BREAKING NEWS

Thursday, 22 December 2016

Juruterbang maut, pesawat TUDM terhempas di Butterworth

 Seorang juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) maut, manakala 3 lagi cedera apabila pesawat jenis Beechcraft B200T yang dinaiki mereka terhempas berhampiran Terminal Peluru Pangkalan Udara Butterworth, hari ini.
Menurut kenyataan TUDM, dalam kejadian 5.18 petang itu, anak kapal dipercayai juruterbang itu meninggal dunia, manakala 3 mangsa cedera dibawa ke Hospital Seberang Jaya.
TUDM sedang memaklumkan kejadian itu kepada semua keluarga mangsa terlibat.


TUDM akan menubuhkan pasukan penyiasatan bagi mengenal pasti punca kejadian.
Sementara itu, berdasarkan portal rasmi TUDM, pesawat itu digunakan 16 Skuadron dalam melakukan tugas Penerbangan Pengawasan Maritim yang berpangkalan di Pangkalan Udara Subang.
Tugas utama 16 Skuadron adalah memberi amaran awal dan melapor segera pengenalan kapal di perairan dan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE).
Selain itu, skuadron terbabit juga mengawasi dan melapor kegiatan di kawasan pelantar minyak, zon menangkap ikan, kemasukan pendatang tanpa izin, aktiviti pencemaran laut serta mengawasi dan meronda kawasan terumbu yang diduduki serta dituntut.
Setakat ini, 16 Skuadron banyak membantu agensi kerajaan lain dalam mengurangkan jenayah dan penyeludupan di perairan ZEE.
 
Copyright © 2014 PenangKini.