BREAKING NEWS

Thursday, 31 March 2016

NAJIB TERIMA SURAT ISTIMEWA DARI AHLI KELUARGA MH17


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis mengucapkan terima kasih kepada seorang daripada ahli keluarga mangsa tragedi MH17 atas ucapan indah yang diterimanya.

Ucapan itu diterima daripada Harbinder Kaur, isteri mendiang Karamjit Singh Karnail Singh, 54, seorang daripada mangsa tragedi MH17.

“Terima kad yang cantik ini daripada Puan Harbinder. Terima kasih atas ucapan yang sungguh indah ini. Perkara kecil sebeginilah yang memberi dorongan kepada saya,” kata beliau menerusi catatan dalam laman Facebook dan Twitter malam Rabu.

Dalam ucapan pada kad itu, Harbinder mengucapkan terima kasih kepada Najib atas sumbangan bermakna dengan memberi bantuan kewangan untuk pendidikan anaknya, Annarpal Singh.


Mendiang Karamjit, yang berkhidmat sebagai penasihat keselamatan dengan ExxonMobil, sedang dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas bertugas di pelantar minyak di Usan, Nigeria apabila tragedi itu melanda pada 17 Julai.

Pesawat Malaysia Airlines itu dipercayai telah ditembak jatuh menggunakan peluru berpandu di timur Ukraine, dekat sempadan Rusia semasa dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Pesawat malang itu membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal.

Jawatan Ketua Menteri 2 Penggal Saja: Adun DAP serah notis usul

GEORGETOWN - Wakil rakyat DAP hari ini menyerahkan surat usul bagi pindaan Perlembagaan Undang-undang negeri Pulau Pinang untuk mengehadkan tempoh jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang kepada dua penggal sahaja.

Politik Kebencian Hancurkan Negara

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengingatkan bahawa negara yang telah susah payah dibina selama ini boleh menuju kepada kehancuran sekiranya amalan politik kebencian dimainkan.

Kerajaan terima tujuh cadangan pihak swasta tingkat keselamatan di kawasan sempadan


ZAHID: Kerajaan jangkakan sekurang-kurangnya RM1 bilion untuk mengawal sempadan di utara Semenanjung sahaja. - Gambar fail
WASHINGTON DC: Kerajaan menerima tujuh cadangan daripada pihak swasta dengan pelbagai pendekatan teknologi dan pembinaan untuk mempertingkat keselamatan kawasan persempadanan negara.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menyerahkan kesemua cadangan itu kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk menelitinya.

Ia termasuk sama ada untuk menggunakan aset kekal atau aset-aset berbentuk teknologi atau kombinasi kedua-duanya, kata beliau kepada wartawan Malaysia di sini Rabu.

Beliau juga berkata pihak kerajaan juga akan mengkaji dari aspek bentuk pembiayaan yang akan digunakan untuk pembinaannya kerana ia melibatkan kos yang cukup tinggi.

"Kami jangkakan sekurang-kurangnya RM1 bilion untuk mengawal sempadan di utara Semenanjung sahaja," katanya.

Ahmad Zahid berkata kos pembiayaan ini boleh dikaji oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Kementerian Kewangan sama ada secara kaedah pembayaran tertangguh, kaedah perkongsian antara awam dan swasta atau lain-lain kaedah.

Beliau berkata projek tersebut perlu dilaksanakan dengan segera bagi memastikan pengawalan keselamatan negara terkawal.

Menurutnya, isu operasi agensi keselamatan sempadan adalah antara isu yang dibincangkan beliau dalam pertemuannya dengan Timbalan Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri Amerika Syarikat Alejandro Mayorkas semasa pertemuan mereka di pejabat Mayorkas di sini Rabu.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, tiba di sini awal pagi Selasa untuk lawatan kerja selama seminggu bagi menghadiri Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear yang bermula Khamis.
Beliau berkata pihak Amerika Syarikat turut menawarkan kepada Malaysia untuk mempelajari operasi pengawalan sempadan di negara itu.

Ia termasuk melihat aset-aset yang digunakan negara itu sama ada aset kekal ataupun peralatan pemantauan satelit dan radar, selain beberapa aset lain yang sesuai untuk digunakan dengan topografi Malaysia.-astroawani

DAP Pulau Pinang Sudah Ada Calon Ganti Lim Guan Eng?


Jika sebelum ini cadangan supaya Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng supaya bercuti sementara siasatan mengenai pembelian banglonya selesai hadir dari mereka yang bukan wakil rakyat dari DAP, kali ini ada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari parti itu membuat cadangan yang sama.

Baca: Skandal Banglo LGE: DAP Guna Alasan Tanam Cili Pula

ADUN Tanjung Bungah Teh Yee Cheu berkata, Guan Eng sebagai Ketua Menteri perlu mendengar dan menuruti nasihat yang diberikan oleh orang lain dan mempertimbangkan pilihan supaya bercuti kerana sebelum ini DAP lantang menggesa pihak lain melakukan perkara yang sama.

“Kita mesti memimpin melalui teladan apabila meminta orang lain untuk melakukan perkara yang sama,” katanya.

Teh diminta mengulas mengenai laporan sebuah portal berita yang memetik kenyataannya meminta Lim untuk pergi bercuti.

“Saya berkata demikian (meminta Lim pergi bercuti) dalam temu bual itu tetapi ia hanya mengulangi seruan bekas presiden Majlis Peguam, Datuk S. Ambiga dan lain-lain yang meminta Ketua Menteri untuk pergi bercuti.

“Kredibiliti parti yang dipertaruhkan,” kata Teh.

Nampaknya dalam pasukan DAP sendiri di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang sudah ada desakan dan cadangan yang timbul biarpun sependapat dengan Ambiga.

Apakah reaksi Guan Eng berkenaan cadangan ini masih belum diketahui dan beliau pasti akan memberikan kenyataan berkaitan cadangan berkenaan.

Sebelum ini, beliau enggan pergi bercuti dan mengikut nasihat itu kerana padanya, beliau tiada kuasa mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Bagaimanapun, ia melibatkan soal kepentingan kerana Guan Eng adalah seorang Ketua Menteri dan rumah berkenaan dibeli olehnya untuk kegunaannya.-bicaranews

DAP Guna Alasan Tanam Cili Pula?? #noswimmingpool


Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek ‘menasihatkan’ DAP menumpukan perhatian kepada projek perumahan mampu milik di negeri Pakatan Harapan sebelum menyentuh kontroversi dakwaan percanggahan kepentingan dalam program penanaman cili yayasan yang dikaitkan dengan MIC.

Baca: Skandal Banglo Mewah: Beberapa Pemimpin DAP Tidak Sokong Lim Guan Eng

Menteri pertanian dan industri asas tani itu berkata projek Yayasan Gerakan Tindakan Afirmatif Baharu (Naam) yang menerima dana kerajaan itu tidak harus dipolitikkan.

“Mereka tidak patut salahkan atau mengadu tentang Yayasan Naam.

“Sebaliknya mereka harus tanya, di Pulau Pinang dan Selangor, apa yang dilakukan DAP untuk masyarakat India miskin?” katanya.

Katanya, jika mereka tidak mahu menjalankan program pertanian, tumpuan harus diberikan terhadap projek rumah mampu milik untuk semua pihak, “bukan hanya kepada pemimpin”.

Beliau merujuk dakwaan pembelian banglo Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bawah harga pasaran, yang dikaitkan dengan projek Taman Manggis di negeri itu.

Anggota parlimen DAP Ong Kian Ming membangkitkan dakwaan percanggahan kepentingan dalam projek penanaman cili yang menerima dana RM19 juta daripada kerajaan.

Nama M Saravanan, timbalan menteri belia dan sukan, dibangkitkan selepas beliau juga mempengerusikan Yayasan Naam.

Penjelasan Kekeliruan Hukuman Parol Dr Khir Toyo


Penulis petang tadi meluangkan masa bersama beberapa orang teman menziarahi mantan Menteri Besar Selangor Dr.Khir Toyo di Shah Alam.
Setelah 6 bulan tidak bersua dengan beliau sebaik sahaja melangkah masuk ke rumahnya disambut dengan pelukan erat dan rasa terharu bila melihat sosok tubuh kecil Dr.Khir yang agak susut selepas menjalani hukuman penjara selama 6 bulan di Penjara Sungai Buloh.

Berbual mesra tentang masa depan ternyata semangat juang Dr.Khir Toyo tidak luntur.

Kekeliruan pembebasan beliau dibawah PAROL yang cuba diputarbelitkan oleh pihak pembangkang telah dijawab melalui kenyataan media oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri seperti berikut:-

"Lembaga Parol Kementerian Dalam Negeri yang bersidang semalam telah menimbang dan meluluskan permohonan parol bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo setelah menjalani hukuman penjara selama enam bulan di Penjara Kajang, Selangor.

Di bawah sistem ini, Khir Toyo diparolkan untuk menjalani baki hukuman penjara selama dua bulan di luar penjara sehingga tarikh pembebasan hukuman beliau pada 29 Mei 2016, hanya sekiranya beliau tidak melanggar syarat-syarat yang telah ditetapkan Lembaga Parol".

Perkara ini dimaklumkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Alwi Ibrahim dalam kenyataannya hari ini bagi menjelaskan kekeliruan berhubung hukuman parol Khir Toyo yang diluluskan pada 29 Mac 2016.

Di bawah sistem penjara negara ini, katanya, seseorang banduan layak mendapat remitan iaitu satu pertiga daripada jumlah hukuman sekiranya Jabatan Penjara Malaysia berpuas hati dengan tahap pemulihan banduan semasa menjalani hukuman di penjara.

