BREAKING NEWS

Thursday, 30 June 2016

UMNO Pulau Pinang desak Guan Eng letak jawatan


DEBAT DAP DAN GERAKAN TUNJUKKAN KETIDAKMATANGAN EXCO NEGERI?


Sesi debat berkenaan projek tiga lebuh raya dan terowong dasar laut membabitkan Kerajaan DAP Pulau Pinang dengan Gerakan malam ini tegang selepas wakil rakyat DAP, Lim Hock Seng mengeluarkan perkataan kesat terhadap Barisan Nasional (BN).

Keadaan itu berlaku selepas Hock Seng, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya dan Utiliti negeri, berang apabila penjelasan beliau tidak diterima kira-kira 500 penyokong Setiausaha Gerakan, Datuk Liang Teck Meng.

Malah, beliau turut melabelkan kumpulan berkenaan sebagai ‘hooligan’ dan ‘bodoh’ sekali gus menyebabkan beberapa lelaki yang tidak berpuas hati cuba menyerbu pentas untuk meminta penjelasan.

Sesi debat berkenaan yang bermula kira-kira pukul 9 malam di Dewan Kompleks Masyarakat Penyayang di sini juga penuh sesak dengan kira-kira orang ramai yang hadir yang majoritinya penduduk dan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini.
– UTUSAN ONLINE
#LGERasuah #LGEPenipu #KerajaanDapPenang

PAS DAN DAP JAUH BERBEZA – HADI


Dasar perjuangan Pas dengan DAP jauh berbeza, kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Presiden Pas itu berkata, DAP berjuang menumpang individu, manakala Pas pula mengikut dasar dan perlembagaan.

Merujuk Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai individu yang dirujuk DAP itu, Abdul Hadi menjelaskan, perbezaan itu sama sekali tidak boleh disamakan dengan Pas.

“Dasar dia (DAP) lain dengan dasar Pas. Kita perjuangkan Islam dan buat perubahan secara menyeluruh, bukan nak tumpang seseorang,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Zohor di Pejabat Pas, Jalan Raja Laut semalam.

Turut hadir, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takuyiddin Hassan.

Abdul Hadi diminta mengulas tindakan Dr. Mahathir menggunakan platform DAP untuk menjatuhkan Pas pada pilihan raya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar baru-baru ini.

Jelas Abdul Hadi, mana-mana parti politik yang menggunakan individu tertentu sebenarnya tidak ikhlas dalam perjuangannya.

Ini katanya, berbeza dengan Pas yang tidak pernah mengambil kesempatan menggunakan sesiapa sahaja untuk menarik sokongan.
#Pas #Dap #BiaDAP #RakyatDidahulukan #RespectMyPM #MelayuBersatu
Untuk mendapatkan himpunan berita isu politik semasa dan terpantas, sila langgani Channel Telegram Melayu Bersatu:- https://telegram.me/melayubersatu atau ikuti kami di fb dan Instagram: MelayuBersatu2314

5 Penyakit Ngeri Sepanjang Zaman

1.    Noma (Cancrum Oris)


Cancrum Oris merupakan sebuah penyakit yang merosakkan lapisan tisu bahagian rahang dan wajah. Peluang sembuh untuk penghidap penyakit adalah 70 -90 % bergantung kepada cara rawatan yang diterima.

2.    Guniea Worm

Penyakit ini menyerang manusia melalui air minuman yang mengandung kutu cacing kecil dari Guinea. Setelah masuk ke dalam tubuh manusia, ukuran cacing bisa berkembang menjadi seukuran 15cm dan beranak pinak di dalam tubuh manusia. Cacing yang telah dewasa akan menyebabkan kulit menjadi melepuh dan bengkak. Sehingga sekarang masih tiada rawatan yang berjaya ditemukan untuk mengubati penyakit ini.

 3.    Sindrom Tree Man
Pesakit yang menghidap penyakit ini mempunyai ketumbuhan di badan yang menyerupai struktur pokok. Penyakit ini disebabkan oleh virus Human Pappilomavirus.  Apesakit boleh disembuhkan dengan melakukan pembedahan untuk membuang tumbuhan asing pada tubuh pesakit. 

4. Kaki Gajah


Elemphatiasis atau dikenali dengan nama Kaki gajah adalah penyakit dimana tubuh pesakit akan mengembang seperti tubuh gajah. Kondisi ini menyebabkan tubuh mengembang kerana cairan yang memenuhi tisu otot dalam tubuh.

5. Cacing Filaria

Cacing Filaria atau dikenali sebagai Loa Loa Worm adalah parasit yang memiliki kemampuan untuk hidup di mata. Penyakit ini membuat lebih dari 200 juta orang buta di seluruh dunia. Cacing filaria bukan hanya membahayakan mata malah bila dia masuk ke bahagian tubuh lain ia akan menyebabkan penyakit kaki gajah. Gejala potensi lainnya termasuk ruam, sakit perut, arthritis dan papula.




Kronologi kes penahanan Guan Eng

Wednesday, 29 June 2016

LIM GUAN ENG DAP DITAHAN SPRM !!


Masanya telah tiba apabila Lim Guan Eng DAP ditahan oleh SPRM tentang skandal banglo terlajak murah no swimming pool milik kroni tegar Kit Siang itu dan juga persoalan tentang rasuah serta salah guna kuasa.

Guan Eng DAP ditahan di bangunan Komtar selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco kerajaan DAP negeri ini. Waran tangkap telah diberikan.

Dan akan ada proses pengadilan di dalam mahkamah. Ironinya, bukan rakyat, pejuang kebenaran, anti-rasuah, anti-DAP dan anti-Guan Eng sahaja yang menyambut baik berita ini.



MiM difahamkan bahawa ada pemimpin-pemimpin DAP negeri Pulau Pinang yang turut bergembira dengan penahanan ini walau pun tidak ditunjukkan di depan orang ramai.

Bagi mereka, inilah peluang terbaik untuk mereka merampas kembali hak jawatan Ketua Menteri negeri daripada cengkaman 'tokong' DAP ini.

Tapi beranikah DAP negeri kerana selama ini mereka pengecut takut menuntut hak mereka?

sumber: Dr.MiM

#DAPrasis
#DAPrasuah

Penyokong IS dakwa letupan Puchong balasan tak hormat Ramadan


PETALING JAYA: Seorang individu yang mendakwa dirinya anggota IS mengakui letupan bom di sebuah pub di Puchong, awal pagi tadi adalah angkara IS.

Sin Chew Daily melaporkan polis daripada Bahagian Counter Terrorism dan Jabatan Siasatan Jenayah sedang menjalankan siasatan, termasuk daripada sudut serangan pengganas.
Menurut laporan akhbar berbahasa Cina itu, Muhamad Wanndy Mohamad Jedi (menggunakan nama Abu Hamzah Al-fateh di Facebook) yang merupakan anggota IS dan kini berada di Syria memuat naik status di Facebook mendakwa serangan itu dilakukan dua anggota IS atau Junud Khilafah Wilayah Malizia.

Letupan itu adalah hukuman buat mereka yang tidak menghormati bulan Ramadan dengan menjalankan aktiviti maksiat.

“Selepas bertawakal dan memohon pertolongan daripada ALLAH S.W.T dua orang junud khilafah wilayah malizia telah melancar serangan berbarakah pertama di jantung ibu negara malaysia iaitu kuala lumpur dengan menarget sebuah kelab malam yang dipenuhi kafir harbi dengan sebuah grenade..serangan itu mengakibatkan sejumlah daripada mereka tercedera dan merosakkan kelab malam tersebut yang tidak menghormati bulan ramadhan dengan menjalankan aktiviti maksiat..umat islam diminta agar menjauhi pusat-pusat maksiat atau menjadi ansar thoghut agar kalian tidak menjadi target..tinggalkan pekerjaan sebagai ansar thoghut dan bertaubatlah kepada ALLAH S.W.T,” demikian status yang dimuat naik ke Facebook.

Muhamad Wanndy, 26, adalah rakyat Malaysia berasal dari Durian Tunggal, Melaka yang muncul dalam rakaman video dimuat naik ke laman Facebook Abu Hamzah Al-Fateh pada 22 Februari 2015, di mana seorang rakyat Syria disembelih di kem tahanan Raqqa, Syria kerana didakwa menjadi pengintip rejim tentera Presiden Bashar al Assad.

Pagi tadi, Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar menafikan letupan bom di Puchong itu ada kaitan dengan serangan pengganas.

“Kita akan menyiasat sama ada ia bermotifkan musuh perniagaan, dendam atau mangsa merupakan sasaran orang yang melakukan kejadian itu,” kata Abdul Rahim.

Letupan yang dipercayai berpunca daripada bom tangan itu berlaku kira-kira jam 2.15 pagi ketika pengunjung premis hiburan berkenaan sedang menyaksikan perlawanan bola sepak Euro 2016 menyebabkan empat lelaki dan tiga wanita tempatan serta seorang wanita warga China cedera.

