BREAKING NEWS

Saturday, 30 April 2016

Kerajaan DAP Pulau Pinang Diminta Mengawal Penjualan Premis Warisan.


Kerajaan Pulau Pinang digesa agar mengawal penjualan premis di bandar ini, yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Unesco sejak 2008, kepada warga asing bagi memastikan nilai warisannya tidak terjejas.

Anggota Jawatankuasa Perhubungan Gerakan Negeri, H'ng Khoon Leng berkata, kerajaan DAP perlu mencari jalan agar milikan premis tidak terlepas kepada warga asing dan jika sesebuah premis ingin dijual, keutamaan harus diberikan kepada pembeli rakyat tempatan.

"Sikap 'tidak apa' tak boleh dibiarkan, kerajaan negeri perlu cari jalan untuk hadkan keupayaan warga asing beli premis di negeri ini terutama di tapak warisan Georgetown," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Beliau mendakwa pihaknya mendapati banyak premis seperti bangunan rumah kedai di sekitar Georgetown telah dijual kepada rakyat asing terutama dari Singapura dan penyewa-penyewa telah diarahkan berpindah dalam tempoh terdekat.

Dakwanya, kebanyakan penyewa enggan berpindah kerana telah lama menetap di premis berkenaan selain tiada tempat untuk dituju ekoran tidak mampu menyewa rumah lain pada kadar yang rata-ratanya lebih tinggi.

Dalam pada itu, wakil penyewa rumah kedai di Lebuh Katz di sini, Ong Cheong Pin, 54, mendakwa pemilik asal telah mengarahkan lapan penyewanya berpindah selewat-lewatnya Oktober ini kerana telah menjual bangunannya kepada rakyat Singapura.

"Kami dibenarkan tinggal di sini selama enam bulan secara percuma sebelum pindah, tapi kami tak setuju sebab dah lama tinggal di sini, kebanyakan keluarga tinggal di sini lebih tiga generasi," katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda MCA Bahagian Tanjong, Lim Swee Bok berkata, kerajaan negeri perlu turun padang dan melihat sendiri situasi itu bagi memastikan warisan negeri terpelihara.  

Beliau berharap agar kerajaan negeri lebih prihatin dan dapat mengambil tindakan untuk memastikan nasib penghuni-penghuni di bangunan warisan itu terbela. - Bernama

Jika Guna Platform Sidang DUN Untuk Serang Rahman, Guan Eng Dianggap Pengecut


Menteri KPWKM Kongsi Detik Cemas Pintu Helikopter Terbuka Semasa Di Udara


KUCHING – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berdepan detik cemas apabila pintu helikopter yang dinaikinya terbuka secara tiba-tiba ketika pesawat berkenaan masih berada di udara.

Melalui catatan di Facebook miliknya, Rohani berkata, detik mencemaskan itu berlaku apabila pintu helikopter tersebut terbuka secara tiba-tiba sejurus selepas berlepas.

“Syukur Alhamdullilah walaupun melalui saat mencemaskan apabila pintu helikopter kami terbuka di udara secara tiba-tiba, kami selamat sampai di Kampung Igan dan teruskan program yang telah di rancangkan,” tulisnya memetik kenyataan tersebut.

Sementara itu menurut Setiausaha Akhbar Rohani, Kamarul Farid Kamaruddin, kejadian itu berlaku ketika rombongan Naib Ketua Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dari Lapangan Terbang Sibu menuju ke Kg. Igan.

“Pengalaman yang cukup mencemaskan di ruang udara bila pintu helikopter yang kami naiki dalam perjalanan dari airport Sibu ke Kg. Igan terbuka secara tiba-tiba.

 “Alhamdulillah atas tindakan pantas Reza-Rizvy Ahmad (pegawai Rohani) menahan dan memegang pintu kurang lebih 10 minit hingga kami selamat landing (mendarat). YB Datuk Sri Rohani Abdul Karim turut sama menahan pintu bagi memastikan keadaan kami selamat.

“Berderau darah fikirkan perkara yang bukan-bukan ketika itu. Syukur semuanya selamat dan kami meneruskan perancangan program hari ini di Kg Igan, Mukah, Balingian dan Sri Aman,” katanya di laman sosial Facebook beliau.

Rohani berada di Kg. Igan untuk berjumpa dengan masyarakat dalam kempen Piliha Raya Negeri (PRN) Sarawak yang akan berlangsung pada 7 Mei depan.
— KLXpress
#PRN11
#PRNSarawak
#RespectMyPM
#MelayuBersatu
#HidupBersama

Hanya Satu Nama Calon Gabenor Bank Diterima – Istana Negara


KUALA LUMPUR – Istana Negara semalam berkata Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah memperkenankan hanya satu nama bagi jawatan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM).

“Dimaklumkan, tidak ada nama lain selain daripada penama tersebut telah diangkat untuk diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda.

“Bagi maksud yang dinyatakan, Seri Paduka Baginda telah berkenan menandatangani pelantikan tersebut pada Selasa, 26 April 2016,” kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Wira Awang Kecik Abdul Rahman dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sehubungan itu, katanya, dakwaan yang menyatakan berlakunya ‘pusingan U’ dalam urusan pelantikan jawatan itu adalah tidak benar sama sekali.

Kenyataan dari Istana Negara menyangkal laporan media asing mengenai berlakunya ‘pusingan U’ dalam pelantikan Datuk Muhammad Ibrahim sebagai Gabenor baru BNM bagi menggantikan Tan Sri Dr Zeti Akthar Aziz, 68, yang akan bersara pada Sabtu ini.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pelantikan Muhammad itu adalah untuk tempoh lima tahun berkuat kuasa 1 Mei ini.

Najib berkata pelantikan Muhammad mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.
— Bernama
#RespectMyPM
#MelayuBersatu
#HidupBersama

WSJ Dan SR Mungkin Proksi Untuk Kempen Anti-Najib, Kata Tengku Sariffuddin


KENYATAAN SETIAUSAHA AKHBAR PERDANA MENTERI BERHUBUNG LAPORAN WALL STREET JOURNAL DAN SARAWAK REPORT YANG MENYERANG MALAYSIA

Ia adalah satu penghinaan apabila nama baik Yang di-Pertuan Agong diheret ke dalam serangan ke atas Malaysia oleh segelintir media asing.

Laporan yang salah berhubung acara penting negara oleh Wall Street Journal dan Sarawak Report menunjukkan mereka tidak menghormati negara kita, kedaulatan kita dan juga institusi raja.

Selama lebih sebulan, kedua-dua penerbitan ini berniat jahat melaporkan bahawa Perdana Menteri telah melantik ‘sekutunya dalam 1MDB’, Tan Sri Irwan Serigar Abdullah untuk menjadi Gabenor Bank Negara Malaysia yang baru, walaupun hakikatnya tiada keputusan yang telah dibuat. Semalam, penipuan mereka telah didedahkan apabila Datuk Muhammad Ibrahim dilantik menjadi Gabenor.

Untuk menutup penipuan dan rasa malu mereka, WSJ dan SR melaporkan bahawa ia adalah ‘pusingan U’ yang diambil oleh Perdana Menteri disebabkan tekanan. Selain itu, mereka juga telah membuat cerita bahawa Yang di-Pertuan Agong sebelum itu telah menandatangani pelantikan Tan Sri Irwan, kemudian telah diminta untuk menukar pencalonan, dan murka dengan perkara itu.

Seri Paduka Baginda dan Tan Sri Irwan kini telah memberitahu umum bahawa ia adalah tidak benar. Baginda hanya menandatangani satu pelantikan – untuk Datuk Muhammad pada 26 April 2016 – dan Tan Sri Irwan tidak pernah ditawarkan jawatan tersebut.

WSJ dan SR gagal memberikan bukti untuk menyokong laporan mereka. Ia bukannya berdasarkan fakta, tetapi sumber yang tidak diketahui – untuk kes ini, ‘seseorang yang sudah biasa dengan perkara itu’. Sumber tersebut mungkin tidak wujud. Atau ia mungkin hanyalah proksi lain untuk Kempen Anti-Najib yang dibuat oleh Tun Mahathir, di mana WSJ dan SR mengambil cerita tipu itu sewenang-wenangnya.

Ini adalah penulisan fantasi. Mereka tanpa rasa segan menjaja cerita palsu pihak pembangkang sebagai fakta.
Sudah tiba masanya untuk memanggil WSJ dan SR kerana kempen mereka yang menentang Malaysia. Penipuan mereka kini telah terbukti, dan rakyat Malaysia juga perlu tahu bahawa apa sahaja yang ditulis mereka tidak boleh dipercayai.

DATUK SERI TENGKU SARIFFUDDIN
SETIAUSAHA AKHBAR KEPADA PERDANA MENTERI
#RespectMyPM
#MelayuBersatu

KEMASUKAN PEKERJA ASING PERLU DENGAN KADAR SEGERA KATA MAJIKAN


KUALA LUMPUR: Buat pengumuman tentang pekerja asing ‘secepat mungkin’, gesa majikan dan persatuan perniagaan kepada kerajaan.

Mereka bertindak balas terhadap komen Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa keputusan mengenai pembekuan pekerja asing akan diumumkan tidak lama lagi.
Presiden Persatuan PKS Malaysia, Michael Kang Hua Keong berkata menarik balik larangan itu adalah ‘penting’, dengan mendakwa 12 peratus daripada syarikat yang menjadi ahli terpaksa gulung tikar atau mengecilkan perniagaan kerana pembekuan itu.



“Ahli-ahli persatuan kami dijangka kehilangan 30 peratus daripada hasil dalam tempoh 12 bulan akan datang jika ini berterusan.

“Mereka tidak mempunyai pekerja yang cukup untuk meneruskan pengeluaran dan mengumpul pesanan. Kami berharap Zahid boleh mengumumkannya secepat mungkin,” katanya.

Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia (MAICCI) Tan Sri K. Kenneth Eswaran menambah bahawa restoran India-Muslim, kedai gunting rambut dan perniagaan besi buruk berdepan masalah kekurangan pekerja yang teruk pada masa sekarang.

Walaupun memuji kerajaan kerana mendengar rungutan mereka, Kenneth berkata pihak berkepentingan sepatutnya dilibatkan terlebih dahulu sebelum pembekuan itu dilaksanakan.

“Kami memerlukan pekerja asing kerana tidak ada penduduk tempatan mahu bekerja dalam perniagaan ini. Terus terang, mereka sepatutnya bercakap dengan organisasi terlebih dahulu kerana ini telah memberi kesan kepada ramai orang yang berniaga,” katanya.

Setiausaha Agung Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia Datuk Low Kian Chuan berharap untuk mendengar berita baik, yang mungkin akan menyaksikan perniagaan akhirnya dapat berjalan lancar selepas mengalami kejatuhan dalam tempoh dua bulan.

“Kami mengalu-alukannya. Beberapa syarikat terpaksa mengambil langkah drastik dengan mengurangkan operasi dan permintaan. Sekarang jika kita boleh mendapatkan semula pekerja, syarikat-syarikat boleh menjalankan perniagaan seperti biasa,” katanya.

Naib Presiden Persatuan Pedagang Dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) Datuk Naim Mohamad berkata, jika pekerja dibenarkan masuk semula, syarikat dan majikan perlu menyediakan beberapa kemudahan yang lebih baik untuk mereka dan mengenakan keselamatan lebih tegas dari aspek pergerakan untuk membendung gejala sosial dan kebimbangan awam.

“Kita perlukan pekerja asing, tetapi ia telah menjadi suatu sentimen kerana terdapat masalah sosial dan jenayah yang berkait dengannya. Jika industri bersedia untuk menjamin dan menjaga masalah-masalah ini, maka semua orang akan senang,” katanya.

Naim mencadangkan agar majikan mengesan pergerakan pekerja melalui GPS dalam telefon ketika mereka bertugas bagi mengelakkan berlakunya sebarang jenayah atau ‘isu-isu moral’.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong memuji Dr Ahmad Zahid, mengatakan bahawa komen beliau membuktikan kerajaan telah mendengar keluhan dan cadangan perniagaan tempatan.

“Beliau (Zahid) mendengar masalah mereka. Persatuan-persatuan, dari semasa ke semasa, telah menyerahkan banyak memo kepada beliau dan beliau bertindak balas. Saya yakin pengumuman beliau adalah untuk kebaikan pekerja, “katanya.

- See more at: http://www.tv14.my/2016/04/30/kemasukan-pekerja-asing-perlu-dengan-kadar-segera-kata-majikan#sthash.lZ68PsQh.dpuf

Lagi Salah Laku Azmin Akan Didedahkan- Chegu Bard


KUALA LUMPUR - Chegu Bard atau nama penuhnya Badrul Hisham Shahrin akan membuat pendedahan lagi mengenai salah laku kerajaan negeri Selangor selepas Pilihan Raya Negeri Sarawak.

Menurut CHegu Bard, pendedahan kali ini adalah mengenai tanah lebih 500 hektar dan bekepentingan pemimpin politik yang rapat dengan Menteri Besar Selangor itu.

"Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) baru sahaja selesai meneliti dan membuat pengesahan dokumen dan fakta berkenaan salah laku terbaru Kerajaan Selangor,"katanya dalam satu kenyataan.

Selain itu kata Chegu Bard, di tangannya sudah ada sekeping kontrak bertarikh November 2015 melibatkan Darul Ehsan Investment Group (DEIG) yang mengandungi jumlah menjolok mata dan kenaikan yang amat tidak munasabah jika dibezakan ketika dibawah Menteri Besar BN dan Menteri Besar PKR sebelum ini.

"Setelah berbincang panjang dengan 'Majlis Adik Beradik Tua' SAMM, maka kita membuat keputusan untuk hanya membuat pendedahan lengkap selepas PRN Sarawak kerana tidak mahu pendedahan yang dilakukan disalahguna Barisan Nasional."

Badrul Hisham menambah, SAMM juga telah membuat keputusan akan memulakan usaha membukukan semua pendedahan berkaitan Azmin dengan tajuk "Wajah Sebenar Azmin Ali".

Katanya, pilihan raya umum akan berlangsung dalam setahun lebih lagi, masih ada masa untuk PKR atau Pakatan Harapan membuat pembetulan di Selangor sebelum dihukum oleh rakyat.

"Ya, kita melawan Umno-BN tanpa kompromi tetapi itu bukan lesen apabila ada sedikit kuasa, kita nikmati sokongan rakyat dengan membuat perangai ala Umno BN juga, "tambahnya.
— KLXpress
#RespectMyPM
#MelayuBersatu
#HidupBersama
#SIM

Usaha PM Hadapi Kejutan Ekonomi Harus Dihargai – Salleh Keruak


KUCHING - Usaha dan kesungguhan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sejak 2009 telah membolehkan kita, rakyat Malaysia berhadapan dengan ‘kejutan ekonomi’ dalam masa sama melalui kehidupan yang aman seperti kebiasaanya.

Menurut Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak,  keadaan ekonomi global membawa impak ke atas semua negara dan tidak terkecuali bagi Malaysia yang turut mengalami ketidaktentuan pasaran global.

“Selama 220 bulan, Malaysia telah menikmati lebihan perdagangan tetapi kita masih perlu mempunyai strategi untuk memastikan kita mampu mendepani cabaran itu.

“Untuk berbuat demikian, kita perlu memperkukuhkan asas-asas ekonomi kita. Sudah berkali-kali kita melihat bahawa strategi seumpama itu akan meletakkan negara di hadapan,” katanya dalam catatan terbaru di blognya yang turut menghargai Najib atas usahanya itu.

“Hasil daripada kerja yang dilakukan sejak 2009, dan diterajui Perdana Menteri, kejutan ekonomi yang melanda kita telah dapat didepani dengan baik dan kita rakyat Malaysia terus menikmati kehidupan yang aman dan meneruskan kehidupan seperti biasa sepertimana sebelum berlaku ribut ekonomi,” katanya.

“Tidak dinafikan bahawa kita semua terpaksa mengubah suai sedikit gaya hidup tetapi tidaklah terlalu drastik dan negara kita masih mampu menikmati perkembangan KDNK dan peningkatan pendapatan per kapita Pendapatan Negara Kasar,” tambah Salleh lagi.

Semua ini katanya, disahkan dan diberi penarafan oleh agensi-agensi antarabangsa seperti Bank Dunia dan Forum Ekonomi Dunia, hanya menamakan beberapa badan.
— KLXpress
#RakyatDidahulukan
#RespectMyPM
#MelayuBersatu
#HidupBersama

Muhyiddin, Mukhriz sudah melampau usul pecat lepas PRN Sarawak


Tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang terus-terusan menghentam Datuk Seri Najib Razak dan pentadbiran kerajaan disifatkan sudah melampau batas.

Kelantangan mereka yang juga bersekongkol dengan pembangkang juga dilihat semakin melampau dan melanggar etika sebagai ahli UMNO.

Sehubungan itu Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz akan mengemukakan usul pemecatan Muhyiddin dan Mukhriz daripada UMNO pada mesyuarat MT parti itu, yang dijadualkan selepas Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-11.

Katanya tindakan Muhyiddin yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri dan Mukhriz yang juga bekas Menteri Besar Kedah untuk bersekongkol dengan parti pembangkang sedangkan mereka masih anggota UMNO, adalah melanggar prinsip UMNO.

“Kebebasan bersuara yang diberikan UMNO kepada mereka selama ini telah disalahgunakan dan ia sudah cukup untuk membuktikan kesalahan mereka berdua,” katanya kepada media di Kuching pada Jumaat.

Nazri yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan berkata UMNO mengamalkan demokrasi dan membenarkan anggotanya mengkritik namun, kritikan Muhyiddin dan Mukhriz telah melampaui batasan.

“Selepas pilihan raya negeri ini, kita akan adakan mesyuarat dan saya sendiri akan mengusulkan supaya kedua-dua mereka dipecat. Kita perlu ambil tindakan,” katanya.

Nazri diminta mengulas tindakan Muhyiddin, Mukhriz dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menghadiri siri ceramah bertajuk ‘Bicara Isu Semasa Selamatkan Malaysia’ di Jitra, Kedah semalam.

Ditanya mengenai tindakan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem menghalang kemasukan individu tertentu ke Sarawak, beliau berkata tindakan itu wajar demi menjaga keharmonian di negeri ini.

Keharmonian di Sarawak pada masa ini perlu diteruskan untuk menjamin kemajuan ekonomi yang berterusan, katanya.

“Jika kita lihat suasana kempen pilihan raya negeri kali ini, ia dijalankan dengan begitu tenang dan bertamadun sekali tanpa kejadian tidak diingini berlaku, jadi mereka ini perlu dihalang daripada menghasut rakyat Sarawak,” katanya.
#RespectMyPM
#MelayuBersatu

Guan Eng Cuba Langgar Arahan Pihak Berkuasa.?


Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tetap mahukan debat dengan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan diteruskan.

Menurut Guan Eng melalui debat itu, beliau akan menjawab semua isu berbangkit berhubung penjualan tanah Taman Manggis dan pembelian banglonya di Jalan Pinhorn yang dikatakan di bawah harga pasaran.

“Dalam perbahasan kita boleh cerita semua,” katanya kepada media selepas melawat Tech Dome Penang di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), Jumaat.

Debat isu tanah Taman Manggis antara Guan Eng dan Abdul Rahman Dahlan yang sepatutnya disiar secara langsung di TV3 pada 19 April lalu, ditunda selepas polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menasihatkan agar ia ditangguh kerana dikatakan boleh mengganggu siasatan kes itu.

