BREAKING NEWS

Sunday, 31 July 2016

PM Najib Razak Akan Terus Fokus Dan Istiqamah Jalankan Tugas


PEKAN - "Saya akan terus fokus dan beristiqamah dalam menjalankan tugas selaku Perdana Menteri Ahli Parlimen Pekan".

Itu tegas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang ditekan dengan pelbagai tuduhan berhubung isu One Malaysia Development Berhad 1MDB.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan media asing memperbesarkan isu yang kononnya mempunyai kaitan dengan 1MDB.

Ia susulan tindakan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat DOJ mengemukakan saman sivil terhadap beberapa individu dari Malaysia.

Sebaliknya isu terbabit diperbesarkan pihak tertentu untuk menganggu gugat kestabilan politik negara.

Datuk Seri Najib ditemui media di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri beliau peringkat Parlimen Pekan sebentar tadi.

Majlis itu berlanjutan sehingga jam tiga petang tadi dengan kunjungan orang ramai di luar jangkaan.
#DOJ #RakyatDidahulukan #RespectMyPM

Banyak Senjata Api Diseludup Masuk Ke Malaysia


Aktiviti penyeludupan senjata api ke negara ini semakin serius kebanyakkannya masuk melalui laluan laut dari Takbai, Thailand dan dibawa masuk menerusi pantai negeri Kelantan.

Pendedahan itu dibuat oleh Presiden Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK), Azmi Ali, yang menggesa pihak berkuasa memperketatkan kawalan.

Katanya kawalan di sempadan bukan hanya di sepanjang Sungai Golok, sebaliknya perlu diperluaskan disempadan laut sebagaimana dilakukan kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah, Esscom.

Beliau berkata penyeludup menggunakan nelayan laut dalam untuk membawa dadah dan senjata api masuk ke negara ini.

Katanya jika terserempak dengan bot peronda, senjata dan dadah akan dibuang ke laut bagi menghilangkan bukti.

Jelasnya, senjata api diseludup sukar dibendung kerana laut diperairan Kelantan yang terbuka luas.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar baru baru ini mengakui lambakan senjata api yang diperolehi secara haram dipasaran sempadan negara menyebabkan kejadian tembak sering berlaku di negara ini.
#RakyatDidahulukan #RespectMyPM

Mufti Pulau Pinang : Kenakan Namewee Hukuman Berat

Saturday, 30 July 2016

1MDB tidak disebut dalam saman sivil DOJ, jelas ia tidak terlibat - Perdana Menteri


KUALA LUMPUR: Syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak mempunyai kaitan dengan saman sivil oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat memandangkan syarikat itu tidak dinamakan dalam saman berkenaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sehubungan itu jelas menunjukkan 1MDB tidak mempunyai aset di AS.

"Dalam saman tersebut, 1MDB tidak dinyatakan. Jadi, secara langsungnya 1MDB tidak terlibat," jelas Datuk Seri Najib.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Datuk Seri Najib juga berkata beliau mahu mengelakkan membuat sebarang spekulasi berhubung saman sivil DOJ tersebut yang banyak mendapat perhatian pelbagai pihak sejak ia didedahkan baru-baru ini.

Terdahulu, Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata DOJ patut sekurang-kurangnya berusaha menghubungi pihak 1MDB bagi mendengar penjelasan mereka daripada hanya bersandarkan laporan portal berita (Sarawak Report).

BACA: 1MDB: Tiada tuntutan tindakan salah laku jenayah dalam laporan DOJ - PM

BACA: 'Beri laluan DOJ lakukan siasatan'

BACA: Kerajaan harus bersikap telus dalam siasatan 1MDB - Perkasa

BACA: Laporan DOJ: Kerajaan, 1MDB perlu jadi pencelah kalau tidak bersalah

Menyifatkan amat tidak wajar bagi Peguam Negara Amerika Loretta Lynch menggunakan bahasa begitu tegas dalam situasi apabila beliau sendiri tidak pasti sama ada terdapat kes atau tidak, katanya 'pertuduhan belum diputuskan’ namun telah memberikan pandangan prejudis terhadap Datuk Seri NajibTun Razak, kerajaan Malaysia dan 1MDB.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menegaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM)akan mengambil tindakan jika terdapat unsur jenayah dalam kes saman sivil oleh DOJ yang dikaitkan dengan dakwaan penyelewengan dana 1MDB.