Dalam konteks ini, katanya, Khir Toyo yang dijatuhi hukuman 12 bulan penjara oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam di atas kesalahan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan mula menjalani hukuman penjara pada 29 September 2015 yang sepatutnya berakhir 28 September 2016.

Beliau mendapat remitan empat bulan oleh Jabatan Penjara Malaysia dan menjalani hukuman penjara selama 8 bulan iaitu sehingga 29 Mei 2016.

Harapan penulis semoga selepas tamat tempoh hukuman ini Dr.Khir Toyo akan kembali meneruskan sumbang bakti beliau kepada masyarakat melalui kerja-kerja politik dan membantu rakyat sebagaimana yang pernah beliau lakukan sebelum ini.

Apa itu sistem 'Parol':




cc : parlimenbnsgbesar

KAPAL CHINA BERSIAP SEDIA SERTAI USAHA CARI #MH370


Kuala Lumpur - Sebuah kapal China tiba di Perth, Australia bagi menyertai usaha mencari pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370, yang kehilangannya terus menjaid misteri, dua tahun selepas laluan penerbangannya dipercayai berakhir di selatan Lautan Hindi.

Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Australia, yang menyelaraskan operasi mencari pesawat itu, berkata kapal berkenaan, Dong Hai Jiu 101, kini berada di pelabuhan Fremantle.

"Ia sedang menunggu ketibaan kenderaan kawalan jauh (ROV) Remora III Phoenix International, yang akan digunakan dalam operasi mencari 'towfish SLH-ProSAS-60'," kata agensi itu dalam satu kenyataan.

Kerajaan Australia berkata kapal itu akan dilengkapi sistem Synthetic Aperture Sonar termoden.

Dong Hai Jiu 101 adalah kapal keempat yang digunakan dalam operasi mencari pesawat MH370, selain kapal Fugro Discovery, Fugro Equator dan Havila Harmony.

Pesawat itu yang membawa 239 penumpang dan anak kapal, hilang daripada pengesanan radar ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014.

Pada masa ini, usaha mencari ditumpukan di selatan Lautan Hindi.

Menurut JACC sehingga kini, usaha mencari meliputi kawasan dasar laut seluas lebih 95,000 kilometer persegi.-beritartm

GERAKAN MENJATUHKAN NAJIB : APA DAN SIAPA?


APA Dan SIAPA

Kepada ahli, penyokong UMNO dan rakyat Malaysia.

Assalamualaikum

UMNO di tubuhkan pada 11 Mei 1946 di Istana Besar Johor Bharu. Salah satu asas penubuhan UMNO ialah pada fasal 3.3 ialah Menegak, Mempertahan dan Mengembang ISLAM…, fasal ini membawa maksud apa sahaja yang berkaitan ISLAM hendaklah di ikhtiar untuk di laksana oleh seluruh ahli UMNO dan parti dalam negara Malaysia. Perjuangan UMNO bukan sekadar untuk agama, ia juga turut meliputi bangsa dan negara. Fasal ini bukti kukuh menunjukkan bahawa pati UMNO bukannya SEKULAR sepertimana dakwaan pembangkang sebelum ini.

Melalui fasal 3.3 ini, kita dapat memahami ISLAM bukan sekadar amal ibadat. Akan tetapi apa yang dimaksudkan dengan fasal ini ialah segala yang berkaitan ISLAM termasuk hukum hudud serta segala perbuatan harian kita yang berkaitan ISLAM hendaklah di perjuangkan dan diamalkan.

Perbuatan Yang Mempunyai Dalil Dan Menepati Penubuhan UMNO

Oleh itu apabila wujudnya kewajipan mentaati pemimpin sepertimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a berkata bahawa RasuluLLAH saw bersabda: “Sesiapa yang TAAT kepadaku, maka sesungguhnya dia telah TAAT kepada ALLAH dan sesiapa yang MENGINGKARIku, maka dia MENGINGKARI ALLAH dan sesiapa yang TAAT kepada ketua atau pemimpin maka sesungguhnya dia telah menTAATiku, dan sesiapa yang DERHAKA kepada ketua atau pemimpin maka sesungguhnya dia telah MENGINGKARIku.” (Sahih Bukhari)(1).

Pemimpin kita dalam parti hanyalah seorang iaitu Dato Sri Mohd Najib (DSN) dan Perdana Menteri kita juga hanya lah seorang iaitu DSN. Maka menjadi satu tanggungjawab kepada kita semua untuk tidak mengambil atau membabitkan diri dalam apa apa tindakan yang termasuk dalam erti kata “DERHAKA” kepada DSN sebagai pemimpin kita yang akan menyebabkan kita mengingkari nabi dan seterusnya menderhakai ALLAH.

Tindakan kita sebagai ahli UMNO mempertahankan DSN sebagai pemimpin dan Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri (PM) Malaysia adalah disebabkan ianya satu perintah ALLAH yang turut menepati fasal 3.3 perlembagaan parti kita.

Fakta dan penerangan ini sudah cukup lengkap dalam menangkis tuduhan mantan presiden parti kita iaitu Tun Dr Mahathir (TDM) dalam blog beliau bertarikh 18 Mac 2016 bahawa ketika ini UMNO hanya memperjuangkan pengekalan DSN sebagai presiden parti semata mata dimana perbuatan ini sudah jauh menyimpang dari tujuan asal penubuhan UMNO.

Tuduhan yang tidak berasas dari mantan presiden parti kita adalah tidak tepat malah berlawan dengan perintah pencipta kita semua pada dalil num 1 yang juga tuhan yang turut mencipta TDM.

Tindakan TDM keluar dari jamaah UMNO turut mendapat kecaman dari tuhan kita melalui hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: “Barang siapa yang keluar dari jamaah, lalu ia mati maka matilah ia sebagai kematian jahiliyah.” (Sahih Bukhari) (2).

Hadis ini memberi erti bahawa jika TDM tidak menyukai DSN sebagai pemimpin, maka sepatutnya TDM hendaklah bersabar, tidak menunjukkan penentangan secara terbuka atau terselindung dalam usaha menjatuhkan DSN sebagai pemimpin parti dan negara. Apabila TDM keluar dari JAMAAH (UMNO) yang mengiktiraf DSN sebagai pemimpin dalam jamaah yang memperjuangkan amalan ISLAM, maka sekiranya beliau mati dalam keadaan tersebut dan tanpa sempat bertaubat. Matinya seperti seorang yang hidup dalam keadaan jahiliyah yang bererti ia jauh dari amalan agama dan hidup dalam keadaan kejahilan. Ini lah yang diajar oleh agama kita dan bukannya kecaman yang dibuat dalam perlembagaan UMNO. Berbaloikah kita mati dalam keadaan JAHILIYAH?

Tun Dr Mahathir Mohamad

TDM merupakan mantan presiden parti dan pemimpin negara kita. Begitu banyak jasa beliau dalam masa 22 tahun kepimpinannya. Malah melalui Dasar Pemodenan terutama dalam bidang pembangunan insfrastruktur yang diketuai beliau sebelum ini, juga telah mendapat pengiktirafan dunia. Terima kasih TDM kerana pernah mengetuai kami dalam parti dan negara.

Setelah DSN menjawat jawatan sebagai Presiden UMNO dan PM pada tarikh 3 Apr 2009, beliau meneruskan kesinambungan legasi Wawasan 2020 dan Islam Hadhari, hasil cetusan 2 pemimpin yang pernah menjadi PM Malaysia sebelum ini. Kedua legasi ini dibuat pengubahsuaian dan penyesuaian agar selari dengan tuntutan semasa serta mengambil kira perubahan lanskap politik negara.

Dalam mencapai Wawasan 2020, Gagasan 1 Malaysia, Model Ekonomi Baru (MEB), Program Transformasi Kerajaan dan Bidang Keberhasilan Utama Negara dibentuk. ISLAM Hadhari pula di perkemas dan di perkukuhkan dengan penubuhan Indeks Shariah Malaysia bagi menilai amalan kerajaan yang menepati Maqasid Shariah.

Inilah kebijakan PM kita yang berjaya menyerap kedua dua legasi dan kemudiannya disesuaikan dengan perubahan politik semasa.

Perbezaan Apa Dengan Siapa

Kita akui TDM telah berjaya membangunkan negara melalui Dasar Pemodenan yang dirancang dan menjadi keutamaan beliau. Tumpuan TDM semasa memimpin adalah bersaing dengan negara maju dan “APA” yang boleh ditiru dan dicipta menjadi syarat utama memenuhi hasrat TDM.

Sebagai ahli UMNO dan rakyat Malaysia umumnya, kita berbangga kerana memiliki bangunan yang menjadi mercu tanda dan menyerupai negara maju sehingga mendapat pengiktirafan dunia . Akan tetapi kita juga harus akui, kumpulan masyarakat yang mendapat manfaat secara terus adalah mereka yang menguasai “APA”. Kumpulan kecil ini lah yang menjadi bilionwan ciptaan TDM yang juga menjadi “anak emas” beliau.

Berbanding dengan DSN, beliau lebih menitik beratkan “SIAPA” yang akan mendapat manfaat secara keseluruhan dari dasar yang dirancang. DSN memfokuskan “SIAPA” yang wajib dibantu. Maka melalui kesedaran ini lah maka pelbagai program bantuan rakyat difikir, dibentuk dan dilaksanakan.

Sebagai contoh, skim Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M diwujudkan bagi mengagihkan pendapatan yang diperoleh kerajaan secara terus kepada golongan yang memerlukan. Selain dari itu skim ini juga menyerupai Skim Pencen Tahunan yang diwujudkan oleh Khalifah Saidina Umar Al Khattab bagi membantu umat ISLAM yang miskin semasa pemerintahannya.

