BREAKING NEWS

Wednesday, 21 December 2016

PKR Pulau Pinang terbuka DAP tidak beri kerusi pada PPBM


PKR Pulau Pinang terbuka jika DAP negeri itu tidak berhasrat untuk menyumbang mana-mana kerusi pada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), pada pilihan raya akan datang.

Wakil rakyatnya, Dr Norlela Ariffin berkata PPBM sebelum ini memberitahu fokus parti itu adalah meletakkan calon dimana Umno bertanding sahaja, justeru ia tidak melibatkan kerusi tradisi milik DAP.

"Apa yang saya tahu DAP hanya bertanding di kawasan Cina, jadi saya rasa ia bukanlah satu isu. 

"Apa yang saya tahu Lim Kit Siang (Penasihat DAP) sangat rapat dengan (Pengerusi PPBM) Tun Dr Mahathir (Mohamad), jadi saya rasa itu bukan isu. Secara jujurnya saya pernah dengar PPBM mahu bertanding di kawasan Umno," katanya kepada Antarapos.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendirian Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bahawa 'tidak timbul isu parti itu akan menyerahkan kerusi kepada PPBM'.

Guan Eng ketika itu berkata, terpulang pada rakan komponennya, PKR untuk memberi laluan kepada PPBM untuk bertanding di kerusi milik partinya.

Menguatkan lagi pendirian Guan Eng, Norlela menambah, kerusi yang dimiliki DAP rata-ratanya terdiri daripada kawasan majoriti Cina yang menentang parti MCA, Gerakan dan bukannya Umno.

"Sebab DAP tak bertanding di kerusi yang ada Umno, PPBM memang nak lawan Umno. Jadi memang tak ada kena mengena dengan DAPlah, parti itu hanya melawan MCA, Gerakan," ujar beliau lagi.

PPBM sebelum ini mengikat perjanjian dengan Pakatan Harapan (PH) untuk sekurang-kurangnya meletakkan satu calon pada pilihan raya akan datang. 


Ketika menandatangani perjanjian tersebut, PPBM meminta PH untuk menyerahkan beberapa kerusi mereka dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.-Antarapos
 
Copyright © 2014 PenangKini.