BREAKING NEWS

Friday, 30 December 2016

Kerajaan DAP Tangguh Tambak Laut , Persoalannya ?




Isu yang telah menjejaskan reputasi kerajaan DAP Pulau Pinang ini nampaknya memasuki episod baru setelah projek tersebut ditangguhkan.

Penangguhan projek tambakan laut itu dibuat setelah Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar meminta kerajaan Pulau Pinang menghentikan semua projek tambakan laut bagi membolehkan jawatankuasa khas menyiapkan laporan DEIA dan EIA terlebih dahulu.

Dalam satu sidang media semalam , Exco Kerajaan Tempatan, Tebatan Banjir dan Lalu Lintas negeri, Chow Kon Yeow telah mengatakan mereka menerima nasihat daripada Kerajaan Persekutuan yang mahukan projek tersebut ditangguhkan.

“Setiap prosedur bagi kerja tambakan laut ini dibuat berdasarkan garis panduan ditetapkan mengikut undang-undang. Kita akan menyiapkan segera laporan EIA bagi diserahkan kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS).

“Kami beri jaminan tidak akan memulakan sebarang projek, sama ada tebus guna tanah atau Transit Aliran Ringan (LRT) hingga menerima kelulusan daripada Kerajaan Persekutuan,” katanya pada sidang media, Khamis.

Persoalannya adalah bagaimana projek tersebut boleh bermula dan Chow Kon Yeow sendiri mengaku bahawa setiap prosedur bagi menjalankan kerja-kerja penambakan dibuat mengikut garis panduan ?

Garis panduan dan undang-undang mana yang kerajaan DAP Pulau Pinang turuti ?

Apakah kerajaan DAP Pulau Pinang telah mendapat kebenaran daripada pihak yang melibatkan kementerian ?

Jika Ya , berdasarkan prosedur apa kelulusan tersebut diberikan kerana antara alasan supaya projek tersebut ditangguhkan adalah bagi membolehkan jawatankuasa khas menyiapkan laporan DEIA dan EIA terlebih dahulu ?

Melihat kepada turutan diatas ianya jelas mengelirukan apatah lagi laporan berkaitan alam sekitar khususnya masih lagi diperingkat siasatan ?

Malah jika berdasarkan laporan awal sekalipun ianya tidak relevan memandangkan terdapat kekeliruan serta kelemahan sehingga satu siasatan baru dibuat ?

Keputusan yang dibuat oleh kerajaan DAP Pulau Pinang ini dilihat lebih terarah kepada usaha untuk melepaskan diri kerana kemungkinan tudingan kesalahan itu akan berbalik kepada pihak kementerian yang terlibat seterusnya menjadikan kerajaan DAP seolah-olah mangsa keadaan.

Dalam masa yang sama bagaimana arahan bagi menghentikan projek tersebut hanya dikeluarkan semalam sedang projek penambakan laut itu sudah berjalan lama sebelum ini termasuklah bantahan daripada pelbagai pihak khususnya para nelayan di Pulau Pinang ?

Pihak terlibat perlu menjelaskan keadaan ini kerana ramai yang khuatir apakah ada tangan-tangan ghaib yang bersekongkol dengan kerajaan DAP semata-mata ntuk mengaut keuntungan atau kerajaan DAP Pulau Pinang dengan sengaja meneruskannya untuk mengejar keuntungan politik ?
 
Copyright © 2014 PenangKini.