Melalui syarat pendapatan rm4000 (B4) kebawah bagi melayakkan menerima BR1M, kerajaan peroleh jumlah tepat rakyat yang akan menjadi sasaran utama pihak kerajaan dalam memastikan setiap dasar yang dibuat akan memberi keutamaan dalam membangunkan ekonomi golongan B4. Disamping itu penubuhan Klinik 1Malaysia, Bantuan Sekolah RM100, Kedai 1 Malaysia dan pelbagai lagi bantuan lain yang berorientasikan semua kaum mendapat manfaat dan akhirnya harapan DSN tahap ekonomi dan pendapatan mereka berjaya dipertingkatkan apabila bantuan menangani kos sara hidup dilancarkan. Selain itu juga DSN bejaya memastikan Dasar Gaji Minimun diamalkan oleh setiap majikan dalam memastikan pendapatan kita semua meeningkat.

Pengkhianatan Yang Berlaku

Walaupun DSN telah berjaya melaksanakan pelbagai program yang bertujuan meningkatkan ekonomi kita semua, wujud golongan dari ‘penyokong DAP’ yang menguasai ekonomi melakukan sabotaj dengan tujuan memberi gambaran kegagalan kerajaan yang diterajui presiden parti kita dalam memimpin negara.

Kumpulan ini sengaja menaikkan harga barang secara melampau. Tindakan ketidak bertanggungjawapan mereka ini bertujuan menangguk di air yang keruh diatas setiap keputusan yang dibuat oleh kerajaan.

Akhirnya bukan sekadar kita ahli UMNO yang termasuk dalam kumpulan B4 merasa perit dengan kenaikkan kos sara hidup, malah penyokong UMNO dan rakyat Malaysia umumnya juga semakin marah dengan situasi yang berlaku.

Sudah tentu DSN menjadi mangsa kemarahan, cemuhan dan kejian akibat keadaan ini walaupun hakikatnya pelbagai keputusan yang diambil kerajaan bukan menjadi penyebab utama kenaikkan kos sara hidup. Kumpulan pengkhianat ini sengaja melakukan perbuatan ini agar rakyat tidak dapat menikmati skim bantuan yang dilaksanakan oleh kerajaan pimpinan presiden parti kita.

Kesimpulan

Walaupun presiden parti kita iaitu DSN berdarah bangsawan, beliau adalah seorang yang merendah diri dan sangat prihatin terhadap kebajikan kita ahli, penyokong UMNO dan rakyat Malaysia umumnya. DSN menterjemahkan keperihatinannya melalui tindakan yang positif untuk meningkatkan pendapatan kita semua serta mengurangkan kos sara hidup.

Pembinaan bangunan besar seperti KLCC mudah dilaksanakan. Tidak ada masalah membina bangunan tertinggi didunia. Teknologi dan wang Petronas ada untuk menjayakannya. Akan tetapi bukan mudah untuk membangunkan ekonomi rakyat secara keseluruhan tanpa mengenepikan pembangunan material. Biarpun begitu, DSN sebagai Presiden UMNO dan PM kita bersama Menteri Kabinet beliau sedang berusaha menjayakannya. Disebalik isu 1MDB dan derma RM2.6 bilion telah selesai. Dimanakah keperluan kita mesti bersekongkol dengan TDM, TSMY, DSMM, LKS dan pemimpin pembangkang lain untuk menjatuhkan DSN?

- See more at: http://www.tv14.my/2016/03/30/gerakan-menjatuhkan-najib-apa-dan-siapa#sthash.CbHZwKew.dpuf

Wednesday, 30 March 2016

TABUNG HAJI SERAH ZAKAT PERNIAGAAN RM14.74 JUTA KEPADA LZS


Shah Alam - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan menerima bayaran zakat perniagaan berjumlah RM14.74 juta daripada Lembaga Tabung Haji (TH) bagi pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Baginda menerima zakat perniagaan berkenaan bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2015 dan ia merupakan jumlah tertinggi yang dibayar oleh TH berbanding di negeri-negeri lain.

Wang zakat berkenan diserahkan oleh Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Tan Sri Ismee Ismail di Istana Bukit Kayangan di sini.

Turut hadir, Pengerusi LZS, Syed Anwar Syed Jamalullail dan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa.

TH dalam kenyataannya berkata, bagi zakat perniagaan 2015, TH mencatatkan pembayaran berjumlah RM59.3 juta berbanding RM57 juta pada 2014, sejajar dengan kedudukan kewangan TH yang kukuh di sebalik ketidaktentuan ekonomi global.-beritaRTM

Guan Eng Patut Kongsi Ilmu Lawak Cara Beli Rumah Murah


Orang Kuat Mahathir Sifatkan Muhyiddin Lembap


KUALA LUPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin disifatkan sebagai pemimpin yang ‘lembap’ dan tidak pandai memanipulasi keadaan sehingga mengakibatkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memainkan peranan bagi gerakan menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak.

Menurut orang kuat Tun Mahathir yang enggan namanya disiarkan berkata, sudah beberapa kali pihaknya memberitahu bekas Timbalan Perdana Menteri itu supaya lebih agresif ‘menyerang’ Perdana Menteri.

Beliau yang ditemui ketika Majlis Muafakat Selamatkan Malaysi di Pandan baru-baru ini berkata, Tun Mahathir pada asalnya mengharapkan Muhyiddin supaya menggerakkan deklarasi ataupun sebarang usaha menumbangkan Najib.

“Tetapi beliau (Muhyiddin) cukup perlahan, beliau tidak pandai mengambil kesempatan ketika momentum sokongan memuncak kepadanya. Ini semua kita akui akan kelemahan Muhyiddin serta (Datuk Seri) Mukhriz Mahathir.

“Saya sudah bercakap pada beliau (Muhyiddin) supaya lebih agresif dan menyerang bukannya bertahan. Malah, saya beritahu beliau kalau (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) berada ditempatnya ia gunakan kesempatan ini sebaik mungkin,” katanya.

Paling mengecewakan, di saat sentimen rakyat sedang memuncak, Muhyiddin secara tiba-tiba ‘hilang’ kerana ingin bercuti di luar negara.

“Bila kita kata begitu, Muhyiddin berkata balik pada saya yang dia bukannya Anwar.

“Namun ketika sentimen sedang memuncak beliau boleh ke luar negara untuk bercuti,” ujarnya lagi.

Pada majlis yang berlangsung di Pandan itu, Tun Mahathir turut berkongsi pentas dengan pembangkang bagi mendesak Perdana Menteri melepaskan jawatan disandangnya kini.

Lebih 1,000 hadir pada majlis itu yang turut disertai beberapa pemimpin pembangkang seperti Lim Kit Siang, Datuk Zaid Ibrahim dan Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu. – SuaraTV

Akhbar Cina Mendesak Guan Eng Tidak Berdolak-Dalih.

gambar hiasan

Akhbar-akhbar bahasa Cina mendesak Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng agar memberi penjelasan dan tidak berdolak-dalik dalam isu pembelian rumah banglo miliknya di Jalan Pinhorn, Georgetown.

Akhbar Sinchew Daily semalam menyiarkan artikel oleh penulis bebas, Chong Shaw Min bertajuk ‘Kenapa Tidak Boleh Hindari Duit’ mempersoal integriti pemimpin DAP itu yang sepatutnya sedar peranannya sebagai ketua kerajaan menghalangnya daripada terlibat dengan urusan pembelian yang meragukan.

“Sebagai seorang ahli politik, apa yang dihadiahkan di depan mata itu memang bukan perkara rumit baginya, tetapi kerana semua itu adalah disebabkan kuasa dan kedudukan kita, barulah kita dapat menikmatinya.

“Walaupun anda kata itu bukan kerana ada kepentingan kepada pihak penjual, ini tidak memberi jaminan jika satu hari ia tidak menjadi alasan untuk mendapatkan kepentingan yang lain atau pun menjadi bahan dan peluang serangan pihak musuh,” katanya dalam artikel itu.

Sementara itu, artikel bertajuk ‘Jual Beli Yang Kamu Sanggup Aku Pun Rela’ oleh penulis bebas, Wang Jek Ying dan disiarkan Nanyang Siangpau pada Ahad lalu menganggap pembelian tersebut menimbulkan banyak keraguan berikutan jawatan Guan Eng.

Menurut Jek Ying, masalah itu tidak akan timbul jika urus niaga berjalan antara dua individu biasa serta kedua-dua pihak menyatakan kesanggupan terhadap harga yang ditawarkan walaupun lebih murah berbanding nilai sebenar.

“Ada orang kata isu itu merupakan sebahagian pemberian hadiah sehingga menimbulkan keraguan. Jual beli seperti itu agak luar biasa, di dalamnya mungkin ada sesuatu yang tersorok yang tidak diketahui oleh orang luar, jika dikesan dan dicari bukti, pasti kita tidak akan terlepas walaupun sehalus tali benang sawang labah-labah,” katanya.

Dalam pada itu, akhbar Kwong Wah bertarikh 22 Mac menyiarkan artikel bertajuk ‘Rakyat Cemburu Beliau Boleh Membeli Banglo Mewah Terlalu Murah’ yang ditulis penulis bebas, Oh Tong Keong mempersoalkan tindakan Guan Eng kerana cuba mengalih isu tersebut daripada pengetahuan rakyat.

