BREAKING NEWS

Tuesday, 31 May 2016

SPPP juga tidak terima maklumat terowong dasar laut


Tun Abdullah Yakin BN Mampu Menang di PRK Sungai Besar, Kuala Kangsar


Tumpahan Minyak di Pulau Pinang: Satu Bencana dan Juga Kejadian Biasa


Monday, 30 May 2016

Jangan Polemikkan Edah Mastura



Kerajaan DAP Pulau Pinang Jual Unit Bumiputera Sewenangnya

Pukul isteri dalam lift KPJ: Pegawai veterinar dipenjara 8 bulan.



Mastura boleh bertanding, PM dan MB tanya saya sebelum umum- Mufti Perak


Sunday, 29 May 2016

KKLW sedia terima PERDA kembali sebagai agensi


Detik-detik cemas sekeluarga semasa batu besar menghempap kereta mereka..


Saturday, 28 May 2016

DATIN MASTURA YAZID,balu Allahyarham Datuk Wan Khairil ialah calon BN untuk PRK Parlimen Kuala Kangsar.


'Saya yang sebenarnya ditumbuk...’


Purata gaji rakyat Malaysia meningkat 5.3 peratus


Friday, 27 May 2016

Budiman diumumkan calon BN untuk PRK Sungai Besar

Curi 1.2 Juta Data Rakyat Malaysia : Ratu Naga Wajar Lapor Polis Jika Tak Benar


SEORANG lelaki bernama Azharuddin Othman semalam telah berjaya mendedahkan ada unsur-unsur penipuan dalam proses mengutip 1.2 juta tandatangan Deklarasi Mahathir. Individu terlibat yang disebut oleh Azharuddin dalam akuan bersumpahnya itu adalah seorang bernama Ema.

Ema, atau lebih dikenali sebagai ‘Ratu Naga’ merupakan seorang penyokong tegar bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed, pelopor kepada kumpulan ‘Anti-Najib’.

Ketika akuan bersumpah berkenaan dibacakan dalam satu sidang media, Azharuddin dengan jelas menyatakan beliau telah dihubungi oleh ‘Ratu Naga’ pada 27 April dengan menawarkan sejumlah wang bernilai RM5,000 untuk mendapatkan 1.2 juta ‘data base’ rakyat Malaysia.

Bagaimanapun, Azharuddin, 30, hanya memperoleh RM1,000 selepas semuanya selesai tanpa sebarang pembayaran baki selebihnya.

Pendedahan bersumpah ini suatu perkara yang agak serius kerana melibatkan ‘data base’ rakyat Malaysia digunakan tanpa izin dan cubaan untuk memalsukan jumlah tandatangan yang akan dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Justeru, sebagai individu yang telah disebut namanya dalam akuan bersumpah itu, wajarlah ‘Ratu Naga’ tampil membuat laporan polis dan membawa perkara ini untuk tindakan mahkamah jika apa yang dinyatakan dalam sidang media tersebut adalah tidak benar.

Tidak perlu hanya bertindak membuat penafian melalui laman sosial atau media semata-mata, jika ‘Ratu Naga’ di pihak yang benar eloklah jalan penyelesaian undang-undang diambil bagi membuktikan Azharuddin cuba memfitnah dirinya.

Bagi rakyat Malaysia, penafian melalui laman Facebook atau sidang media sahaja tidak akan mencukupi, melainkan keberanian membuat laporan polis dan tindakan undang-undang diambil segera.

Selagi mana perkara ini tidak mendapat perhatian serius, ia sekali gus menandakan akuan bersumpah Azharuddin adalah benar, dan Dr Mahathir juga tidak mustahil terlibat dalam proses penipuan ini.
– Tv14
#DeklarasiMahathir
#RakyatDidahulukan
#RespectMyPM
#MelayuBersatu

Skandal Seks Dan Rasuah : Azmin Pilih Membisu Walaupun Bukti Jelas Terpampang



KUALA LUMPUR – Meskipun berdepan dngan pelbagai pendedahan salahlaku dalam pentadbiran kerajaan PKR Selangor sebelum ini namun, Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali tetap memilih untuk berdiam diri tanpa berusaha melakukan sebarang penambahbaikan.

Menurut Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin, Azmin gagal menjawab isu-isu berkaitan skandal rasuah yang berlaku dalam pentadbirannya dan hanya menepis dengan menuduh ianya sebagai fitnah.

Katanya, beliau kerap kali mendedahkan penyelewengan dan pengkhianatan kewangan kerajaan Selangor.

"Walaupun saya tunjukkan bukti kepada media, Menteri Besar hanya membisu dan nyata ia berterusan tanpa pembaikan," katanya kepada media.

Tambah beliau, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengutuskan surat dari penjara meminta pemimpin PKR menjauhi Tun Dr Mahathir Mohamad dan menumpukan kepada kekuatan parti tetapi diingkari Azmin.

"Namun selepas surat itu didedahkan Azmin dan kuncunya terus mengarak Mahathir ke hulu ke hilir dan dalam keadaan sedar bukan sahaja tak akui serta minta maaf malah Mahathir terus menfitnah dan memusuhi Anwar.

"Siapa bersama Mahathir hari ini khususnya pimpinan PKR, ia engkar isyarat Anwar," ujarnya.

Badrul atau lebih dikenali Chegubard juga membidas pemimpin parti yang menyatakan surat Anwar Ibrahim 'palsu' telah menipu di media dan berniat jahat.

"Pemimpin seperti ini memalukan dan harus meminta maaf," katanya.
— KLXpress
#SkandalSeks
#PakatanHarapan
#RakyatDidahulukan
#RespectMyPM

Ngeri :Gadis Mati terjun tingkat 16 4 (Gambar)


Georgetown: Seorang gadis berusia 21 tahun ditemui mati selepas terjun dari tingkat 16 sebuah pangsapuri di Jalan Gangsa, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 3.20 petang, mangsa, Darshwim Premkumar, seorang pelajar kolej swasta dikatakan bergaduh dengan teman lelakinya yang berada di Ipoh, Perak.





Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, berdasarkan pemeriksaan awal mangsa dipercayai kecewa sebelum naik ke tingkat 16 dan meninggalkan selipar yang dipakai di kawasan koridor.

Katanya, keluarga mangsa kemudian mengesahkan selipar yang ditemui itu adalah milik mangsa.

"Punca sebenar kejadian masih disiasat dan kes diklasfikasikan sebagai kematian mengejut," katanya ketika ditemui di Program Pencegahan Jenayah Amaniya Timur Laut Bersama Komuniti di Flat Free School hari ini.

Sumber@Harian Metro

RAFIZI 'CAKAP DENGAN BOTOL' & MESYUARAT 'MEE SEGERA' PAKATAN HARAPAN !!


Pakatan Harapan sudah tiada harapan lagi.

Mesyuarat Majlis Presiden PH ditangguhkan sekali lagi disebabkan ramai kepimpinan parti komponen yang tidak hadir pada mesyuarat yang sepatutnya diadakan hari ini.
"Menteri Besar (Azmin) tak ada, Setiausaha Agung (Rafizi) tak ada sebab di mahkamah, dan Ketua Menteri (Lim) pun ta ada. 

"Kita dapati ramai pimpinan utama yang penting tak ada," katanya pada sidang media di lobi Parlimen.Wan Azizah berkata demikian apabila disoal tentang penangguhan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan yang tertangguh buat kali ketiga.

