BREAKING NEWS

Tuesday, 20 December 2016

Wang Baru Indonesia

BANK Indonesia (BI) mengeluarkan 11 wang rupiah baharu yang terdiri daripada tujuh pecahan wang kertas dan empat pecahan wang logam di Gedung Bank Indonesia, Jakarta, hari ini.

Menurut portal Detik, setiap permukaan wang kertas itu terdapat 12 gambar pahlawan national Indonesia.

Bagi pecahan wang kertas Rp100,000, tercantum gambar proklemator kemerdekaan, Sukarno dan Mohammad Hatta.

Bagi pecahan Rp50,000 dipilih gambar pahlawan Djuanda Kartawidjaja.

Pada pecahan wang Rp 20,000 ditampilkan gambar Gabenor pertama Sulawesi, Sam Ratulangi.

Sementara itu, kedudukan rupiah di pasaran pertukaran mata wang masih melemah.
 
Copyright © 2014 PenangKini.