BREAKING NEWS

Thursday, 29 December 2016

Wan Azizah Setuju Dengan Penipuan Rafizi?


Siri penipuan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli seperti tidak ada penhujungnya. Selagi beliau masih bebas di luar, segala fitnah akan dilakukan olehnya asalkan ianya memberi manfaat politik samada pada dirinya mahupun kepada parti yang diwakilinya. Tanpa sedar, siri fitnah berkenaan sedikit demi sedikit telah memakan dirinya sendiri.

Manakan tidak, Rafizi yang buat sementara ini masih lepas bebas, kini dalam proses menunggu rayuan terhadap hukuman penjara dan denda yang dikenakan keatas dirinya. Namun begitu, semua ini langsung tidak menyedarkan Rafizi malah beliau dilihat semakin galak menabur fitnah dan kali ini Mass Rapid Transit (MRT) pula menjadi mangsa terbaru.



Apa yang menariknya disini, siri penipuan Rafizi ini, walaupun sudah didedahkan di seluruh media, namun ianya langsung tidak diulas oleh Presiden Parti PKR itu sendiri, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail. Seolah-olah mengiyakan setiap tuduhan fitnah yang dilemparkan Rafizi, Wan Azizah hanya memilih untuk mendiamkan diri dari membetulkan semula fakta songsang yang dilemparkan oleh Naib Presidennya sendiri.

Tidak seperti kelantangan Wan Azizah dalam menempelak kenyataan Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir dalam isu BR1M, Wan Azizah dilihat cukup takut menegur Rafizi. Mustahil buat Wan Azizah tidak memahami bahawa setiap kali siri fitnah yang dilemparkan oleh Rafizi, sedikit sebanyak telah menyebabkan PKR semakin dijauhi oleh para penyokongnya sendiri.

Mungkin bagi Wan Azizah, ianya hanyalah sekadar mainan politik, namun harus diingat, kredibiliti dan imejnya selaku Presiden PKR dinilai dari tindak tanduk anak buahnya sendiri. Kenapa Wan Azizah langsung tidak membetulkan fakta yang dijaja Rafizi berhubung kos pembinaan MRT yang dakwanya menelan belanja RM 100 bilion dan bukannya RM 21 bilion seperti yang diumumkan oleh Datuk Seri Mohd Najib?

Walhal, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang lagi Naib Presiden PKR dan juga anak perempuannya, Nurul Izzah Anwar, beliau mengakui kos sebenar pembinaan MRT ini adalah selari dengan apa yang diumumkan oleh Perdana Menteri. Bukankah disini sudah terdapat percanggahan fakta antara dua orang Naib Presiden PKR ini?



Jadi tidak salahlah andai mengatakan bahawa, Wan Azizah sendiri mengizinkan fitnah yang dilemparkan Rafizi ini demi kepentingan politik. Walhal, segala perbelanjaan pembinaan MRT ini sudah diketahui oleh Wan Azizah sebelum Rafizi menjaja cerita bohongnya. Inikah level seorang pemimpin parti politik?

 
Copyright © 2014 PenangKini.