28 terbunuh serangan pengganas di lapangan terbang Istanbul



ISTANBUL: Tiga pengganas menembak ke arah orang ramai sebelum meletupkan diri mereka di pintu masuk lapangan terbang antarabangsa Istanbul, Turki, awal pagi ini, mengakibatkan 28 orang terbunuh dan berpuluh-puluh cedera.
Polis melepaskan tembakan ke arah dua daripada pengganas sejurus mereka tiba di pusat pemeriksaan keselamatan di balai ketibaan Lapangan Terbang Ataturk, lapangan terbang ketiga tersibuk di Eropah.
Pengganas tersebut bagaimanapun bertindak meletupkan diri mereka, menurut pegawai Turki.
Gabenor Istanbul Vasip Sahin berkata 28 orang terbunuh manakala 60 lagi cedera, sementara Menteri Kehakiman, Bekir Bozdag, meletakkan angka itu 147 orang.
Beberapa saksi melaporkan dua letupan. Sahin pula percaya ia dilakukan tiga pengganas.

“Letupan yang sangat kuat berlaku. Bumbung runtuh. Keadaan di dalam lapangan terbang amat dahsyat, anda tidak akan dapat mengenalinya lagi kerana kerosakan terlalu besar,” kata Ali Tekin yang ketika kejadian menunggu tetamunya di balai ketibaan.
“Orang ramai mula melarikan diri. Darah dan bahagian badan di merata tempat. Semua orang berlumuran darah,” kata seorang wanita warga Jerman.
Tidak ada pihak mengaku bertanggungjawab kejadian itu, walaupun agensi berita Dogan berkata petanda awal menunjukkan ia mungkin angkara militan IS.
Seorang pegawai Turki bagaimanapun berkata terlalu awal menuding jari.
Serangan hari ini serupa dengan serangan militan IS di lapangan terbang Brussels Mac lalu, yang meragut 16 nyawa. Serangan serupa juga dilakukan di stesen metro kota raya itu yang membunuh 16 orang lagi.
Lapangan Terbang Ataturk merupakan yang terbesar di Turki dan hab utama penerbangan antarabangsa di rantau itu.

Harussani: Syirik cium ‘barang Nabi’



Program di Alor Setar minggu lalu menampilkan artifak kononnya milik Nabi Muhammad seprti bekas tapak kaki dan rambut baginda.

KUALA LUMPUR: Perbuatan mencium atau menjunjung objek yang didakwa barangan peninggalan Rasulullah boleh membawa kepada syirik (menyekutukan Allah), kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.
“Umat Islam tidak usah bertabarruk dengan peninggalan Rasulullah,” katanya dipetik Utusan Malaysia.
Beliau mengulas program “Latunan Mahabbah Rasulullah” di Alor Setar, Jumaat lalu, di mana beberapa artifak kononnya milik Nabi Muhammad dipamerkan, seperti bekas tapak kaki dan rambut baginda.
Antara penganjur program itu ialah Majlis Bandaraya Alor Setar dan penerbit Al-Quran, Yayasan Restu.

“Kalau ada pameran pun, pergi tengok sahaja, tidak perlu buat macam itu sekali kerana boleh membawa kepada syirik.
“Lagipun kita tidak tahu sama ada sahih atau tidak barang-barang peninggalan Rasulullah itu. Jadi tidak perlu berbuat begitu, banyak lagi amalan dan sunah Rasulullah yang boleh diikuti,” kata Harussani.
Bagaimanapun, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamed Al-Bakri, yang berkata acara seumpama itu dibolehkan dengan syarat artefak tersebut tidak dapat dibuktikan kesahihannya oleh sejarawan.

“Saya mengalu-alukan mana-mana tokoh yang dapat mengkaji dan menekuni isu janggut Rasulullah SAW atau rambutnya yang dimansubkan kepada Rasulullah SAW pada masa kini adakah benar atau sebaliknya, dengan kajian yang sahih dan dipercayai untuk meleraikan sebarang kekusutan dalam penisbahan ini,” katanya.

Debat isu terowong tegang, wakil kerajaan DAP maki hamun


28 JUN : Wakil kerajaan DAP Pulau Pinang, Lim Hock Seng gagal mengawal perasaan apabila mengeluarkan kata-kata kesat kepada wakil dan penyokong Barisan Nasional semasa sesi debat bertajuk “Tiga Lebuhraya dan Terowong Bawah Dasar Laut” yang diadakan pada malam Selasa.

Hock Seng, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya dan Utiliti negeri berdepan Setiausaha Agung Gerakan Pulau Pinang, Datuk Liang Teck Meng naik berang apabila penjelasan beliau tidak diterima kira-kira 500 penyokong BN yang hadir semasa sesi debat itu.

Malahan, Hock Seng yang juga Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Bagan Ajam itu turut melabelkan kumpulan berkenaan sebagai ‘hooligan’ dan ‘bodoh’ sekali gus menyebabkan beberapa lelaki yang tidak berpuas hati cuba menyerbu pentas untuk meminta penjelasan.

Sesi debat berkenaan yang bermula kira-kira pukul 9 malam di Dewan Kompleks Masyarakat Penyayang di sini juga penuh sesak dengan kira-kira orang ramai yang hadir yang majoritinya penduduk dan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini.

Dalam debat yang sedang berlangsung Hock Seng turut mendakwa menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan wakil Parti Cinta Malaysia, Datuk Huan Cheng Guan berbohong dalam isu “kajian kebolehlaksanaan” terowong.

Dalam debat tersebut, wakil BN, Teck Meng membangkitkan isu kos kajian yang terlalu tinggi dibayar oleh kerajaan negeri kepada firma yang menyediakannya.

Selain itu, isu kos pembinaan tiga lebuhraya yang terlalu tinggi juga dibangkitkan.

Teck Meng dapat mengawal hujah dengan fakta dan maklumat yang tepat, berbeza dengan Hock Seng yang memberikan hujah tidak relevan dan tersasar sehingga mencetuskan huru-hara dalam dewan debat tersebut.

Debat malam tadi akhirnya berjaya juga diadakan selepas beberapa kali pelawaan ditolak oleh wakil kerajaan DAP tersebut.

Lim Guan Eng,Apa Jadi Dengan Baki RM215 Juta??


Ketua Pemuda Gerakan negeri, Jason Loo mempersoalkan kos sebenar kajian kemungkinan dan reka bentuk terpeinci bagi projek itu.

Loo mendakwa kajian kemungkinan dan reka bentuk terperinci bagi terowong dasar laut dan tiga lebuh raya itu hanya berharga RM90 juta (AS$22 juta) dan bukan RM305 juta seperti didakwa kerajaan Pulau Pinang.

Jumlah RM90 juta itu katanya, telah didedahkan di laman web bahasa Cina, China Railway Construction Group, salah satu daripada rakan kongsi Consortium Zenith BUCG-(CZBUGG), firma yang mendapat kontrak untuk membina terowong dan tiga jalan.

Syarikat itu mendedahkan jumlah tersebut apabila menandatangani perjanjian bagi projek dengan CZBUCG pada bulan Oktober 2013, kata Loo (foto).

“Apa yang terjadi kepada baki RM215 juta,” soal beliau pada sidang media di ibu pejabat Gerakan di Jalan Macalister di George Town.

Menurut CZBUCG, jumlah RM305 juta yang diberikan oleh kerajaan negeri bukan sahaja untuk kajian kemungkinan dan rekabentuk terperinci bagi terowong bawah laut itu, tetapi juga tiga lebuh raya utama dan kerja-kerja infrastruktur.

Menghubungkan Gurney Drive di pulau dengan Bagan Ajam di tanah besar, terowong dan tiga lebuh raya dijangka berharga RM6.34 bilion dan dijangka siap pada tahun 2027.

Tetapi projek itu telah dikritik keras, terutamanya oleh NGO yang prihatin dengan kesan alam sekitar terowong dasar laut.

Loo berkata, sumber maklumat iaitu laman web firma China itu – harus dipercayai kerana ia adalah laman web rasmi syarikat dan ia merupakan rakan kongsi CZBUCG.

“Ia adalah rasmi seperti Buletin berita kerajaan Pulau Pinang, Buletin Mutiara, yang dibaca oleh 1.6 juta rakyat Pulau Pinang. Mereka anggap sumber atau maklumat di sana boleh dipercayai,” katanya.

Beliau menggesa Ketua Menteri Lim Guan Eng dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang bertanggungjawab bagi kerja-kerja awam, utiliti dan pengangkutan, Lim Hock Seng, untuk menjawab soalan beliau mengenai perkara itu.- FB :WakeUp malaya

MANIPULASI MEDIA TERHADAP KENYATAAN MUFTI PAHANG


Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman sebelum ini ada mengeluarkan pandangan ilmiah berkenaan pengklasifikasian Kaum Bukan Islam menurut kamus Fiqh Islam. Sejak sekian lama, tiada penamaan khusus bagi kaum bukan Islam di Malaysia untuk memudahkan struktur pentadbiran mengikut cara Islam.