Tetapi portal pro-pembangkang SorosKini MalaysiaKini melaporkan:

Walaupun mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan pada mulanya dibatalkan, namun ia diadakan tanpa kehadiran Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali serta Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng. 

Mesyuarat yang diadakan di pejabat ketua pembangkang di tingkat 14, Menara Parlimen itu diadakan kira-kira jam 1.25 petang. Mesyuarat itu diakhiri kira-kira jam 2 petang.
Ia dihadiri oleh pemimpin Pakatan Harapan antaranya Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Salahuddn Ayub, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli,Setiausaha Majlis Presiden Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah. Bagi DAP pula ia diwakili oleh antaranya Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke. Baca selanjutnya DISINI

Thursday, 26 May 2016

Video: Ribut kuat landa hampir seluruh kawasan di P. Pinang


PULAU PINANG 26 Mei - Beberapa buah kenderaan rosak teruk dihempap pokok tumbang dalam kejadian ribut dan angin kencang yang melanda negeri ini awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah malam itu, hampir seluruh negeri ini dilanda ribut kuat kira-kir sejam dengan kawasan paling teruk terjejas di sekitar Sungai Dua, Perai dan Bayan Baru serta Jelutong di bahagian pulau.

Di Sungai Nibong berhampiran Universiti Sains Malaysia (USM) beberapa buah kenderaan rosak dihempap pokok tumbang manakala cermin pintu sebuah bank di Bayan Baru pula pecah disebabkan kejadian tersebut.

Bagaimanapun, tiada laporan kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini dengan pasukan bomba dan penyelamat sudah membersihkan kawasan terjejas sejak awal pagi ini. 
 - UTUSAN ONLINE

GUAN ENG MENIPU DALAM SIDANG DUN PULAU PINANG


“Magnificent Emblem tidak berjaya dalam tender terbuka untuk membeli tanah tersebut kerana tidak mematuhi syarat permintaan untuk cadangan (RFP), bukan sepertimana yang didakwa anasir-anasir tidak bertanggungjawab.

“Tender tersebut akhirnya ditawarkan kepada Weslite Dormitory (Penang-Juru) Sdn Bhd yang menawarkan harga tertinggi.

“Hanya sebidang tanah di Juru yang ditender sedangkan tender di Batu Kawan tidak diteruskan."

Tiga petikan transkrip di atas merupakan petikan ucapan dan jawapan Ketua Menteri Regim DAP Pulau Pinang sewaktu ditanya tentang skandal banglo dan tanah Taman Manggis yang melanda kerajaan Negeri dan beliau pada 18 Mei 2016 yang lalu.

Dokumen-dokumen kerajaan negeri yang didedahkan pula menunjukkan sebaliknya.

Apakah tindakan yang telah dan bakal diambil oleh  Speaker DUN Pulau Pinang dalam perkara ini?
#LGERasuah
#LGEPenipu
#RakyatDidahulukan
#RespectMyPM
#MelayuBersatu
#HidupBersama
#SIM

Azmin Salahkan PAS Kerana Tidak Mahu Memberikan Kerjasama?


KLANG: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali marah dan kecewa kerana PAS enggan bekerjasama dalam strategi kerajaan negeri untuk memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar yang akan datang.

Menurut sumber PKR, kepimpinan tertinggi PAS tetap berdegil walaupun Azmin menjelaskan secara terperinci bahawa kepentingan parti Islam itu akan terus dilindungi.

“Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan PAS tetap akan bertanding walaupun dimaklumkan PKR mempunyai peluang lebih baik untuk memenangi kerusi itu,” kata sumber itu.

Jelas sumber itu lagi, Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad yang berunding dengan Azmin juga gagal meyakinkan Hadi, menyebabkan rundingan tersebut menemui jalan buntu.

Ketika dihubungi, setiausaha politik Azmin, Mat Shuhaimi Shafiei bagaimanapun yakin ia akan diselesaikan kerana masih ada masa sebelum hari penamaan calon pada 5 Jun ini.

Kerusi Parlimen Sungai Besar kosong selepas penyandangnya, Datuk Noriah Kasnon terbunuh dalam nahas helikopter terhempas di Sarawak pada 5 Mei lalu.

Kawasan parlimen itu mempunyai 33 peratus pengundi Cina manakala 1.9 peratus lagi pengundi India.
#PRKP93SungaiBesar
#RakyatDidahulukan
#RespectMyPM
#MelayuBersatu
#HidupBersama
#SIM

Mahathir Turun Lawan BN Di Sg Besar-Kuala Kangsar?


Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa berpendapat BN tidak seharusnya selesa dan terlalu yakin menjelang pilihan raya kecil Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Ini kerana, katanya, BN perlu berasa bimbang ekoran bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dikatakan akan turut berkempen bagi pihak pembangkang pada pilihan raya kecil itu.

“Tak boleh kata tak bimbang. Jika kita kata tak bimbang (Mahathir berkempen untuk pembangkang) macam terlalu yakin (over confident).

“Apa benda yang berlaku kita kena ada kebimbangan. Kalau Tun berkempen untuk pembangkang, kita kena rasa bimbang.

“Kita kena kerja lebih. Kita kena jawab kalau dia ada buat tohmahan. Tak boleh kata ‘tak apa’,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan pemberita berhubung dakwaan yang mengatakan Mahathir akan turut berkempen bagi memastikan kekalahan BN pada pilihan raya kecil 18 Jun depan.

Selain itu, anggota parlimen Ketereh itu juga berkata, walaupun pada pilihan raya negeri Sarawak yang lalu memberi kemenangan besar buat BN namun parti itu tetap perlu bekerja keras.

“Kita tak boleh memandang rendah. Kita kena kerja kuat.

“Kita kena bagi penjelasan kalau benda yang didakwa tak betul. Kita kena lipat gandakan usaha. Jangan ambil mudah. Kalau kita rasa tak ada apa-apa, tandanya kita dalam bahaya,” ujarnya lagi.

Tidak seperti Sarawak, bekas perdana menteri selama 22 tahun itu dikatakan akan turut berkempen menentang BN dalam dua pilihan raya kecil bulan depan.

Perkara itu dinyatakan bekas pemimpin akar umbi Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.
#DeklarasiMahathir
#PRKP93SungaiBesar
#RakyatDidahulukan
#RespectMyPM

Wednesday, 25 May 2016

4.6 Bilion Peruntukan RMK-11 Untuk Kerajaan Negeri Pulau Pinang.



Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Pulau Pinang, Dato Seri Zainal Abidin Osman berkata dalam sidang media semalam di Georgetown.

Sebanyak RM4.6 Bilion dari Rancangan Malaysia ke-11 diperuntukkan dari kerajaan BN yang prihatin kepada negeri Pulau Pinang. Empat item utama perbelanjaan merangkumi:

1. RM 2.2 Billion bagi kemudahan menambahbaik kemudahan infrastruktur jalanraya dan logistik merangkumi 9 projek.
2. RM520 juta diperuntukkan bagi memberikan perkhidmatan kesihatan yg lebih berkualiti merangkumi naiktaraf hospital Seberang Jaya dan GH.
3. RM 1.77 Billion bagi sistem perawatan air bersih serta bekalkan sistem kumbahan dan pembentungan lebih berkualiti kpd warga Penang.
4. Membina rumah mampu milik untuk warga P.P yang kurang berkemampuan termasuklah kampung tersusun sebanyak RM 125 juta

Syarikat Li Koon pernah terima tender kerajaan negeri


PULAU PINANG 20 Mei – Syarikat Magnificient Emblem Sdn. Bhd. (Magnificient Emblem) yang mana Phang Li Koon me­rupakan Pengarahnya pernah memenangi tender daripada kerajaan DAP Pulau Pinang untuk membangunkan asrama pekerja di tanah milik Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) di Juru di sini.

