BREAKING NEWS

Sunday, 25 December 2016

Ucapan Krismas Guan Eng Berbaur Hasutan - Datuk Huan Cheng Guan



KENYATAAN MEDIA
Huan Cheng Guan
Naib Presiden Parti Cinta Malaysia

24 Disember 2016

1. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak pernah benar-benar jujur dalam menyampaikan ucapan bersempena dengan apa-apa sambutan di Malaysia ini.

2. Ini kerana, sekali lagi ucapan Guan Eng bersempena dengan sambutan Hari Natal telah dicemari dengan unsur manipulasi fakta, hasutan dan tuduhan jahat yang bermatlamatkan politik sahaja.

3. Sekali lagi, Guan Eng telah mengeluarkan kenyataan bahawa Malaysia merupakan Negara yang gagal berdasarkan prinsip ‘Empat Kebebasan” yang dirujuk daripada Presiden AS ke-32, Franklin Roosevelt dan ditafsirkan mengikut pandangannya sendiri.

4. Guan Eng mendakwa bahawa Malaysia telah menggunakan ketakutan untuk mendiamkan mereka yang mengkritik Negara, namun yang sebaliknya yang berlaku.

5. Sekiranya Kerajaan Persekutuan mengamalkan prinsip yang sedemikian, sudah tentu Guan Eng dan rakan-rakannya dari Pakatan Harapan tidak akan dapat bersuara dari hari ke hari.

6. Kerajaan Negeri Pulau Pinang pula yang sebaliknya menggunakan faktor ketakutan dengan mengambil tindakan ala-gangster untuk mengganggu premis-premis yang mana pemiliknya telah mengkritik Kerajaan Negeri Pulau Pinang di surat khabar Cina.

7. Begitu juga dengan niat untuk menyaman NST yang akhirnya ditolak oleh Mahkamah Rayuan dan juga niat untuk mengarahkan Sin Chiew supaya menulis ikut arahannya.

8. Maka, kerajaan manakah yang menggunakan ketakutan untuk menutup mulut pengkritiknya sekarang?

9. Di dalam ucapannya lagi ada menebut tentang ketakutan mereka yang bukan beragama Islam tentang hak dan kedudukan Perlembagaan Persekutuan yang kononnya bakal mengadaptasi undang-undang Islam yang akan selari dengan undang-undang ala-hudud.

10. Guan Eng sengaja mahu menimbulkan sesuatu perkara yang sebenarnya tidak patut menjadi satu isu pun di kalangan mereka yang bukan beragama Islam.

11. Fakta pindaan RUU355 bukanlah undang-undang hudud dan tidak melibatkan mereka yang bukan beragama Islam adalah satu fakta yang sengaja disembunyikan oleh DAP semata-mata untuk meracuni fikiran dan menimbulkan ketakutan terhadap mereka yang bukan beragama Islam.

12. Dalam teks uacapan sepanjang 547 patah perkataan, Lim Guan Eng hanya mengucapkan Selamat Menyambut Krismas pada ayat yang pertama sahaja dan perkataan krismas pula digunakan sekali sahaja.

13. Lim Guan Eng langsung tidak mengambil perasaan dan suasana perayaan ini untuk mengucapkan perkara yang baik-baik malah telah meggelarkan Malaysia sebuah Negara yang gagal di saat rakyat Malaysia yang beragama Kristian yang mahu menyambut Krismas dengan perasaan yang gembira dan hati yang riang, bukannya diberitahu bahawa mereka tinggal dalam sebuah Negara yang gagal.

14. Perlu diingatkan, sekiranya Lim Guan Eng mengambil rujukan Empat Kebebasan daripada Presiden AS yang ke-32 dengan mengikut tafsirannya sendiri, maka negeri Pulau Pinang juga sebuah negeri yang gagal kerana tidak berjaya menegakkan kebebasan bersuara, baik sebagai seorang rakyat Pulau Pinang mahupun sebagai ahli parti DAP itu sendiri!
 
Copyright © 2014 PenangKini.