Guan Eng turut ditanya mengenai surat yang dikatakan daripada sebuah syarikat bertarikh 15 November 2013 kepada Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) yang didakwa ditandatangani bekas pemilik banglo itu, Phang Li Koon untuk permintaan bagi cadangan (RFP) projek di Juru dan Batu Kawan.

“Semua satu fitnah,” katanya.

Sebelum ini, Phang menerusi akuan berkanun menegaskan beliau tidak mempunyai sebarang urusan perniagaan dengan kerajaan negeri dan menurutnya beliau menjual banglo itu atas dasar rela hati antara pembeli dan penjual pada harga RM2.8 juta, yang dipersetujui melalui perjanjian bertarikh 23 Jun 2014.
#LGERasuah
#LGEPenipu
#RespectMyPM
#MelayuBersatu
#HidupBersama

Wanita PKR Tampil Menggasak DAP Pula


Percaturan kuasa pada Pilihan Raya Sarawak (PRN) ke – 11 terus menjadi medan pertelingkahan yang mempertontonkan kelemahan parti-parti pembangkang dalam gabungan rapuh Pakatan Harapan (PH) terutamanya PKR dan DAP untuk tatapan rakyat.

Terbaru ialah serangan Wanita PKR yang mengasak DAP dengan menyatakan kekesalan mereka terhadap parti sekutu itu.

Ketuanya, Zuraida Kamaruddin dalam kenyataan berkata, semua rundingan kerusi pencalonan sepatutnya dimuktamadkan dalam mesyuarat yang dipengerusikan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sepertimana ketetapan Majlis Presiden Pakatan Harapan.

Bagaimanapun, Zuraida mendakwa Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tidak  memberikan kerjasama sehingga lewat malam sebelum hari penamaan calon.

“Satu penjelasan jelas harus diberikan oleh Lim Guan Eng untuk menerangkan mengapa dan apa sebenarnya niat yang beliau cuba lakukan.

“Laporan berita memetik komen ringkas Lim Guan Eng mengatakan bahawa DAP telah mengorbankan kerusi Batu Kitang, namun menjadi persoalan yang lebih penting adakah beliau sebut tentang pengorbanan PKR?” soalnya sepertimana tersiar di portal Keadilan Daily.

Semalam, Pengarah Pilihanraya PKR, Nurul Izzah Anwar mahu semua ahli parti itu memandang ke hadapan dan fokus kepada calon dalam PRN Sarawak tanpa langsung mahu memberikan sebarang penjelasan berhubung isu-isu yang timbul..

Sekaligus, tampak keributan antara PK dan DAP dalam PH sekarang mencetus persoalan sama ada pemimpin dalam kedua-dua parti itu lebih mementingkan pengaruh dalam parti sendiri berbanding kemenangan calon-calon PH dalam PRN Sarawak ke – 11.

Yang pasti, ahli PKR dan DAP khususnya di peringkat akar umbi sudah bertengkar sesama sendiri sekali gus menimbulkan persoalan, bagaimana PKR dan DAP boleh meneruskan kerjasama di peringkat nasional jika masalah dalaman parti gagal dirungkaikan sepertimana yang terlihat menerusi pertindihan kerusi dalam PRN Sarawak.

Selain itu, Zuraida turut mempersoalkan tandatangan pada watikah yang didakwanya dipersetujui secara dasar di antara Guan Eng dan Azmin.

“Jenis perjanjian apa jika ia dalam beg Azmin dan diambil oleh orang yang tidak bertanggungjawab? Saya sungguh kecewa dengan tindakan orang yang tidak bertanggungjawab yang mendedahkan nota tersebut dengan niat jahat,” tambahnya.
#PRN11
#PRNSarawak
#RespectMyPM
#MelayuBersatu
#HidupBersama
#SIM

Program Mengubah Destini Anak Bangsa 2016 Negeri Pulau Pinang berlangsung dengan sukses!


Masalah dalaman pembangkang semakin parah


YB Dr Afif disabitkan memfitnah ! Jom lihat fakta kes..


Friday, 29 April 2016

Dr Afif diarahkan bayar RM 320,000 kepada 4 wakil rakyat UMNO kerana memfitnah


Pemimpin UMNO perlu berubah – Jais Sarday


"Pemimpin UMNO kena berubah jika mahu kembalikan keyakinan rakyat kerana selama ini, rakyat telah berjaya dihasut oleh parti pembangkang supaya tidak percaya kepada UMNO malah lebih pedih lagi bila rakyat membenci pemimpin UMNO.

"Ini semua persepsi yang telah ditanamkan pihak pembangkang ke dalam minda rakyat tetapi sebenarnya kita yang tak melawan dan tak berhujah daripada mula,".

Itu kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota, Md Jais Sarday pada pertemuan dengan wartawan MalaysiaGazette di Putrajaya petang tadi.

Katanya, strategi UMNO untuk mendekati dan menerangkan kepada rakyat segala permasalahan yang dibangkitkan oleh pembangkang sebenarnya tidak cukup kuat.

"Kita ni (UMNO) biasanya terima sahaja apa yang dituduh pembangkang. Mereka campak sahaja satu benda, barulah kita nak jawab.

"UMNO dulu boleh buat macam-macam untuk memastikan rakyat tidak terus hanyut dengan dakyah pembangkang tetapi sekarang dah tak ada.

"Yang berlaku adalah kita menunggu, hanya menunggu serangan satu persatu daripada pihak pembangkang dan kerja kita cuma menepis sedangkan pada masa sama, pemikiran rakyat sudah pun diracuni bahawa kita yang salah," ujarnya.

Jelas Md Jais, sebagai ahli UMNO dan kakitangan kerajaan, dia memang tidak akan merelakan kerajaan dan pemimpin atasan dikecam oleh pihak pembangkang.

"Sebenarnya pembangkang pun bukanlah pandai sangat kalau nak dibandingkan dengan kita pemimpin-pemimpin UMNO.

"Cuma perancangan dan strategi mereka yang selalu menjadi padahal kita sebenarnya lebih hebat daripada mereka.

"Satu perkara lagi, pemimpin-pemimpin UMNO pun kalau bercakap rasanya eloklah berhati-hati kerana ada kala bahan yang dicakap itu tak ubah seperti lawak jenaka bertaraf antarabangsa," katanya.

Menurut Md Jais, kerajaan sepatutnya meramaikan lagi pemimpin-pemimpin yang muda di kalangan menteri seperti Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

"Saya bukan menyokong dia tetapi hakikatnya, Khairy ada kualiti kepimpinan dan dia mampu menarik orang ramai dalam setiap majlis yang dianjurkan.

"Itu hanyalah contoh dan saya tak kata pemimpin-pemimpin di pusat tidak bagus tetapi kalau ada lebih ramai seperti Khairy, mungkin fenomena politik UMNO akan berubah," jelasnya.

Apapun kata Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor ini lagi, cara kerja pemimpin-pemimpin UMNO hari ini perlu diubah sekiranya ingin mengembalikan keyakinan rakyat.

"Bukan saya hendak memuji Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin tetapi semua program yang dibuat ternyata dapat diterima rakyat, contohnya program Muafakat Johor.

"Pendekatan yang diambil sentiasa mendapat respons yang baik daripada rakyat dan yang paling penting, keutamaan pemimpin di Johor adalah rakyatnya," katanya.
— MalaysiaGazette
#RespectMyPM
#MelayuBersatu
#HidupBersama
#SIM
#SayaIslamMelayu

Suhu panas ragut 21 nyawa sepanjang Mac/April

 

29 APRIL : Thaiand melaporkan seramai 21 rakyatnya terkorban pada Mac hingga April tahun ini akibat cuaca panas dengan suhu mencecah 40 darjah celsius di beberapa kawasan di negara itu.

Seramai 20 mangsa maut ialah lelaki dan bakinya wanita namun angka itu menyusut berbanding 56 orang tahunlalu dengan kebanyakan mangsa ialah lelaki yang bekerja sebagai buruh.

“Cuaca panas di sebahagian kawasan (di Thailand) meningkat kepada 40 darjah celsius dan jika tubuh badan manusia tidak dapat mengeluarkan haba panas, mereka boleh jatuh sakit dan mungkin maut akibat strok haba,” kata Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit Berjangkit Thailand, Dr Amnuay Kajina.

Antara simptom strok haba katanya ialah sakit kepala, penglihatan kabur, sukar bernafas serta denyutan jantung tidak stabil.

Kegagalan mendapatkan rawatan segera tegasnya, boleh menyebabkan kematian.

Menurutnya, golongan berisiko tinggi diserang strok haba antaranya ialah mereka yang bekerja di kawasan terbuka di bawah terik matahari, kanak-kanak di bawah umur lima tahun, penghidap darah tinggi dan mereka yang obesiti.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan penduduk negara itu untuk memakai pakaian berwarna terang, duduk di dalam rumah atau bangunan, minum banyak air dan kurangkan aktiviti luar.

Jabatan Meteorologi Thailand pula melaporkan bahawa suhu di Mae Hong Son, utara Thailand mencatatkan bacaan tertinggi sehingga kini pada Khamis dengan bacaan 41 darjah celsius.

Electricity Generating Authority of Thailand (EGAT) pula melaporkan bahawa penggunaan tenaga elektrik memuncak enam kali ganda tahun ini mencecah 29,403 megawatt dengan purata suhu di seluruh Thailand adalah pada 37.8 darjah celsius.

R.S.N Rayer dilepaskan daripada pertuduhan mengeluarkan kata-kata menghasut


Najib Jejaki Warisan Ditinggalkan Ayahanda 50 Tahun Dahulu


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menjejaki langkah Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dengan mengunjungi Kampung Triboh dekat sini, sebuah kampung Iban yang dirasmikan oleh ayahandanya 50 tahun silam.

Pada 13 Nov 1966, Allahyarham, timbalan perdana menteri, ketika itu, melawat kampung tersebut dan seterusnya kampung itu diberi nama baharu iaitu Kampung Tun Razak.

Pada ketika itu, Tun Razak melancarkan Projek Penanaman Getah (Skim B) di kawasan tersebut.

