BREAKING NEWS

Wednesday, 21 December 2016

Tak gentar disaman Guan Eng, Chang Yeow tidak akan diam diri

GEORGE TOWN: Pengerusi Gerakan Pulau Pinang yang disaman Lim Guan Eng atas dakwaan fitnah, berikrar akan terus membongkar maklumat baharu mengenai Pulau Jerejak dan perjanjian tanah lain.
Bagaimanapun, Teng Chang Yeow hari ini tampil di sidang media dengan menutup mulutnya menggunakan pita pelekat.

Beliau memasuki bilik sidang media di ibu pejabat Gerakan negeri dengan memakai topeng hidung dan mulut sebelum mendedahkan mulutnya yang ditutup pita pelekat.

Teng membenarkan media mengambil gambarnya bersama beberapa pemimpin parti negeri dan memberi isyarat tidak akan bercakap, sebaliknya hanya menunjukkan satu salinan kenyataan bertulis.
Beberapa minit kemudian, beliau meninggalkan bilik sidang media dan diserbu wartawan dengan soalan bilakah beliau akan menanggalkan pita pelekat di mulutnya.

Beliau memberi isyarat kepada wartawan yang mengaju soalan dengan meletakkan jari telunjuk di pelipisnya sebelum menanggalkan pita pelekat.

-Free Malaysia Today-
 
Copyright © 2014 PenangKini.