BREAKING NEWS

Friday, 2 December 2016

#PAU2016 Ambil Iktibar Nasib Pulau Pinang- Shaik Hussein


KUALA LUMPUR 2 Dis. - Semua kepemimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu mengambil iktibar negeri-negeri yang telah jatuh di tangan pembangkang kerana nasib rakyat tidak akan terbela di bawah pemerintahan mereka.



Wakil UMNO Pulau Pinang, Datuk Dr. Shaik Hussein Mydin berkata, perkara itu telah pun berlaku di Pulau Pinang apabila pemimpin DAP menggunakan stategik licik untuk menghalau rakyat miskin dengan mengambil tanah mereka untuk melaksanakan projek mewah.

Beliau berkata, kerajaan DAP di bawah Lim Guan Eng itu langsung tidak mempedulikan hak rakyat untuk memiliki rumah apabila melaksanakan projek perumahan bernilai jutaan ringgit selain menetapkan hanya 30 peratus kuota untuk bumiputera.



"Untuk negeri yang masih kita pegang selesa, jangan syok sangat. Benda dah jadi di Pulau Pinang apabila DAP memerintah. Jangan lagi bagi terlepas pada mereka nanti rakyat akan susah," katanya ketika membahaskan usul ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2016 di sini hari ini.



Sumber Utusan

 
Copyright © 2014 PenangKini.