Jika di zaman dahulu, kita sering mendengar istilah-istilah Fiqah berkenaan klasifikasi kaum Bukan Islam seperti Kafir Zimmi, Kafir Mu’ahad, Kafir Musta’man dan Kafir Harbi.
Namun, peredaran zaman telah berlaku lalu menyebabkan kondisi siyasah (politik) di negara kita turut berubah. Jika dahulu sistem pemerintahannya lain, hari ini kita sudah memiliki sistem demokrasi.

Jika dahulu unsur-unsur penentangan terhadap Islam dilakukan secara terbuka, namun zaman kini ianya dilakukan secara senyap, tersusun dan melalui saluran-saluran tertentu.

Islam merupakan agama yang dinamik dan relevan pada setiap zaman. Maka penentangan vebtuk baru ini juga harus diwaspadai oleh pihak berautoriti agar keharmonian di Malaysia dapat dipelihara.
Oleh itu Dr Abdul Rahman Osman menegaskan bahawa mana-mana pihak yang menentang ketertinggian Islam di Malaysia dalam bentuk baharu atau melalui saluran tertentu juga boleh ditakrif sebagai Harbi.

Walaubagaimanapun, kenyataan umum dan tanpa bias politik ini dimanipulasi oleh media-media mengikut citarasa tersendiri. Di satu pihak, mereka menggunakan kenyataan ini ke atas sebuah parti lawan secara khusus.

Sebagai reaksi terhadap manipulasi ini, pihak yang dituduh pula melakukan respon liar dengan menghina ketertinggian institusi Islam secara berlebihan tanpa usul periksa.
Tindakan respon liar tersebut pula mendapat sokongan dari sekumpulan agamawan kontroversi apabila mereka mengambil kesempatan ini bagi menyerang peribadi Dr Abdul Rahman Osman tanpa memahami pendirian ulama ini terlebih dahulu.

Debat terowong dasar laut Gerakan VS DAP


GEORGE TOWN: Debat mengenai isu terowong dasar laut antara Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemudahan Awam dan Pengangkutan Pulau Pinang Lim Hock Seng dan Setiausaha Agung Gerakan Datuk Liang Teck Meng akan diadakan pada 28 Jun ini.

Setiausaha Politik Ketua Menteri Pulau Pinang, Wong Hon Wai berkata kedua-dua pihak telah bersetuju bahawa debat bertajuk “Tiga Lebuhraya dan Terowong Bawah Dasar Laut” itu menggunakan bahasa kebangsaan dan diadakan di Dewan Kompleks Masyarakat Penyayang di sini pada 9 malam.

“Kami telah mengadakan mesyuarat dan pihak YB Liang telah menghantar wakil untuk membincangkan mengenai aturcara perdebatan. Dalam sesi debat itu akan ada ucapan daripada kedua-dua wakil, soal jawab dan ucapan penggulungan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Pada 11 Jun lepas, Liang menyatakan keinginan untuk berdebat berhubung isu projek terowong dasar laut selepas Lim menolak tawaran Pemangku Ketua Pemuda Gerakan Pulau Pinang Jason Loo untuk berdebat.

Loo pernah menganjurkan dan menjemput Lim untuk berdebat pada 11 Jun lepas namun Lim tidak hadir selepas mendakwa semua soalan yang dikemukakan telah dijawab dan oleh itu tidak perlu untuk berdebat.

Wong berkata peguam Lee Khai akan menjadi moderator pada sesi debat yang dijangka berlangsung selama dua jam itu.

Beliau berkata pihaknya turut meminta Liang untuk menguruskan supaya debat itu dapat disiarkan secara langsung di televisyen.

“Saya masih belum tahu sama ada siaran langsung dari stesen televisyen boleh dijalankan atau tidak,” katanya.

Beliau menasihatkan orang ramai yang ingin hadir pada debat itu supaya datang awal kerana dewan itu hanya mampu menampung kapasiti 500 orang sahaja.

Katanya skrin besar turut disediakan di luar dewan bagi memberi peluang kepada orang ramai yang tidak dapat tempat di dalam dewan untuk mengikuti debat itu.

-Bernama

Tuesday, 28 June 2016

WASPADA MENTOL RAKAM VIDEO BOGEL


Kuala Lumpur: Golongan wanita dinasihati berwaspada susulan penjualan kamera intip (spy camera) berbentuk lampu mentol ‘ajaib’ dan rantai kunci bagi merakam video bogel wanita secara sulit di hotel dan tandas.

Kamera intip itu dikesan boleh diperoleh dengan mudah oleh ‘kaki skodeng’ di pasaran pada harga serendah RM50 sehingga RM100.

Golongan lelaki gila seks dikatakan meletakkan kamera intip model baru itu di rumah atau bilik hotel untuk memerangkap mangsa.

Ketua Biro Pengaduan Awam MCA Datuk Seri Michael Chong berkata, kamera intip itu turut digunakan pihak tertentu untuk memeras ugut dan menindas mangsa.

Dalam kes terbaru, seorang wanita membuat aduan diperas ugut teman lelaki selepas kegiatan seks mereka dirakam tanpa pengetahuannya.

“Mangsa yang mahu memutuskan hubungan sebaliknya diugut suspek yang mahu menyebarkan rakaman video itu di media sosial.

“Tindakan itu menyebabkan mangsa berusia 20-an berasa malu dan tertekan. Dia bimbang ketelanjurannya itu diketahui rakan sepejabat dan keluarga,” katanya.

Menurutnya, mangsa kemudian bertindak membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

“Memang tiada siapa menyangka objek menyerupai lampu mentol yang dipasang di dalam bilik itu adalah kamera intip.

“Sehingga kini pihak kami menerima lima aduan berhubung kes merakam video aksi wanita di dalam tandas dan hotel menggunakan kamera intip sejak tahun lalu,” katanya.

Dia berkata, orang ramai terutamanya wanita perlu sentiasa berhati-hati dengan kejadian itu supaya tidak menjadi mangsa.-pru14

Guan Eng Dibidas Amal Politik ‘Bisu Bermusim’


Rakyat terus keliru perbezaan kos projek terowong dasar laut di Pulau Pinang


Nahas Lebuh Raya Utara-Selatan PLUS: Suami Nor Syaziela maafkan pemandu lori.


UMNO Pulau Pinang terima & fahami senario pemecatan Muhyiddin & Mukhriz


1.6 JUTA KENDERAAN DI LEBUHRAYA PLUS SEMPENA CUTI ADILFITRI


Kuala Lumpur - Sebanyak 1.6 juta kenderaan dijangka menggunakan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) setiap hari khusus pada waktu puncak sempena cuti sambutan Aidilfitri, bermula 1 hingga 10 Julai ini.

Justeru, pengguna disaran merancang perjalanan mereka berdasarkan jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang dikeluarkan oleh pengendali lebuh raya itu bagi mengelak kesesakan.

Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad (PLUS), Datuk Noorizah Abd Hamid berkata TTA tersebut membantu pengguna menikmati perjalanan selesa dan lancar untuk pulang ke kampung dan kembali semula ke ibu kota.

Beliau berkata TTA itu dirangka bagi mengelak jumlah besar bilangan kenderaan daripada memasuki lebuh raya secara serentak dan menyumbang kepadakesesakan di laluan-laluan utama, plaza tol dan kawasan rehat.

Pengguna dinasihatkan mematuhi jadual TTA bagi mengelak punca kesesakan teruk seperti berlaku pada tahun-tahun lepas, katanya pada sidang media.-beritaRTM

Mukhriz Tak Ada ‘Locus Standi’ Ulas Hubungan UMNO-PAS

KOTA BHARU – Bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir tidak mempunyai ‘locus standi’ atau kedudukan untuk mengulas mengenai hubungan antara UMNO dan PAS, kata Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa.


Beliau berkata Mukhriz tidak berhak memberi komen atas perkara itu kerana beliau tidak menganggotai mana-mana parti ketika ini.


“Mukhriz tak ada ‘locus standi’ untuk beri apa-apa komen mengenai hubungan UMNO dan PAS dan pandangan beliau tidak memberi apa-apa impak.


“Yang pastinya antara UMNO dan PAS, kedua-duanya mempunyai pucuk pimpinan yang sudah tentu ada kebertanggungjawaban kepada parti masing-masing, dan itu terpulanglah kepada parti masing-masing untuk menentukan hala tuju (mereka),” katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada anggota tentera dan anggota Badan Amal Kebajikan Angkatan Tentera di Kem Desa Pahlawan Kok Lanas di sini hari ini.



Semalam, Mukhriz dalam satu sidang akhbar mendakwa perjanjian UMNO dan PAS membabitkan ‘pertukaran’ yang melibatkan Kedah, Terengganu dan Kelantan.


Jumaat lepas, Majlis Tertinggi (MT) UMNO memecat bekas timbalan presiden parti Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Mukhriz kerana melakukan pelanggaran disiplin. Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal digantung keanggotaannya sehingga MT menerima laporan daripada Lembaga Disiplin dan Tatatertib parti.


