BREAKING NEWS

Tuesday, 20 December 2016

Isu Coklat Kit Kat Ada Alkohol Tidak Benar - Jakim



Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini menjelaskan bahawa dakwaan tentang coklat jenama Kit Kat keluaran Nestle mengandungi alkohol adalah tidak benar, malah ia adalah untuk pasaran dan juga dikilangkan di luar negara.

Badan Halal itu membuat kenyataan menerusi laman Facebook Bahagian Hab Halal, Jakim turut berkata Jakim tidak akan mengeluarkan pengesahan halal untuk produk yang secara terangan menggunakan alkohol.

"Perlu ditegaskan di sini bahawa produk jenama Nestle yang dikilangkan di Malaysia mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah.

"Justeru, masyarakat Islam diseru agar lebih bijak dan peka apabila menerima sesuatu maklumat," terang Jakim dalam kenyataan itu.

"Jangan mempercayai maklumat yang tidak disahkan, serta perlu menyelidiki terlebih dahulu sebelum menyebarkan maklumat tersebut," jelas kenyataan itu lagi.
 
Copyright © 2014 PenangKini.