BREAKING NEWS

Thursday, 22 December 2016

Kerajaan DAP P.Pinang Sepatutnya Jelaskan Bukan Saman


Sebagai sebuah kerajaan negeri seharusnya apa jua persoalan yang ditimbulkan oleh mana-mana pihak sekalipun ianya perlulah ditangani dengan berhemah serta bersikap profesional.Apatah lagi kerajaan negeri itu dikepalai oleh parti DAP yang sudah terlalu lama mengaku mengamalkan urustadbir Cekap , Akauntibiliti dan Telus (CAT).

Adalah sesuatu yang janggal apabila kerajaan DAP Pulau Pinang mengambil pendirian bertentangan dengan dasar yang mereka sendiri cipta.Seharusnya dasar CAT yang digunapakai itu menjadi teras kepada kerajaan DAP Pulau Pinang dalam mendepani sebarang permasalahan yang wujud khususnya yang melibatkan kepentingan rakyat.

Apakah menjadi satu kesalahan besar kepada mana-mana individu sama ada pimpinan mahupun rakyat di akar umbi untuk menyuarakan rasa hati mereka terhadap kerajaan negeri ?

Atau adakah ianya menjadi satu kesalahan sekiranya ada mana-mana pihak tampil mempersoalkan ketelusan kerajaan DAP Pulau Pinang terhadap perancangan mahupun pelan pembangunan yang dirancang ?

Isunya bukan memfitnah tetapi persoalan !

Meringkaskan persoalan yang dibangkitkan oleh  Teng Chang Yeow , Pengerusi Gerakan Pulau Pinang merangkap Pengerusi BN Pulau Pinang tentang isu Pulau Jerejak ini mudah sebenarnya.

1. Dalam soal penjualan saham melibatkan pegangan PDC terhadap Pulau Jerejak , Teng berkata beliau dimaklumkan sumbernya dalam PDC yang kerajaan DAP Pulau Pinang telah menolak kerjasama hampir sama pada 2013 dan hilang peluang memperoleh keuntungan besar.

Katanya, penjualan sama itu boleh menjana RM450 juta dalam jaminan keuntungan dengan nilai pembangunan kasar RM1.5 juta.

Katanya, dengan 49% saham dipegang PDC, ia berpotensi mendapat keuntungan RM220 juta jika meneruskan cadangan urus niaga pada 2013 itu.

“Kenapa ketua menteri dan PDC memilih RM156 juta dengan menjual 49% saham dan rugi hak pegangan terhadap resort di Pulau Jerejak?

“Jika ketua menteri meluluskan kerjasama itu, PDC sudah pasti berpotensi untuk mendapat keuntungan RM220 juta dan hak terhadap Pulau Jerejak dikekalkan”.

Teng berkata Lim sepatutnya mendedahkan semua dokumen berkaitan penjualan saham demi kepentingan ketelusan.

2.Pengerusi BN Pulau Pinang itu turut berkata memandangkan Pulau Jerejak dikenali sebagai sebuah tempat ekopelancongan, pembangunan pada masa depan seperti projek hartanah kediaman akan memusnahkan tumbuh-tumbuhan hijau di kawasan itu.

“Menurut laporan, sebuah jambatan akan dibina bagi menghubungkan kawasan tebus guna baharu yang terletak berhadapan dengan Queesnbay Mall ke Pantai Jerejak,”.

Selain daripada itu empat hotel lima bintang, sebanyak 1,200 unit kediaman, sebuah marina, sebuah taman tema dan laluan basikal sepanjang 11.5-km dilaporkan akan dibina bagi menggalakkan pelancongan di negeri ini.

Isunya “Pentadbiran negeri berulang kali menafikan di Dewan Undangan Negeri tentang wujudnya rancangan pembangunan di Pulau Jerejak kerana negeri ini berjanji tidak akan menjual kepentingan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) di Pulau Jerejak,” kata Chang Yeow.

