BREAKING NEWS

Sunday, 25 December 2016

Pembangkang Mula Bertindak Ala REJIM NAZI



Jika sebelum ini Lim Kit Siang pernah melabelkan UMNO sebagai parti politik yang menyamai rejim Nazi pada era Hitler kerana menyekat kebebasan bersuara selain bersifat rasis dengan menjadikan DAP sebagai wadah untuk menakut-nakutkan pengundi berbangsa Melayu , kini ianya terarah kembali kepada DAP dan parti yang bersama dalam Pakatan Harapan.

Kit Siang seharusnya segera memberikan komen terhadap tindakan kerajaan Selangor dan Pulau Pinang yang dilihat sudah mula menjadikan agensi di bawah kerajaan negeri sebagai agen untuk membalas dendam terhadap sesiapa jua yang mengkritik dasar mahupun kelemahan kerajaan negeri yang ditadbir oleh pembangkang.

Kegagalan berbuat demikian menjadikan tuduhan Kit Siang sebelum ini sebagai tindakan kebudak-budakkan kerana seluruh rakyat Malaysia dapat melihat sendiri bagaimana DAP dan PKR sudah mula memanipulasi kedudukan mereka untuk kepentingan politik semata-mata.

Insiden perobohan premis milik Datuk Jamal dalam tempoh singkat selepas beliau hadir ke bangunan SUK Selangor dalam simbolik protesnya terhadapnya masalah air sebenarnya menjadi kayu ukur betapa Pakatan Harapan tidak profesional.

Jika sebelum ini pimpinan dalam Pakatan Harapan begitu lantang menuduh pihak berkuasa sebagai anjing kerajaan atau anjing UMNO hanya kerana bertindak mengawal keadaan dalam demontrasi jalanan seperti BERSIH yang pernah mencetuskan keganasan , bagaimana pula dengan penguatkuasa daripada kerajaan negeri di bawah Pakatan Harapan yang dikerah dalam misi membalas dendam politik mereka terhadap pihak-pihak yang mengkritik dasar kerajaan negeri di bawah pembangkang ?

Kit Siang juga seharusnya berasa malu dengan sikap anak kesayangannya Guan Eng apabila turut melakukan perkara yang sama.

Di Pulau Pinang kerana kelantangan seorang pemilik cafe yang mengkritik dasar pentadbiran kerajaan DAP maka beliau menjadi sasaran Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP).

Hanya selepas 3 hari kritikannya disiarkan oleh sebuah akhbar berbahasa cina di Pulau Pinang , pihak berkuasa telah bertindak merobohkan struktur bangunan di premis miliknya.Selain daripada itu pihak berkuasa juga turut menyerbu 2 lagi premis miliknya dan melakukan pelbagai pemeriksaan yang dilihat banyak pihak sebagai usaha untuk mencari alasan bagi menghalalkan cara.

Apa jua kesalahan yang dilakukan oleh pemilik terbabit sama ada terdapat kesalahan mahupun tidak  , tindakan dalam tempoh sebegitu sebenarnya adalah tindakan berdasarkan kepentingan politik semata-mata.

Melihat kepada tindakan sedemikian masyarakat kini sudah mula bimbang dengan kerajaan DAP Pulau Pinang kerana apa sahaja boleh berlaku memandangkan kuasa politik kini sudah mula dijadikan sebagai senjata untuk menekan rakyat khususnya mereka-mereka yang mengkritik pentadbiran kerajaan negeri.

Bukankah tindakan ini menyekat kebebasan bersuara ?

Ekoran daripada tindakan tersebut , Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang mendakwa tindakan diambil kerajaan negeri ke atas pengkritik mereka setanding mafia.

“Menyedihkan untuk kata kerajaan Pulau Pinang sudah menjadi sebuah kerajaan ala mafia. Anda kritik, anda dapat balasannya. Ini adalah serangan tidak adil.

Mengimbau kembali sewaktu era Nazi di Jerman , Hitler pada ketika sudah mula menguasai hiraki politik negara tersebut telah mewujudkan satu pasukan yang diberi nama SS.

Pasukan yang ditugaskan untuk menjadi pengawal pemimpin Jerman itu bukan sahaja menjadi pasukan tentera yang digeruni tetapi mereka juga adalah agen Hitler dalam menangkis sebarang tindakan mengkritik dan menentang gerakan Nazinya.

Sesiapa yang membuka mulut atau dilihat sebagai penentang pasti akan menjadi mangsa kepada pasukan SS tersebut yang akhirnya menafikan hak kebebasan bersuara serta berlakunya pembunuhan etnik terbesar dalam sejarah dunia.

Apa bezanya dengan DAP dan PKR ?
 
Copyright © 2014 PenangKini.