Timbalan Ketua Menteri 11, Dr. P. Ramasamy berkata, tender itu diperoleh syarikat ahli perniagaan wanita berkenaan ketika pertama kali dibuka kerajaan DAP Pulau Pinang pada 17 September 2013.

 Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perai berkata, syarikat Li Koon itu dipilih daripada dua lagi syarikat lain yang turut mengambil bahagian iaitu Centurion Corporation Limited dan TEE International Limited. “Permohonan cadangan (RFP) pembangunan asrama pekerja ini dibuat lebih sekali disebabkan Magnificient Emblem tidak dapat mematuhi syarat RFP berkenaan pegang­an hak milik.

 “Justeru, pihak pengurusan telah membuat keputusan RFP pembangunan asrama pekerja tersebut dipanggil semula,” katanya dalam sesi penggulungan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini. Menurut Ramasamy, syarikat Li Koon itu sekali lagi mengambil bahagian dalam tender kali kedua untuk pembangunan asrama pekerja tersebut yang diiklankan pada 23 Julai 2014. Katanya, turut serta dalam bidaan tender kedua itu adalah sebuah lagi syarikat, Westlife Dormitory (Penang-Juru) Sdn. Bhd. “Untuk tender kali kedua, syarikat Westlife Dormitory (Penang-Juru) Sdn. Bhd. telah dipilih sebagai penender yang berjaya,” katanya. Li Koon ketika ini disiasat ekoran beberapa laporan polis berhubung akaun bersumpah (SD) yang dibuat beliau pada 22 Mac lalu berkenaan kontroversi pembelian banglonya oleh Ke­tua Menteri, Lim Guan Eng pada harga luar biasa murah. - See more at: http://m.utusan.com.my/berita/politik/syarikat-li-koon-pernah-terima-tender-kerajaan-negeri-1.332697#sthash.7MHunTP4.dpuf

“KALAU MAT SABU BERANI, BERTANDINGLAH DI SUNGAI BESAR” – MP BN


Ahli parlimen BN menyambut baik cadangan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu untuk bertanding pada pilihan raya kecil parlimen di Sungai Besar.

Kedua-dua Ahli Parlimen Kuala Selangor Datuk Irmohizam Ibrahim dan Ahli Parlimen Bagan Serai Dr Noor Azmi Ghazali percaya bahawa pertandingan itu akan menjadi bukti untuk mempamerkan kekuatan parti serpihan PAS yang baru ditubuhkan.

“Kalau benar Mat Sabu nak masuk ke gelanggang, saya persilakan.

“Setidaknya AMANAH dan PAS boleh buktikan siapa lagi mempunyai pengaruh dan kredibiliti yang lebih kuat, khususnya di Sungai Besar,” kata Irmohizam kepada portal Kelab Penyokong BN.

Bagaimanapun, beliau yakin bahawa tidak kira siapa yang mewakili pembangkang bagi kerusi itu, ini tidak akan menjejaskan peluang BN.

Semalam, AMANAH mendedahkan bahawa parti itu telah menyenarai pendek presidennya, Mohamad Sabu, yang dikenali sebagai Mat Sabu; timbalan presiden Salahuddin Ayub dan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin bagi kerusi parlimen di Selangor.

AMANAH terdiri daripada bekas pemimpin PAS dan ditubuhkan selepas tumbangnya blok pembangkang Pakatan Rakyat.

AMANAH sekarang menaggotai pakatan pembangkang yang dijenamakan semula dan dikenali sebagai Pakatan Harapan, yang turut disertai oleh PKR dan DAP.

Sementara itu, Noor Azmi percaya bahawa cadangan supaya Mat Sabu bertanding di kerusi parlimen Sungai Besar sebagai sangat bertepatan dan sangat dialukan.

Beliau berkata ini peluang terbaik bagi presiden AMANAH itu untuk mempamerkan kekuatannya berikutan aksi buruk pada pilihan raya Sarawak baru-baru ini.

“Kalau AMANAH bertanding, dia (Mat Sabu) sendiri patut bertanding, tengok kekuatan sebenar parti.

“Inilah masanya dia nak membuktikan dia betul-betul berani dan yakin dengan parti dia, kalau tidak lebih baik dia tarik diri dan jangan bagi orang lain masuk terus sebab dia dikatakan paling dominan dalam parti itu,” kata Dr Noor Azmi ketika ditemui di lobi parlimen.

PKR telah mengadakan perbincangan dengan PAS dengan harapan untuk mendapatkan keputusan satu lawan satu dengan BN di kedua-dua pilihan raya kecil di Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang akan diadakan pada 18 Jun.

Ini berikutan kebimbangan bahawa pertandingan tiga penjuru akan memecahkan sokongan dengan undi memihak kepada parti pemerintah.

PAS, bagaimanapun enggan berganjak dari kedua-dua kerusi berkenaan susulan ia begitu hampir memenanginya pada pilihan raya umum lalu.

Semalam, Pengarah Komunikasi AMANAH Khalid Samad menggesa PKR tidak membuang masa berunding dengan PAS, dan menyampaikan kesediaan parti itu untuk bertanding di kedua-dua kerusi.
#PAS
#PakatanHarapan
#PRKP93SungaiBesar
#RakyatDidahulukan
#RespectMyPM
#MelayuBersatu
#HidupBersama

“Pastikan Mahathir Tidak Berkuasa Kembali” – Anwar Ibrahim



BAGAIKAN luka lama berdarah kembali. Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ditemui pemberita di pejabat pendaftar Mahkamah Persekutuan pada 23 Mei meminta rakyat supaya menghalan Tun Dr Mahathir Mohamed dari berkuasa kembali.

Selain mengesahkan ketulenan ‘Warkah Dari Penjara’, Anwar tidak mahu pemimpin seperti Dr Mahathir kembali memerintah negara kita. Tambahnya lagi, isu-isu seperti kronisme dan rasuah harus ditangani dengan serius.

Terdahulu, Ketua Umum PKR itu telah menulis dan mengutus sepucuk surat tulisan tangan meminta agar para pemimpin PKR supaya berhati-hati dengan bekas Perdana Menteri itu. Bagi Anwar, Dr Mahathir merupakan seorang ahli politik yang bahaya didekati.

Anwar selain itu turut meminta agar mana-mana pemimpin partinya tidak terpengaruh dengan agenda Deklarasi Mahathir Selamatkan Malaysia, sebaliknya menyeru agar terus fokus kepada usaha reformasi melalui parti serpihan Umno tersebut.

Ramai pemerhati beranggapan, surat dari Anwar setebal lapan muka surat berkenaan ditujukan kepada Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Azmin adalah antara pemimpin parti itu yang dikatakan banyak membantu dan menyokong Deklarasi Mahathir bersama-sama DAP dan Parti Amanah Negara atau PAN.
— Tv14
#DeklarasiMahathir
#RakyatDidahulukan
#RespectMyPM
#MelayuBersatu
#HidupBersama

Akhirnya Rafizi Ramli Terjerat, PKR Sah Parti Paling Kotor


JANGAN terkejut jika kita katakan dakwaan rasuah seks yang berlaku dalam urusan Kerajaan Negeri Selangor adalah sebuah drama yang skripnya dicipta. Mungkin bunyinya agak klishe bagi penulisan pro kerajaan, namun itulah antara kemungkinan berlaku.