Menurut Tong Keong, lebih mengecewakan apabila pembinaan rumah mampu milik seluas 60.38 meter persegi yang dilancarkan Guan Eng pada harga RM400,000 seunit adalah lebih mahal iaitu kira-kira RM616 bagi setiap 0.09 meter persegi berbanding hanya RM275 untuk rumah banglo itu.

“Orang biasa tidak mampu membeli apa yang dikatakan rumah mampu milik dengan harga RM400,000. Tetapi kerajaan negeri telah menjual tanah yang dikhaskan untuk projek rumah rakyat. Syarikat besar membuat duit ketika rakyat Pulau Pinang merana.



“Ketua Menteri cuba mengalih tumpuan dengan menjemput media ke rumahnya. Walau bagaimanapun, perkara penting adalah bukan sama ada beliau mampu membeli banglo itu atau kemewahan hiasan dalamannya. Perkara penting adalah kenapa dia boleh bayar harga yang terlalu murah untuk banglo itu?” soalnya.

Kerajaan Tidak Pernah Amal Sikap Pilih Kasih Laksana Pembangunan


SEBUYAU: Kerajaan tidak pernah mengamalkan sikap pilih kasih melaksanakan rancangan pembangunan walaupun kawasan yang dibangunkan terletak jauh di pedalaman.

Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar Datuk Julaihi Narawi berkata matlamat utama kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah memastikan seluruh masya-rakat negeri ini menikmati pembangunan yang dilaksanakan.

“Kerajaan BN sentiasa mengambil berat keperluan rakyat tanpa mengambil kira faktor bangsa mahupun agama.


“Ini jelas menggambarkan sikap kerajaan tidak pernah membezakan mana-mana kaum dalam melaksanakan pembangunan,” katanya pada Program Santai Minda 2016 anjuran Jabatan Penerangan Malaysia Daerah Simunjan di Kampung Lutong/Sebangan dan Sungai Lumut kelmarin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau itu berkata pendekatan kerajaan BN sentiasa berlaku adil dan saksama membolehkan rakyat terus memberi kepercayaan kepada BN untuk memerintah negeri ini.

“Justeru, rakyat perlu terus bersatu teguh menyokong BN dan menolak mana-mana parti pembangkang yang berusaha melebarkan sayap ke Sarawak,” ujarnya.

Beliau berkata parti-parti pembangkang terutama yang berpangkalan di Seme-nanjung Malaysia tidak berupaya membangunkan negeri ini seperti yang dilakukan oleh kerajaan BN di Sarawak sejak sekian lama.

Katanya kerajaan BN terbukti berjaya memajukan negeri ini serta mengukuh-kan perpaduan rakyat yang terdiri daripada berbilang kaum.

“Melalui Dasar Transformasi Luar Bandar, rakyat luar bandar di negeri ini dapat menikmati pembangunan lebih pesat untuk ke-sejahteraan hidup mereka,” katanya.

Menteri Muda Perindustrian (Pelaburan dan Promosi) itu juga meluluskan peruntukan membeli lima khemah baharu untuk masjid serta membaik pulih jeti nelayan di Kampung Lutong/Seba-ngan.

Beberapa peruntukan lain diluluskan iaitu pembinaan dewan masyarakat bernilai RM400,000, menaik taraf surau Kampung Lutong bernilai RM100,000, benteng hakisan ombak (RM400,000) dan naik taraf jalan Kampung Lutong bernilai RM100,000.

Turut hadir Pegawai Jabatan Penerangan Malaysia (JPM) Daerah Simunjan Suboh Jamali, Penolong Penguasa Imigresen Suwandi Lidin, Penceramah JPM Sarawak Jamilah Buji, Penolong Pegawai Tadbir Tanah dan Survei Samarahan Slyvester Sabu dan Pegawai Tadbir Sebuyau Ajis Ahmad. -utusanborneo-

Cuaca Panas Jejas Sayur dan Buah-Buahan Pulau Pinang


PANAS: ADUN DAP Keluarkan Kenyataan Tidak Menyokong Guan Eng?

Bimbang dengan banyak sangat kenyataan bodoh yang dikeluarkan bercanggah mengenai skandal banglo milik Lim Guan Eng, ahli-ahli DAP sendiri digesa ‘tutup mulut’ daripada bercakap kepada media.

Baca: Skandal Banglo LGE: Wan Azizah Cuba Sucikan Lim Guan Eng?

Ia susulan ada dilaporkan beberapa pemimpin DAP termasuk ADUN parti itu di Pulau Pinang yang mengeluarkan kenyataan ‘panas’ tidak menyokong tindakan Ketua Menteri negeri itu membeli rumah mewah pada harga murah.

Ada juga kenyataan keliru seperti dakwaan Ahli Parlimen Tanjung, Ng Weik Aik bahawa Guan Eng cuma akauntan yang tidak tahu harga banglonya sekali gus mencetuskan persoalan kes sama dialami Khir Toyo, hanya doktor gigi.

Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok pada Ahad pula mencetuskan sensasi lebih kelakar apabila mendakwa nilai hartanah berkenaan terpaksa dijual rendah kerana konon mempunyai kaitan dengan fengshui yang tidak baik.

Ini menggambarkan kegagalan Guan Eng sendiri sebagai pemimpin kerana suatu masa dahulu beliau sering galak kutuk keras pentadbiran Kerajaan Persekutuan BN tidak pandai dalam pengurusan dan banyak penyelewengan.

Akhirnya ia ibarat memakan dirinya sendiri apabila Guan Eng yang ‘memegang’ Pulau Pinang lebih lapan tahun tetap dilihat gagal didik dan mengawal ahli-ahlinya daripada terus-terusan mengeluarkan kenyataan bercanggah.

Arahan pelik dan lucu ini dikeluarkan sendiri oleh pegawai DAP Pulau Pinang menerusi satu pekeliling yang diedarkan pada Selasa dan meminta pemimpin parti untuk tidak mengadakan sebarang sidang media.

Ini termasuk mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung isu hartanah berkenaan yang membabitkan parti di negeri tersebut kecuali hanya tiga pemimpin diberi kuasa rasmi untuk mengeluarkan kenyataan media.

Mereka ialah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Pengerusi DAP Pulau Pinang dan anggota Exco kerajaan negeri, Chow Kon Yeow serta penasihat undang-undang DAP yang juga Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo.



Berdasarkan pekeliling itu, arahan tersebut bertujuan untuk mengelakkan keadaan bertambah mengelirukan dan bagi menentukan pemimpin mengulas mengenai apa yang patut dan tidak sepatutnya untuk diperkatakan.

Pekeliling cukup terdesak itu turut menyatakan bahawa ia bertujuan konon untuk mengelakkan sebarang ‘pendedahan maklumat sensitif yang tidak disengajakan’ memandangkan isu-isu berkenaan adalah amat serius.

Pekeliling tersebut ditujukan kepada semua anggota Parlimen parti itu, ahli dewan undangan negeri (ADUN) parti tersebut serta ahli jawatankuasa negeri termasuk pemimpin sayap Wanita dan Pemuda Sosialis DAP (Dapsy).

Ia turut memaklumkan bahawa serangan dilakukan “secara terancang oleh pihak pembangkangnya” sekali gus pekeliling tersebut meminta kerjasama penuh semua peringkat parti itu bagi menangani krisis yang berlaku.

Pekeliling berkenaan malah membuat kesimpulan dengan mengatakan konon bahawa: “Kita mungkin mempunyai perbezaan pendapat dalam mengendalikan isu-isu ini tetapi pada masa ini perpaduan adalah penting”.

Guan Eng didakwa berjaya membeli sebuah banglo di Jalan Pinhorn pada harga RM2.8 juta, lebih rendah dari nilai pasaran. Pihak yang membuat dakwaan itu kemudiannya mendedahkan dokumen menerusi media sosial.

Mereka mendakwa wujudnya kaitan rapat antara pembelian banglo tersebut dan tanah kosong yang sepatutnya dimajukan untuk projek perumahan awam di Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin yang mencetuskan kontroversi.

Guan Eng namun menafikan dakwaan itu dan memberitahu bahawa beliau akan memberi kerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menjalankan siasatan berhubung perkara tersebut.

Sejak isu berkenaan mencetuskan kontroversi lebih dua minggu lalu, banyak kenyataan yang dikeluarkan oleh para pemimpin DAP dilihat bercanggah antara satu sama lain sehingga menjadi bahan jenaka oleh banyak pihak pula

– Agensi/Mynewshub.cc

Atlet Malaysia Seludup Wanita Thailand.

KBS tidak akan bertanggungjawab dalam kes seorang atlet negara yang menyeludup keluar seorang wanita Thailand pada Isnin. -Foto Bernama

BUKIT JALIL: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak akan bertanggungjawab dalam kes seorang atlet negara yang didakwa menyeludup keluar seorang wanita Thailand petang semalam.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata kes tersebut tidak ada kena mengena dengan sukan dan atlet berkenaan perlu berdepan akibat daripada perbuatannya sendiri.

Khairy Jamaluddin turut meminta Majlis Sukan Negara (MSN) menyiasat perkara berkenaan dengan Jabatan Imigresen.

"Sekiranya dia melanggar undang-undang, dia perlu berhadapan dengan akibatnya. Saya ada meminta MSN menyemak di Imigresen mengenai apa yang berlaku, tetapi kita tidak boleh bertanggungjawab atas apa yang atlet kita lakukan melibatkan kehidupan peribadi mereka.

"Ia tidak ada kena mengena dengan dia bermain badminton untuk negara. Kalau dia telah melanggar undang-undang, dia kena berhadapan dengan akibatnya, tidak kira apa pun."

Khairy Jamaluddin berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman kerjasama Universiti Antarabangsa (UNITAR) dan MSN, di sini, hari ini.

