BREAKING NEWS

Monday, 19 December 2016

Dominasi DAP Dalam Pakatan Harapan


Penubuhan Pakatan Harapan melibatkan parti PKR , DAP dan PAN sebelum ini jelas sedang dicelarukan oleh kemasukan PPBM.Malahan pakatan itu yang lahir daripada kegagalan Pakatan Rakyat sebelum ini turut sama berdepan dengan parasit yang mula menggigit dari dalam.

Walaupun secara tersuratnya parti-parti dalam pakatan harapan dilihat duduk semeja dan seolah-olah punya dasar yang dipersetujui bersama hakikatnya kesemua parti-parti itu sedang berdepan dengan krisis kepercayaan.

Krisis ini yang bermula semenjak kemasukan PPBM sudah mula dipertontonkan kepada khalayak dan mereka seolah-olah terlupa bahawa rakyat sedang melihat dan menilai rentak tempo pembangkang ini.

Kekalutan sudah dapat dilihat apabila Presiden PPBM , Tan Sri Muhyiddin Yassin dinasihatkan oleh Setiausaha Agung PKR , Datuk Saifuddin Nasution agar tidak terlalu gelojoh menuntut kerusi sedangkan parti itu masih baharu berada dalam Pakatan Harapan.

“Kita baru 2,3 hari buat MOU (memorandum persefahaman), jadi perlaksanannya belum dibincangkan lagi. Apabila sampai masa, insya-Allah (perbincangan pembahagian kerusi bertanding). Tapi sekarang belum lagi,” katanya kepada pihak media baru-baru ini.

Kenyataan ini dibuat apabila Muhyiddin pada 13 Disember lalu dilaporkan berkata , muafakat kerjasama antara PPBM dan Pakatan Harapan tidak akan berhasil sekiranya kerusi tidak diberi kepada partinya.

“Sebagai parti baru, kami ingatkan yang kami belum ada kerusi lagi, jadi kami mahu minta kawan-kawan (DAP, PKR dan PAN) untuk menyumbangkan kerusi.

“Tidak ke mana muafakat di sini kalau rakan-rakan kita hanya membantu dari segi moral,” katanya.

Tidak cukup dengan itu , Ketua Penerangan PKR Selangor dalam kenyataannya pula membayangkan PPBM dan PAN berkemungkinan tidak akan dibenarkan bertanding di negeri itu dan Pulau Pinang.

Sebaliknya kata Shuhaimi Shafiei , kedua-dua parti tersebut perlu memberi tumpuan di negeri-nege­ri lain yang dikuasai oleh Barisan Nasional (BN).

Ekoran daripada kenyataan tersebut Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Abdul Samad bingkas menempelak PKR dengan berkata parti itu sepatutnya membawa perkara berkaitan kerjasama politik termasuk soal pengagihan kerusi ke dalam mesyuarat tertutup melibatkan kepemimpinan tertinggi DAP, PKR, PAN dan PPBM.

"Selangor dan Pulau Pinang bukan milik PKR. Saya mencadangkan agar semua perbincangan mengenai agihan kerusi dilakukan dalam mesyuarat kepemim­pinan pakatan pembangkang.

"Ia menggambarkan betapa terdesaknya pihak yang mencadangkan perkara itu. Saya berharap cadangan-cadangan pramatang ini tidak lagi dibuat," !

Jelas apa yang sedang berlaku itu adalah krisis kepercayaan sesama parti dalam Pakatan Harapan dan sesuatu yang pasti adalah di mana DAP pada ketika krisis ini sedang berlaku ?

DAP dilihat tidak campur tangan dalam krisis ini kerana mereka tahu apa jua yang berlaku nanti kedudukan kerusi milik mereka tidak akan sesekali hilang dari gengaman khususnya di Pulau Pinang.

Kerusi milik DAP sudah pasti akan terus kekal menjadi milik parti itu seterusnya memerlihatkan kelicikan dominasi DAP terhadap Pakatan Harapan.

Biar PKR dan PAN tentukan apa yang perlu mereka lakukan untuk menyambut kehadiran PPBM yang kini begitu inginkan kerusi !

Di akhirnya nanti pada ketika PAN dan PPBM melutut untuk dapatkan kerusi , kedua-dua parti itu akan sedar betapa PKR telah selesa di Selangor manakala DAP senang di Pulau Pinang.

Disebabkan keadaan sedemikian kemungkinan akan berlakunya perpecahan dikalangan parti-parti dalam Pakatan Harapan dan mungkin sampai ke tahap bertukar nama sekali lagi.

Dominasi siapa kalau bukan DAP !
 
Copyright © 2014 PenangKini.