Jika pendedahan dilakukan oleh mereka yang memihak kepada Barisan Nasional (BN), mungkin kita boleh ketepikan lagi. Namun perkara ini didedahkan sendiri oleh Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafie.

Dedahnya, drama rasuah seks itu sengaja diviralkan semata-mata mahu ahli parti teralih arah fokus mereka yang sebelum ini tidak berpuas hati dengan salah seorang pemimpin sendiri yang bertindak membocorkan isi kandungan warkah dari penjara, tulisan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Majoriti ahli parti (PKR) percaya surat dalaman parti itu disyaki dibocorkan sendiri oleh ‘orang yang menguruskan pentadbiran parti’ kepada media. Bagi mengalihkan (isu) kebocoran surat itu, maka tuduhan rasuah wang dan perem­puan ini sengaja disebar.

“Saya berpandangan jika benar wujudnya dakwaan sogokan se­perti itu, sepatutnya individu terlibat menyiasat sepenuhnya dahulu dan tidak perlu ‘melambung ke seluruh dunia’ dakwaan itu sedemikian rupa. Sebaiknya ia perlu dibawa ke pengetahuan majlis pimpinan pusat dan dibincangkan di sana sebelum sesuatu keputusan dibuat,” katanya.

Bagaimanapun, Shuhaimi tidak langsung mendedahkan pemimpin yang dia maksudkan tersebut.

Sebelum ini, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli yang juga terkenal dengan jolokan “Raja Fitnah” di media sosial mengaku bahawa dia menulis pendedahan amalan rasuah seks berkenaan.

Pihak kami juga ada mencabar Rafizi agar tampil membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya apa yang dibongkarkan itu adalah tepat.

Namun seperti dijangka, Rafizi hanya berdiam diri dan berpusing-pusing cakap agar dilihat apa yang didedahkan itu suatu kenyataan. Dari satu segi, kami juga tidak mahu menafikan bahawa tiada sebarang unsur rasuah seks dalam mana-mana kepimpinan pembangkang. Melainkan, hasil siasatan SPRM mendapati tiada seperti dikata.

Dalam pada itu, sekiranya tuduhan Rafizi Ramli ini benar seperti di kata Shuhaimi, iaitu hanya sebuah drama yang direka, maka tidak salah lah netizen di media sosial gelarkan Setiausaha Agung PKR itu sebagai “Raja Fitnah”.

Seperti pepatah Melayu yang berbunyi “ditelan mati mak, diluah mati bapa”, Rafizi sekarang sudah terjerat dengan pembunuhan imej parti dan dirinya sendiri.

Sekiranya benar wujud amalan rasuah seks di Kerajaan Negeri Selangor, ia bermakna PKR jauh lebih teruk seperti disangka. Namun, jika tuduhan itu tidak benar, maka ia sebagai bukti baharu bahawa PKR memiliki seorang pemimpin yang “kaki fitnah”.
– Tv14
#RakyatDidahulukan
#RespectMyPM

Lim Guan Eng Kalah Saman!!


Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng kalah dalam saman malunya terhadap aktivis bangunan warisan negeri Prof Jimmy Lim Cheok Siang dan sebuah portal berita FMT.

Mahkamah Rayuan hari ini menukar keputusan Mahkamah Tinggi George Town yang memerintahkan mereka membayar RM300,000 kepada Guan Eng kepada tidak perlu membayar apa-apa kepada Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

Hakim Datuk Dr Hamid Sultan Abu Backer, yang mengetuai panel tiga hakim, mengumumkan keputusan itu setelah membenarkan rayuan Free Malaysia Today (FMT) milik MToday News Sdn Bhd, bekas wartawan S. Karunakaran dan Prof Jimmy Lim.

“Ia ditulis secara sederhana,” kata Hamid yang merujuk kepada artikel FMT bertajuk ““Guan Eng has failed, says NGO” (Guan Eng telah gagal, kata NGO) yang diputuskan mahkamah sebagai bukan bersifat fitnah.

Bercakap kepada pemberita kemudian, peguam Datuk Baljit Singh yang mewakili Prof Jimmy berkata mahkamah mendapati artikel berkenaan tidak bersifat memfitnah dan dengan itu mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi tersebut.

Pada awal tahun 2015, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP telah memfailkan saman fitnah terhadap ketiga-tiga defendan itu berhubung penyiaran sebuah artikel oleh FMT pada 6 Disember 2013.

Dalam samannya, Guan Eng mendakwa artikel yang disiarkan FMT itu mempunyai niat dan bertujuan menjatuhkan imej dan reputasi beliau sebagai wakil rakyat, pemimpin masyarakat dan ahli politik.

Artikel itu menyentuh mengenai kegagalan Guan Eng dalam mempertahankan tapak warisan di negeri ini selaras dengan pengiktirafan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO) terhadap Georgetown sebagai tapak warisan pada 2008.

Guan Eng mendakwa, Jimmy yang juga Penasihat Citizien Awareness Chant Group telah membuat kenyataan yang menggambarkan beliau seorang Ketua Menteri yang tidak cekap dan tidak layak menjadi pemimpin kerana beliau dituduh sebagai seorang pemimpin yang tidak mempedulikan kebajikan masyarakat India tempatan apabila membiarkan Kampung Buah Pala dimusnahkan.

Ekoran itu, Guan Eng menuntut permohonan maaf dibuat oleh Jimmy, FMT dan penulis artikel berkenaan, Athi Shankar (nama samaran S. Karunakaran) termasuk ganti rugi am dan ganti rugi teladan serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Sumber: https://aidcnews.wordpress.com/2016/05/24/guan-eng-kalah-saman-terhadap-prof-jimmy-fmt/

Kerajaan P.Pinang Diminta Guna Kembali Kaedah Lama Dalam Penyediaan Tapak Projek Sekolah


Tuesday, 24 May 2016

Guan Eng mengaku kalah selapas kantoi putar belit ?



Ini adalah petikan daripada kenyataan Lim Guan Eng.
https://www.facebook.com/lim.siansee/videos/1806404596244993/

Bahagian lain hanyalah ulangan rungutan yang sama - termasuk dakwaan luar biasa yang Kerajaan Pulau Pinang adalah begitu baik bahawa jalan negeri dibina menggunakan dana Kerajaan Negeri dan Persekutuan tidak tertakluk kepada tol (sama seperti mana-mana negeri lain pun!).

Dalam kenyataan ini, anda boleh melihat beberapa kelentong:

1) Pada mulanya mereka berkata mereka TERPAKSA mengenakan bayaran tol kerana mereka tidak mahu Jambatan Pulau Pinang ke-2 kerugian wang tetapi kini dia mengatakan sebabnya adalah kerana kos pembinaan adalah 3 kali ganda lebih tinggi - oleh itu memaksa mereka untuk mengenakan bayaran tol.

2) Dan kini dia menjanjikan bahawa jika jambatan dimohon diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan, maka ia boleh menjadi bebas tol - yang bermakna alasan mereka sebelum ini kononnya mereka tidak mahu jambatan ke-2 menghadapi kerugian wang sah sebagai satu pembohongan.

3) Beliau kini telah mengakui bahawa beliau berbohong Kerajaan Persekutuan menghalang mereka membina jambatan selepas Menteri Kerja Raya mengkantoikan dia dengan berkata tidak ada rekod mana-mana pemohonan atau perbincangan mengenai perkara ini.