Atlet berusia 28 tahun itu ditahan ketika memecut kereta Mercedes Benz ke arah negara jiran selepas gagal melepasi pemeriksaan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam pada Isnin.
Menurut Timbalan Pengarah Imigresen Negeri, Abdul Rahim Hanaffi, atlet yang memandu dari Kuala Lumpur itu dikesan cuba menyeludup wanita warga Thailand berusia 25 tahun yang dipercayai teman wanitanya ke negara jiran menggunakan cop pas lawatan sosial palsu.-astroawani

Perhimpunan ‘Selamatkan Malaysia’ Bukan Hendak Menyelamatkan Malaysia- Salleh Said


Kuala Lumpur – Apa yang didakwa sebagai perhimpunan ‘Selamatkan Malaysia’ pada Ahad lepas, sebenarnya bukan untuk menyelamatkan Malaysia, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata sekiranya hendak menyelamatkan Malaysia, Perlembagaan perlu dilindungi, bukan dicabuli, sepertimana yang mereka anjurkan bagi menyingkirkan Perdana Menteri.

“Pertama sekali, mereka hendak menyelamatkan Malaysia daripada apa atau siapa? Dan bagaimana menyingkirkan Perdana Menteri secara melanggar Perlembagaan boleh dianggap sebagai menyelamatkan Malaysia?,” kata Salleh dalam catatan terbaru beliau melalui blognya sskeruak.blogspot.my.

“Mereka berdiri di atas pentas dan menyerang apa yang dikatakan tidak ada demokrasi di Malaysia. Tetapi, apa yang tidak mereka sebut ialah hakikat bahawa Perdana Menteri (Datuk Seri) Najib Tun Razak membenarkan lebih banyak demokrasi di Malaysia, membolehkan mereka menganjurkan perhimpunan itu, yang mereka gunakan untuk menyerang Perdana Menteri,” katanya.

Datuk SeriDr Salleh berkata perhimpunan ‘ramai rakan’ yang tidak berkongsi aspirasi dan ideal yang sama itu menunjukkan bahawa pakatan ‘Selamatkan Malaysia’ itu sudah gagal sejak mula lagi.

“Kita sudah lihat Gagasan Rakyat, Angkatan Perpaduan Ummah, Barisan Alternatif, Pakatan Rakyat, dan kini Pakatan Harapan.

“Setakat ini, semuanya mengalami kegagalan, manakala Pakatan Harapan pula sedang bertungkus-lumus ingin membuktikan ia mampu untuk kekal wujud. Dan, sebab kesemua mereka mengalami kegagalan ialah seperti kata orang Melayu, tidur satu bantal, mimpi lain-lain,” katanya.

Menurut Salleh, kesemua yang menyertai pakatan ‘Selamatkan Malaysia’ itu tidak berkongsi cita-cita, doktrin, aspirasi atau objektif yang sama dan mereka hanya mahukan satu perkara – menyingkirkan kerajaan.

“Secara teknikal, itulah yang akan terjadi sekiranya anda menyingkirkan Perdana Menteri,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu tidak akan sekali-kali bersetuju antara satu sama lain kerana setiap rakan dalam pakatan ‘Selamatkan Malaysia’ itu mempunyai pandangan sendiri mengenai siapakah yang akan mengambil alih sebagai Perdana Menteri baharu sekiranya rancangan mereka itu berjaya.

“Dan adakah kempen ‘Selamatkan Malaysia’ itu termasuk atau tidak termasuk membebaskan (Datuk Seri) Anwar Ibrahim dari penjara? Dr Wan Azizah Wan Ismail (isteri Anwar dan Presiden PKR) berkata ya, tetapi semua yang lain tidak berkata apa-apa,” katanya.

-bicaranews

Majlis Perdana Ulama-Umara 2016.


YAB Perdana Menteri Najib Razak telah menghadiri Majlis Perdana Ulama-Umara 2016 dan Pembentangan Laporan Indeks Syariah Malaysia 2015 di Putrajaya International Convention Centre.



Satu Jawatankuasa Khas Kabinet mengenai Pelaksanaan Indeks Syariah Malaysia akan ditubuhkan dan dipengerusikan sendiri oleh YAB Perdana Menteri bagi memastikan Indeks Syariah bergerak lebih efektif dan berimpak tinggi serta semua cadangan penambahbaikan diambil tindakan sewajarnya.

Tuesday, 29 March 2016

Guan Eng Ada 3 PILIHAN DALAM SKANDAL BANGLO!?



Guan Eng DAP dakwa 'dinasihati' untuk tidak respons lagi tentang skandal banglo Below Market Price milik beliau.

Kita tidak kisah sama ada pihak lain yang 'menasihati' atau Guan Eng yang sebenarnya 'menasihati' diri sendiri supaya tidak lagi respons. Tetapi dalam politik, gag order menunjukkan petanda bahawa pihak itu telah mengaku kalah dan malu besar.  

Kita tunggu dan lihat sama ada:

1. Guan Eng DAP akan zip mulut, 'melarikan diri' lagi daripada pihak media serta enggan untuk memberi respons.

2.  Guan Eng hanya sekadar bersembunyi di belakang orang lain yang akan bercakap bagi pihak beliau.

3. Atau Guan Eng bertindak sebagai seorang pemimpin yang berdepan sendiri skandal ini secara bermaruah, berani dan gentleman.

Yang mana satu pilihan Guan Eng DAP?

1 , 2 atau 3?

Baca seterusnya : http://novandri.blogspot.com/2016/03/beranikah-guan-eng-3-pilihan-dalam.html
.
#NoSwimmingPool
#UndurGuanEng

“Azmin, Mana Duit Peruntukan?”- Khalid


KUALA LUMPUR – ‘Perang’ antara Tan Sri Khalid Ibrahim dengan Datuk Seri Azmin Ali semakin berlarutan apabila kali ini Khalid pula mengeluarkan kenyataan membidas Menteri Besar Selangor itu.

Khalid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang mempersoalkan peruntukan yang sepatutnya diterima setiap ADUN di Selangor sebanyak RM600,000 namun sehingga kini ia masih belum disalurkan kepada beliau.

Kenapa Media Pembangkang Takut Belasah Guan Eng Isu Banglo Diskaun?


MELAINKAN satu dua, majoriti portal berita di Malaysia ini, mengaku mereka sebagai bebas, tidak berpihak dan anggapan baik baik yang macam itu. 100 artikel terbit satu hari, 2 pro kerajaan yang lain semua pro pembangkang, pun mengaku bebas jugak!!!

Tapi ikut pemerhatian penulis dalam perkara berkaitan banglo diskaun ini. tidak ada media pembangkang yang betul betul hentam Lim Guan Eng dalam isu tersebut. Padahal, berapa banyak bukti dalam bentuk dokumen yang boleh dijadikan bahan. Kalau itu tak cukup, kenyataan-kenyataan bodoh keluar dari mulut Guan Eng mahupun pemimpin DAP sendiri dalam isu tersebut saja [un dah cukup jadi bahan berita.

Kolam renanglah, hantu lah, feng shui la, macam-macam, semua ini ada nilai sensasi, terutama bab kutuk dan menyindir sebab orang Malaysia memang resminya suka mengutuk – nak nak di media sosial. Jadi balunlah, apa tak balun?

Masa kes hampir sama membabitkan seorang pemimpin UMNO Selangor beberapa tahun dulu, bukan main lagi. Harga rumah itu sahaja diperbesarkan sampai RM 24 juta nilainya, walhal ikut penilaian rasmi oleh syarikat penilaian hartanah bertauliah, hanya sekitar RM 3.5 juta sahaja.

Tapi mana puak ni peduli, dia balun semacam jugak. Alih dalam kes Guan Eng yang lebih ‘kuat’ serba serbinya ni, masing-masing pakat buat bodoh pulak ya?

Mana dia punya bebas?

Senario ini sebenarnya membuktikan media pro pembangkang ni taklah sebebas mana seperti yang dia selalu gebang. Dia cakap saja bebas, sebenarnya berpihak jugak. Siapa percaya media pembangkang ini bebas, samalah seperti dia percaya yang Mahathir nak jatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak ni sebab utamakan rakyat, bukan nak anak dia jadi Perdana Menteri.-mykmu



Orang gila pun tak percaya dakwaan macam itu.

Ubah Status Dokumen Tender Tanah Taman Manggis


Kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP digesa supaya mengubah status dokumen tender terbuka mengenai kelulusan tanah bagi pembinaan kemudahan perubatan dan hotel di bawah Fasa 2 Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin, di sini.

Baca: Lim Guan Eng Lupa Penjual Rumah Khir Toyo Pun Dikenali Rakyat Malaysia

Ketua Biro Pengaduan Awam Gerakan Pulau Pinang Jason Loo berkata kerajaan negeri perlu ikhlas dalam mengubah status dokumen berkenaan dan tidak mewujudkan halangan bagi orang ramai yang ingin memohon mendapatkan rekod transaksi kerajaan sekiranya tiada perkara yang hendak mereka sembunyikan.

Loo berkata beliau perlu membayar kira-kira RM50 hingga RM150 dan dikehendaki menandatangani satu akuan berkanun (SD) untuk membeli dokumen tender terbuka itu.

“Sebenarnya, bulan lepas, kami memohon mendapatkan dokumen itu dan kami diminta menandatangani satu SD. Tapi, seperti yang saya nyatakan kepada pegawai terbabit, saya tidak akan ubah keputusan saya untuk tidak menandatangani SD itu. Apabila sudah menandatangani SD itu, anda tidak boleh mendedahkan dokumen yang anda peroleh daripada kerajaan negeri kepada pihak ketiga.