Menurut beliau, pihaknya tidak akan campur tangan memandangkan ia merupakan kes sivil.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pihak Lembaga Pengarah syarikat pada Selasa, 1MDB yakin bahawa tiada salah laku dibuat oleh pihak 1MDB dan penyata kewangan sebelum ini terus menunjukkan hal ehwal syarikat yang benar dan adil.

1MDB juga turut komited untuk mendapatkan auditor baharu untuk 1MDB bagi menggantikan Deloitte, yang sebelum ini menytaakan hasrat untuk berundur pada 26 Februari 2016.

"Sehingga juruaudit baharu dilantik, Deloitte akan kekal sebagai juruaudit,” kata kenyataan itu.

Tambahnya, Deloitte akan terus mengaudit anak syarikat utama 1MDB, termasuk, tetapi tidak terhad kepada TRX City Sdn. Bhd. (yang pernah dikenali sebagai 1MDB Real Estate Sdn Bhd), Bandar Malaysia Sdn Bhd dan Edra Bhd.

Pada 20 Julai 2016, pejabat Peguam Negara Amerika Syarikat mengumumkan bahawa DOJ memfailkan aduan rampasan sivil ke atas entiti dan individu tertentu dan secara serentak memfailkan tindakan bagi membolehkan rampasan sivil aset tertentu atas nama pihak terlibat.










Pengerusi masjid buat laporan polis terhadap Namewee


Polis Pulau Pinang akan memanggil pengarah dan pemuzik kontrovesi Wee Meng Chee atau Namewee, 33, untuk memberi kenyataan berhubung rakaman video yang didakwa menyentuh sensitiviti masyarakat Malaysia.

Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Ghaffar Rajab, berkata satu laporan dibuat Pengerusi Masjid Terapung, Tanjung Bungah, semalam berikutan rakaman itu dibuat di dalam masjid berkenaan.

Katanya, Namewee akan dipanggi memberikan keterangan mengenai rakaman videonya yang dikatakan menghina agama sehingga menaikkan kemarahan masyarakat.

“Tiga lagi rakannya yang terbabit melakukan rakaman juga akan dipanggil bagi memberi keterangan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, petang tadi.

Dalam rakaman video berdurasi empat minit itu, Namewee dilihat menyanyi dan menari di beberapa rumah ibadah sekitar negeri ini, termasuk didakwa masuk ke ruang solat masjid.

Abdul Ghaffar berkata, siasatan kes berkenaan dilakukan mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membencana dan mencemarkan tempat sembahyang orang awam.-bnbbc

Friday, 29 July 2016

PKR, DAP Terus Bertelagah Isu Pilihan Raya Pulau Pinang


Guan Eng Terdesak, Rayu PKR Agar Bersetuju Adakan PRN


Tidak pernah dibuat oleh mana-mana Ketua menteri sehingga sanggup merayu kepada rakan sekutu hanya kerana untuk mendapatkan persetujuan bagi mengadakan pilihan raya negeri. Pada kali ini seorang ketua menteri terpaksa merayu agar diberikan sokongan daripada sekutu .

Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng hari ini merayu PKR supaya dapat membuat keputusan bersama-sama untuk menyokong diadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) mengejut. Secara terbuka merayu kepada kepimpinan tertinggi PKR agar menerima rancangan mereka untuk mengadakan PRN.

Disini kita sedang melihat betapa jatuhnya maruah seorang ketua yang mana arahan dan kata-katanya sudah tidak berguna lagi dikalangan sekutunya. Di sini juga kita melihat betapa Allah sedang mengadun satu kejatuhan seorang pemimpin yang zalim dan kejam.
Dalam setiap perancangan , slogan-slogan sentiasa berubah mengikut kepentingan DAP. Pada kali ini slogan untuk meyelamatkan Guan Eng dan memperdayakan rakyat Pulau Pinang ialah “Masa Depan Pulau Pinang”

Sebenarnya slogan tersebut bukan untuk masa depan Pulau Pinang akan tetapi adalah untuk memastikan masa depan Dinasti Lim berterusan berkuasa dan melakukan kekejaman terhadap rakyat. Sama seperti slogan “ubah” yang telah menjadikan orang Melayu dan India di Pulau Pinang sebagai “hamba Tebusan” setelah terpedaya dengan penipuan DAP.

DAP sekarang sedang dilanda kebimbangan tentang krisis rasuah yang telah dilakukan oleh pemimpin mereka sehingga didakwa . Kepercayaan rakyat Pulau Pinang kini dibawah paras yang paling memalukan.