4) Dia berkata dia tidak berani untuk memohon jambatan sebelum ini dan dengan itu bersedia untuk mengorbankan berbilion-bilion ringgit lebih aset Pulau Pinang untuk membina terowong. Tetapi tiba-tiba dia tidak lagi takut untuk memohon? Mengarut apa ini?

Walau bagaimanapun, adalah jelas bahawa dengan hanya beberapa kenyataan yang baik dari Menteri Rahman Dahlan dan beberapa pembongkaran mengenai projek Terowong Pulau Pinang telah memaksa Lim Guan Eng mengaku kalah dalam mempertahankan projek terowong itu.

Sama ada rakyat Pulau Pinang atau penyokong DAP suka atau tidak, serangan berterusan Rahman Dahlan terhadap Lim Guan Eng telah menjadikan kemungkinan berikut memberi manfaat kepada mereka sekurang-kurangnya:

1) Kerajaan negeri dan rakyat Pulau Pinang menjimatkan berbilion-bilion wang negeri yang boleh digunakan di tempat lain jika jambatan 1/3 harga dari kos terowong dibina sebaliknya.

2) Tidak lagi 30 tahun tol dikenakan ke atas rakyat untuk jambatan ke-3 jika ia dibina menggunakan dana negeri.

3) Ia juga telah menunjukkan bahawa Tokong yang hebat dapat dikalahkan jika pembongkaran yang betul dan tekanan diletakkan padanya dan dia terpaksa menelan kebongkakan beliau dan mengaku kalah.

Sekarang, sama ada aliran trafik dan unjuran mewajarkan jambatan ke-3 adalah satu perkara yang berasingan dan jika Kerajaan Persekutuan  meluluskan jambatan itu, perkara ini akan diperiksa secara terperinci.

Walau bagaimanapun, perkara itu masih tidak dapat ditutup kerana masalah berikut masih wujud:

1) 3 kajian berkos RM305 juta dan hampir separuh telah dibayar - tidak akan dapat dikembalikan semula.

2) Menurut akaun beraudit terkini, syarikat yang melakukan kajian itu telah membuat banyak wang pun.

3) Kerajaan Pulau Pinang masih perlu membayar untuk projek (yang kini jambatan) tahun depan berdasarkan harga tanah yang ditetapkan pada tahun 2013 dan kerugian mungkin berbilion ringgit kepada syarikat swasta.

Oleh Lim Sian See,
https://www.facebook.com/lim.siansee/videos/1806404596244993/

Fb- wakeup malaya

Haramkan Iklan Iftar - Persatuan Pengguna Pulau Pinang


“Bufet Ramadan… Majlis Berbuka Puasa di hotel ini dikenali antara yang paling menarik… Telah menarik pelanggan yang bertambah untuk penghiburan korporat dan jamuan selera keluarga… Menunya meliputi lebih daripada 100 hidangan sehari… Sambil berbuka puasa anda akan dihiburkan dengan persembahan muzik Ghazal Asli… Surau juga disediakan untuk kemudahan pengunjung Muslim… RM95 untuk dewasa dan RM48 untuk kanak-kanak…”

Iklan ini disiarkan dalam akhbar harian tempatan pada hari terakhir bulan Rejab tahun ini, satu bulan sebelum Ramadan. Lebih banyak iklan seperti ini akan muncul apabila kita semakin hampir dengan Ramadan yang akan mempromosikan pakaian, kasut, permaidani, langsir dan barangan serta perkhidmatan lain.
Iftar, berbuka puasa, secara tradisinya di rumah bersama dengan ahli keluarga atau di masjid dalam suasana penuh dengan keberkatan telah bertukar kepada “pesta makanan dengan 100 jenis hidangan” dan “penghiburan korporat”. Nabi Muhammad S.A.W. berbuka puasa dengan hanya tiga biji kurma.

Ramadan adalah bulan suci dalam Kalendar Islam apabila Al-Quran diturunkan kepada Nabi S.A.W. Allah berfirman di dalam Al-Quran bahawa berpuasa itu difardukan ke atas umatnya adalah untuk mencapai ketakwaan dan sabda Nabi S.A.W. bahawa “Allah berfirman, setiap perlakuan anak Adam adalah untuk mereka kecuali berpuasa, ia adalah semata-mata untuk Kami, Akulah yang akan memberikan ganjaran kepadanya. Puasa itu adalah perisai.”

Ramadan sepatutnya menjadi bulan untuk beribadat bagi umat Islam memandangkan ia adalah bulan di mana syaitan dirantai, Allah memberikan peluang kepada umat Islam apabila umat Islam secara berjemaah mengabdikan diri mereka untuk menambah dan mengukuhkan lagi Takwa mereka.

Ia adalah bulan yang mulia dan ia telah dicemari dengan promosi berbuka puasa di hotel ala pesta makan dan perbelanjaan yang membazir. Komersialisasi Ramadan ini merupakan satu perkara yang menyinggung perasaan umat Islam sama seperti mana orang Islam yang makan di tempat terbuka pada bulan puasa.

Berpuasa bukan hanya mengelakkan daripada makan semata-mata tetapi memastikan semua deria kita di bawah kawalan supaya tidak melakukan perkara yang berdosa seperti bersikap lahap, berbohong, menikam dari belakang, membazirkan masa, dan menindas orang lain. Umat Islam dikehendaki meluangkan masa untuk mendirikan solat, mengingati Allah, menolong mereka yang miskin dan memerlukan, dan mengamalkan kebajikan. Puasa kita tidak bermakna melainkan kita berusaha untuk menjadi lebih bertakwa. Jika tidak ia seperti mana yang disabdakan oleh Nabi S.A.W.: “Ramai yang berpuasa malangnya mereka tidak mendapat apa-apa melainkan lapar dan dahaga.”
Islam menganjurkan pengikutnya agar menjauhkan sikap pelahap, membazir dan boros.

 Nabi S.A.W. bersabda: “Tidaklah seorang anak Adam itu memenuhi suatu kantung yang lebih buruk dibanding perutnya; bagi anak Adam sedikit makanan cukup untuk menguatkannya. Jika anda hendak mengisinya, maka cukuplah sepertiga dari perutnya untuk makanan, sepertiga lainnya untuk minuman dan sepertiga lainnya untuk nafasnya.” Amat bertentangan sekali dengan ajaran ini, sesetengah daripada kita makan dan minum dengan lahap sehingga menjadi malas dan mengabaikan solat Terawih malah solat wajib. Bersikap lahap juga memberikan kesan sampingan kesihatan yang amat serius seperti diabetes, penyakit koronari, dan tekanan darah tinggi bagi mereka yang menurut hawa nafsu.

Pelbagai jenis makanan yang berlebihan yang disediakan dengan begitu banyak untuk berbuka puasa dan bersahur turut membawa kepada pembaziran. Banyak makanan dibuang oleh pihak hotel dan keluarga ke dalam tong sampah. Pada tahun lepas Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) melaporkan bahawa setiap Ramadan 200,000 tan makanan dibuang ke dalam tong sampah. Jumlah makanan ini boleh memberi makan kepada 180 juta orang. Secara purata 9,000 tan makanan dibuang setiap hari pada bulan Ramadan. [The Star Online, 19 June 2015].