“Saya juga ingin tahu sama ada orang lain yang datang ke Komtar untuk membeli dokumen itu juga perlu menandatangani SD berkenaan. Sekiranya mereka tidak diperlukan berbuat demikian, maka ia suatu keganjilan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Loo memohon membeli dokumen tender terbuka bagi tanah Taman Manggis dengan membayar RM150 di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini hari ini, tetapi perlu menunggu selama 14 hari.

Beliau berharap kerajaan negeri akan bersikap telus dan membenarkan orang ramai mendapatkan dokumen tender terbuka itu agar mereka boleh membuat penghakiman tentang kes berkaitan banglo yang heboh diperkatakan sekarang ini menurut perspektif sewajarnya.

“Persoalan paling besar ialah sama ada penjualan banglo berkenan mempunyai kaitan secara lngsung atau tidak langsung dengan kontrak yang diberi kerajaan negeri Pulau Pinang kepada seseorang yang terlibat,” katanya.

Isu tanah Taman Manggis timbul apabila Anggota Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya membawanya kepada pengetahuan Dewan Rakyat Khamis lepas dan meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat penjualan beberapa bidang tanah di Pulau Pinang, yang pada asalnya diperuntukkan bagi Projek Perumahan Rakyat.

Sementara itu, Puteri UMNO Pulau Pinang hari ini membuat laporan kepada SPRM tentang penjualan tanah Taman Manggis Fasa 2.

Ketuanya, Nurul Haida Mahamad, mendakwa tanah itu ditawar untuk dijual kepada Kuala Lumpur International Dental Centre (KLIDC) pada 2010, tetapi dokumen hak miliknya dikeluarkan pada 2015, iaitu lima tahun kemudian.

“Kami menerima beberapa dokumen berkaitan urusan jual beli tanah itu dan telah mengemukakannya kepada SPRM untuk disiasat,” kata Nurul Haida kepada pemberita di sini hari ini. – BERNAMA

Perjuangan Mahathir Bukan Lagi Untuk Melayu – Rais Yatim


Veteran UMNO Tan Sri Dr Rais Yatim menyifatkan perjuangan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kini bukan lagi perjuangan untuk orang Melayu, sebaliknya lebih bersifat peribadi.

Baca: ‘Himpunan Deklarasi Rakyat’ Atau Himpunan Untuk Anak Mahathir Jadi PM – Dr Salleh Said Keruak

Beliau berkata sebagai pemimpin yang telah lama dikenalinya, beliau berasa sedih dengan tindakan yang diambil Dr Mahathir yang jelas bercanggah dengan perjuangannya sebelum ini.

“Saya tak nampak ia (Kongres Rakyat) berjaya sebab amat jelas bahawa Tun mengadakan program-program ini sekali gus menidakkan apa yang dia buat dahulu. Dahulu beliau mempunyai keyakinan dan kesabaran untuk menaikkan UMNO semula dan orang Melayu, sekarang politik beliau bukan untuk orang Melayu lagi, bukan untuk semerbak perjuangan dalam BN (Barisan Nasional) lagi.

“Beliau menjadikan arena politiknya sebagai arena peribadi dan apa sebab, tentulah ada kaitan dengan rentetan peristiwa yang membawa kepada (pemecatan) Datuk Seri Muhkriz di Kedah,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini selepas majlis Santapan Minda anjuran Yayasan Budi dan Biro Penerangan BN Parlimen Jelebu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perhimpunan Kongres Rakyat pada Ahad di Shah Alam, Selangor yang turut disertai oleh Dr Mahathir dan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mengulas lanjut, Rais yang juga Penasihat Sosiobudaya Kerajaan berkata beliau tidak tertarik untuk menyertai atau memberi sokongan kepada hujah-hujah yang disambut baik oleh pembangkang dan pihak yang mahu menurunkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri.

“Perlu ditegaskan dalam sistem demokrasi dan perundangan negara bahawa memang boleh seseorang itu seperti Tun Mahathir seru agar perdana menteri meletak jawatan. Namun, kesemua ini perlu diasaskan kepada undang-undang negara (yang mana) ada dua perkara yang seharusnya difikirkan.

“Ia ialah apabila Majlis Tertinggi UMNO memutuskan tidak percaya kepada beliau (Najib) atau apabila anggota Parlimen di Dewan Rakyat meluluskan undi tidak percaya terhadap beliau. Jika sebarang langkah ini tidak dapat dilaksanakan, maka Najib tidak boleh diseru untuk letak jawatan waima dengan sejuta tandatangan diperoleh oleh Tun Mahathir dan sekutunya,” katanya.

Oleh demikian katanya, sekiranya perasaan tidak puas hati itu hendak diterjemahkan oleh mana-mana pihak, ia boleh dilakukan menerusi pilihan raya.

“Sementara itu, benarkan perdana menteri dan (jemaah) Kabinetnya menjalankan tugas negara,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menggesa supaya UMNO dan BN terus mempertingkatkan usaha bagi memenangi hati dan minda golongan muda menerusi pemerkasaan media sosial dan juga sistem penyampaian.

“Cabaran bagi kita di PRU14 (Pilihan Raya Umum ke-14) bukan kecil sebab generasi muda dalam lingkungan umum 21-40 berada pada tahap lebih 60 peratus. Jadi gesaan dan juga kegiatan dalam talian mesti ditingkatkan.

“Cara ini, saya kira memang mencabar dan kita perlu dalam keadaan yang suntuk untuk memperbaiki sistem penyampaian dan keberkesanan kita,” katanya sambil menambah supaya parti komponen turut sama bekerja keras dengan tulus dan ikhlas bagi meyakinkan pengundi.

Mengulas mengenai sama ada BN mampu terus meraih sokongan rakyat ekoran terpalit dengan pelbagai isu seperti 1Malaysia Development Bhd (1MDB), kejatuhan nilai Ringgit, Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), Rais menegaskan jika rakyat melihat bahawa kerajaan terus ikhlas, produktif, membantu dan meningkatkan kehidupan, tak ada sebab untuk rakyat menolak.





Bernama

Tun Mahathir wajar hormati demokrasi berparlimen - Salleh Said


Jelas Salleh, rakyat mempunyai kuasa sepenuhnya melalui pilihan raya untuk memberikan amanah dan mandat yang dipertanggungjawabkan kepada Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. - Gambar fail
GERIK: Tindakan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa Majlis Raja-Raja untuk mendengar suara rakyat dalam pemilihan pemimpin negara dilihat sebagai sesuatu yang tidak wajar dan bersifat mempunyai kepentingan peribadi.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata, dalam hal tersebut bekas perdana menteri itu seharusnya menghormati sistem demokrasi yang menggariskan proses pilihan raya sebagai saluran utama untuk memilih pemimpin negara ini.

Jelasnya, menerusi pilihan raya, rakyat mempunyai kuasa sepenuhnya dengan memberikan amanah serta mandat kepada Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri.

Beliau berkata, Najib wajar diberikan peluang untuk menamatkan tempoh penjawatannya dan tindakan Tun Mahathir seolah-olah tidak menghormati sistem demokrasi berparlimen yang menjadi kunci pentadbiran sejak zaman kemerdekaan lagi.

"Beliau (Tun Mahathir) berhak untuk membuat apapun tindakan asalkan tidak bertentangan dengan undang-undang negara. Tun Mahathir telah berusaha untuk menjatuhkan perdana menteri (Datuk Seri Najib Razak) melalui proses dalam parti dan beliau gagal. Beliau tidak berpuas hati dengan bertindak keluar (dari UMNO) dan membuat Deklarasi Rakyat," katanya selepas menghadiri Majlis Kembara Jalinan Kasih (Connecting the Unconnected-CTU) anjuran KKMM di RPS Pos Kemar, di sini pada Isnin.

Salleh berkata, selepas Deklarasi Rakyat tidak mendapat sambutan menggalakkan, Tun Mahathir cuba pula melibatkan Majlis Raja-Raja.

Katanya lagi, tindakan bersungguh-sungguh Tun Mahathir memberi gambaran jelas ia adalah agenda peribadinya.
Gesaan Tun Mahathir dibuat ketika berucap di Kongres Rakyat 2016 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pada Ahad.

Seramai 19 pemimpin pelbagai latar belakang menyampaikan ucapan dalam majlis yang dihadiri oleh kira-kira 2,000 orang.- astroawani

Tiga maut, tiga lagi dirawat terhidu gas beracun dalam kapal di Kota Kinabalu

Kejadian dipercayai berlaku sekitar 7.30 pagi dimana mangsa pertama dikatakan telah membuka peti tempat penyimpanan ikan. - Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah

KOTA KINABALU: Tiga lelaki warga Indonesia maut manakala tiga yang lain masih dirawat di Hospital Likas di sini setelah dipercayai terhidu gas beracun hidrogen sulfida daripada sebuah tempat penyimpanan ikan pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Chandra Muthu dalam kenyataan media berkata kejadian berlaku di kapal nelayan tempat kesemua mangsa bekerja di jeti Pelabuhan Sabah.

Katanya, polis menerima dimaklumkan mengenainya sekitar 8.40 pagi tadi.

Kejadian dipercayai berlaku sekitar 7.30 pagi dimana mangsa pertama dikatakan telah membuka peti tempat penyimpanan ikan yang terdapat di bahagian hadapan kapal untuk memunggah tangkapan sebelum didapati maut.

Melihat kejadian itu, mangsa kedua dan berikutnya telah masuk ke ruangan tersebut untuk membantu namun mereka mereka juga akhirnya jatuh pengsan, seorang daripadanya kemudiannya meninggal dunia.



