BREAKING NEWS

Wednesday, 28 December 2016

BR1M: Mahathir Dicabar Buat Laporan Polis Terhadap Dap


PULAU PINANG, 28 Dis – Naib Presiden Parti Cinta Malaysia, Datuk Huan Cheng Guan mencadangkan Tun Dr. Mahathir agar membuat laporan kepada SPRM terhadap Dap memandangkan parti tersebut juga telah mengeluarkan poster kenyataan umum kepada rakyat untuk memohon dan mengemas kini BR1M di beberapa pejabat Dap negara ini. 
Tindakan Dap yang membantu penyaluran BR1M yang dianggap sebagai rasuah oleh Tun Mahathir itu membuktikan bahawa Dap juga terlibat dalam pengagihan wang rasuah dari kerajaan untuk diagih-agihkan kepada rakyat.
“Saya cadangkan beliau buat laporan SPRM terhadap Dap berhubung tindakan Dap yang membantu kerajaan menyalurkan ‘rasuah’ kepada rakyat dengan memberi ruang kepada rakyat untuk menyemak dan mengemas kini maklumat BR1M di pejabat parti mereka.
“Ini disebabkan Tun Mahathir kata BRIM itu rasuah, dan Dap pula terbabit menyediakan paltfom untuk kemudahan rakyat dan ahlinya menyemak BRIM,”
Justeru itu katanya, Tun Mahathir sepatutnya perlu juga membuat laporan kepada SPRM memandangkan parti tersebut juga boleh dianggap bersekongkol dengan pengagihan ‘rasuah’ dari kerajaan.
“Jadi saya cadangkan beliau membuat laporan kepada pihak SPRM supaya menyiasat Dap yang juga dilihat bersekongkol dengan rasuah dalam membantu pemberian BRIM itu. Manalah tahu Dap juga sudah terima ‘rasuah’ dari kerajaan.
“Kalau beliau tak berani nak lapor, saya boleh laporkan ke SPRM berhubung kait peranan Dap dalam membantu kerajaan memberi ‘rasuah’ kepada rakyat,” ujarnya sinis.-


 
Copyright © 2014 PenangKini.