Lawatan Najib ke kampung itu Khamis ditemani Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot, yang juga Anggota Parlimen Serian, dan calon Barisan Nasional (BN) Bukit Semuja, John Ilus.

Setiba di kampung itu, Najib melihat batu asas perasmian kampung itu yang mencatatkan kunjungan ayahandanya di situ.

“Pada 13 Nov 1966, satu tanggal yang mencatat sejarah di Kampung Triboh. Ayahanda saya Tun Razak telah sampai ke kampung ini. Hari ini, giliran anakandanya pula. Sejarah berulang.

“Kalau Tun Razak banyak jasa, saya pun nak meninggalkan budi dan jasa terutamanya kepada orang Sarawak yang ikhlas menyokong Barisan Nasional,” katanya di majlis ramah mesra bersama penduduk kampung itu yang terletak di Dewan Undangan Negeri Bukit Semuja dekat sini.

Dalam ucapannya, Najib berkata BN sebagai satu keluarga besar yang komited untuk terus membawa kemajuan dan kemakmuran kepada rakyat Sarawak.

“Kita mempunyai agenda sama iaitu membawa lebih banyak perubahan dan pembaharuan kepada penduduk di negeri ini. Sehubungan itu, sokongan kepada BN penting untuk meneruskan pelaksanaan projek agar ia memanfaatkan rakyat negeri ini,” katanya.

Sebagai “Apai Besai Malaysia”, Najib menyaran penduduk di negeri ini terus menyokong Apai Besai Sarawak, Tan Sri Adenan Satem yang terbukti dalam tempoh dua tahun sudah membawa pelbagai kemajuan di negeri ini.

“Apai Besai Malaysia sentiasa sokong Apai Besai Sarawak dengan menyalurkan lebih peruntukan bagi membangunkan negeri Sarawak berbanding pembangkang yang hanya janji dan tidak membuat apa-apa,” katanya

Pada majlis itu, Najib meluluskan permohonan ketua kampung Triboh, Albert Moni Igang untuk menambahbaik Dewan Panglima Kalin di kampung itu, antara dewan yang tertua di daerah ini.
— BERNAMA
#PRN11
#PRNSarawak
#RespectMyPM
#MelayuBersatu

AMANAH langgar kerusi PAS sebab tidak dapat kerusi PKR, DAP


28 APRIL : PAS sudah menjangka Parti Amanah Negara (AMANAH) akan bertanding lebih banyak kerusi di kawasan yang PAS tandingi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke 11.

Ketua Pemuda PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz, berkata ini kerana parti itu tidak mendapat laluan daripada DAP mahupun PKR untuk bertanding di kerusi yang mereka pilih.

Bagaimanapun perkara itu tidak menjadi halangan pada PAS untuk memastikan kemenangan di kawasan yang parti Islam itu tandingi.

“Dengan PAN (AMANAH) kita dah jangka, mereka takkan dapat kerusi DAP dan PKR, jadi PAN kena langgar kawasan PAS,” katanya kepada BNBBC.my portal.

AMANAH bertanding di lima kerusi yang ditandingi PAS, PKR (3) dan DAP juga tiga kerusi.
Mengulas dakwaan PKR yang menikam belakang PAS kerana bertanding di kerusi yang sama, Nik Abduh berkata PAS masih lagi menghormati PAS sebagai rakan sekutunya.

Difahamkan, PAS juga sedang berada di peringkat perbincangan bagi menyelesaikan perselisihan yang berlaku.

“Hanya rundingan tak selesai, yang tak selesai kita tak panjangkan, kita saling hormat menghormati, PAS PKR kira okay, masih kekal lagi.

“Yang tak selesai ialah DAP dan PKR,” tambah beliau.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu merujuk pertikaian DAP dengan PKR berhubung pertindihan kerusi di enam kawasan pada PRN kali ini.

Sebelum ini, PKR dan PAS telah membuat rundingan untuk tidak bertanding dalam kerusi yang sama dalam pilihan raya sebagai menghormati kerjasama kedua-dua parti selepas Pakatan Rakyat berkubur.

Namun apa yang berlaku kini PKR meletakkan calon di tiga DUN iaitu di Kakus, Jepak dan Lambir sekali gus bersaing dengan PAS.
— BNBBC
#PRN11
#PRNSarawak
#RespectMyPM
#MelayuBersatu
#HidupBersama
#SIM
#SayaIslamMelayu

PKR, DAP Masih Belum Terlambat Untuk Paksa 3 Calon Tarik Diri


Susulan dari kenyataan ‘permohonan maaf’ dari Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli baru-baru ini, kini giliran Pengarah Pilihan Raya parti itu, Nurul Izzah Anwar pula bersuara mengenai pertembungan sebanyak 6 kerusi di antara PKR dan DAP di PRN Sarawak kali ini.

Kata Nurul Izzah, PKR memutuskan untuk berbincang dengan DAP berkenaan isu itu selepas PRN Sarawak tamat pada 7 Mei ini. Jadi katanya, sebarang soalan yang dikemukakan kepada PKR mengenai perebutan 6 kerusi Dun tersebut, dia akan berikan jawapan ‘standard’ itu.

Pada pandangan penulis, pendirian PKR mengenai isu perebutan kerusi dengan DAP di Sarawak itu menandakan kedua-kedua parti itu sebenarnya enggan mengalah, tidak menghormati antara satu sama lain, tiada kesefahaman dan paling jelas tidak menepati janji.

Apa yang dipersoalkan adalah tentang isu pertindihan calon di PRN Sarawak kali ke-11 di antara PKR dan DAP. Sekiranya perebutan kerusi itu diteruskan, maka secara tidak langsung ia akan mengesahkan sikap sebenar seperti yang dikatakan di perenggan di atas.

Pada penulis, PKR sebenarnya mampu untuk mengelak dari terus dilabel sebagai ‘mengejar kerusi’, tidak menepati janji atau mengkhianati kesepakatan. Malah mereka sebenarnya mampu mengatasi masalah yang berlaku dengan DAP di Sarawak menerusi persefahaman di dalam perbincangan yang amat mudah.

PKR dan DAP masing-masing meletakkan calon di 6 Dun Sarawak, iaitu Mulu, Mambong, Ngemah, Murum, Simanggang dan Batu Kitang. Mungkin masing-masing memikirkan mereka mampu menang di kerusi-kerusi terbabit.

Pada pandangan penulis, selagi belum tiba hari mengundi, PKR dan DAP masih boleh mengarahkan calon masing-masing menarik diri dari bertanding di Dun-Dun tersebut. Jika ingkar arahan parti, mereka boleh bertanding di atas tiket ‘calon bebas’.

PKR dan DAP sepatutnya duduk semeja segera. Mereka sepatutnya boleh mencari titik persetujuan untuk membahagi 6 kerusi Dun tersebut kepada parti masing-masing. Maksud penulis, berikan 3 Dun kepada calon PKR dan 3 Dun lagi kepada calon DAP. Selesai masalah, bukan?

Apakah yang membuat masalah tersebut gagal diselesaikan? Kenapa susah sangat untuk PKR dan DAP duduk semeja untuk membincangkan soal pembahagian kerusi 6 Dun itu dan membiarkan berlaku pertindihan calon kedua parti berkenaan?

Penulis yakin, punca utama masalah itu diatasi ialah kegagalan PKR dan DAP dalam menyatukan PKR Sarawak dan DAP Sarawak sebagai satu parti yang mewakili Pakatan Harapan. ‘Skill’ politik dan perpaduan mereka sebenarnya sangat goyah!

Mereka tidak seperti BN Sarawak yang meskipun memiliki banyak parti komponen, ada yang bertelagah dan kurang sefahaman, namun mereka mempunyai semangat kesepakatan yang jitu dan kukuh untuk bersatu padu sebagai satu parti. Itulah yang tidak ada pada PKR dan DAP.

Itupun PKR dan DAP masih lagi mahu menggunakan perkataan ‘Pakatan’ di dalam pembentukan blok pembangkang mereka? Mereka hakikatnya tidak sepakat, tapi tetap meletakkan nama ‘Pakatan’ kerana mahu beritahu rakyat yang mereka ‘sepakat’?

Masih belum terlambat Nurul Izzah dan DAP untuk memaksa 3 calon mereka menarik diri dari bertanding di kerusi yang sama pada PRN Sarawak kali ini. Cuma kita tunggu dan lihat saja sama ada mereka punya keberanian untuk membuktikan mereka sebenarnya ‘sepakat’ atau ‘tidak sepakat’, bukan?
— MyKMU
#PRN11
#PRNSarawak
#RespectMyPM
#MelayuBersatu

“Saya tidak mahu lagi ditemuramah oleh Malaysiakini” – Calon DUN Nangka


Calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nangka, Dr. Annuar Rafie membidas portal Malaysiakini yang disifatkan sebagai tidak demokrasi kerana melaporkan berita berat sebelah.

Menurutnya, beliau kecewa kerana wartawan portal berkenaan telah memutarbelit apa yang diperkatakan sedangkan laporan berita sepatutnya seimbang.

Justeru mulai sekarang, Dr. Annuar berkata, beliau tidak mahu lagi ditemubual oleh portal berkenaan.

“Saya tidak mahu lagi ditemuramah oleh Malaysiakini, minta maaf, nanti dia pusing.

“Dia (wartawan Malaysiakini) kata ini demokrasi. Saya kata dengan dia awaklah paling tidak demokrasi,” katanya ketika ditemui di pusat khidmat Barisan Nasional Dun Nangka, di sini, hari ini.

Dr. Annuar mengulas mengenai laporan Malaysiakini yang menulis berita mengenai mangsa kebakaran di Kampung Dato Lama yang merayu bantuan. Beliau juga dikatakan menghalau wartawan berkenaan kerana didakwa tidak berpuas hati dengan laporan tersebut.

Kebakaran di Kampung Dato Lama itu berlaku pada Jun 2013.

