BREAKING NEWS

Saturday, 3 December 2016

FELDA PERKENAL MINYAK MASAK SAWIT DALAM BOTOL BERSUBSIDI JENAMA TIARA


Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), bermula hari ini melalui FELDA Global Ventures Berhad (FGV) memperkenalkan minyak masak sawit bersubsidi dalam botol dengan saiz 1 liter. Minyak masak sawit bersubsidi yang dibotolkan itu diusahakan oleh anak syarikat FGV iaitu Delima Oil Products Sdn Bhd (DOPSB) atas jenama Tiara.
Minyak masak sawit dalam botol dengan saiz 1 liter itu dipasarkan dengan jenama Tiara dan dijual dengan harga RM2.95 seunit.
Usaha DOPSB yang memperkenalkan minyak masak sawit bersubsidi dalam botol ini adalah dibawah program subsidi minyak masak sawit yang dilaksanakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).
Minyak masak sawit bersubsidi jenama Tiara, kini boleh didapati di rangkaian pasaraya-pasaraya The Store dan AEON BIG di kawasan Lembah Klang.
Penjualan minyak masak ini akan diperluaskan ke pasaraya-pasaraya lain akan datang.
 
Copyright © 2014 PenangKini.