terhadap BR1M dan Felda.

Tulisan :
Beruang Biru
BB204, Rabu
28 Disember 2016
 
Copyright © 2014 PenangKini.