Mengulas mengenai kebakaran berkenaan, Dr. Annuar berkata, kerajaan negeri telah memberikan bantuan kepada 143 mangsa yang terlibat dalam kebakaran itu dan mereka juga telah ditempatkan di sebuah flat di Rantau Panjang dan Sibu Jaya, tanpa dikenakan sewa.

“Semua yang duduk di flat itu tidak perlu bayar sewa sejak tiga tahun lalu sebab kita dah janji selagi mereka tidak dapat rumah, kita akan beri sewa percuma tapi saya tidak mahu heboh perkara ini. Saya pelik apabila perkara ini tidak pula dilaporkan oleh Malaysiakini.

“Hakikatnya, sebanyak 33 buah sedang dibina iaitu rumah asal bagi mereka yang mempunyai geran. Kos keseluruhan rumah ini adalah RM270,000 tetapi ia dijual pada harga RM100,000 sahaja dan jika mangsa tidak berkemampuan, bayaran boleh diteruskan oleh anak dan cucu mereka.

“Saya tak nak dulu jawab Malaysiakini sebab saya akan jumpa keluarga mangsa kebakaran ini,” katanya.

Apa yang mengecewakan kata beliau ialah Malaysiakini hanya menemubual tiga mangsa yang merupakan penyokong pembangkang tetapi tulisannya seolah-olah mewakili semua 143 mangsa.

“Kebakaran itu mendapat liputan meluas, bukan hanya di Sarawak malah di seluruh negara dan bantuan juga diterima daripada kerajaan negeri dan seluruh negara,” katanya.
#PRN11
#PRNSarawak
#RespectMyPM
#MelayuBersatu

KDN pantau, siasat individu terlibat keganasan di Sabah - Nur Jazlan


KUALA LUMPUR 28 April - Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang memantau dan menyiasat mereka yang dipercayai terlibat dengan aktiviti meluaskan pengaruh Kesultanan Sulu di Sabah.

Timbalan Menterinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed memberitahu Dewan Negara hari ini, setakat ini, lima individu dari Sabah berjaya ditahan kerana dipercayai terlibat dengan aktiviti yang mengancam keselamatan dan kedaulatan negeri itu.

"Lima telah ditangkap dan kita sedang siasat mereka yang terlibat. Kita lakukan pengumpulan maklumat risikan yang amat mendalam di Sabah, dan sentiasa berwaspada mengenai tindakan kumpulan pengganas ini kerana mereka pernah menyerang negara kita," katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Datuk Chin Su Phin yang ingin tahu tindakan kerajaan terhadap pengganas Sulu yang dipercayai melantik 'panglima' di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dalam usaha membentuk semula Kesultanan Sulu di negeri itu.
Pendedahan itu dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semasa menggulung usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat pada 21 Mac lalu. - BERNAMA


Thursday, 28 April 2016

Kerosakan Kerajaan Dap P.Pinang Kini Umpama Bangkai Gajah Busuk


Satu maut, dua bot bertembung di Pulau Perhentian


BESUT 28 April - Seorang pemandu bot maut selepas kenderaan yang dipandunya bertembung dengan bot lain di Pulau Perhentian, di sini malam tadi.

Dalam insiden pukul 11.30 malam itu, mangsa Rawi Ibrahim, 40, terbunuh manakala lima lagi mangsa termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun empat bulan terselamat.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, ketika kejadian, bot yang dinaiki pasangan suami isteri bersama anak mereka itu serta seorang lagi penumpang dan pemandu bot, Mohd Nazmi Daud, 27, dalam perjalanan pulang dari Long Beach menuju ke kampung nelayan.

Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan bot yang dinaiki mereka bertembung dengan bot yang dipandu oleh Rawi, yang datang dari arah Pulau Perhentian Besar menuju ke Long Beach.

"Ketika kejadian, bot yang dinaiki lima mangsa itu dalam perjalanan menuju ke kampung nelayan untuk menghantar penumpang selepas selesai menikmati makan malam di Long Beach.

"Susulan pelanggaran itu kesemua mangsa tercampak ke dalam laut manakala Rawi hilang. Insiden itu juga telah menyebabkan seorang penumpang, Abdul Mohaimin Zamzuri mengalami kecederaan kecil pada tapak tangan manakala mangsa lain tidak cedera," katanya ketika dihubungi hari ini. 


Mohd Zamri berkata, gerakan mencari serta menyelamat mangsa yang berasal dari Kampung Raja, Besut itu disertai Pasukan Gerakan Marin Wilayah Tiga dan Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Mayat Rawi ditemui pukul 10.25 pagi tadi oleh pasukan penyelamat kira-kira 50 meter dari Long Beach, katanya.

Menurut Mohd Zamri, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Besut untuk dibedah siasat manakala mangsa yang cedera menerima rawatan di hospital yang sama. - BERNAMA

- See more at: http://m.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/satu-maut-dua-bot-bertembung-di-pulau-perhentian-1.293698#sthash.cLYnVY3i.dpuf

Manifesto DAP, Rakyat Akan Terus DiTipu

DAP Cuba Mainkan Isu Lapuk. #PRNSarawak



“Negara sedang berhadapan krisis dan kehidupan rakyat semakin susah hari demi hari…,” begitulah ayat-ayat yang acapkali dicanang oleh para calon dan jentera DAP di Sarawak.

Sempena Pilihan Raya Negeri Sarawak (PRN Sarawak) ke 11 ini, DAP telah menggunakan isu “Tak Nak Najib”, UMNO, GST dan krisis 1MDB sahaja.

Bukan kerana perjuangan mereka untuk memastikan rakyat terjaga, sebaliknya ia menggunakan isu-isu berkenaan dek kerana sudah kehabisan isu untuk menyerang Barisan Nasional (BN).

Mereka tak henti-henti menghasut rakyat mengenai keperluan menolak Datuk Seri Najib Tun Razak dan parti UMNO.

Padahal, dari 10 orang rakyat Sarawak yang penulis jumpa, hanya seorang sahaja yang peka dengan isu-isu nasional seperti itu.

Rakyat Sarawak juga bukan sahaja semakin suka kepada Perdana Menteri sekarang, malah kebanyakan dari mereka masih memendam rasa tidak menyukai sekutu DAP yang juga bekas Perdana Menteri.

Hanya berminat dengan isu-isu tempatan dan bantuan penyelesaian isu, itulah yang mereka ingin dengarkan dari kerajaan atau parti politik.

Bagi mengekalkan keharmonian rakyat Sarawak, disarankan agar DAP meninggalkan isu nasional dan lawan secara ‘anak jantan’ melalui isu-isu tempatan.
- Tv14
#PRN11
#PRNSarawak
#RespectMyPM
#MelayuBersatu

140 Program Sempena Hari Belia Negara 2016


Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, fokus sambutan Hari Belia Negara 2016 akan tertumpu kepada penganjuran program di peringkat akar umbi bagi menggalakkan penglibatan belia dan mahasiswa. Sambutan yang bertemakan  'The Future Is Now' tersebut akan berlangsung mulai 9 sehingga 15 Mei 2016 ini.
#RakyatDidahulukan
#RespectMyPM

KEBAKARAN SEBUAH KERETA DAN 16 MOTOSIKAL ADA UNSUR KHIANAT


GEORGETOWN: Kebakaran yang memusnahkan sebuah kereta dan 16 motosikal di kawasan letak kenderaan aras bawah Apartmen Saujana Damai di Sungai Tiram di sini, tengah malam tadi, dipercayai mempunyai unsur khianat.

Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Deputi Superintendan Nor Salawati Saad, berkata kebakaran kira-kira jam 12.40 tengah malam itu dipercayai didalangi tiga lelaki yang menceroboh ke kawasan berkenaan.

“Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pintu pondok pengawal keselamatan, tiga suspek dikesan memasuki perumahan itu sebelum berlari ke kawasan letak kenderaan kira-kira 20 saat sebelum kebakaran berlaku.
“Suspek dilihat dalam keadaan mencurigakan sebelum bergegas keluar meninggalkan bangunan apartmen itu dengan menaiki motosikal,” katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

Difahamkan, beberapa bahan bukti ditemui di kawasan letak kenderaan itu dan disyaki digunakan suspek bagi tujuan khianat. -BHOnline

Tangan pelajar putus terkena bilah kipas pam angin.


KUALA LUMPUR: Seorang pelajar Tingkatan Dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Bayor, Rantau Panjang, Perak, putus tangan kanan serta patah tangan dan kaki kirinya selepas disedut mesin pam angin, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 9.30 malam itu, Mohd Syafiq Mohd Rosdi, 14, dilaporkan bekerja di sebuah bangsal ternakan ayam di Kampung Ulu Krong, Tanjung Lengkong, Sungai Bayor, Selama, Perak.

Difahamkan, tangan kanan mangsa terkena mesin pam angin di bangsal sebelum tangannya disedut dan putus terkena bilah kipas dalam mesin berkenaan.




Bapa mangsa, Mohd Rosdi Mat Shohor, 46, pekerja kilang di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, tidak mengetahui punca sebenar kemalangan menimpa anak kedua dari tujuh beradik itu kerana Mohd Syafiq mengalami trauma sebaik menyedari tangan kanannya hilang.

"Dia dihantar ke Hospital Selama sebelum dipindahkan ke Hospital Taiping. Tidak lama selepas itu, doktor mengambil keputusan memindahkannya ke Hospital Kuala Lumpur, awal pagi semalam.

"Dia masih meracau kerana terkejut dengan kehilangan tangan kanan, patah tangan dan kaki kiri serta mengalami keretakan pada kepala," katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Mohd Rosdi berkata, anaknya bekerja di reban ayam berkenaan kerana memahami kesusahan keluarga dan ingin membantu meringankan tanggungan.

"Saya terduduk apabila mendapat dapat tahu kemalangan yang menimpa anak saya.

Saya rasa bersalah tetapi harus reda dengan takdir Tuhan," katanya.

