BREAKING NEWS

Thursday, 22 December 2016

Kerajaan Dap Angkuh, Nelayan Pulau Pinang Menjadi Mangsa


KUALA LUMPUR, 22 Dis – Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim menyelar tindakan kerajaan Negeri Pulau Pinang yang ditadbir oleh Dap lantaran keangkuhan mereka untuk meneruskan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang biarpun ia ternyata menghancurkan masa hadapan nelayan dan alam sekitar kawasan terbabit.
Katanya, sikap angkuh kerajaan Pulau Pinang masih berterusan biarpun laporan dari kajian awal yang dikeluarkan oleh pihak Perunding Penilaian Kesan Alam Sekitar menyatakan ancaman besar akan terjadi terhadap alam persekitaran dan kehidupan nelayan.
“Mungkin mudah untuk kerajaan Pulau Pinang beri pampasan, namun dengan mengorbankan alam sekitar bukanlah melambangkan kewibawaan kerajaaan negeri dalam menjaga kelestarian alam. Ini warisan negara yang perlu dipertahankan.
“Wira yang tidak selalu didendangkan seperti nelayan ini sebenarnya sudah bertarung nyawa demi memberi sumber protein kepada rakyat Malaysia. Apatah lagi sumber laut di kawasan Permatang Damar Laut inilah menjadi lubuk rezeki mereka,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Jelas beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor, projek ini sudah pasti menjejaskan kehidupan para nelayan terutamanya di Kampung Sungai Batu yang selama ini bergantung hidup dengan sumber marin di situ.
“Hal ini turut membuktikan bahawa kerajaan Pulau Pinang tidak benar-benar membantu dan memikirkan nasib nelayan.
“Pemberian pampasan bukanlah satu-satunya jalan bagi menutup kerosakan dan tidakpuasan hati para nelayan, namun paling penting adalah kemampanan dan kelestarian pembangunan dalam menjaga nilai-nilai estetika semula jadi.
“Nilai-nilai seperti ini mampu menjana pendapatan tanpa memudaratkan persekitaran disamping memajukan ekonomi setempat khususnya para nelayan. Tidak ada maknanya jika pengangkutan dibangunkan dengan menghancurkan khazanah alam yang nilainya tiada tandingan serta bertukar ganti.”
Tegasnya, tindakan kerajaan Pulau Pinang hanyalah bersifat ingin membuktikan kejayaan menyiapkan pelan rancangan tanpa mengira nasib semua pihak dan kesannya.
“Kegagalan dalam mengimbangi kelestarian alam dan kesejahteraan rakyat memberikan gambaran bahawa kerajaan Pulau Pinang bersikap tidak bersikap adil dan lari dari maksud pembangunan yang sebenar.

“Jangan dipersalahkan nelayan sekiranya ikan tidak mencukupi di pasaran serta menyebabkan harga tidak menentu. Sepatutnya ekosistem ekonomi nelayan yang menjadi warisan negara seharusnya dilindungi dan dipertahankan oleh kerajaan Pulau Pinang bukannya menggunakan alasan pembangunan utk dijadikan alasan utk menafikan hak yg mereka miliki sejak merdeka lagi,” bidas beliau lagi. 
 
Copyright © 2014 PenangKini.