BREAKING NEWS

Thursday, 1 December 2016

#PAU2016 Najib Suntik Semangat Perwakilan - Zainal Abidin


Ucapan DS Najib yang mencetuskan semangat kepada pejuang-pejuang akar umbi untuk terus bekerja keras bagi merampas kerusi yang tewas dan mengekalkan kerusi yang menang dengan lebih majoriti.

YAB DS Presiden juga telah memberikan motivasi dan kata semangat kepada para pejuang parti untuk terus mendekati rakyat, membina keyakinan serta terus fokus bekerja mengembalikan kepercayaan orang ramai terhadap UMNO Barisan Nasional.

Dato Seri Zainal melihat para perwakilan amat berpuashati dengan ucapan para presiden yang dilihat cukup menyuruh dimana mencakupi pelbagai aspek yang memberikan suntikan semangat kpd para perwakilan.

Para pemimpin dan perwakilan akan tetap beriltizam untuk meneruskan perjuangan di waktu sukar ini. Walau pelbagai dugaan dan ancaman melanda tetapi para perwakilan yang telah matang untuk melalui suka duka perjuangan ini beliau yakin akan dapat membawa parti ke arah kemenangan.

Berdasarkan ucaptama YAB DS Presiden yang menjurus kepada persiapan PRU14 beliau yakin ahli-ahli parti akan pulang dengan satu keyakinan dan kesungguhan untuk memastikan apa yang dihasratkan Presiden menjadi kenyataan agar UMNO Barisan Nasional terus kekal memerintah negara ini selepas PRU14.

DS Zainal Abidin mengulas bahawa paluan gendang telah berbunyi dalam perjuangan di medan ini yang memerlukan UMNO terus bergerak ke depan dalam menjayakan perjuangan parti serta meletakkan UMNO Barisan Nasional terus di tampuk kuasa yang perlu diteruskan zaman-berzaman.
 
Copyright © 2014 PenangKini.