BREAKING NEWS

Tuesday, 20 December 2016

Dakwaan Wang Kertas Baharu Akan Dikeluarkan Pada 2017 Adalah Palsu- BNM

Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini menafikan dakwaan bahawa wang kertas baharu RM1, RM5, RM50 dan RM100 akan dikeluarkan pada 2017.

Memetik laporan Bernama, Bank Negara Malaysia mengesahkan bahawa berita ini tidak benar dan orang ramai dinasihatkan berhenti menyebarnya lagi.

“Siri wang kertas sedia ada sah dan terus berada dalam edaran,”  kata BNM dalam laman web rasminya.


BNM mengulas rantaian mesej yang tersebar menerusi Whatsapp, yang menyebut wang kertas baharu akan mula diedarkan pada Januari dan mata wang lama tidak lagi mempunyai sebarang nilai.
 
Copyright © 2014 PenangKini.