Annuar yang juga anggota MT UMNO berkata parti itu tidak menolak sebarang kerjasama dengan mana-mana pihak asalkan ia membawa kepada kebaikan agama, bangsa dan negara.


Di KUALA NERANG, seorang lagi anggota MT UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata Mukhriz perlu berfikir terlebih dahulu sebelum melontarkan tuduhan terhadap UMNO kononnya melakukan pakatan dengan PAS.


“Mukhriz perlu bercakap berlandaskan fakta tepat dan mempunyai pertimbangan asas,” katanya yang juga Menteri Pendidikan selepas Majlis Pelancaran Projek Telefon Awam Pintar Pelajar Sekolah (MyFon) di Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Ahmad.


Di ALOR SETAR, Ketua Pemuda UMNO Kedah Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin mendakwa tuduhan itu bertujuan membuka laluan kepada Parti Amanah Negara (Amanah) untuk menerajui kerajaan negeri Kedah, memandangkan Mukhriz dilihat begitu mesra dengan pemimpin Amanah.


“Tindakan beliau itu adalah jalan untuk membuka jalan kepada Amanah kerana seperti yang sedia tahu dia sangat rapat dan serasi dengan pimpinan kanan parti tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Shaiful Hazizy berkata perjuangan UMNO dan BN lebih kukuh di bawah pemerintahan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berbanding semasa era pemerintahan Mukhriz dahulu dan ia tidak akan tergugat dengan dakwaan tidak berasas itu.


“UMNO di Kedah kuat atas sokongan padu dari semua cawangan dan bahagian selain kerjasama erat di antara masyarakat termasuklah para ulama, golongan anak muda, golongan profesional dan kelompok usahawan.


“Kita juga sedia maklum, UMNO dan BN berjaya meraih sokongan daripada masyarakat pada setiap kali pilihan raya umum adalah kerana perhatian dan khidmat bakti yang telah diberikan oleh pihak atasan parti,” katanya.- BERNAMA

Kenapa Muhyiddin Yasin tidak merayu?


KOTA BHARU – Keputusan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk tidak membuat sebarang rayuan selepas digantung mahupun dipecat daripada UMNO menunjukkan bekas timbalan presiden itu tidak lagi berminat untuk bersama parti.


Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata UMNO sentiasa memberi peluang kepada anggotanya untuk membuat rayuan namun peluang itu tidak digunakan Muhyiddin dengan sebaik-baiknya.


Beliau juga menyifatkan tidak timbul isu dakwaan Muhyiddin tidak mendapat surat tunjuk sebab daripada Majlis Tertinggi UMNO mahupun Lembaga Disiplin dan Tatatertib parti kerana beliau tahu had mana yang membenarkan surat berkenaan dikeluarkan ataupun tidak.


“Dia (Muhyiddin) kata bahawa darah dan dagingnya adalah UMNO tapi kenapa dia tak merayu, sebab itu saya rasa bahawa dia tahu dia sudah ‘cross the line’.


“Pada saya dia sudah tidak lagi berminat untuk bersama dalam perjuangan UMNO. Kalau dia rasa tak adil, merayulah kenapa dia tak dikenakan surat tunjuk sebab, sebab dia pernah menjadi Timbalan Presiden dan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan dan mengendalikan banyak kes-kes tatatertib ini,”

katanya.
 Mohd Puad berkata demikian kepada pemberita sempena Program Kasih Ramadan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) yang turut dihadiri kira-kira 1,000 kakitangan jabatan tersebut di sini, Ahad malam.
 Jumaat lepas, UMNO memecat Muhyiddin dan Mukhriz kerana melakukan pelanggaran disiplin, manakala Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal juga digantung keanggotaannya sehingga Majlis Tertinggi UMNO menerima laporan daripada Lembaga Disiplin dan Tatatertib parti.
 Ditanya mengenai UMNO Bahagian Pagoh yang tidak berpuas dengan pemecatan Muhyiddin, Mohd Puad berkata UMNO bahagian itu mungkin merasa tertekan dengan tindakan parti yang memecat ketua mereka.
 “Saya rasa alasan mereka untuk menolak keputusan Majlis Tertinggi adalah tidak kukuh tetapi kami faham bahawa mungkin ketika ini mereka agak tertekan dan pada saya biarlah mereka mengambil masa untuk memikirkan secara lebih bijaksana keputusan tersebut.
 “Biar mereka diberi lebih banyak masa untuk berfikir…mungkin ketika ini mereka sedang beremosi,” katanya. – BERNAMA

Monday, 27 June 2016

BENARKAH DAP ADALAH ZIMMI?


Ada orang sayang sangat dengan DAP dan sekutunya. Sentuh sikit pun tak boleh. Bila Mufti Pahang kata mereka ini harbi, kita boleh fahamlah kenapa ada orang Melayu marah … takut nanti masyarakat jadi eksterim kata halal darah pula. Bila kita kata mereka ini bukan zimmi, pun tanpa disangka, ada juga orang Melayu yang marah. Ustaz pulak tu.

DAP ni ada wakil kat IFC. Mereka tuntut kebebasan untuk orang Islam murtad. Mereka tuntut jangan catat muslim kat MyKad supaya tiada lagi pengenalan diri berasaskan agama. Mereka tuntut orang bukan Islam boleh kawin dengan orang Islam tanpa perlu masuk Islam. Hancur keluarga dan generasi umat Islam kalau jadi begitu. Mereka tuntut program dakwah agama lain kepada orang Islam dibenarkan, termasuklah anak-anak kecil. Dan macam-macam lagilah cerita tuntutan IFC ni.

DAP juga adalah tulang belakang kuat kumpulan COMANGO. Mereka tuntut dibenarkan seks songsang dan jangan dikategorikan sebagai jenayah. Saya pun tak tahu kenapa bersungguh sangat mereka pertahan seks songsang. Mereka minta hak istimewa orang Melayu dihapuskan. Mereka minta dihapuskan beberapa kesalahan jenayah syariah seperti khalwat dan seumpamanya. Tebal kertas tuntutan COMANGO dan ini cuma sebahagian kecil darinya. Mereka lobi negara luar untuk tekan Malaysia. Tikam belakang namanya.

Sebelum itu ada sembilan Menteri bukan Islam buat tuntutan juga. Yang ini sekutu DAP pula. Mereka tuntut semakan semula peruntukan perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan yang menghalang Mahkamah Sivil dari mencampuri keputusan Mahkamah Syariah. Kedudukan Mahkamah Syariah pun nak campur tangan.

Ada juga tuntutan Dong Zong. Yang ni DAP juga. Mereka minta kerajaan iktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC). Pelajar Cina warganegara Malaysia boleh masuk universiti tempatan tanpa SPM. Dah jadi dua aliran pendidikan pulak. Bahasa Melayu dah jadi bukan syarat wajib masuk IPT. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan mereka nak campak begitu sahaja.

Jangan lupa juga 83 tuntutan Suqiu. DAP juga tu. Tuntut supaya barisan senator dipilih oleh rakyat menggantikan pemilihan majoriti senator oleh YDP Agong. Minta pilihanraya kerajaan tempatan oleh rakyat yang jelas bertentangan dengan Akta 171 (Akta Kerajaan Tempatan). Hak bumiputera, kouta kemasukan ke IPT semua dipertikai.

Jangan lupa juga DAP ni suka October Fest dan mempertahankannya dengan sungguh-sungguh. Pesta arak nak dijadikan sambutan tahunan macam Eropah. Jangan lupa juga yang DAP ni dah beberapa kali  gertak-gertak Jabatan Agama, Jabatan Mufti dan pertikai kewujudan JAKIM. Jangan lupa juga isu pimpinan DAP dengan Sultan Perak dan Sultan Selangor.

Dengan apa yang DAP dah buat, masih ada juga orang Melayu yang masih memandang DAP sebagai suci. Kenapa masih kata bahawa tindakan DAP tidak bertentangan dengan Perlembagaan? Kenapa memutar belit dalil dan pandangan ulamak untuk membenarkan apa yang DAP buat?

Sokong LGBT, perendah institusi agama, permain titah Sultan, lobi negara luar tekan kerajaan Malaysia, lawan perlembagaan …..

ini zimmi???? ayooolahai

Penulis:
Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni

#Dap #BiaDAP #RakyatDidahulukan #RespectMyPM #MelayuBersatu #HidupBersama #

DAP, Gerakan berdebat isu terowong dasar laut 28 Jun ini


 GEORGETOWN: Kerajaan negeri Pulau Pinang bersetuju menganjurkan debat mengenai isu terowong dasar laut pada 28 Jun ini di Dewan Kompleks Masyarakat Penyayang di sini pada 9 malam.

Debat itu akan diwakili oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemudahan Awam dan Pengangkutan Pulau Pinang Lim Hock Seng dan Setiausaha Agung Gerakan Datuk Liang Teck Meng.

Setiausaha Politik Ketua Menteri Pulau Pinang, Wong Hon Wai berkata kedua-dua pihak telah bersetuju bahawa debat bertajuk "Tiga Lebuhraya dan Terowong Bawah Dasar Laut" itu menggunakan bahasa kebangsaan.