Mengambil kira kedua-dua perkara diatas maka jelaslah persoalan yang dikemukakan oleh Pengerusi BN Pulau Pinang ini berasas dan Lim Guan Eng seharusnya menjawab persoalan yang dibangkitkan bukan mencari helah mencabar serta membuat ugutan untuk menyaman.

Teng dalam kenyataan terbarunya berkata tindakan ugutan saman terhadapnya oleh kerajaan negeri pimpinan DAP berhubung isu Pulau Jerejak yang beliau bangkitkan adalah bertujuan menghentikan mana-mana pihak lain yang cuba mempersoalkan kepimpinan mereka.

Tindakan beliau yang membangkitkan isu tersebut demi kepentingan rakyat dilihat telah dihalang oleh kepimpinan Ketua Menterinya, Lim Guan Eng yang terdesak untuk menghentikan lebih banyak pendedahan berhubung isu Pulau Jerejak.

Bagaimanapun perkara itu tidak menghalang beliau untuk meneruskan hasrat tersebut meskipun bakal berdepan dengan tindakan undang-undang daripada kerajaan negeri.

“Hari ini saya yang diugut saman. Esok adalah masa untuk kamu semua (pengamal media) dan disusuli dengan rakyat Pulau Pinang yang mempersoal kepimpinan kerajaan negeri pimpinan DAP.

“Saya akan terus dedahkan maklumat mengenai kepincangan kerajaan DAP Pulau Pinang dalam isu Pulau Jerejak dan urusan lain dalam tempoh terdekat ini,” kata Chang Yeow.

DAP adalah sebahagian daripada pembangkang yang sering mempersoalkan tentang dasar-dasar kerajaan Barisan Nasional dan antara contohnya dalam usaha menggaitkan kepimpinan negara YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dengan isu 1MDB.

Sebagai sebuah kerajaan persekutuan yang berpegang kepada ketelusan maka satu jawatankuasa PAC yang menggabungkan Ahli-Ahli Parlimen dari pelbagai parti telah diwujudkan bagi melakukan siasatan terhadap dakwaan bukan persoalan berlakunya penyelewengan dalam pengurusan dananya oleh Perdana Menteri.

Akhirnya jawatankuasa PAC mengesahkan semua dakwaan tersebut adalah tidak benar sama sekali.

Berikut adalah kenyataan yang merujuk kepada pengesahan tersebut.

Tiada salah laku jenayah dalam syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Sri Azalina Othman Said, laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengesahkan syarikat milik Kementerian Kewangan itu bebas dari sebarang penyelewengan.

“Laporan PAC pada hari ini membuktikan bahawa tiada salah laku jenayah dalam syarikat milik Kementerian Kewangan itu seperti yang didakwa pembangkang. Selain itu, Laporan PAC turut mengesahkan bahawa tiada sebarang penyelewengan kewangan dan tiada duit yang hilang seperti yang didakwa sebelum ini.

“Proses siasatan yang dijalankan secara transparen dengan memanggil saksi-saksi yang berkaitan serta menggunakan dokumen-dokumen sokongan yang sah,” katanya.

Beliau berkata, pada masa sama,  PAC mengesahkan bahawa YAB Perdana Menteri bukan sahaja tidak melakukan sebarang kesalahan, malah tidak menyumbangkan kepada kesalahan jenayah. Terbukti segala tuduhan tuduhan dan tohmahan terhadap YAB Perdana Menteri selama ini adalah tidak berasas dan hanya bermotifkan politik semata-mata yang berniat untuk menjatuhkan YAB Perdana Menteri secara tidak demokratik.

Katanya, PAC adalah jawatankuasa bi-partisan yang dianggotai oleh wakil pembangkang dan kerajaan. sumber http://www.barisannasional.org.my/news/laporan-pac-buktikan-pm-tidak-bersalah

Berbalik kepada isu ugutan tindakan saman kerajan DAP Pulau Pinang terhadap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Teng Chang Yeow , jika persoalan sebegini pun dianggap sebagai sesuatu yang harus dibalas dengan tindakan menyaman maka dimanakah ketelusan yang diwar-warkan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang selama ini ?
 
Copyright © 2014 PenangKini.