Rakyat sedang diasak oleh DAP untuk menyatakan mandat kepimpinan melalui cadangan pilihanraya negeri yang dicadangkan akan berlangsung walaupun dalam keadaan apa sekali pun untuk menyelamatkan Guan Eng.
Guan Eng merayu kepada PKR agar membuat keputusan untuk bersetuju mengadakan pilihan raya negeri bagi terus membohongi rakyat bahawa dia tidak bersalah walaupun buktinya sudah ada di depan mata. 

Belum pernah ada dalam sejarah, DAP merayu kepada pihak yang lain. Tetapi pada kali ini, inilah hakikatnya. Sebelum ini Parti Amanah telah pun menyatakan persetujuannya untuk bersama DAP bagi mengadakan pilihan raya negeri.

Amat terdesak, DAP telah memberi masa kepada rakan sekutunya dalam Pakatan Harapan (PKR dan Amanah) untuk berbincang sebelum membuat keputusan mengenai PRN itu.

PKR seharusnya tidak memberikan keputusan bersetuju kepada DAP dalam usaha untuk mengadakan pilihan raya. PKR jika masih ingat lagi, bagaimana DAP secara diktator telah memecat tiga ADUN mereka di Pulau Pinang.
Sikap diktator DAP ini, pada ketika itu tiada siapa dari dalam sekutu mereka boleh menyatakan pandangan dan pendapat tentang tindakan yang diambil Guan Eng. Azmin sendiri terpaksa akur dengan tindakan DAP walaupun secara dasarnya tidak bersetuju.

Jadi PKR tidak perlulah bersusah payah untuk menyelamatkan Guan Eng, kerana kerakusan dan kesombongannya tidak akan memberikan faedah langsung kepada PKR. Guan Eng harus “di tidurkan” agar kepimpinan baru dapat menerajui Pulau Pinang.-PRU14.tv


Thursday, 28 July 2016

34 MUZIUM MENARIK YANG ANDA BOLEH LAWATI JIKA BERKUNJUNG KE PULAU PINANG


SETIAKAH KITA PADA RAJA DAN NEGARA?


Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!

Demikian antara ucapan yang sering kita dengar, baik kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain. Samada lelaki atau wanita, muda mahupun tua, melafazkan ungkapan sama.

Namun, sejauh mana lafaz yang keluar daripada mulut itu selari dengan tindakan kita? Apakah kita benar-benar faham tentang prinsip Kesetiaan kepada Raja dan Negara seperti yang terdapat di dalam Rukun Negara yang kedua?

Sedikit tentang sejarah terdahulu, bagaimana rasa kesetiaan rakyat  dizahirkan sepenuhnya untuk Raja, selepas mentaati Tuhan. Mana-mana pihak yang menghulurkan tengkuk dan melutut pada penjajah akan digelar sebagai pengkhianat tanahair serta tali barut.

Menyusuri era moden alaf 2000, masih wujud kumpulan kecil yang dilihat cukup gemar melutut dan merayu-rayu pada kuasa asing dalam berdepan sesuatu perkara. Tindakan ini sekaligus menidakkan prinsip kedua di dalam Rukun Negara.

'Hubhul Wathan Minal Iman' membawa maksud, mencintai tanahair itu sebahagian daripada iman. Ada yang menganggap ia hadis lemah namun menurut hadis riwayat at-Tirmidzi dan lainnya dengan nilai sahih mengatakan mereka yang  mati kerana mempertahankan hartanya adalah termasuk syahid, maksudnya syahid akhirat, yakni mendapat pahala sebagaimana orang yang mati syahid (fi sabiliLLAH).

Termasuk juga dalam riwayat itu orang yang mati kerana mempertahankan tanah air yang akan dirampas sebagaimana dalam perang kemerdekaan kita di masa yang lampau.

Lantas itu, kenapa perlu merayu dengan menarik kaki seluar kuasa asing supaya mencampuri hal dalaman negara? Melainkan terdapat agenda dan kepentingan tertentu.

Biarpun Malaysia tidak ada sebarang masalah diplomasi dengan mana-mana negara seluruh dunia melainkan Israel, namun tidak wujud apa-apa campur tangan asing sehinggalah hari ini.

Walaubagaimanapun,  rakyat  Malaysia tidak sewajarnya berasa selesa kerana kumpulan kecil yang sedang dan telah membawa kuasa asing ke dalam negara masih wujud dan bergerak aktif.

Setelah lebih lima tahun memperkatakan pelbagai jenis cerita berkaitan syarikat pelaburan strategik negara 1 Malaysia Development Berhad (1MDB), 20 Julai 2016 menjadi kemuncak isu  apabila pihak Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) mengumumkan tuntutan sivil ke atas beberapa penama rakyat Malaysia, sekaligus entiti kekayaan negara tersebut terbabit.