Mereka yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Rosdi di talian 019-5287751

Sumber@Berita Harian
----------------
Assalamualaikum Shbt2 yg dikasihi...
Anak murid saya, murid ting 2, Mohd Syafiq bin Mohd Rosdi dari kg Ulu Krong telah mengalami kemalangan putus tangan kanannya kerana terkena pam air sewaktu bekerja di  bangsal ayam di ulu krong malam tadi.  Anak ini dlm kritikal, selain putus tangan kanannya, dia juga patah tangan kiri dan kaki kirinya. Kepala juga luka agak serius dan kini berada di Hospital Kuala Lumpur. Insya-Allah malam ini dan esok saya akan umumkan kutipan ikhlas drp jemaah kita yg ingin menyumbang bagi meringankan beban keluargannya. Sumbangan boleh juga diberi kpd ahli jemaah kita yg bertugas di SMK Sg Bayor spt Tn Hj Razali, Cg Hanif, Cg Amin, Ustaz Ramli dll. Sumbangan dan doa shbt2 amat diperlukan utk membantu keluarga ini. TK...
Copy paste dari group guru2....

 Assalammualaikum..
Sumbangan KILAT dan sumbangan IKHLAS di perlukan ahli keluarga yang susah ini untuk anaknya..

Nama: MUHAMMAD SYAFIQ BIN MOHD ROSDI..
Umur: 14tahun
Asal: selama perak
Kemalangan: terkena sedut masuk ke dalam kipas sedut air..
Kecederaan: putus tangan kanan..
Patah tangan dan kaki kiri..retak tempurong kepala..mata kanan nyaris buta..
Mangsa d rawat d HOSPITAL BESAR KUALA LUMPUR
WAD 5..

Mari lah tolong serba sedikit yang mana mampu untuk tolong keluarga pesakit..
Sumbangan kewangan boleh d salurkan ke dalam akaun bapa persakit..

CIMB
MOHD ROSDI BIN MAT SHOHOR
08020086679522

sebagai rujukan boleh hubungi bapa beliau mohd rosdi di no 0195287751..

Jasa baik semua amat d hargai oleh keluarga dan pesakit..
Semoga syafiq cepat semboh..
Terima kasih..

Lim Guan Eng Perlu Letak Jawatan Jika Gagal Bukti Rahman Dahlan Memfitnah !


Wednesday, 27 April 2016

Malaysia Kutuk Pembunuhan Tebusan Warga Kanada Oleh Kumpulan Abu Sayyaf


PUTRAJAYA, 27 April (Bernama) -- Malaysia hari ini mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan seorang warga Kanada yang diculik oleh kumpulan militan Abu Sayyaf di selatan Filipina pada September tahun lepas.

Kementerian Luar berkata Kerajaan Malaysia merakamkan ucapan takziah yang mendalam kepada kerajaan dan rakyat Kanada dan kepada keluarga John Ridsdel yang dipenggal kepalanya pada Isnin.

Dalam satu kenyataan, kementerian berkata kerajaan Malaysia menggesa kerajaan Filipina supaya mempertingkatkan usaha untuk membawa pelaku jenayah itu ke muka pengadilan.

Kementerian berkata kerajaan Malaysia juga menggesa kerajaan Filipina meneruskan usaha bagi membebaskan baki tebusan-tebusan yang ditahan oleh kumpulan tersebut.

Ridsdel, 68, diculik dari sebuah marina dekat bandaraya Davao bersama seorang lagi rakyat Kanada, Robert Hall, warga Norway Kjartan Sekkingstad dan seorang wanita warga Filipina, Marites Flor yang juga teman wanita Hall.

Mereka dibawa sejauh 500 km (300 batu) ke pulau Jolo.

Kumpulan Abu Sayyaf menyiarkan rakaman video pada November yang menuntut wang tebusan US$80 juta bagi pembebasan mereka.

Kumpulan tersebut mengancam untuk membunuh seorang tebusan lelaki pada 25 April jika wang tebusan tidak dibayar.

Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau menyifatkan tindakan memenggal kepala tebusan itu sebagai satu "pembunuhan kejam".

-- BERNAMA

KPDNKK KEDAH TINGKAT PEMANTAUAN HARGA BARANG SEPANJANG FENOMENA EL NINO


Alor Setar - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kedah akan meningkatkan pemantauan bagi memastikan harga barang terutamanya produk mentah tidak dinaikkan berikutan cuaca panas kering akibat fenomena El-Nino.

Pengarahnya Mohamad Fitri Hassan berkata pengeluaran produk mentah seperti sayuran-sayuran, buah-buahan dan juga ayam difahamkan terjejas oleh cuaca panas dan pihaknya akan memastikan peniaga tidak cuba mengambil kesempatan menaikkan harga.

Bercakap kepada pemberita selepas Sambutan Hari Penguat Kuasa KPDNKK Ke-44 peringkat negeri di sini hari ini, katanya bagaimanapun pemantauan setiap hari oleh 57 Pegawai Pemantau Harga (PPH) di seluruh daerah negeri ini sehingga kini tidak mengesan kenaikan harga dan bekalan barang juga mencukupi.

Mohamad Fitri berkata pihaknya juga telah mengadakan perjumpaan dengan pemborong barangan kawalan bagi memastikan barangan keperluan mencukupi untuk menampung permintaan dan harga tidak dinaikkan.-beritaRTM

Salah Laporan WSJ Mengenai Malaysia Sekali Lagi Terbukti - Tengku Sariffuddin


KUALA LUMPUR, 27 April (Bernama) -- Pembohongan dan langsung tidak mempedulikan fakta oleh The Wall Street Journal's (WSJ) dalam laporannya mengenai Malaysia sekali lagi terbukti, kata Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad.

Beliau berkata WSJ yang melaporkan sebagai fakta buat beberapa kali, termasuk oleh Ken Brown pada 20 April dan Tom Wright pada 11 Mac, bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah melantik Tan Sri Irwan Serigar Abdullah sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia yang baharu dan beliau dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Ini dilakukan disebalik tiada pengumuman telah dibuat, dan berdasarkan sumber yang tidak mahu dikenali," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tengku Sariffuddin berkata Gabenor baharu telah dinamakan hari ini dan beliau ialah Datuk Muhammad Ibrahim, Timbalan Gabenor ketika ini.

Muhammad dilantik sebagai Gabenor yang baharu bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa 1 Mei, demikian diumumkan Pejabat Perdana Menteri hari ini.

Muhammad, yang dilantik Timbalan Gabenor sejak 2010, akan mengambil alih jawatan itu daripada Tan Sri Dr Zeti Akthar Aziz, 68, yang bersara pada 30 April.

Tengku Sariffuddin berkata malangnya, ramai yang percayakan laporan WSJ kerana mereka tidak sedar bahawa WSJ telah secara sukarela membenarkan ia digunakan sebagai alat oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bagi Kempen Anti-Najib, hanya demi untuk tajuk sensasi.

"Tanggungjawab paling asas bagi mana-mana wartawan ialah perlu mengesahkan fakta, lebih-lebih lagi jika dakwaan itu serius dan daripada lawan politik.

"Tetapi WSJ berterusan melaporkan pembohongan sebagai fakta daripada sumber tidak mahu dikenali. Mereka mengaibkan bidang kewartawanan. Sepertimana dibuktikan sekali lagi hari ini, rakyat Malaysia tidak boleh percayakan apa-apa sahaja yang mereka katakan," katanya.

-- BERNAMA

Jangan Terpedaya Dengan Pakej Umrah Murah.


Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin mengingatkan orang ramai agar tidak menerima penawaran pakej umrah bernilai di bawah RM4,900 iaitu di bawah paras harga minimum yang ditetapkan Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU). Jangan mudah terpedaya dan sentiasa buat semakan.
#RakyatDidahulukan
#RespectMyPM
#MelayuBersatu

PAS Tidak Akan Campur Kemelut Tuanku Sultan Terengganu-MB Razif


Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata partinya tidak akan masuk campur isu pertukaran menteri besar Terengganu yang hangat diperkatakan, susulan pelucutan darjah kebesaran Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman.

Beliau dilaporkan oleh portal Berita Harian Online sebagai berkata, PAS mengambil pendekatan tunggu dan lihat tanpa mencampuri ‘masalah rumah tangga Umno’.

“Setakat ini saya tidak mahu memberi komen, saya akan teliti dan mendapatkan maklumat mengenai perkara itu tetapi ingin ditegaskan masalah yang berlaku itu hanya membabitkan rumah tangga Umno negeri.

“Saya tidak sempat mengikuti perkembangan mengenai pelucutan gelaran itu kerana berada di Sarawak bagi membantu calon PAS menghadapi pilihan raya negeri,” katanya kepada portal itu.

Ahmad Razif yang juga ADUN Seberang Takir, dikurniakan Darjah Datuk Paduka Mahkota Terengganu Kehormat (DPMT) yang membawa gelaran Datuk pada tahun 2012 dan Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZ) yang membawa gelaran Datuk Seri pada April 2015.

Awal bulan lalu, bekas menteri besar, Datuk Seri Ahmad Said selaku ADUN Kijal membuat usul undi tidak percaya terhadap Ahmad Razif tetapi usul itu ditolak.

Ahmad Razif yang juga ADUN Seberang Takir mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu menggantikan Ahmad Said pada 12 Mei 2014.
#RakyatDidahulukan
#RespectMyPM

Hujan Di Kerian Bagaikan Bonus Kepada Nelayan Tasik Merah


Oleh Mohd Farhan Abd Rahim

KERIAN, 26 Apr (Malaysiaaktif) – Hujan di hampir keseluruhan daerah Kerian pagi tadi memberi impak positif setelah sejak sekian lama digugat cuaca kering dan panas.

Menurut Penolong Jurutera Daerah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Kerian, Mohd Kamarul Mohd Noh, selepas hujan paras air di Kolam Bukit Merah didapati meningkat dua kaki kepada 20.1 kaki, berbanding 19.8 kaki sebelum ini.