"Kami telah mengadakan mesyuarat dan pihak YB Liang telah menghantar wakil untuk membincangkan mengenai aturcara perdebatan. Dalam sesi debat itu akan ada ucapan daripada kedua-dua wakil, soal jawab dan ucapan penggulungan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Pada 11 Jun lepas, Liang menyatakan keinginan untuk berdebat berhubung isu projek terowong dasar laut selepas Lim menolak tawaran Pemangku Ketua Pemuda Gerakan Pulau Pinang Jason Loo untuk berdebat.

Loo pernah menganjurkan dan menjemput Lim untuk berdebat pada 11 Jun lepas namun Lim tidak hadir selepas mendakwa semua soalan yang dikemukakan telah dijawab dan oleh itu tidak perlu untuk berdebat.

Wong berkata peguam Lee Khai akan menjadi moderator pada sesi debat yang dijangka berlangsung selama dua jam itu.

Beliau berkata pihaknya turut meminta Liang untuk menguruskan supaya debat itu dapat disiarkan secara langsung di televisyen.

"Saya masih belum tahu sama ada siaran langsung dari stesen televisyen boleh dijalankan atau tidak," katanya.

Beliau menasihatkan orang ramai yang ingin hadir pada debat itu supaya datang awal kerana dewan itu hanya mampu menampung kapasiti 500 orang sahaja.

Katanya skrin besar turut disediakan di luar dewan bagi memberi peluang kepada orang ramai yang tidak dapat tempat di dalam dewan untuk mengikuti debat itu.
#KerajaanDAP #Dap #BiaDAP #RakyatDidahulukan #RespectMyPM #MelayuBersatu #HidupBersama #SIM

Pecat Keahlian Elak Berlaku Masalah Lebih Besar- Rahman Dahlan


KOTA KINABALU - Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dato' Abdul Rahman Dahlan menyifatkan bahawa pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir dibuat kerana bekas Timbalan Presiden UMNO dan bekas Menteri Besar Kedah itu memudaratkan parti.

Menurut Rahman Dahlan, jika tindakan drastik melalui pemecatan terhadap mereka tidak diambil, UMNO akan berdepan masalah lebih besar pada masa depan.

Kredibiliti UMNO sebagai parti yang begitu lama memerintah negara ini menurutnya bukanlah bergantung kepada seorang dua pemimpin, sebaliknya kesepaduan semua pihak untuk memastikan ia terus kukuh.

"Sebab itu dengan hati yang amat berat, kita mengambil keputusan memecat Muhyiddin dan Mukhriz. Bukan tidak hargai pengorbanan mereka sebelum ini, itu tercatat dalam sejarah, malah gambar Datuk Seri Anwar Ibrahim (Penasihat PKR) masih terpampang di pejabat Pemuda UMNO kerana beliau pernah jadi Ketua Pemuda.

"Namun, realitinya buat masa ini, mereka (Muhyiddin dan Mukhriz) memudaratkan parti serta jika tidak ditangani (dipecat), kita akan berdepan masalah lebih besar.

"Jadi, lebih baik kita berdepan masalah ini (isu pemecatan) sekarang sementara menunggu Pilihan Raya Umum," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan kuih raya kepada anggota bomba dan bersahur di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah, di sini, awal pagi tadi.

Terdahulu pada Jumaat, Mesyuarat MT UMNO sebulat suara memecat Muhyiddin dan Mukhriz, manakala Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal digantung keahlian sehingga Jawatankuasa Disiplin menyiapkan laporannya.

Mengulas lanjut, Abdul Rahman yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, beliau yakin ahli UMNO serta rakyat akhirnya dapat menghargai keputusan pemecatan itu kerana ia demi kebaikan parti untuk jangka panjang.

"Apabila MT buat keputusan ini, tidak seorang pun senyum... kita juga faham Muhyiddin rapat dengan kita, tetapi akhirnya kepentingan parti mengatasi semua perkara lain," katanya.
#3M #PakaTun #DeklarasiMahathir #MT #RakyatDidahulukan #RespectMyPM #MelayuBersatu #HidupBersama #SIM

Sunday, 26 June 2016

Masalah Alam Sekitar Tak Diendahkan Kerajaan DAP Penang?


Masalah alam sekitar khususnya penggondolan bukit di negeri ini, kini disifatkan sebagai kritikal dan perlu ditangani segera oleh pihak berkuasa.

Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA) dalam tinjauannya di kawasan-kawasan bukit di negeri ini, mendapati kebanyakan kawasan tanah tinggi di lima daerah di Pulau Pinang mempunyai kesan kemusnahan akibat ditarah.

Presiden PEKA, Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil berkata, Pulau Pinang sebagai tapak warisan bukan sahaja perlu memulihara bangunan-bangunan warisan, sebaliknya perlu menjaga dan memberi perhatian terhadap pemuliharaan hutan dan mengekalkan kehijauan alam sekitarnya.

“Kami sangat sensitif dengan apa yang berlaku sekarang…banyak kawasan bukit digondol untuk memberi laluan kepada pembangunan. Tinjauan kami mendapati kemusnahan cerun-cerun bukit seperti di kawasan Teluk Bahang dan Batu Kawan.

“Apakah kita memerlukan semua pembangunan ini? Saya percaya rakyat Pulau Pinang sendiri mempunyai pandangan dan pendekatan mahu mengekalkan khazanah alam milik negeri ini,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan perlu menerapkan kesedaran betapa pentingnya kawasan bukit sebagai pasak bumi dan perlu keluar daripada menumpukan pembangunan di bahagian pulau.

“Apa (pembangunan) yang ada di bahagian pulau sudah lebih daripada cukup…pembangunan sepatutnya ditumpukan pula di bahagian seberang,” katanya.

Shariffa Sabrina berkata pihaknya bukan menentang pembangunan tetapi hanya mahu agar kehijauan dan khazanah alam dijaga sebaiknya demi kepentingan generasi akan datang.

Sehubungan itu, beliau berkata, PEKA akan mengatur pertemuan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang bagi membincangkan isu pembangunan di kawasan bukit di negeri ini dan mengemukakan memorandum bagi memastikan kawasan hijau di negeri ini dipulihara.

“PEKA mahu tindakan lebih proaktif daripada agensi kerajaan negeri seperti Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Pejabat Daerah dan Tanah serta Jabatan Perhutanan untuk melihat pencerobohan ini secara serius sebelum lebih luas lagi tanah bukit digondolkan di seluruh Pulau Pinang,” katanya.
— Bernama
#KerajaanDAP #Dap #BiaDAP #RakyatDidahulukan #RespectMyPM #MelayuBersatu #HidupBersama #SIM

Pemuda PAS Kesal Tindakan Golongan Anti Vaksin


Pemuda Pas kesal dengan tindakan segelintir golongan anti vaksin yang menghasut masyarakat agar tidak mengamalkan pengambilannya dengan menggunakan alasan tidak konkrit tanpa berlandaskan kepada kajian saintifik.

Pengarah Jabatan Pekerja, Pengguna dan Alam Sekitar Pemuda Pas, Dr Mohd Ibrahim memaklumkan bahawa Islam mengharuskan penggunaan vaksin sekalipun ia mengandungi bahan terlarang sekiranya tiada pilihan ubat yang lebih baik.

“Sebenarnya, pada masa ini tiada bahan terlarang dalam vaksin kanak-kanak kecuali vaksin untuk rotavirus; itu pun tidak tersenarai dalam jadual imunisasi yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Ibrahim berkata demikian bagi mengulas dua insiden yang berlaku berikutan serangan penyakit difteria di Sungai Petani, Kedah dan Ujong Pasir, Melaka baru-baru ini.

Dalam pada itu, Mohd Ibrahim memaklumkan bahawa pemberian vaksin juga bertepatan dengan maqasid syar’iyyah iaitu khususnya pada aspek hifz al-nafs (penjagaan terhadap nyawa).

“Kita disyariatkan untuk menjaga dan memelihara nyawa dalam kehidupan seharian kita. Jika sesuatu boleh mendatangkan mudarat maka perlu ditinggalkan.

“Begitu juga apabila sesuatu bahan itu jika tidak digunakan yang akan mengakibatkan kemudaratan pada nyawa serta tubuh, maka wajib kita mengambilnya walaupun ia mengandungi unsur yang meragukan,”katanya.
#RakyatDidahulukan #RespectMyPM #MelayuBersatu #HidupBersama #SIM

Hentikan Sengketa Sesama Sendiri, Manfaatkan Ramadan – Najib Razak



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak semua umat Islam supaya memanfaatkan bulan Ramadan dengan amalan yang baik di samping menghentikan semua persengketaan sesama sendiri.

Beliau berkata Ramadan merupakan bulan yang penuh keberkatan dan umat Islam seharusnya berusaha memperbaiki diri dan menghentikan segala perbalahan.

“Kurangkan melakukan kerja yang tidak mendatangkan manfaat dan hentikan perbuatan memburuk-burukkan orang lain.

