BREAKING NEWS

Tuesday, 27 December 2016

Kerana Mengkritik Dasar Kerajaan DAP P.Pinang , Ahli Majlis Di Label Pengkianat

Keangkuhan kerajaan DAP Pulau Pinang sudah tidak boleh disembunyikan lagi , kuasa politik yang diamanahkan oleh rakyat kepada pembangkang yang menjadikan DAP sebagai kuasa besar politik di Pulau Pinang sudah pun dilacurkan.

Bahkan dalam keadaan tertentu DAP langsung tidak menghiraukan rungutan serta suara akar umbi sebaliknya terus dengan agenda dan perancangan mereka kononnya untuk kesejahteraan rakyat sedang realitinya hampir semua pelan dan perancangan kerajaan negeri lebih banyak menimbulkan kekhuatiran dan kebimbangan penduduk.

Pelbagai isu kini menghantui kerajaan DAP Pulau Pinang , antara yang terkini adalah isu salah guna kuasa dan rasuah Lim Guan Eng kemudiannya pembohongan terhadap projek terowong dasar laut.Tidak cukup dengan itu penambakan laut untuk mewujudkan 3 buah pulau selain pertikaian terhadap PTMP (Penang Transport Master Plan).

Bukan setakat itu di Dewan Undangan Negeri (DUN) juga kerajaan DAP Pulau Pinang terpaksa bermati-matian mempertahankan dasar kerajaan negeri yang semakin hari semakin dipertikaikan bukan sahaja oleh wakil-wakil Barisan Nasional (BN) tetapi juga wakil-wakil daripada PKR dan DAP sendiri.

Terkini seorang Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) Dr Lim Mah Hui telah menyatakan tidak mahu lagi berkhidmat di bawah kerajaan DAP Pulau Pinang.

Satu tamparan hebat buat pentadbiran Lim Guan Eng setelah seorang lagi ahli DAP bernama Roger Teoh bertindak keluar parti baru-baru ini kerana hilang percaya dengan ketelusan pentadbiran DAP sebagai pentadbir kerajaan negeri.

Dr Mah Hui melahirkan kekecewaannya apabila perubahan yang diinginkan terhadap Pulau Pinang tidak berlaku seperti mana yang diharapkan.

Beliau yang telah berkhidmat sebagai Ahli Majlis MBPP sejak 2011 mewakili masyarakat sivil Forum Pulau Pinang mula bercanggah pendapat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pada Mac berkaitan dengan projek letak kereta, melebarkan jalan dan angka menunda kereta oleh penguatkuasaan majlis.

Pada bulan Julai, Dr Mah Hui mengkritik Pelan Induk Pengangkutan Negeri Pulau Pinang (PTMP) dan mencadangkan alternatif yang lebih baik, lebih murah serta pelan induk pengangkutan yang lebih cepat.

Sebulan sebelum itu, beliau menghantar surat kepada Unesco menyatakan kebimbangan bahawa PTMP akan menjejaskan status Tapak Warisan Dunia di George Town.

Sepanjang perkhidmatan beliau di MBPP, Dr Mah Hui telah dilabel sebagai pembohong, tikam belakang dan pengkhianat kerajaan negeri oleh ahli-ahli politik DAP tempatan.

Dalam masa yang sama bekas ahli DAP , Roger Teoh turut mengecam tindakan DAP melabel Dr Mah Hui sebagai pengkhianat.

“Ada sesuatu yang tidak betul apabila kerajaan negeri telah bertindak balas terhadap surat Unesco Dr Lim. Saya merasakan tidak adil beliau dilabelkan pengkhianat.

Beginilah sikap kerajaan DAP Pulau Pinang hari ini , siapa jua yang mengkritik pasti parti DAP dan kerajaan negeri akan menyerang mereka habis-habisan walaupun anda adalah ahli parti dan sekutu

Perkara ini diakui sendiri oleh Roger Teoh bekas ahli DAP yang telah meletakkan jawatannya dari parti kerana melihat terlaku banyak skandal melibatkan projek mega RM46 bilion.

Terlalu banyak skandal ... Memalukan !
 
Copyright © 2014 PenangKini.