Membuang makanan adalah satu dosa kerana ia menafikan makanan untuk mereka yang lebih memerlukan dan untuk generasi masa depan. Ia juga melupuskan sumber dan menyumbang kepada kemerosotan alam sekitar melalui pencemaran laut dan sungai dan pengeluaran karbon dioksida yang menyumbang kepada pemanasan global. Salah satu tujuan utama berpuasa ialah untuk turut merasakan erti kesengsaraan oleh kelaparan yang dialami oleh golongan miskin dan terpinggir supaya kita akan turut bersimpati dengan nasib mereka. Berjuta orang di Syria, Yaman, Iraq, Palestin, Myanmar, India, Ethiopia, Sudan Selatan, Pakistan dan Afghanistan berdepan dengan kebuluran, tetapi malangnya kita membuang sejumlah besar makanan di dalam bulan yang mulia ini.
Al Quran mengecam mereka yang membazir dan bersikap boros sebagai saudara syaitan. [Surah Al-Isra Ayat 26, 27] Seterusnya, Allah berfirman di dalam Al-Quran: “…dan makanlah dan minumlah dan jangan pula kamu melampau. Sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang melampaui batas.” [Surah Al-Araf Ayat 31]
Stesen televisyen juga turut menyiarkan drama, komedi dan hiburan yang mensasarkan mereka yang berpuasa. Ramai keluarga yang menghabiskan masa di hadapan televisyen berbanding di masjid untuk lebih rapat dengan Allah dengan bersolat dan aktiviti ibadah yang lain. Di beberapa negara Arab, khemah Ramadan disediakan bagi menyediakan jamuan mewah dan hiburan malam sehingga waktu sahur. Satu portal atas talian melaporkan pada 2014:
“Kebanyakan rantau [Asia Barat] bertukar menjadi aktif pada waktu malam pada bulan suci, jadi ia adalah peluang terbaik untuk menarik penonton, yang lesu berpuasa pada siang hari, dengan drama TV dan siri terbaharu. Pada waktu inilah seisi keluarga akan duduk bersama di hadapan TV selepas berbuka puasa… dan menikmatinya. Mereka akan menonton episod demi episod drama dan program yang berbeza, malah ia mungkin berlarutan sehingga waktu bersahur.”
Mengkomersialkan Ramadan telah mencabut roh bulan yang mulia itu menjadi peluang bagi mempromosikan konsumerisme dan penyebarnya seperti bintang sukan, model dan artis dengan pakaian menjolok mata dan ikon pop. Ia telah menghilangkan kesucian agama dan amalan ini menyamai komersialisasi Krismas yang telah menjadi musim membeli-belah. Keadaan ekonomi Amerika Syarikat bergantung kepada aktiviti membeli-belah pada musim Krismas.
Ia tidak terbatas kepada Malaysia sahaja tetapi kini menjadi satu fenomena global dengan serangan kapitalis dan budaya pengguna hedonistik. Dari New York ke Jakarta, iklan Ramadan memujuk pengguna supaya menikmati makanan dengan lahap dan berbelanja secara boros, amalan yang amat dilarang di dalam Islam.
Mengkomersialkan Ramadan, Aidil Fitri dan Aidil Adha adalah satu proses sekularisasi secara halus idea, citarasa dan budaya kita. Ia seumpama anai-anai yang secara senyap memakan tiang iman kita tanpa sedar akan kerosakannya. Ia menggalakkan materialisme dan penggunaan berlebihan yang membazir, membebankan kita dengan hutang. Kita menjadi begitu taksub dengan mengumpulkan begitu banyak wang dan menjadi kaya untuk membeli barangan, perkhidmatan dan hiburan yang tidak perlu sehingga kita mengabaikan tugas dan hubungan kita dengan Allah. Kita lupa bahawa kita hanyalah seorang musafir yang dalam perjalanan ke akhirat.

Apakah yang perlu kita lakukan untuk mengatasi sekularisasi yang semakin menjalar ini? Produk dan perkhidmatan iklan yang menggunakan Ramadan, Aidil Fitri dan Aidil Adha mestilah diharamkan. Para ulama mestilah mengutuk perkara yang amat dibenci ini dan hendaklah mengeluarkan fatwa yang melarang eksploitasi Ramadan dan melindungi umat Islam. Pertubuhan masyarakat sivil Islam juga mestilah melancarkan kempen menentang pencabulan kemuliaan dan kesucian Ramadan, Aidil Fitri dan Aidil Adha.

InsyaAllah, Ramadan tahun ini diraikan tanpa amalan yang membawa dosa ini, dan patuh kepada seruan Allah untuk mencapai Takwa.

SM Mohamed Idris adalah Presiden Persatuan Pengguna Pengguna Pulau Pinang

Bakar Isteri, Suami ke tali gantung



GEORGE TOWN: Mahkamah Tinggi hari ini menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang lelaki yang didakwa membakar dan membunuh isterinya di Bukit Mertajam tiga tahun lalu.
Chiam Nguang Huat, 42, didapati bersalah membakar dan membunuh isterinya, Lai Siew Fong, 37.
Nguang Huat tidak menunjukkan sebarang reaksi ketika Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Nordin Hassan membacakan hukuman itu.
Tertuduh juga bersikap acuh tak acuh ketika penterjemah mahkamah memaklumkan dia akan digantung sampai mati dalam dialek Hokkien.
Penganggur itu didakwa membunuh isterinya di sebuah rumah bernombor 59 di Jalan Bayu Mutiara, Bukit Mertajam pada jam 4 petang 24 Jun 2013.

Lim Guan Eng disaran agar tidak terus mengamalkan politik putar belit.-Rafizal Rahim


Monday, 23 May 2016

Kemukakan semua dokumen relevan berkaitan dengan permohonan bagi jambatan ketiga untuk menghubungkan pulau dan tanah besar.-Datuk Fadillah


Kementerian Kerja Raya akan menilai permohonan bagi jambatan ketiga Pulau Pinang berdasarkan merit, kos jangka panjang dan faedah kepada rakyat seperti juga bagi mana-mana permohonan atau cadangan bagi projek pembinaan.

Menterinya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, kerajaan mungkin meminta kerajaan Pulau Pinang mengemukakan semua dokumen relevan berkaitan dengan permohonan bagi jambatan ketiga untuk menghubungkan pulau dan tanah besar.

"Pada masa sama, ini mungkin termasuk kementerian meminta kerajaan Pulau Pinang mengemukakan semua dokumen berkaitan permohonan mereka - termasuk tiga kajian projek dengan kos RM305 juta, yang saya difahamkan sudah siap atau hampir ssiap, yang dikontrakkan oleh kerajaan Pulau Pinang dan sebahagian besarnya telah dibayar," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang dilaporkan media tempatan bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang akan menghantar surat rasmi minggu depan kepada kerajaan Persekutuan bagi memohon kelulusan untuk pembinaan jambatan ketiga.

Fadillah berkata, beliau mengambil perhatian kenyataan Guan Eng hari ini bahawa beliau akan menghantar surat minggu depan untuk memohon bagi jambatan ketiga Pulau Pinang.

"Pada masa sama, saya mengucapkan terima kasih kepada YAB Lim yang mengesahkan bahawa kerajaan Persekutuan tidak pernah menolak atau menyukarkan kerajaan Pulau Pulau untuk mendapat kelulusan pada masa lepas bagi membina jambatan ketiga Pulau Pinang dan sebaliknya memaksa kerajaan Pulau Pinang membina terowong," katanya.