“Kenaikan ini konsisten hingga petang tadi dan kadar kemasukan air dari sumber utama kolam, iaitu dari Sungai Kurau juga meningkat kepada 500 kaki padu sesaat seperti kadar normal berbanding sebelum hujan, iaitu 70 hingga 80 kaki padu sesaat sahaja,” ujar Mohd Kamarul.







Namun, berdasarkan graf, kadar kemasukan air dari sungai tersebut yang semakin berkurangan sejak petang memaksa pihak JPS menghentikan penyaliran air ke kawasan sawah padi sehingga paras air kembali stabil.

Pemantauan keadaan dilakukan semasa operasi pemeriksaan lesen dan sampan nelayan darat Bukit Merah oleh Jabatan Perikanan yang diketuai oleh Pegawai Perikanan Daerah Kerian, Hamidun Ahmad.

Menurut Hamidun, pihaknya telah berbincang dengan pengusaha ikan Arowana di kawasan ini supaya mengawal pertukaran air kolam ikan mereka bagi menentukan kadar penggunaan air. Ini kerana mereka juga menggunakan air yang sama dari terusan yang digunakan untuk pengairan sawah.

Beliau juga berkata pihaknya perlu menambah jumlah benih ikan bagi menampung bilangan yang berkurangan ekoran cuaca panas. Ini bagi membantu memastikan nelayan tidak menghadapi kesukaran akibat kurang pembiakan ikan dalam tasik.

Tindakan ini disambut baik oleh Ketua Komuniti Perikanan Tasik Bukit Merah, Mohd Fadzil Din yang menganggap apa yang berlaiku tersirat kelebihan kepada mereka.

“Ini bonus bagi kami ekoran hasil tangkapan melebihi satu kali ganda berbanding semasa paras air normal,’ kata Mohd Fadzil.

Bagaimana pun, bagi para pesawah di kawasan ini keadaannya berbeza kerana terdapat sawah yang mengalami kenaikan paras air selepas hujan pagi tadi dan ada yang masih berada di paras rendah.

Tak Sampai Setengah Tahun, Pakatan Harapan Sudah ‘Tinggal Harapan’?


TARIKH 9 Januari 2016 telah menjadi saksi termetrainya Perjanjian Pakatan Harapan yang ditanda tangani oleh parti PKR, DAP dan Parti Amanah Negara bertempat di Shah Alam, Selangor.

Kegagalan gabungan-gabungan terdahulu, bermula dari Barisan Alternatif (BA) pada tahun 1999 hingga 2004 diikuti penubuhan Pakatan Rakyat (PR) pada 2008 dan berakhir pada 2015, dua tahun selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) dikatakan menjadi teras kepada parti-parti pembangkang ini untuk membentuk perjanjian tersebut bagi meperkukuhkan ‘kerjasama politik’ mereka melalui platform baru yang dikenali sebagai Pakatan Harapan (PH).

Namun, sesetengah penganalisis politik berpendapat bahawa perjanjian yang dimetrai kali ini pada hakikatnya masih menggunakan model yang sama dengan PR yang mengamalkan politik berasaskan kepentingan tertentu.

Perbezaannya hanyalah pada nama (PR kepada PH), dan kedudukan PAS di dalam PR sebelum ini digantikan dengan penglibatan PAN.

Misalnya, dalam Fasal 1: Keputusan Bersama:

1.2 Segala keputusan bersama adalah berasaskan prinsip konsensus iaitu setiap parti di dalam Pakatan Harapan perlulah bersetuju sebulat suara dengan keputusan itu. Jika keputusan bersama secara konsensus telah dicapai, keputusan itu dikira mengikat ketiga-tiga parti. Sebarang pelanggaran kepada keputusan itu boleh disifatkan sebagai pelanggaran perjanjian ini yang perlu diputuskan mengikut kaedah yang dihuraikan di dalam Fasal 7: Keabsahan Pakatan.

Dalam FASAL 5: Piliharaya telah menyatakan bahawa:

5.2: Pakatan Harapan akan meletakkan satu calon sahaja untuk mewakili Pakatan Harapan di dalam sesuatu pilihanraya di mana-mana peringkat. Calon tersebut akan dipilih oleh parti masing-masing yang diberi kepercayaan oleh Majlis Presiden untuk mewakili Pakatan Harapan di dalam pilihanraya tersebut.

5.4 Sebuah Jawatankuasa Pilihanraya bertanggungjawab merundingkan agihan kerusi bagi setiap pilihanraya di antara ketiga-tiga parti bagi membantu Majlis Presiden membuat

keputusan seperti di dalam Fasal 5.3. Jawatankuasa Pilihanraya dianggotai oleh Pengarah Pilihanraya dari setiap parti dan wakil-wakil lain yang dilantik oleh parti masing-masing mengikut jumlah yang ditetapkan oleh Majlis Presiden.

5.5 Sebarang pengumuman muktamad mengenai parti yang bertanding di mana-mana kerusi di mana-mana peringkat hanya dibuat oleh Majlis Presiden dan setiap parti tidak boleh membuat pengumuman bertanding di sesuatu kerusi di mana-mana peringkat tanpa persetujuan Majlis Presiden.

5.6 Sebarang pertikaian mengenai pembahagian kerusi di mana-mana peringkat di bawah Fasal 5: Perjalanan Pilihanraya akan dibincangkan dan diselesaikan di peringkat Majlis Presiden.

Dalam Fasal 7: Keabsahan Pakatan pula menyatakan bahawa:

7.2 Sekiranya tindakan yang dibuat oleh satu parti secara jelas telah melanggar mana-mana perkara di dalam Perjanjian Pakatan Harapan ini dan keputusan bahawa tindakan itu melanggar Perjanjian Pakatan Harapan telah dipersetujui secara bersama oleh kesemua parti yang lain di dalam Pakatan Harapan, kesemua parti lain itu secara sebulat suara berhak membuat keputusan untuk menggugurkan keanggotaan parti yang membuat tindakan yang melanggar Perjanjian Pakatan Harapan itu dari Pakatan Harapan.

7.3 Status Pakatan Harapan sebagai sebuah muafakat politik di antara parti-parti hanya boleh diumumkan oleh Majlis Presiden.

Penamaan calon untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang berlangsung semalam jelas menunjukkan bahawa terdapat percanggahan antara parti-parti politik yang bernanung di bawah PH.

‘Majlis Presiden’ yang kononnya menentukan pembahagian kerusi untuk PRN Sarawak telah jelas gagal untuk melakukan pembahagian kerusi dengan baik, adil dan saksama sehinggakan berlaku pertembungan 6 kerusi DAP bertemu PKR, iaitu yang melibatkan DUN:

1. N13 Batu Kitang - DAP vs PKR

2. N19 Mambong - DAP vs PKR

3. N32 Simanggang - DAP vs PKR

4. N49 Ngemah - DAP vs PKR

5. N68 Murum - DAP vs PKR

6. N78 Mulu - DAP vs PKR

Kebebalan yang ditujukkan PH dalam hal pengagihan kerusi bagi PRN Sarawak Ke-11 juga jelas membuktikan bahawa perjanjian yang dimetrai oleh parti-parti terlibat ini langsung tidak dihormati, sekaligus tidak mencerminkan perdirian mereka yang kononnya PH ‘Berjuang Untuk Rakyat’.

Fasal 7.2 pula jelas menetapkan bahawa jika terdapat satu parti secara jelas telah melanggar MANA-MANA perkara di dalam Perjanjian 'Sampah' Pakatan Harapan, maka parti tersebut boleh digugurkan keahlian di dalam Pakatan Harapan.

Sekarang ini, pertikaian 6 kerusi antara DAP dan PKR telah menunjukkan bahawa kedua-dua parti ini ternyata telah MELANGGAR PERJANJIAN yang dimetrai oleh mereka sendiri dan perlu digugurkan keahlian di dalam PH.

Apabila persetujuan gagal diperoleh Majlis Presiden dalam menentukan apa-apa jua keputusan, maka Pakatan Harapan sudahpun ‘Tinggal Harapan’, atau dalam bahasa ringkasnya, terkubur!
— KLXpress
#PRN11
#PRNSarawak
#RespectMyPM

Negara Akan Kucar Kacir Kalau Pembangkang Memerintah


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak hari ini memberi amaran bahawa kucar-kacir akan melanda negara ini sekiranya pembangkang dibenarkan memerintah.

Beliau berkata, jika mereka tidak dapat mencapai kata sepakat mengenai pembahagian kerusi untuk bertanding pada pilihan raya Sarawak 7 Mei ini, apatah lagi untuk memimpin negeri atau negara.

“Ini belum lagi mengambil kira untuk membentuk kabinet, atau memutuskan siapa layak memimpin jawatan apa. Kucar-kacir negeri Sarawak nanti!” katanya menerusi catatan terbaru di blog.

Perdana Menteri juga mendakwa beberapa ahli politik pembangkang berterusan menabur fitnah jahat dan menyerang keperibadian seseorang semata-mata kerana parti yang diwakili.

Katanya, politik berteraskan fitnah dan mengadu domba seumpama itu memang telah sebati dengan mereka, dan langsung tidak mempunyai tempat di dalam mana-mana pilihan raya.

“Saya yakin rakyat Sarawak dapat melihat dengan jelas sandiwara dan topeng sewajarnya apabila membuang undi.

“Usahlah terpedaya, kita kekalkan kemajuan dan kesejahteraan Bumi Kenyalang, terus sejahtera dan membangun pesat bersama gelombang biru Barisan Nasional!,” katanya.

Pada pilihan raya negeri Sarawak ke-11, DAP dan PKR yang adalah sekutu dalam Pakatan Harapan bakal bertembung di enam kerusi dengan masing-masing saling mempersalahkan satu sama lain berhubung kemelut ini.

