BREAKING NEWS

Friday, 23 December 2016

PNB umum dividen ASB 6.75 sen, ASN 5.00 sen

Amanah Saham Nasional Bhd hari ini mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 6.75 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31 Dis 2016.

Anak syarikat Permodalan Nasional Bhd (PNB) itu turut mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 5.00 sen seunit bagi Amanah Saham Nasional (ASN) bagi tahun kewangan yang sama.


Pengerusi PNB Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata prestasi ASB melebihi prestasi pasaran ekuiti negara yang mencatatkan jumlah pulangan negatif sebanyak -1.7%.

“Tahun ini menandakan penurunan pasaran saham kali ke-3 berturut-turut. FBM KLCI susut sebanyak 73 mata berbanding 1,692.5 mata pada 31 Dis 2015 kepada 1,619.1 mata pada 30 Nov 2016,” katanya pada taklimat media di sini hari ini.

“Prestasi pasaran keseluruhan dipengaruhi pelbagai faktor termasuk aliran keluar modal ke ekonomi maju, harga komoditi yang rendah, ketidaktentuan tukaran asing dan perkembangan dan geopolitik,” katanya.

Meskipun cabaran berkenaan, Wahid berkata ASB dapat mencapai pendapatan kasar sebanyak RM9.59 bilion setakat 30 Nov 2016.
 
Copyright © 2014 PenangKini.