Fadillah juga berkata beliau turut mengambil perhatian akan pengakuan Guan Eng semalam yang beliau tidak cukup berani untuk memohon bagi kelulusan seumpama itu di masa lepas - disebalik hakikat yang diakuinya sendiri, pembinaan jambatan akan mengurangkan kos sekurang-kurangnya RM2 bilion berbanding terowong. – Bernama

Sunday, 22 May 2016

Hadi Awang Minta Bukti Tentang “Babi DAP”


Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta pihak berkenaan mengemukakan bukti seperti lokasi ceramah dan tarikh bagi membuktikan beliau ada mengeluarkan kenyataan sebagaimana didakwa, “lebih baik mengembala lembu UMNO daripada babi DAP”.

“Itu kena rujuk pada ceramah sayalah, ceramah kat mana (lokasi dan tarikh) dan kenyataan media (media mana),” katanya ringkas ketika diaju soalan oleh wartawan di Rusila, Terengganu.

Khamis lalu, sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris melaporkan Abdul Hadi sebagai berkata, lebih baik Pas mengembala lembu UMNO daripada babi DAP dalam mesyuarat khas berkaitan Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar di kediamannya di Terengganu.

Berikutan itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menuntut Abdul Hadi menjelaskan sama ada benar beliau mengeluarkan kenyataan yang disifatkan sebagai kasar iaitu babi DAP terhadap parti itu.

Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang itu, jika Abdul Hadi tidak mengeluarkan kenyataan sedemikian, beliau patut membersihkan namanya dengan menyaman akhbar berkenaan.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang, bagaimanapun, enggan mengulas lanjut mengenai kes itu.

Sementara itu, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar ketika diminta mengulas perkara itu berkata, beliau juga tidak tahu menahu dan ingin bertanyakan kepada rakan media mengenainya.

“Betulkah Abdul Hadi cakap begitu?,” tanya Mahfuz dalam aplikasi Whassap grup sidang media yang mempunyai sekurang-kurangnya 50 wartawan dari pelbagai agensi.

Pertanyaan beliau hanya dijawab oleh seorang wartawan yang memintanya membaca kenyataan Abdul Hadi melalui sebua

Namun, Mahfuz menjawab semula bahawa kenyataan itu tidak ada dalam portal berkenaan dan tidak menolak kemungkinan sudah dikeluarkan oleh pihak pengarang.
#PRKSungaiBesar
#PRKKualaKangsar
#RakyatDidahulukan

LIM Guan Eng gagal jawab isu terowong RM6.34 bilion


Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng masih gagal memberi penjelasan lengkap mengenai projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang bernilai RM6.34 bilion, kata Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, semua dokumen berkaitan dengan projek itu perlu didedahkan kepada umum supaya rakyat boleh membuat keputusan untuk diri mereka sendiri.

Beliau yang juga Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional mempersoalkan mengapa Guan Eng tidak menjawab soalan berkaitan sebaliknya menyerahkan kepada Exconya untuk berbuat demikian.

“Sudah tentu isu penting seperti ini amat wajar dijawab oleh Ketua Menteri sendiri,” katanya.

Abdul Rahman berkata, walaupun beliau menghargai jemputan ke Komtar untuk melihat sendiri dokumen berkaitan, beliau percaya langkah berkenaan tidak memberi kesan besar kepada umum.

“Sebaliknya beliau harus menawarkan jemputan yang sama kepada orang lain, terutama mereka yang berada di Pulau Pinang,” katanya.

http://www.ismaweb.net/2016/05/guan-eng-gagal-jawab-isu-terowong-rm6-34-bilion/

Tidak Perlu Jambatan Ketiga Kerana Aliran Jambatan Kedua Masih Rendah- Datuk Helmi Yahya

               

GEORGE TOWN: Jambatan ketiga yang dicadangkan bagi menggantikan terowong dasar laut adalah tidak perlu kerana aliran trafik di jambatan kedua masih rendah.

Anggota Parlimen Balik Pulau, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata jambatan kedua yang menghubungkan Batu Maung dan Batu Kawan kurang digunakan kerana pada masa ini, jambatan tersebut mencatatkan hanya 40 peratus daripada jumlah trafik.

"Kita tidak memerlukan jambatan ketiga kerana jumlah penduduk negeri ini adalah kecil iaitu kira-kira 700,000 orang yang tinggal di bahagian pulau itu dan 1 juta tinggal di tanah besar," katanya semasa pertandingan memancing Balik Pulau di Pantai Pasir Panjang, dekat sini, Sabtu.

Dr Hilmi yang juga Timbalan Menteri Kesihatan, berkata jambatan ketiga itu akan menghubungkan Gurney Drive di George Town dengan Bagan Ajam di Butterworth, kedua-duanya kawasan sesak, dan menghubungkan kedua-dua kawasan itu akan meningkatkan aliran trafik dan menyebabkan kesesakan lebih teruk.

Semalam, Ketua Menteri Lim Guan Eng semasa menggulung ucapan terima kasih pada persidangan Dewan Undangan Negeri berkata jika Kerajaan Persekutuan meululuskan pembinaan jambatan ketiga, kerajaan negeri akan membatalkan projek jambatan ketiga.

Guan Eng juga berkata jambatan ketiga akan bebas tol untuk pengguna jika projek itu diluluskan.

Hilmi pembinaan jalan raya dan jambatan hanya akan mengurangkan masalah tarik untuk sementara sebelum ia menjadi lebih teruk lagi dan satu-satunya cara untuk mengurangkan kesesakan trafik ialah melalui penambahbaikan pengangkutan awam seperti yang dicadangkan dalam Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PIP).

"Pembinaan Transit Aliran Ringan (LRT) dan monorel adalah opsyen yang bagus tetapi negeri ini perlu mencari jalan alternatif untuk membiayainya dan tidak melalui projek tambak laut di Permatang Damar Laut," katanya.

"Permatang Damar Laut adalah lubuk bagi ikan dan kebanyakan hidupan akuatik yang lain dan jika jika projek penambakan itu diteruskan, ia akan memusnahkan bukan sahaja alam sekitar tetapi juga menjejaskan kehidupan beribu-ribu keluarga," kata beliau.

Dr. Hilmi menekankan bahawa Kerajaan Persekutuan telah membelanjakan berbilion-bilion ringgit untuk membina kemudahan infrastruktur di Kuala Lumpur dan ia tidak memungkinkan bagi kerajaan negeri membiayai sendiri segala-galanya.

"Membina kemudahan infrastruktur untuk pengangkutan awam adalah tidak menguntungkan dan jika kerajaan Pulau Pinang meneruskan projek penambakan laut untuk mewujudkan tiga buah pulau buatan untuk membiayai PIP, bukan sahaja rakyat akan rugi tetapi juga kerajaan negeri," kataya.

Dr Hilmi menambah bahawa jika projek LRT dan monorel diluluskan, beliau menggesa kerajaan negeri memastikan bahawa landasannya tidak berada di atas bandaraya George Town yang bersejarah.

"Tempat bersejarah itu perlu dipelihara dengan apa cara sekalipun kerana jika tidak dijaga dengan baik, kita mungkin kehilangan status warisan dunia Unesco yang dianaugerahkan kepada kita," katanya.-- Bernama

Fit Malaysia #Penang 2016


Fit Penang pagi ni 22/05/2016 yang diadakan di Balik Pulau mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan dari warga negeri kita.

YB Khairy Jamaluddin turut hadir bersama menyertainya dan memeriahkannya.








