BREAKING NEWS

Monday, 26 December 2016

Video air melimpah di Cameron Higlands insiden lama


Rakaman limpahan air deras dari lereng bukit di Km 16, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands yang menjadi viral semalam adalah insiden lama.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata beliau dimaklumkan insiden itu berlaku pada 2014.


Sementara itu, Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perak Lt Kolonel (PA) Zairil Anuar Zulmuji berkata pihaknya sudah membuat pemeriksaan dengan pelbagai agensi termasuk Jabatan Kerja Raya, polis serta bomba mengenai rakaman itu.
“Tetapi tiada mana-mana pihak berkenaan yang menerima laporan mengenai kejadian (limpahan air) itu yang didakwa berlaku semalam,” katanya.
Video limpahan air selama 7 saat itu menjadi viral di media sosial mulai petang semalam berikutan hujan lebat di Cameron Highlands sejak awal pagi sehingga menyebabkan beberapa kejadian tanah runtuh dan banjir kilat khususnya di Tanah Rata.
Video Player


 
Copyright © 2014 PenangKini.