Firma yang banyak memberi manfaat kepada rakyat Malaysia ini sememangnya sudah menjadi sasaran oleh beberapa pihak tertentu. Sebab itu tidak hairan apabila kisah berkaitan 1MDB sudah dicanang sejak lima tahun lalu dan dipolitikkan oleh mereka yang berkepentingan.

Setiap cabaran dan permasalahan 1MDB Berjaya ditangani dengan baik tanpa campurtangan asing. Sebaliknya, ia menjadi isu penting apabila dikatakan menyentuh soal kedaulatan negara.

Masyarakat yang peka dan prihatin sudah tentu dapat menghidu gerakan kuasa asing ini, termasuklah pemimpin nombor satu sebuah parti politik, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Abdul Hadi ketika mengulas tentang isu ini secara tegas mengatakan negara tidak boleh mendedahkan ruang campur tangan negara asing. Kenyataan Abdul Hadi senada dengan Timbalan Mursyidul Am parti, Datuk Ahmad Yakob yang mengatakan parti mereka konsisten mengenai hal kedaulatan negara.

Sementara pemimpin muda negeri Kedah Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin melahirkan keyakinan wujud konspirasi bermotifkan politik pada peringkat tertinggi untuk mencabar kedaulatan negara dalam isu berkenaan.

Peristiwa keghairahan Barat ‘menakluki’ Iraq atas tuduhan memiliki senjata pemusnah besar-besaran (WMD) sepatutnya dijadikan teladan. Dunia sedia maklum ia hanyalah alat untuk menjustifikasikan kerakusan Amerika Syarikat mengganyang Iraq seterusnya menguasai 'syurga' minyak. Maka itu tidak hairanlah jika modus operandi sama digunakan dalam kes yang dikatakan ada kaitan dengan 1MDB.

Motif individu yang dikatakan membuat aduan kepada pihak DOJ juga menjadi tanda tanya. Apakah ia suatu misi Selamatkan Malaysia atau sebaliknya. Rakyat Malaysia sebenarnya sedar dan memahami individu berkenaan terbabit secara langsung dengan beberapa orang bekas pemimpin yang kecewa dalam persaingan politik dan telah lama lama merancang untuk menjatuhkan serta  memalukan kepimpinan negara.

Penulis berpendapat adalah tidak salah sekiranya tindakan pihak-pihak berkenaan dianggap sebagai usaha terdesak sebuah konspirasi terancang tahap tertinggi melibatkan elemen subversif dalam negara dan golongan berkepentingan di peringkat antarabangsa.

Dalam pada itu Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP), Ramesh Rao sempat mengingatkan masyarakat Malaysia supaya tidak melupakan sikap durjana Barat mencampuri urustadbir kerajaan Iraq, Libya dan Mesir sehingga mengakibatkan ribuan umat manusia terkorban.

Sebagai penutup, penulis ingin mengajak pembaca bertanyakan dua soalan kepada diri sendiri ;

(i) “Apakah tindakan pihak-pihak tertentu tersebut tidak mendorong campurtangan asing secara langsung di masa akan datang?

(ii) “Apakah bentuk tindakan yang boleh dan perlu diambil oleh pihak berkuasa agar sebarang konflik kepentingan yang terjadi di kalangan rakyat tidak sampai kepada kita meminta pertolongan dan bantuan negara asing.”

Moga kita tidak menang sorak kampung tergadai.

Pakatan Harapan tidak lagi berwibawa untuk mentadbir Pulau Pinang- Hilmi


Adakan Sidang Tergempar Dewan Undangan Negeri Bincang Pilihan Raya Mengejut – Farid


Guan Eng hilang kepercayaan majoriti ADUN Pulau Pinang


Wednesday, 27 July 2016

Pilihanraya mengejut DUN Pulau Pinang,LGE Cuba Heret Rakyat Ke dalam Masalah Peribadi Beliau.


Merujuk Kepada Kenyataan Media oleh YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail Presiden PKR pada 26 Julai 2016

" Seperti di duga PKR sekali lagi menyatakan mereka belum yakin dengan cadangan Lim Guan Eng dan DAP untuk mengadakan Pilihanraya Negeri Pulau Pinang lebih awal dan PAN  pula mengambil sikap 'tunggu dan lihat'.

" Ini merupakan satu tamparan hebat kepada ego Lim Guan Eng dan DAP yang masih gagal mendapatkan sokongan rakan kongsi  utama mereka bagi mengadakan pilihanraya negeri lebih awal.

