BREAKING NEWS

Sunday, 25 December 2016

Serbuan 3 kafe oleh PBT P.Pinang bersifat dendam


25 DIS: Naib presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) menyokong dakwaan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Pulau Pinang melakukan penguatkuasaan terpilih dan kasar terhadap pengkritik mereka.
Huan Cheng Guan mengulas dakwaan seorang pemilik kafe di Pulau Pinang yang tiga kafe miliknya diserbu kerana beliau mengkritik kerajaan negeri.
“Jika kerajaan negeri benar-benar mahu menegakkan undang-undang dan keadilan, mengapa tiada pemeriksaan dilakukan ke atas premis lain yang jelas melanggar undang-undang?
“Ini adalah pentadbiran ala gengster kerajaan Pulau Pinang terhadap sesiapa yang berani mengkritik.
“Ini juga amaran halus buat rakyat Pulau Pinang untuk tidak mengkritik pentadbiran negeri, ketua menterinya dan parti pemerintah dalam kerajaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam, Nanyang Siang Pau memetik pemilik Kafe Kaffa, Patrick Ooi sebagai mendakwa PBT menjalankan pemeriksaan ketat ke atas tiga cawangan kafenya di Pulau Pinang dan Seberang Prai untuk mencari kesalahan, selepas beliau mengkritik seorang pemimpin Pulau Pinang di surat khabar Cina.
Malah, penguat kuasa turut mengeluarkan kompaun kepada beliau atas kesalahan “memiliki tumbuh-tumbuhan menarik serangga perosak”.
Exco kerajaan negeri, Chow Kon Yeow menafikan PBT melakukan penguatkuasaan terpilih dan menyalahkan Gerakan sebagai batu api yang memainkan sentimen perkauman.
Katanya, pemilik kafe itu melanggar undang-undang dan PBT sekadar menguatkuasakan undang-undang tanpa sebarang motif tersembunyi.
Beliau turut menafikan tindakan diambil kerana pemilik kafe itu mengkritik kerajaan Pulau Pinang.
 
Copyright © 2014 PenangKini.