Seorang daripada mangsa yang maut dalam kejadian itu terjatuh ke dalam tong simpanan ikan di atas kapal berkenaan selepas membuka penutup tong . - Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah
Mangsa yang maut di tempat kejadian dikenali sebagai Sandrianto Julkifli, 22, dan Imran Ladia, 41 manakala Risali Lapariama, 25, meninggal dunia di hospital.

Hasil laporan awal daripada pihak bomba mendapati bahawa di dalam ruangan penyimpanan ikan tersebut terdapat gas berbahaya jenis hidrogen sulfida yang melebihi paras bahaya dan boleh menyebabkan maut.
Gas tersebut dipercayai terhasil daripada penyimpanan ikan lama yang melebihi tempoh tanpa sistem pengudaraan yang baik.

Polis mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut dan mangsa yang meninggal dihantar ke hospital untuk bedah siasat.

HIMPUNAN ‘TUMBANG NAJIB’ DI PANDAN BERTUKAR MENJADI TRAGEDI NGERI


MALAM ini pasti pemimpin parti pembangkang dan kumpulan ‘Anti-Najib’ mula takut untuk tidur malam.

Bukan kerana risau tidak terjaga untuk solat Subuh atau keluar awal pagi ke pejabat, tetapi kerana usaha mereka untuk menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekali lagi menemui kegagalan.

Monday, 28 March 2016

ADUN DAP Melaka Jadi ADUN Bebas


DAP hari ini menerima satu lagi tamparan apabila seorang ADUN untuk DUN Duyong merangkap Pengerusi DAP Melaka, Goh Leong San hari ini mengisytiharkan dirinya sebagai ADUN bebas berkuatkuasa hari ini. Ini berikutan daripada ketidak puasan hatinya berhubung banyak perkara yang melanda DAP sejak akhir-akhir ini.

Menariknya, menurut satu sumber, beliau sebenarnya telah dipecat daripada partinya kelmarin berikutan kritikan pedasnya berhubung skandal penyalahguanaan kuasa yang dilakukan oleh Setiausaha Agung parti, Lim Guan Eng yang kini sedang hangat diperkatakan oleh ramai pihak.


Menurut sumber ini lagi, DAP pusat dan Melaka jelas tidak dapat menerima ahlinya terutama mereka yang kini menjadi ADUN hasil daripada tiket DAP, mengkritik pemimpin mereka walau apa jua alasan yang diberi.
Justeru itu, Goh Leong San hari ini mengisytiharkan dirinya sebagai ADUN bebas dan menurut beliau, tindakan ini akan membuatkan beliau lebih bebas dalam mengkritik kepimpinan DAP pusat dan negeri yang pada pemerhatiannya, telalu banyak kepincangan dan penyelewengan yang dilakukan.

Namun begitu, tidak dapat dipastikan samada beliau akan kekal sebagai ADUN Pembangkang di Melaka atau lebih condong kepada kerajaan negeri yang sedia ada. Apa yang pasti, setidak-tidaknya, tindakan Goh Leong San ini pastinya memberi tamparan terbaru kepada DAP dalam usaha mereka membetulkan semula keadaan yang agak bercelaru sejak akhir-akhir ini.

Baru Bian Selar Penyelewengan Yang Berlaku di Pulau Pinang?


Kempen Pilihan Raya DAP Sarawak untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri Sarawak pada kali ini, terus menerima tamparan hebat apabila rakan sekutu DAP di Sarawak, PKR menyelar skandal penyalah gunaan kuasa yang dilakukan oleh Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.


Dalam apa yang dikatakan sebagai menjijikkan, beberapa pemimpin PKR negeri menyatakan, perkara seumpama ini sepatutnya tidak berlaku terhadap seorang yang mempunyai nama dan dihormati didalam Pakatan Harapan, samada di Semenanjung mahupun di Sarawak.

Menurut beberpa sumber dalaman PKR negeri, Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian, baru-baru ini menzahirkan rasa kecewa beliau dengan apa yang berlaku. Menurut sumber berkenaan, Baru Bian mendakwa, skandal seumpama ini tidak asing lagi bagi DAP kerana menurut beliau, DAP di Pulau Pinang seolah-olah mempunyai "ultimate power" dalam menentukan hal ehwal negeri.

Malah kewujudan PKR di Pulau Pinang juga dilihat tidak ubah seperti pelengkap sahaja tanpa boleh menyuarakan pandangan dan memperbetulkan sebarang keadaan yang pincang.


justeru itu, menurut sumber ini lagi, beliau enggan membiarkan PKR di Sarawak menjadi seperti apa yang berlaku di Pulau Pinang tambahan pula Pengerusi DAP negeri, Choong Chieng Jen dilihat seperti mengikut semua corak dan cara berpolitik yang diamalkan oleh Guan Eng di Pulau Pinang.

Beliau enggan membiarkan PKR hanya sebagai pelengkap, sebaliknya, beliau mahu menjadikan PKR negeri sebagai parti yang dominan dan lari dari semua masalah yang ditimbulkan oleh sekutu mereka, DAP. Tambahan pula, apa yang dilakukan oleh Guan Eng ini jelas memberi imej buruk kepada pakatan pembangkang dalam usaha mereka mahu merampas Sarawak dari Barisan Nasional.

Rakyat Sudah Mula Hilang Sabar Dengan Mahathir


Kongres Rakyat 2016 yang dianjurkan di Shah Alam Convention Center semalam menampakkan betapa terdesaknya Tun Dr Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir untuk merayu sokongan dari para pentaksubnya dan juga rakyat Malaysia. Malah, mereka sanggup berkongsi pentas yang sama dengan para pemimpin pembangkang, pemimpin yang sama dimusuhi mereka satu ketika dahulu.

Dengan pelbagai ucapan penuh pembohongan oleh senarai mereka yang dijadualkan untuk memberi ucapan terhadap kira-kira 300 orang hadirin, kesemua isu-isu lapuk yang sudah dijawab oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib menerusi media massa, media cetak dan media alternatif sejak isu-isu berkenaan mula dibangkitkan oleh Tun M sejak tahun 2014.



Seolah-olah enggan menerima kenyataan, baik Tun M, Muhyiddin dan Mukhriz serta kesemua pemimpin pembangkang, terus memainkan isu yang sama hanya semata-mata mahu hadirin yang hadir mengikut jejak mereka yang jelas dibutakan hati dan mata mereka untuk melihat kebenaran.

Lebih menjijikkan, Tun M dan kesemua pemimpin yang hadir, sekali lagi menjual “nama” rakyat kononnya, merekalah wakil kepada suara rakyat secara keseluruhannya yang mahu melihat Datuk Seri Mohd Najib meletakkan jawatan. Sejak bila 27 juta orang rakyat Malaysia melantik mereka menjadi wakil untuk merubah kerajaan yang ada pada ketika ini?

Sesuatu yang menarik untuk diperkatakan, ketika penulis menemubual kira-kira 20 orang secara rambang di sekitar Kuala Lumpur semalam, 16 daripada 20 orang yang ditemui jelas sudah muak dengan semua retorik yang dimainkan oleh Tun M. Jelas mereka, benar, satu ketika dahulu memang mereka menyokong gerakan yang dilakukan oleh Tun M, namun kini, mereka semakin jelak dengan cara berpolitik sebegini.



Ada diantaranya menyifatkan, Tun M sudah terlalu tua untuk terus berpolitik. Apa yang mereka mahu lihat hari ini adalah pembangunan berterusan. Mereka juga menegaskan, jika benar Datuk Seri Mohd Najib melakukan kesalahan, sudah pasti beliau kini sudah berada di mahkamah untuk membela diri.

Mereka juga menegaskan, cukup terkilan dengan sikap Tun M dan kuncu-kuncunya yang lain mempertikaikan ketelusan pihak SPRM, PDRM, Peguam Negara dan Bank Negara dalam menyiasat sebarang isu salah laku yang membabitkan Datuk Seri Mohd Najib. Jelas mereka, tindakan Tun M dan pengikutnya ini seolah-olah menidakkan undang-undang yang diamalkan di negara ini.

Jika inipun Tun M dan kuncu-kuncunya gagal hormati, bagaimana rakyat mahu memperakui apa yang beliau dakwa dan tuduh? Ini adalah bukti dimana Tun M sendiri telah mencipta satu gelombang kebencian terhadap dirinya sendiri. Bagi Tun M, tunduk dan akur kepada pembangkang untuk menjatuhkan Datuk Seri Mohd Najib adalah politik matang. Hakikatnya, ianya telah mencemarkan maruah beliau yang satu ketika dahulu, cukup dihormati.

Skuad U- 22 Malaysia Seri 1-1 Dengan Nepal Di Paroi



SEREMBAN, 27 Mac (Bernama) -- Skuad bola sepak negara bawah 22 tahun (B-22) seri 1-1 dalam perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Nepal di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, di sini malam ini.

Pasukan pelawat mendapat jaringan awal menerusi Bharat Khawas pada minit ke-36 selepas berjaya mengatasi permain pertahanan skuad Harimau Malaysia B-22 Mohamad Faris Shah Mohd Rosli dan menewaskan penjaga gol Muhammad Haziq Nadzli.

Pada separuh masa pertama, kedua-dua pasukan mempamerkan aksi agresif dengan berbalas serangan yang menyaksikan skuad projek Sukan SEA 2017 bimbingan Frank Bernhardt melepaskan beberapa peluang keemasan di hadapan pintu gol Nepal.