“Jadi sekiranya kita semua dapat bersama-sama menggunakan bulan Ramadan ini untuk memperbanyakkan ibadat tanpa membangkitkan perkara-perkara yang mengundang perselisihan, nescaya kita akan dapat menikmati keindahan bulan Ramadan ini sepenuhnya,” katanya dalam ucapan audio yang dimuat naik di laman Twitter beliau, hari ini.

Mengimbas kembali dua Pilihan Raya Kecil (PRK) di Kuala Kangsar dan Sungai Besar minggu lepas, Najib berkata walaupun persaingan sengit dan perselisihan telah berlaku antara parti-parti yang bertanding, namun pilihan raya kecil itu telah selesai.

Justeru, katanya, semua pihak harus kembali bermaaf-maafan, mengetepikan perbezaan dan meningkatkan amalan dalam bulan Ramadan yang mulia ini.

Najib juga mengajak umat Islam melakukan ibadat dan solat tarawih bersama-sama dengan keluarga dan sahabat handai.

“Sungguh tenang rasanya,” katanya sambil melahirkan rasa syukur dapat meluangkan masa beramah mesra bersama ibu, isteri, anak-anak serta saudara mara selepas menunaikan solat tarawih.

Oleh itu, katanya: “Sekiranya kita semua dapat bersama-sama menggunakan bulan Ramadan ini untuk memperbanyakkan ibadat tanpa membangkitkan perkara-perkara yang mengundang perselisihan, nescaya kita akan dapat menikmati keindahan bulan Ramadan ini sepenuhnya.”
— BERNAMA
#RakyatDidahulukan #RespectMyPM #MelayuBersatu #HidupBersama #SIM #SayaIslamMelayu

Sudikah PAS Terima ‘Pinangan’ PAN Itu?


Mendengar cerita tentang Parti Amanah Negara (PAN) yang ‘meminang’ PAS supaya menyertai Pakatan Harapan bersama dua lagi sekutu mereka, DAP dan PKR, benar-benar membuat penulis ketawa. PAS sertai Pakatan Harapan?

Setelah berakhir pertandingan tiga penjuru di Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar, PAN khabarnya berpandangan bahawa PAS perlu dibawa masuk ke dalam Pakatan Harapan untuk menewaskan Barisan Nasional (BN).

Maka mungkin kerana itu maka bekas Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang kini menjadi berjawatan ‘lebih besar’ sebagai Timbalan Presiden PAN cuba tunjuk baik memujuk agar bekas partinya itu menyertai Pakatan Harapan.

Soalnya, sudikah PAS terima ‘pinangan’ PAN itu?

PAN lupa tentang label ‘syaitan dalam jemaah’, ‘jebon’, ‘Anwarinas’ dan sebagainya dulu? Dan kini mereka yang dikatakan cuba merosakkan PAS dari dalam cuba berbaik-baik mengajak PAS bersatu? Bersatu bersama ‘syaitan’? Cukuplah Mahathir seorang saja…

Kenapa perlu PAS sertai Pakatan Harapan? Kenapa tidak PAN saja yang bubarkan parti dan sertai PAS? Apa kata kalau PAN bubarkan saja parti dan ‘rujuk’ kembali dengan PAS?

Tapi PAN perlu jadi ahli biasa dan ‘bertaubat’ dulu. PAN juga sebelum sertai PAS semula perlu berjanji untuk tidak lagi menjadi ‘syaitan’ seperti yang pernah dikatakan Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang dulu. PAN setuju?

Kemudian, PAN ajak sekali PKR sertai PAS yang kini bersama parti IKATAN. PAN dan PKR perlu jadi ‘junior’ dan tunduk hormat pada parti pimpinan Tan Sri Abdul Kadir Syeikh Fadzir itu yang lebih senior di dalam blok ‘pembangkang ketiga’.

PAN tidak perlu ajak DAP. Malah PAN perlu mula menghentam setiap pemimpin DAP yang pernah berlaku biadap terhadap Abdul Hadi dan PAS sebelum ini. PAN lupa pada mulut celupar DAP menyerang PAS bertalu-talu dulu?

Jika PAN enggan, maka lupakanlah untuk cuba menghasut PAS menjadi ‘keldai tunggangan’ seperti dulu. Pada pandangan penulis, PAS sudah serik setelah ‘terhantuk’. Masa mereka untuk menjadi ‘tunggangan’ sudah habis, kini PAN pula menyerahkan ‘leher’…

Setelah bertahun PAS hampir hancur dikerjakan DAP, PKR dan ‘harum manis’ sebelum ini, penulis melihat parti itu sedang bertatih memulihkan maruah dan cuba kembali ke haluan asal perjuangan mereka mencari redha Allah.

Redha Allah itulah diperlekehkan pemimpin PAN di Kuala Kangsar tempohari. Kononnya PAS tidak boleh menang pilihan raya dengan redha Allah? Untuk pengetahuan PAN, dengan redha Allah itulah UMNO menang tidak terkalah dalam pilihan raya sejak merdeka. Tanpa redha Allah, jangankan UMNO, siapa pun takkan menang!

Pada hemat penulis, eloklah PAN bawa pulang saja ‘sireh pinang’ yang dibawa kepada PAS. PAN makanlah ‘sireh pinang’ itu bersama DAP di Sungai Buloh, sambil berfikir untuk menewaskan PAS pada PRU ke-14 nanti. Tanpa DAP dan PKR, mungkinkah PAN boleh kalahkan PAS? Fikir sendiri…
— Cenderawasih
#Pas #Pan #RakyatDidahulukan #RespectMyPM #MelayuBersatu #HidupBersama #SIM #SayaIslamMelayu

Saturday, 25 June 2016

Jika Betul Sayang Parti, Mereka Patut Tunjuk Komitmen Pada Dua PRK Lalu


JOHOR BAHARU, 25 Jun – Pengerusi Majlis Anggota Parlimen Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata pengumuman pemecatan Muhyiddin dan Mukhriz Mahathir daripada UMNO, bukan sesuatu yang memeranjatkan memandangkan ia sudah dijangka.

Shahrir yang juga Ketua UMNO Bahagian Johor Baharu berkata bekas timbalan perdana menteri dan bekas menteri besar Kedah itu sebenarnya mempunyai peluang yang cukup baik untuk menunjukkan kesetiaan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada dua pilihan raya kecil (PRK) baru-baru ini, namun, mereka tidak memanfaatkannya.

Ketika itu, kita tengok yang datang hanya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, masa penamaan calon. Sebenarnya ada peluang dan ruang untuk mereka (Muhyiddin dan Mukhriz) tunjukkan sikap dan pendirian mereka. Adakah mereka menentang parti atau menentang pemimpin.

 “Mereka dakwa menentang pemimpin dan tidak marah kepada parti, tetapi sepatutnya bila parti dan calon parti bertanding, mereka boleh tunjuk komitmen kepada parti,” katanya selepas menyampaikan sumbangan sempena sambutan Aidilfitri kepada golongan yang memerlukan termasuk ibu tunggal dan fakir miskin, di sini, hari ini. Mengulas lanjut, Shahrir berkata pada pandangan beliau, isu pemecatan terbabit sememangnya memberikan kesan kepada UMNO terutama UMNO Johor, namun, ia bukan membuka ruang kepada pepecahan parti. “Kita sentiasa mempunyai banyak kerja di kawasan masing-masing untuk dilakukan lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan ini. Kalau nak pecah…sudah lama dah pecah…isu ini bukan perkara baharu,” katanya

Makam terbiar 250 tahun penemuan baharu warisan di Pulau Pinang


Tidak ramai yang tahu di Kampung Bagan Dalam di sini terdapat makam berusia kira-kira 250 tahun, tempat bersemadi dua beradik yang merupakan penyumbang terbesar dalam sejarah pembukaan kampung itu.

Kubur usang itu kini terbiar berikutan kisah dua pedagang dan pendakwah Islam yang berasal dari wilayah Fathan, Afghanistan iaitu Tuan Sheikh Akhil Khan Mohammad dan Tuan Sheikh Ghulam Khan Mohammad kurang diketahui masyarakat.

Menurut Presiden Persatuan Pelancongan dan Warisan Melayu Pulau Pinang (Sahabat) Syed Kamalrul Sufian Syed Kadiron Mustafa, tidak ramai terutama generasi muda yang mengetahui perjalanan hidup dua beradik itu dalam membangunkan syiar Islam di sini.

“Kini satu-satunya kenangan yang tinggal ialah makam dua beradik itu yang terletak dalam kawasan Kampung Bagan Dalam ini. Namun sayang sekali makam dua pedagang yang pernah memberikan ilmu Islam itu terbiar begitu sahaja tanpa sebarang tanda,” katanya.

Beliau berkata, apa yang menyedihkan makam yang paling lama dikenal pasti di kawasan itu kini dipenuhi belukar, buluh dan terbiar. Sesekali ia dibersihkan oleh masyarakat Rohingya yang tinggal berdekatan makam itu.

