BREAKING NEWS

Thursday, 29 December 2016

CABAR! SURAT RASMI TOLAK KERAJAAN NEGERI !


Mana suara Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP yang juga merupakan Ketua Menteri negeri Pulau Pinang?


Soalan ini timbul kerana semakin ramai rakyat Pulau Pinang bangkit mengkritik ketidakmampuan beliau untuk mentadbir negeri Pulau Mutiara ini. Dalam isu berdepan dengan isu, kita dapat mengagak 3 perangai Guan Eng iaitu:
1. Beliau cuba menjauhkan diri daripada menjawab sendiri pelbagai rungutan rakyat negeri.

2. Sebaliknya, beliau cuba mengalih topik yang menjatuhkan maruah beliau dengan menuding jari kepada pihak lain dan juga membuat kenyataan kontroversi berbau rasis dan cauvinis.

3. Jika tidak pun, proksi beliau yang akan bercakap tentang isu-isu rakyat negeri.
Dan pada masa hanya beberapa bulan ini sahaja, pelbagai soalan dan kritikan terhadap kerajaan DAP yang masih belum dijawab sendiri oleh Lim Guan Eng. Di sini MiM sertakan laporannya :

\
1. Aktivis alam sekitar melahirkan kebimbangan berhubung cadangan Kerajaan DAP Pulau Pinang mempopularkan puncak Bukit Bendera sebagai destinasi pelancongan.
Penasihat Penang Citizens Awareness Chant Group (Chant), Yan Lee berkata, cada­ngan itu termasuk pembinaan dua stesen kereta kabel baharu ke puncak Bukit Bendera.
Menurutnya, pembinaan stesen kereta kabel baharu yang dirancang di Taman Perbandaran Pulau Pinang dan Teluk Bahang itu dikhuatiri akan diikuti dengan projek pelancongan lain di kawasan berkenaan - sumber
2. Lebih 200 nelayan mengadakan demonstrasi aman di hadapan sebuah hotel di Teluk Kumbar di sini bagi membantah projek penambakan laut di perairan selatan negeri ini.
Mereka merupakan sebahagian nelayan dari seluruh kawasan di negeri ini khususnya nelayan Permatang Damar Laut yang terlibat secara langsung dengan projek tambak laut berkenaan.
Selain melaungkan slogan menolak projek itu, kumpulan nelayan berkenaan turut membawa sepanduk mengecam Kerajaan DAP Pulau Pinang antaranya bertulis ‘Nelayan Pulau Pinang tersepit kerakusan aktiviti tambak laut - sumber
3. Penduduk taman Sri Rampai, Paya Terubong, di sini mempersoalkan kelulusan projek pembangunan berkepa­datan tinggi yang diberikan Kerajaan DAP Pulau Pinang kepada sebuah syarikat pemaju di kawasan tersebut.
Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Sri Rampai, Dr. Ti Lian Geh berkata, pihaknya dimaklumkan kelulusan diberikan kepada pemaju untuk membina satu blok bangunan 47 tingkat di atas tanah yang pada asalnya hanya diluluskan untuk pembangunan rumah-rumah tiga tingkat sahaja.
Sehubungan itu, katanya, penduduk membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat perkara berkenaan yang disifatkan meragukan - seterusnya
4. Percambahan projek pem­bangunan melibatkan kerja-kerja tebus guna ta­nah dan pengorekan dasar laut di beberapa kawasan perairan negeri ini mencetuskan kebimbangan khususnya dalam kalangan nelayan.
Pengerusi Persatuan Nelayan Pulau Pinang, Nazri Ahmad berkata, pihaknya kecewa kerana kerja-kerja pengorekan dasar laut dan tebus guna tanah itu seolah-olah bebas dilakukan tanpa sebarang pemantauan pihak berkuasa.
Malah, katanya, terdapat beberapa projek pengorekan laut turut dilakukan di kawasan berhampiran pantai - sumber
5. Jabatan Alam Sekitar (JAS) tidak perlu terburu-buru memberi kelulusan kepada rancangan Kerajaan DAP Pulau Pinang menambak perairan laut di selatan negeri ini bagi membentuk tiga buah pulau buatan.
Sebaliknya, Pengerusi Badan Perhubungan UM­NO negeri, Datuk Seri Zai­nal Abidin Osman berkata, jabatan itu perlu meneliti secara mendalam terlebih dahulu hasil kajian impak alam sekitar (EIA) projek tersebut.
Apatah lagi, dapatan awal EIA yang dijalankan perunding dilantik menunjukkan akan berlakunya kesan kemusnahan ketara terhadap hidupan laut di kawasan yang bakal ditambak di sekitar Permatang Damar Laut - sumber  
Banyak lagi isu-isu tempatan yang dipersoalkan oleh NGO-NGO Pulau Pinang tetapi tidak dipedulikan oleh kerajaan DAP.

Seperti yang telah MiM jelaskan sebelum ini, rintihan NGO-NGO tidak dipedulikan langsung dan tidak memberi sebarang kesan kepada kerajaan DAP negeri kerana DAP tahu, NGO-NGO ini akan tetap mengundi parti itu pada PRU-14 nanti.

Rakyat pun sudah mual dengan hipokrasi NGO-NGO ini yang pandai mengkritik sahaja tetapi mereka masih menyokong kerajaan DAP yang mereka kritik itu. Rakyat juga tahu bahawa Dr Mahathir tidak akan berani menegur kerajaan DAP negeri, begitu juga pemimpin-pemimpin PKR, PAN dan parti Bunga Raya yang lain.

Inilah kelemahan NGO-NGO seperti Penang Forum yang kita nampak. Dan selagi mereka tidak menolak kerajaan DAP pada PRU14 nanti, DAP akan terus menerus merosakkan alam sekitar, mesra pemaju dan tidak mementingkan kesejahteraan rakyat Pulau Pinang.

Pulau Mutiara ini akan menjadi tempat orang kaya dan kesesakan jalanraya akan bertambah teruk di masa depan. Kerajaan DAP pun hanya pandai menjual tanah milik rakyat Pulau Pinang sahaja.

Nasihat MiM ialah agar NGO-NGO ini khususnya Penang Forum menyatakan pendirian secara terbuka (jika benar-benar ikhlas demi rakyat) untuk menolak DAP dan rakan-rakannya pada PRU14 nanti.

Buat satu kenyataan rasmi menyatakan bahawa NGO tidak lagi percayakan kerajaan DAP dan akan memastikan kerajaan DAP tumbang pada PRU14.

Jika DAP tumbang kelak, kita percaya kerajaan baharu akan memperbetulkan segala kepincangan yang telah dilakukan oleh kerajaan DAP ini.

Beranikah Penang Forum, Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan NGO-NGO yang lain?

Sumber
 
Copyright © 2014 PenangKini.