Sebelum itu, Mohd Zarulizwan Mazlan hampir menjaringkan gol buat skuad negara hasil sepakan percuma selepas N. Thanabalan dijatuhkan pemain pasukan pelawat pada minit ke-24 namun dinafikan oleh penjaga gol Nepal Bikesh Kuthu.

Bersambung babak kedua perlawanan, Nepal di bawah kendalian jurulatih daripada Jepun Gyotoku Koji mempamerkan aksi yang lebih garang dengan bertali arus mengasak kubu pertahanan skuad negara.

Bagaimanapun, Muhammad Arif Mohamed Anwar berjaya merapatkan kedudukan hasil hantaran silang S. Kumaahran pada minit ke-86 menewaskan penjaga gol Nepal Kiran Kumar Limbu yang masuk menggantikan Bikesh pada minit ke-65.

-- BERNAMA

Program Satu Sekolah Satu Silat Bermula April - Pesaka


IPOH, 28 Mac (Bernama) -- Program Satu Sekolah Satu Silat dijangka mula dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan bulan depan sebagai usaha untuk memperkenalkan seni pertahanan diri itu kepada pelajar.

Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka), Tan Sri Mohd Ali Rustam berkata pihaknya yakin langkah tersebut akan dapat memastikan seni persilatan tersebut terus subur di negara ini.

Malah, katanya ia juga selaras dengan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada September lalu yang mengiktiraf silat sebagai seni mempertahankan diri rasmi negara.

"Hari ini kita tengok silat telah mendapat tumpuan orang bukan Melayu sebagaimana kita (Melayu) meminati taekwondo dan karate," katanya ketika merasmikan program pemimpin turun ke gelanggang silat peringkat Perak di sini malam Ahad.

Ali berkata sejajar dengan pengiktirafan kerajaan terhadap seni silat, maka lebih banyak universiti disaran menjadikan persilatan sebagai kokurikulum berpersatuan mereka.

Ali berkata setakat ini hanya Universiti Sains Malaysia (USM) yang menjadikan Seni Silat Cekak Malaysia sebagai kokurikulumnya dengan menawarkan enam jam kredit pengajian.

"Saya berharap lebih banyak universiti mengikut jejak USM kerana kebangkitan pesilat begitu ketara. Ia perlu ditonjolkan ke seluruh dunia," katanya.

Beliau menarik perhatian apabila berkata satu perhimpunan bagi persatuan silat seluruh negara akan diadakan di Kuala Lumpur pada 14 Mei yang dijangka dihadiri kira-kira 200,000 pesilat.

"Macam-macam acara kita akan adakan termasuk persembahan pelbagai jenis silat serta pameran pakaian dan peralatan silat," katanya sambil menambah ketika ini terdapat kira-kira empat juta pesilat di seluruh negara.

-- BERNAMA

'Biar DAP tahu bagaimana rasa dihina, dimaki'


Sunday, 27 March 2016

Parah ditetak depan pasar


Georgetown: Lelaki parah ditetak di hadapan pasar Batu Lanchang di sini, malam tadi.

Dalam kejadian 8 malam itu, mangsa, 48, didatangi oleh dua lelaki yang tidak dikenali sebelum menetak mangsa.Saksi kejadian yang mahu dikenali sebagai Sasikala berkata, dia hanya menyedari kejadian itu selepas mendengar jeritan daripada mangsa.

"Saya melihat mangsa sudah dalam keadaan terbaring dan mendapati dua orang lelaki melarikan diri menggunakan kereta," katanya.

Mangsa yang cedera di kaki dan tangan dihantar ke Hospital Pulau Pinang bagi mendapatkan rawatan.




PAS Dedah DAP Halang Undang-Undang Islam Dilaksanakan Di Malaysia


PAS mendedahkan antara usaha terawal DAP dalam menghalang undang-undang Islam daripada dilaksanakan di Malaysia dengan tindakan DAP Sabah cuba membentuk Pakatan Rakyat Baharu (PRB) pada 27 Mac 2015.

Baca: PAS Dedah DAP Tidak Boleh Terima Islam Sebagai Pemimpin

Ketua Jabatan Sumber Pusat Penyelidikan PAS, Mohd. Fadli Ghani berkata, DAP Sabah mengumumkan cadangan mereka membentuk PRB di Sabah yang melibatkan DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan beberapa parti kecil lain tanpa penglibatan PAS.

“Menurut Timbalan Pengerusi DAP Sabah, Stephen Wong Tien Fatt, tindakan DAP Sabah ini adalah sebagai protes terhadap usaha PAS untuk melaksanakan hudud dan menurut beliau tindakan itu selaras dengan pendirian Penasihat DAP, Lim Kit Siang,” katanya.

Beliau mendedahkan perkara itu dalam satu artikel bertajuk Hari Ini Dalam Sejarah PAS: DAP Sabah Umum Bentuk Pakatan Politik Baharu Tanpa PAS Kerana Protes Hudud hari ini.

Mohd. Fadli turut mendedahkan DAP mengambil sikap yang keras terhadap PAS sejak Kerajaan Kelantan mengumumkan PAS akan membawa Rang Undang-undang Persendirian ke Parlimen untuk membolehkan undang-undang syariah dilaksanakan di Kelantan.

Kata beliau, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada 24 Februari 2015 mengumumkan bahawa DAP telah hilang kepercayaan kepada PAS kerana ‘mengkhianati’ Pakatan Rakyat dengan cuba membawa rang undang-undang persendirian itu ke Parlimen.

“Atas kenyataan DAP ini, PAS Labuan telah menggantung semua kerjasama dengan DAP,” katanya.

Katanya, DAP menuduh PAS mengkhianati Pakatan Rakyat dan mula memusuhi PAS gara-gara sikap PAS yang bersungguh-sungguh untuk melaksanakan undang-undang jenayah syariah itu,

“Tindakan DAP Sabah yang cuba membentuk PRB pada 27 Mac 2015 tanpa penglibatan PAS ini adalah antara usaha terawal DAP dalam menghalang undang-undang Islam daripada dilaksanakan di negara ini,” tegasnya.

Perbalahan diantara PAS dengan DAP dan PKR itu menyebabkan pembubaran Pakatan Rakyat pada Ogos tahun lalu.

Pemimpin PAS pro-DAP dan PKR dengan diketuai Mohamad Sabu bertindak keluar parti bagi mewujudkan Parti Amanah Negara (PAN).

DAP, PKR dan PAN kemudian mewujudkan Pakatan Harapan untuk meneruskan agenda politik bagi mengulingkan kerajaan dan membebaskan banduan kes liwat, Datuk Seri Anwar Ibrahim.-bicaranews

Tony Pua akan disiasat kerana cuba mengelirukan rakyat


27 MAC : Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua akan disiasat berhubung catatan di akaun Twitternya semalam kerana sengaja memutarbelitkan fakta kes mahkamah membabitkan kematian seorang pelajar, Aminulrasyid Amzah bertujuan mengelirukan rakyat.

Arahan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar ditujukan kepada Pusat Tindakan Siasatan Siber Polis (PCIRC).

“PCIRC@PDRMsia. Tweet ini sengaja memutarbelitkan fakta bertujuan mengelirukan rakyat. Panggil orang ini dan siasat,” kata Khalid dalam catatan di Twitternya.

Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara itu dalam akaun Twitternya antara lain memberi komen tentang kes kematian remaja lelaki itu dan turut memuat naik artikel berita bertajuk ‘IGP refuses to apologise to Aminulrasyid’s family’.

Khamis lepas, keluarga , remaja lelaki yang mati terkena tembakan seorang anggota polis enam tahun lepas, menerima ganti rugi berjumlah RM414,800 selepas Mahkamah Tinggi di Shah Alam membenarkan tuntutan saman dikemukakan mereka terhadap polis dan kerajaan.

Dalam saman sivil itu, ibu Aminulrasyid, Norsiah Mohammad, 67, dan kakak sulung Aminulrasyid, Nor Azura, 46, selaku plaintif menamakan Koperal Jenain Subi, Ketua Polis Daerah Shah Alam, bekas Ketua Polis Selangor Tan Sri Khalid Abu Bakar (kini Ketua Polis Negara), Ketua Polis Negara dan kerajaan Malaysia sebagai defendan bagi menuntut ganti rugi hampir RM50 juta atas dakwaan kematian Aminulrasyid akibat luka tembakan di kepala berpunca daripada kecuaian Jenain

Tiada noktah untuk Program Bantuan Rumah rakyat


27 MAC : “Bagi Sabah dan Sarawak, masing-masing RM85.5 juta diperuntukkan manakala Kelantan, RM11.5 juta. Di Kelantan, 173 unit Program Bantuan Rumah (PBR) akan dilaksanakan manakala 418 unit akan dibaik pulih.

“Sebenarnya, program PBR dan baik pulih rumah rakyat miskin ini tidak ada noktah kerana ia akan dilaksanakan secara berterusan”.

Itu kata Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Ahmad Jazlan Yaakub yang memaklumkan bahawa kementerian akan melaksanakan (PBR) dan baik pulih rumah membabitkan 11,223 unit rumah rakyat miskin di seluruh negara.

Untuk tujuan itu, KKLW katanya, memperuntukkan RM275 juta bagi melaksanakan 3,055 unit menerusi projek PBR manakala 8,168 rumah akan dibaik pulih termasuk di Sabah dan Sarawak.

Beliau yang ditemui di Selising, Kelantan turut memaklumkan bahawa pihaknya akan mengkaji kesesuaian kadar pendapatan layak memohon PBR atau membaik pulih rumah bagi menyesuaikan dengan pendapatan dan perbelanjaan dalam keadaan ekonomi sekarang.
 
Copyright © 2014 PenangKini.