Pelancaran manifesto

Sementara itu, Bernama melaporkan Pengerusi BN Sarawak Tan Sri Adenan Satem berkata pihaknya akan berusaha keras untuk mentransformasikan negeri dan rakyat Sarawak terutama di luar bandar agar mereka dapat meningkatkan taraf hidup masing-masing.

Menurutnya, parti itu akan sentiasa berusaha bagi memastikan infrastruktur asas, utiliti dan kemudahan awam bertambah baik di seluruh negeri ini.

“Tidak kira di mana rakyat tinggal, mereka akan memperoleh standard kehidupan dan kualiti hidup yang lebih baik. Saya mempunyai perancangan untuk mengubah Sarawak menjadi negeri maju yang akan membawa kita ke tahap lebih tinggi dan masa depan lebih cerah, katanya.

Beliau berkata demikian dalam kata-kata aluan Manifesto BN Sarawak 2016 bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN-11).

Manifesto bertemakan ‘Beri Peluang Kepada TeamAdenan #theAdenanWay’ itu dilancarkan Adenan di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), di Kuching, hari ini, bagi menghadapi PRN-11 pada 7 Mei.

Adenan, yang juga Presiden PBB, berkata bagi menjamin keamanan dan kemakmuran Sarawak, kerajaan BN akan terus mengekalkan perpaduan kerana sedar bahawa tanpa keupayaan untuk bekerjasama, mereka tidak akan dapat mencapai matlamat.

Peluang pendidikan

Beliau berkata dengan perpaduan sebagai asas dan kekuatan mereka, kerajaan BN akan mewujudkan lebih banyak peluang untuk rakyat Sarawak.

“Kita akan berusaha menjana lebih banyak peluang perniagaan dan pekerjaan sehingga 2030 dan seterusnya, melalui pelan pembangunan, strategi dan inisiatif yang terbukti berkesan.

“Kita akan mewujudkan lebih banyak peluang pendidikan untuk anak-anak muda bagi melengkapkan mereka dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan agar menjadi sebahagian daripada masa depan Sarawak yang lebih cerah,” katanya.

Selain itu, Adenan berkata BN juga akan terus mempertahankan hak-hak negeri Sarawak seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963.

“Kekuatan kami adalah perpaduan. Kami lebih kuat sebagai Sarawak yang bersatu padu. Malaysia lebih kuat dengan Sarawak yang bersatu padu.

“TeamAdenan dibentuk bagi mencapai cita-cita kami. Pasukan saya akan sentiasa bekerja keras untuk rakyat Sarawak supaya mereka terus menikmati keamanan, kemajuan dan kemakmuran,” katanya.
#PRN11
#PRNSarawak
#RespectMyPM

Isu perkauman: Adenan tidak teragak usir LKS, LGE #PRNSARAWAK


Tan Sri Adenan Satem memberi amaran kepada ahli politik anak beranak – Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng supaya berkelakuan baik ketika berada di Sarawak sepanjang kempen pilihan raya negeri ke-11 kali ini.

Ketua Menteri itu berkata, beliau tidak teragak-agak untuk mengusir pemimpin utama DAP berkenaan jika mereka mencetuskan suasana politik tidak sihat di negeri ini.

“Jika mereka melanggar batasan dan mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman, saya akan arahkan Jabatan Imigresen untuk ambil tindakan.

“Ini adalah amaran saya kepada mereka supaya berkelakuan baik,” katanya dalam sesi pertemuan khas dengan media di kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) lama, Selasa malam.

Selain itu Adenan turut memberi penjelasan berhubung persoalan mengapa Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP dan bapanya Kit Siang selalu Ketua Parlimen DAP masih bebas untuk keluar masuk ke Sarawak tanpa sebarang sekatan.

“Saya benarkan Guan Eng dan Kit Siang kerana setakat ini mereka berkelakuan baik,” katanya.

Sebelum ini beberapa pemimpin dan aktivis politik dari semenanjung termasuk di kalangan parti pembangkang dan UMNO dihalang daripada memasuki Sarawak.

Antara mereka ialah Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu; Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin serta Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Mohd Yunos.

PEMBANGUNAN INDUSTRI DAN EKONOMI SARAWAK YANG MENYELURUH, ANTARA JANJI BN


Pelan pertumbuhan ekonomi yang menyeluruh seperti dijanjikan dalam manifesto Barisan Nasional (BN) Sarawak akan terus meletakkan negeri itu pada landasan pembangunan dalam tempoh yang lebih cepat.

Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Sarawak, Datuk Abang Abdul Karim Tun Abang Openg berkata manifesto BN itu telah memberi penekanan dalam mewujudkan persekitaran perniagaan kondusif untuk pelaburan dan keusahawanan.

“Saya gembira bidang pengindustrian diberi penekanan oleh Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem.

“Ini terutamanya disebabkan Sarawak masih ketinggalan dalam banyak bidang namun negeri ini amat bertuah dengan kekayaan sumber yang masih belum diterokai,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Adenan semalam melancarkan manifesto BN Sarawak 2016 merangkumi 15 teras utama bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN-11), 7 Mei ini.

Abang Abdul Karim berkata pelaburan langsung asing (FDI) di Sarawak adalah kedua tertinggi selepas Johor di Malaysia dan ini menunjukkan pelabur sedang melihat negeri itu.

Sarawak mencatatkan FDI bernilai RM9.6 bilion dan RM11.8 bilion masing-masing pada tahun 2014 dan 2015.

“Secara keseluruhan, saya gembira bahawa BN memberi tumpuan dalam memajukan negeri ini dan harap ini akan diterjemahan dalam bentuk sokongan oleh rakyat kerana ini adalah demi kemakmuran penduduk negeri ini,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) Sarawak, Tony Ong berkata kandungan manifesto itu merujuk kepada usaha memperkasa rakyat Sarawak, bermula dari sudut memelihara hak mereka sehingga kepada pembangunan berbentuk fizikal.

Katanya, perkara-perkara yang disenaraikan dalam manifesto itu dengan mudah dapat memikat hati rakyat kerana ia dilihat bagaikan cerminan hati dan aspirasi seluruh penduduk Sarawak tanpa mengira kaum dan bangsa.

Beliau berkata manifesto ini akan menjadi ‘kad penilaian’ baharu untuk dinilai oleh rakyat dalam tempoh lima tahun akan datang.

Bagi Naib Presiden Sarawak Women for Women Society, Ann Teoh pula tertarik kepada isu berkaitan usaha meningkatkan penyertaan kaum wanita dalam aktiviti sosio-ekonomi.

Beliau berkata usaha tersebut memerlukan komitmen yang lebih berbentuk fizikal seperti penyediaan peluang dan infrastruktur yang lebih lengkap.

Presiden Persatuan Dayak Miri, Serawa Budol pula berpendapat manifesto itu dilihat meletakkan kepentingan rakyat Sarawak sebagai agenda utama.-tv14

Jangan Terpedaya Helah Pembangkang Mahu Nafikan Majoriti BN - Adenan


KUCHING, 26 April (Bernama) -- Pengundi diingatkan tidak terpedaya dengan helah pembangkang dan dakwaan mereka yang hanya mahu mengurangkan majoriti Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri akan datang kerana akhirnya rakyat negeri ini mungkin akan menjadikan mereka dapat membentuk kerajaan.

Peringatan itu diberikan Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem, sambil berkata bahawa jika pembangkang hanya mahu mengurangkan majoriti BN, mereka tidak akan bertanding begitu banyak kerusi.

"Jika anda memberi respons terhadap ini, akhirnya anda mungkin mendapati mereka sebagai kerajaan. Jika itu berlaku, kita akan dikuasai oleh parti dari Semenanjung," kata Adenan kepada media selepas taklimat di sini, malam ini.

Beliau berkata terdapat kemungkinan yang 'menakutkan' bahawa Sarawak akan dikuasai oleh parti-parti bukan berasal dari negeri ini.

Mengenai 36 calon Bebas yang bertanding pada pilihan raya kali ini, Adenan menyifatkan mereka sebagai 'pengacau' dan tidak akan diterima ke dalam BN walaupun mereka menang.

Beliau berkata keputusannya meletakkan calon langsung mungkin menyebabkan segelintir anggota BN bertanding sebagai calon Bebas selepas kecewa kerana tidak dipilih sebagai calon BN.

"Saya minta maaf kerana saya tidak boleh memuaskan hati semua orang (apabila membuat keputusan mengenai calon langsung). Jangan mengharapkan saya untuk meletakkan malaikat sebagai calon. Mereka (calon) semua mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing," katanya.

Adenan turut mengakui bahawa beliau terkejut dengan keputusan Anggota Majlis Tertinggi PBB, Watson Bangau Jonathan Renang untuk bertanding sebagai calon Bebas.

Berikutan keputusan itu, Watson Bangau dipecat daripada parti itu semalam.

-- BERNAMA

Hanya Kuala Krai catat suhu lebih 37 darjah Celsius


KUALA LUMPUR 26 April - Hanya Kuala Krai, Kelantan yang mencatatkan bacaan suhu melebihi 37 darjah Celsius berikutan cuaca panas akibat fenomena El Nino ketika ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Madius Tangau berkata, sehingga pukul 4 petang tadi, Stesen Meteorologi Kuala Krai mencatatkan bacaan suhu 37.6 darjah Celsius.

“Enam kawasan mencatatkan bilangan hari tanpa hujan melebihi 10 hari sehingga semalam ialah Kota Bharu dan Machang masing-masing 23 hari, diikuti Kudat, Sabah dengan 15 hari, serta 10 hari di Pasir Mas, Besut, Mersing,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Madius berkata, titik panas yang dikesan di Sabah juga menunjukkan pengurangan dari tiga titik panas kepada satu titik panas semalam dan tiada titik panas dikesan di Semenanjung dan Sarawak. - UTUSAN ONLINE

- See more at: http://m.utusan.com.my/berita/nasional/hanya-kuala-krai-catat-suhu-lebih-37-darjah-celsius-1.292642#sthash.0bRdffGE.dpuf
 
Copyright © 2014 PenangKini.