.

Rasuah Seks Di Selangor : Rafizi Ramli Terjerat Dengan ‘Game’ Sendiri?


Ini kisah ‘master dedah’ yang terperangkap selepas whatsapp beliau untuk satu group pimpinan PKR didedahkan pulak pada umum.

Dakwaannya cukup serius iaitu rasuah wang dan wanita dalam kes libat kerajaan Selangor.

Lebih menarik… ketika isu ini mula timbul Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli enggan mengulas, bagaimanapun akhirnya selepas didesak berbagai pihak, beliau mengaku bahawa beliau yang menulis whatsapp tersebut.

Menurut Rafizi, aduan yang diterimanya khusus dakwaan terhadap hanya individu tertentu dalam pengurusan kerajaan negeri, bukan wakil rakyat.

Beliau dalam masa sama menegaskan sekali lagi, pernah memberitahu dan menasihatkan Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin agar pimpinan PKR maklum tentang perkara itu.

“Tuduhan itu bukan terhadap individu yang menjawat kerusi wakil rakyat (baik di Dewan Negeri, Dewan Rakyat atau Dewan Negara sama ada yang masih berkhidmat atau telah bersara) atau mana-mana kakitangan kerajaan di mana-mana jabatan di bawah Kerajaan Selangor,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, Naib Presiden PKR itu enggan mendedahkan identiti individu tersebut sebaliknya Rafizi cuba playdown isu ini.

Menurutnya isu ini tidak akan dipanjangkan jika tidak melepasi keperluan bukti minimum.

“Ini adalah perkara biasa yang saya hadapi setiap hari. Saya menerima beribu maklumat dan aduan setiap tahun yang mendakwa salahlaku dan penyelewengan di pelbagai institusi awam dan swasta. Hanya sebahagian kecil dari maklumat atau aduan ini yang akhirnya akan sampai kepada rakyat kerana sebahagian besar dari aduan ini tidak melepasi keperluan bukti minimum yang ditetapkan…”ujarnya.

“Oleh itu, aduan dan tuduhan yang dirujuk di dalam mesej whatsapp saya akan melalui proses yang sama seperti aduan-aduan lain untuk melepasi keperluan bukti minimum. Jika tiada bukti sokongan yang adil, NOW tidak akan memanjangkan perkara ini kerana sumber kita adalah terhad,” katanya lagi.

Rafizi merupakan Pengarah Eksekutif National Oversight and Whistleblowers (NOW).

Beliau kemudiannya mengakui tidak selesa untuk mendedahkan isu melibatkan kepincangan anggota dan pimpinan PKR.

Namun malangnya beliau yakin perkara seperti ini tidak hanya terjadi kepada satu parti sahaja, apatah lagi apabila kuasa dan jawatan mula mengaburi.

“Walaupun tidak enak membicarakan tuduhan salahlaku terhadap anggota atau pimpinan PKR sebegini, saya selalu menegaskan bahawa penyakit tamak dan korupsi ini tidak mengenal sempadan atau parti.

Beliau turut mengesahkan kesahihan menerima aduan terhadap salah laku dalam pengurusan Kerajaan Negeri Selangor.

“Saya boleh mengesahkan bahawa mesej itu ditulis oleh saya dan perbualan itu adalah di dalam satu kumpulan tertutup yang dianggotai oleh anggota PKR dan penyokong reformasi.

“Saya memang ada didatangi beberapa individu sebelum ini yang melahirkan kebimbangan mereka mengenai beberapa isu bersabit amanah dan tata kelola secara umum. Mereka memberi beberapa contoh tuduhan salahlaku yang mereka minta saya siasat dengan lebih lanjut,” katanya.

Berhubung kepada Zuraida, Rafizi menambah: “Saya juga boleh mengesahkan bahawa saya merujuk kepada YB (Yang Berhormat) Zuraida Kamaruddin di dalam mesej yang dibocorkan itu.”

“Rujukan itu adalah dalam nada dan niat yang baik kerana saya pernah meluahkan kebimbangan saya kepada beliau di dalam komunikasi whatsapp lebih sebulan lalu bahawa kita (pimpinan PKR) sepatutnya lebih peka dan sensitif kepada apa-apa tuduhan rasuah atau salahlaku melibatkan anggota kita terutamanya di peringkat bawah; dan tidak menolak mentah-mentah tuduhan sebegitu,” tambah Rafizi

“YB Zuraida Kamaruddin adalah Timbalan Pengerusi PKR Selangor dan lebih rapat dengan akar umbi parti di Selangor; sebab itu pandangan saya diluahkan secara peribadi kepada beliau lebih sebulan lalu. Maka, rujukan kepada beliau di dalam mesej yang dibocorkan itu tidak boleh disalahertikan sebagai tuduhan terhadap beliau atau mana-mana pimpinan parti,” jelasnya.

“Kuasa itu membutakan dan saya faham anggota dan pimpinan PKR yang berjawatan deMelayu Bersatu ™:
ngan Kerajaan Selangor selalu terdedah kepada risiko amalan rasuah yang masih lagi berakar umbi di setiap peringkat kerajaan di negara ini,” katanya lagi.

Zuraida terdahulu menafikan pernah dimaklumkan oleh Rafizi tentang dakwaan menerusi transkrip yang tersebar.

Begitu juga Menteri Besar Selangor yang juga merupakan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali yang menyifatkan tuduhan permintaan wang dan perempuan untuk berurusan dengan kerajaan negeri sebagai fitnah.
#PKRDanSeks
#RasuahSeks
#RakyatDidahulukan
#RespectMyPM
#MelayuBersatu

Rakyat Malaysia yang disabit dengan kesalahan membunuh, Jabing Kho, menjalani hukuman gantungnya pada 3.30 petang semalam


SINGAPURA: Rakyat Malaysia yang disabit dengan kesalahan membunuh, Jabing Kho, menjalani hukuman gantungnya pada 3.30 petang semalam di Kompleks Penjara Changi di sini.

“Jabing jalani hukum mati sekarang… sama-samalah kita berdoa agar rohnya tenang dan Tuhan membawa Jabing ke syurga,” kata adik perempuannya, Jumai Kho, dalam catatannya di laman Facebook beliau.

Jabing dari Miri, Sarawak, semalam gagal dalam usaha mengetepikan pelaksanaan hukuman mati selepas Mahkamah Rayuan Singapura menolak permohonan yang dilakukannya pada saat-saat akhir.

Jumai Kho memberitahu Bernama baru-baru ini bahawa jenazah abangnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Orang Islam, Batu 1, Jalan Kuala Baram, Miri.

Jabing, yang menganuti agama Kristian sebelum ini, memeluk Islam ketika di dalam penjara dan memilih Muhammad sebagai nama baharunya.

Hukuman gantung Jabing sepatutnya dilakukan pada Subuh semalam tetapi peguam belanya berjaya memperoleh penangguhan sementara pelaksanaan hukuman itu lewat malam kelmarin.

Suruhanjaya Tinggi Malaysia di sini sedang berurusan dengan kerajaan negeri Sarawak bagi membawa pulang jenazah Jabing hari ini.

Dalam catatan terbaharunya, Jumai menulis bahawa selepas pelaksanaan hukuman itu, jenazah Jabing dibawa ke sebuah hospital di sini.
- Bernama
#RakyatDidahulukan
#RespectMyPM
#MelayuBersatu
#HidupBersama

 
Copyright © 2014 PenangKini.