BREAKING NEWS

Sunday, 25 December 2016

Resolusi Majlis Keselamatan ‘Tamparan Hebat’ Buat Israel

“Kata-kata tidak dapat mengambarkan perasaan saya semalam,” begitulah kata-kata yang diucapkan oleh Timbalan Menteri Luar Negeri Datuk Seri Reezal Merican ketika resolusi menggesa Israel untuk menghentikan penempatan di Tebing Barat diluluskan apabila 14 daripada 15 ahli Majlis Keselamatan UN menyokong, setelah Amerika Syarikat mengambil keputusan untuk tidak mengundi.


Diibaratkan sebagai “tamparan hebat” kepada polisi Israel di media antarabangsa, Reezal berkata kelulusan ke atas resolusi tersebut merupakan detik bersejarah bukan sahaja untuk Palestin, tetapi untuk Majlis Keselamatan dan Perhimpunan Bangsa-Bangsa Bersatu. Tambahan beliau resolusi tersebut juga penting buat keamanan, kedaulatan undang-undang dan kemanusiaan.


Menyuarakan mesej bahawa resolusi tersebut bermakna rakyat Palestian boleh melakukan tuntutan ke atas hak mereka,  Jurucakap Presiden Palestin Nabil Abu Rudeineh turut menyatakan bahawa ia merupakan “kutukan terhadap pendudukan Israel di Palestin disamping sokongan buat penyelesaian dua negara.”

Reezal mengucapkan tahniah buat Wisma Putra di bawah kepimpinan Menteri Luar Negeri Datuk Seri Anifah Aman, dan wakil Malaysia ke Majlis Keselamatan UN yang diketuai oleh Datuk Ramlan Ibrahim, wakil tetap Malaysia ke UN, menyatakan kejayaan tersebut sebagai pencapaian terbaik untuk mengakhiri keahlian dua tahun negara sebagai ahli Majlis Keselamatan.


 
Copyright © 2014 PenangKini.