“Sepatutnya perlu ada pengkisahan, ada satu papan tanda bahawa Bagan Dalam ini pada asalnya diasaskan oleh kedua-dua tokoh ini, kita kena mengakui bahawa hari ini kita makin kehilangan sejarah Melayu di Pulau Pinang,” katanya.

Justeru Syed Kamalrul menyeru pihak-pihak berkenaan sama ada kerajaan negeri mahu pun persekutuan membina papan tanda pada makam itu serta membina lorong menuju ke makam itu bagi memudahkan pelajar, pengkaji sejarah atau pelancong untuk melawat.

Beliau berkata, pihaknya turut memohon pihak berwajib menggazetkan makam itu sebagai tapak warisan negeri.

Menyingkap sejarah pembukaan Bagan Dalam, ia sebuah kawasan berdekatan muara Sungai Perai di sebelah selatan dan di sebelah utaranya berhampiran perairan Pulau Pinang berhadapan Tanjong Penaga dan dahulunya merupakan petempatan Melayu yang sangat masyhur.

Bagan Dalam dahulunya juga merupakan wilayah yang cukup sinonim dengan urusan perdagangan luar dan domestik khususnya bagi penduduk di sekitar George Town, Seberang Perai dan di utara semenanjung selain lokasinya yang begitu strategik berhampiran muara sungai dan laut yang dapat memudahkan kapal atau sampan dari luar berlabuh di jeti tambatan.

Waka Mohd Nor, 72, generasi kelima Tuan Sheikh Akhil dan Gulam berkata bukan aspek perdagangan sahaja menjadi mercu penting pada masa itu tetapi kehadiran dua pedagang berkenaan turut mengubah kehidupan masyarakat Melayu pada zaman itu.

Waka berkata, beliau mengetahui mengenai sejarah perkembangan Bagan Dalam daripada seorang nenek berusia 100 tahun yang dipanggil “nek ya” ketika beliau berusia 20-an.

“Nek ya menceritakan bahawa asal berkembangnya petempatan di sini (Bagan Dalam) adalah daripada dua beradik iaitu Tuan Sheikh Akhil dan Tuan Sheikh Ghulam. Mereka ini merupakan pedagang dan pendakwah Islam yang berasal dari wilayah Fathan, Afghanistan,” katanya.

Waka berkata, Sheikh Akhil dan Sheikh Gulam yang berketurunan Pashtun itu datang ke Pulau Pinang pada 1765 Masihi dengan belayar menggunakan kapal dan berkahwin dengan orang tempatan seterusnya menetap di sini hingga ke akhir hayat mereka.

Lambang kepada pemesatan Bagan Dalam hasil daripada cetusan dua pedagang itu ialah pembinaan Masjid Jamek Bagan Dalam, katanya. – Bernama

Sayu.. Isteri Allahyarham Prof. Izzi Ceritakan Saat Arwah Menghembuskan Nafas Terakhir


Terowong Dasar Laut : Dari RM305 Juta Kepada RM90 Juta.. Guan Eng Digesa Bercakap Benar


Friday, 24 June 2016

Pemuda Pulau Pinang Sokong Hentikan Bantuan Yayasan Kepimpinan Perdana


KUALA LUMPUR, 24 Jun – Pemuda UMNO Pulau Pinang hari ini menyokong sepenuhnya kenyataan yang telah dibuat oleh Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia berhubung desakan menghentikan bantuan kewangan kepada Yayasan Kepimpinan Perdana.

Ketuanya, Rafizal Abd Rahim berkata, adalah amat wajar, Kerajaan Persekutuan menghentikan segera apa jua bantuan kewangan dan bantuan bukan dalam bentuk kewangan kepada Yayasan Kepimpinan Negara memandangkan Tun Mahathir Mohamed telah menggunakan Yayasan ini untuk menyerang dengan niat bagi menjatuhkan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

“Kami juga melihat bahawa objektif penubuhan asal Yayasan Kepimpinan Perdana ini telah lari daripada tujuan asalnya, malah tindakan Tun Mahathir yang jelas tidak sehaluan dengan Kerajaan Persekutuan dan telah bersekongkol dengan Pihak Pembangkang, maka amat wajar beliau meletak jawatan daripada menerajui Yayasan ini.

“Pemuda UMNO Pulau Pinang akan sentiasa memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia untuk terus menerajui kepimpinan Negara,”

Terdahulu, Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun mengecam tindakan berterusan Tun Dr Mahathir Mohamad yang memburukkan kerajaan dan juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang jelas bertentangan dengan perlembagaan dan sistem demokrasi yang diamalkan.

Pemuda UMNO memandang serius akan tindakan Tun Mahathir yang memperalatkan Yayasan Kepimpinan Perdana sebagai salah satu platform untuk menjatuhkan kerajaan yang ada hari ini dibawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

RAFIZI KINI RAJA BLOCK? TIDAK BOLEH TERIMA KRITIKAN


Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli kini mendapat gelaran baru iaitu `raja block’ kerana beliau akan menyekat mereka yang mengkritik atau menghentamnya di dalam akaun twitternya.

Sebelum ini sudah ramai yang telah disekat oleh Rafizi tetapi ia tidak dihebohkan namun apabila portal berita The Heat Malaysia juga berdepan perkara sama, maka ramailah yang mencanangkan perbuatan Rafizi itu.

Sebagai seorang yang kononnya memperjuang kebebebasan bersuara, ternyata Rafizi hanya pandai bercakap semata-mata.

Beliau tidak melaksanakan apa yang dikatakannya sebaliknya sesiapa yang tidak bersetuju dengannya akan disekat akses ke akaunnya, yakni satu perbuatan yang disifatkan ramai sebagai `pengecut’ kerana tidak berani berdepan dengan pengkritiknya.

Mungkin dengan menyekat pengkritik beliau, ia akan menjadi salah satu tindakan paling mudah untuk menutup mulut mereka, sekurang-kurangnya pengkritik beliau boleh `berbunyi’ di luar, bukannya dalam akaun media sosialnya.

Peliknya Rafizi sendiri sering mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi beliau sendiri tidak boleh pula menerima kritikan.

Jika beliau betul-betul pejuang demokrasi, maka Rafizi harus menerima kritikan kerana sebagai wakil rakyat, beliau perlu berkomunikasi dengan rakyat tetapi jika rakyat disekat maka ia hanya menunjukkan beliau menutup peluang mereka untuk berkomunikasi dengannya.

Tindakan Rafizi ini juga membuka mata ramai mengenai siapa beliau sebenarnya yang selama ini kononnya memperjuangkan kebebasan media dan kebebasan bersuara.

Orang ramai kini berpendidikan tinggi maka mereka mampu untuk menilai sesuatu perkara itu sama ada ia adalah fakta, fiksyen, kebenaran ataupun fitnah semata-mata.

Mungkin mereka patut menulis mengenai pujian-pujian, sudah tentu beliau akan gembira.
#RafiziRajaBlock #RafiziSotong #RafiziKakiAuta #RafiziPenipu #RakyatDidahulukan #RespectMyPM #MelayuBersatu #HidupBersama

PEMBANGKANG DAN MAHATHIR PERLU HENTI SALAHKAN PENGUNDI


Pakatan pembangkang terutama Ketua de Facto barunya, Tun Dr Mahathir Mohamad perlu berhenti menyalahkan pengundi diatas kekalahan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar, minggu lalu.

Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, tuduhan Dr Mahathir bahawa pengundi kedua-dua PRK kononnya telah ‘dibeli’ seolah-olah mendakwa rakyat tidak mempunyai pendirian.

“Saya berpendapat rakyat memilih BN kerana BN memberikan harapan sebagai parti yang baik untuk generasi mereka akan datang dan jaminan keselamatan negara dan bukannya berdasarkan sesuatu isu tertentu.

“Tuduhan itu jauh tersasar, tidak munasabah dan alasan yang karut kerana kalah dalam pilihan raya itu. Beliau telah lakukan apa yang beliau lakukan, saya fikir beliau perlu menerima yang rakyat telah menyatakan pilihan mereka,” katanya kepada pemberita, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Dr Mahathir menerusi blognya mendakwa kemenangan Barisan Nasional (BN) disebabkan pemberian wang dan barangan kepada pengundi.

Jelas Abdul Rahman, pengundi di Sungai Besar dan Kuala Kangsar adalah matang dan mempunyai pendirian sendiri mengenai isu yang dibawa oleh Dr Mahathir.

“Mereka mendengar apa yang dikatakan oleh Dr Mahathir dan keputusan yang mereka buat ialah bahawa mereka tidak mempercayai apa yang diperkatakan oleh Dr Mahathir, itu saja,” katanya.

BN menang besar dalam kedua-dua PRK pada Sabtu lepas dengan Datin Mastura Mohd Yazid memperoleh majoriti 6,969 undi di Kuala Kangsar manakala Budiman Mohd Zohdi meraih majoriti 9,191 undi di Sungai Besar.

#PRKP93SungaiBesar #PRKP67KualaKangsar #BarisanNasional #BNKekal #RakyatDidahulukan #RespectMyPM

Thursday, 23 June 2016

P.Pinang, Selangor catat jumlah tertinggi mohon Skim MyDeposit


Projek terowong: Pulau Pinang sembunyikan sesuatu?

Penternak ikan parah ditetak sekumpulan lelaki

SEBERANG PERAI - Seorang penternak ikan ditemui dalam keadaan kedua-dua tangan dan kakinya hampir putus selepas diserang sekumpulan lelaki di hadapan sebuah restoran di Jalan Ooi Kar Seng, Seberang Perai Selatan di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.07 pagi itu, mangsa berusia 44 tahun telah didatangi suspek terdiri lima lelaki yang tidak dikenalinya dengan memakai topeng muka.

Jurucakap polis berkata, empat daripada suspek terbabit kemudiannya terus menyerang mangsa menggunakan senjata tajam iaitu parang sehingga mangsa rebah ke jalan.

Menurutnya, mangsa kini masih tidak sedarkan di Hospital Sungai Bakap akibat kecederaan parah yang dialaminya.

Difteria: Pastikan anak dapat imunisasi vaksin lima serangkai


KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) menasihati ibu bapa untuk memastikan anak mereka mendapat imunisasi vaksin lima serangkai yang lengkap bagi melindungi mereka daripada pelbagai ancaman penyakit termasuk jangkitan difteria.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata vaksin difteria terkandung dalam vaksin lima serangkai DTaP-IPV//Hib bagi menghindari Difteria, Pertusis, Tetanus, Polio dan Haemophilus Influenzae Type B.

"Ia diberikan pada usia dua, tiga, lima dan 18 bulan. Liputan imunisasi yang melebihi 95 peratus dalam komuniti akan memberi imuniti kelompok dan melindungi kanak-kanak daripada dijangkiti bakteria ini.

"Kanak-kanak yang telah menerima imunisasi lengkap hanya akan mengalami gejala ringan apabila dijangkiti dan terlindung daripada komplikasi.

"Justeru, KKM ingin memberi penekanan betapa pentingnya kanak-kanak diberikan imunisasi yang lengkap termasuk vaksin difteria bagi memberikan perlindungan terhadap jangkitan penyakit dan mencegah berlaku komplikasi akibat jangkitan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Dr Noor Hisham, difteria adalah penyakit yang disebabkan oleh bakteria Corynebacterium diphteriae yang tersebar melalui titisan cecair pernafasan.

Bakteria itu menjangkiti tekak (tonsil dan farinks) dan menghasilkan toksin yang menyebabkan keradangan di sekitar tekak dan bengkak leher yang boleh menyebabkan pesakit sukar bernafas.

"Toksin ini juga boleh menyerap ke dalam darah, melumpuhkan saraf dan menyebabkan keradangan jantung (miokarditis) yang menyebabkan kematian.

Jangkitan difteria mempunyai kadar kematian yang tinggi, iaitu antara 25 ke 50 peratus," katanya.

Semalam media melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun yang berasal dari Ujong Pasir, Melaka meninggal dunia di Hospital Melaka pada Sabtu lepas akibat dijangkiti bakteria difteria.

Dr Noor Hisham berkata sehingga kini terdapat dua kes kematian disyaki akibat jangkitan itu dengan masing-masing satu kematian di Melaka pada Sabtu lepas dan Kedah, pagi tadi.

Menurut beliau, kedua-dua kes kematian tidak menerima imunisasi difteria yang lengkap dan meninggal dunia kerana komplikasi jangkitan.

"Pesakit yang meninggal dunia di Hospital Melaka telah dirujuk oleh Klinik Kesihatan Ujong Pasir pada 16 Jun 2016 dengan sejarah demam selama lapan hari dan batuk, sakit tekak, sukar menelan, kurang selera makan serta leher bengkak selama tiga hari.
"Ujian sampel swab tekak disahkan positif difteria pada 20 Jun 2016 oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Kuala Lumpur. Sementara pesakit kanak-kanak warga asing yang meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar belum diketahui keputusan ujian".-awani

Jelas Dr Noor Hisham tindakan kawalan masih terus dijalankan di rumah pesakit, tadika, sekolah dan kawasan kejiranan bagi mengesan kontak rapat bagi kedua-dua negeri terlibat.

Wan Azizah Cabar Mahathir Tanding PRU


GEORGETOWN – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail mencabar bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang sekiranya tokoh negara itu mahu terus membabitkan diri dalam kancah politik.

Dr Wan Azizah berkata, Dr Mahathir perlu berbuat demikian bagi membuktikan dirinya layak untuk menerajui blok pembangkang.

“Jika beliau mahu menjadi Ketua Pembangkang, masuk bertanding dahulu. Atau sekurang-kurangnya menjadi ahli di mana-mana parti terlebih dahulu,” katanya ringkas ketika ditemui di Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini, semalam.

Terdahulu, Dr Wan Azizah meluangkan masa kira-kira 10 minit menziarahi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) HPP.

Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Abdul Rashid Hasnon dan Timbalan Angkatan Muda Keadilan PKR, Dr Afif Bahardin.
— BH
#PakatanHarapan #PakaTun #DeklarasiMahathir #RakyatDidahulukan

Najib Umum Duit Raya Untuk Peneroka


PEKAN -  Sebanyak 99,046 peneroka Felda di seluruh negara menerima hadiah istimewa daripada kerajaan apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan insentif duit raya sebanyak RM500 seorang dengan jumlah keseluruhan RM49.52 juta.

Pada peringkat awalnya pemberian duit raya berkenaan hanya berjumlah RM300 seorang, namun Najib pada majlis berkenaan secara spontan bersetuju menambah RM200 lagi kepada jumlah itu selepas berbincang dengan Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Samad.

"Teks ucapan saya hari ini yang telah disediakan sepatutnya umum duit raya sebanyak RM300 seorang, namun setelah saya berbincang dengan Isa, beliau berkata di Kuala Kangsar kita beri RM500 kepada Risda.

"Jadi Felda tidak boleh kalah, kira punya kira saya kata tak apalah, kita tambah lagi RM200, semoga sumbangan ini akan dapat membantu peneroka membuat persiapan hari raya dengan lebih gembira," katanya yang disambut dengan sorakan dan tepukan daripada hampir 4,000 hadirin.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program Ihya Rahmat Ramadan Warga Felda peringkat kebangsaan 2016 di Dewan Semai Bakti Felda Chini Timur 3, di sini hari ini.

Dalam ucapannya Najib turut menyelar tindakan sesetengah pihak yang menyifatkan pelbagai bantuan yang disumbangkan oleh kerajaan selama ini untuk membantu rakyat seperti memberi dedak kepada haiwan.

"Kita tolong rakyat bina sekolah, bina rumah, bina jalan bukannya bagi makan dedak. Dedak itu makanan haiwan, kalau kita beri bantuan pun, itu bermakna kita prihatin dengan keperluan rakyat. Inilah kerajaan BN (Barisan Nasional)," katanya.

Perdana Menteri turut berkongsi kegembiraan dengan kemenangan besar BN pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar, Selangor dan Parlimen Kuala Kangsar, Perak Sabtu lepas dan dalam masa yang sama turut mengingatkan wakil rakyat BN agar tidak terbuai-buai dengan kejayaan itu.

"Jangan riak dengan kemenangan ini. Mesti sentiasa rendah diri, jangan ego, jangan 'ekk' (sombong), jangan bawa angin sebab orang kampung meluat kalau terlalu ego," katanya lagi.
— BERNAMA
#Felda #BarisanNasional #RakyatDidahulukan #RespectMyPM #MelayuBersatu #HidupBersama

Sinar Harian Bongkar Pembohongan Kerajaan Lim Guan Eng Pada 2012?


Hari ini, akhbar Sinar Harian melalui artikelnya bertajuk "Ramadan Di Kaki Lima" sekali lagi telah memaparkan pembohongan yang telah dilaporkan oleh lidah rasmi kerajaan pimpinan Lim Guan Eng iaitu Buletin Mutiara.

SUMBER

Akhbar tersebut melalui artikelnya menyatakan program Ziarah Ramadan itu dianjurkan bersama sukarelawan universiti tempatan di sekitar Lebuh Penang, Lebuh Chulia dan juga Masjid Kapitan Keling.

Berdasarkan artikel yang diterbitkan akhbar tersebut, ternyata bahawa apa yang diwar- warkan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang melalui lidah rasmi mereka Buletin Mutiara sejak 01 November 2012 adalah satu pembohongan.

Buletin Mutiara melalui artikelnya bertarikh 01 November 2012 pernah menyatakan bahawa Tiada Lagi Miskin Di Pulau Pinang.

SUMBER
Tidak sekadar artikel di atas, media online Roketkini.com juga pernah mengeluarkan artikel yang hampir sama pada 27 April 2016 lalu.

SUMBER

Jika benar Pulau Pinang berjaya membasmi kemiskinan, kenapa masih lagi dilaporkan tentang isu ini oleh akhbar Sinar Harian?
 
Copyright © 2014 PenangKini.