" Kegagalan Lim Guan Eng meyakinkan sekutu politiknya untuk menyokong cadangan beliau telah mencalar maruah dan kredibiliti beliau sebagai Setiausaha Agong DAP dan Ketua Menteri Pulau Pinang serta menghakis keyakinan dan hormat rakyat terhadap beliau sebagai seorang pemimpin utama pakatan parti pembangkang.

" Cadangan mengadakan Pilihanraya Negeri adalah satu langkah tergesa-gesa dan terburu-buru yang dibuat oleh Lim Guan Eng dan DAP dalam keadaan panik setelah beliau dihadapkan ke Mahkamah kerana dua pertuduhan jenayah rasuah.

" Bersandarkan keputusan Majlis Pimpinan Pusat PKR semalam, bermakna 10 ADUN PKR di DUN Pulau Pinang belum bersetuju dengan pembubaran segera DUN,PAS yang mempunyai seorang ADUN juga tidak bersetuju manakala 10 ADUN Barisan Nasional  tidak menyokong cadangan tersebut.

" Oleh itu kita boleh menganggap hanya 18 orang ADUN DAP sahaja yang menyokong cadangan tersebut setakat ini.

" Berdasarkan kiraan 21/40 orang ADUN tidak bersetuju dan hanya 19 orang lagi menyokong cadangan membubarkan DUN dan mengadakan Pilihanraya Negeri ; maka  boleh dirumuskan bahawa Lim Guan Eng sudah hilang kepercayaan majoriti Ahli-Ahli DUN Pulau Pinang dan sedang menghadapi krisis keyakinan dan kepercayaan terhadap dirinya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.

" Percubaan Lim Guan Eng untuk mengheret rakyat ke dalam masalah peribadi beliau, dengan cadangan membubarkan DUN bagi mengadakan Pilihanraya Negeri jelas telah ditolak. Berdasarkan perkembangan terkini ini beliau seharusnya mengambil tindakan bermaruah dan berintegriti melepaskan jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang dengan segera.

Terima kasih.

PROJEK LANDASAN KERETAPI RM60 BILION SEBAGAI ‘BAILOUT’ YANG TIDAK WUJUD



Hari ini, Sarawak Report telah menuduh kerajaan menaikkan kos Projek Landasan Keretapi Pantai Timur dari RM30 bilion kepada RM60 bilion untuk menyelamatkan Jho Low dan 1MDB - lengkap dengan dokumen yang mencurigakan.

Ini adalah apa yang ditulis mereka:

Pelan licik PM adalah untuk memujuk kerajaan bersetuju untuk menaikan kos pembinaan Landasan Keretapi Pantai Timur dari RM30 bilion kepada RM60 bilion, yang akan dipinjam dari kerajaan China, untuk secara tersembunyi melangsaikan hutang 1MDB dan Jho Low!

Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) adalah salah satu projek yang telah lama dirancang yang diletakkan di bawah RMK11 yang menghubungkan Kuala Lumpur dan 3 negeri Pantai Timur. Ianya sepanjang 620KM dan melibatkan banyak pengerudian bawah tanah. Majlis Pembangunan Ekonomi Wilayah Pantai Timur telah merangka jajaran landasan keretapi yang menghubungkan pelabuhan utama, pusat perniagaan dan bandar di Pahang, Terengganu dan Kelantan dan ianya penting untuk terus merangsang pertumbuhan di Pantai Timur.

Ia dijangka mengambil masa 15-20 tahun untuk disiapkan kerana banyak melibatkan kerja bawah tanah dan penggerudian terowong merentasi Banjaran Titiwangsa. Ini bukan projek main main. Berikut adalah cadangan laluan menurut laman web SPAD.

Terdapat pelbagai masalah di dalam ‘pendedahan’ Sarawak Report itu. Antaranya:

Projek itu sudah dijangka akan mencecah RM60 bilion (bukan RM30 bilion seperti yang disebut Sarawak Report) beberapa tahun lepas.
Berikut adalah rujukan untuk projek ini:

18 April 2013 East Coast Rail Line May Cost RM60 Billion

9 October 2013 Rail-related projects to create oasis of opportunities

16th May 2016 ECRL MAY COST RM70 BILLION

Projek ini sudah pun dibincangkan secara terperinci di dalam forum Malaysia yang popular seperti Low Yat dan Skyscraper City pada tahun 2013 dengan kos RM60 bilion sering disebutkan.

Lagi satu masalah adalah projek ini adalah Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI), yang bermakna projek ini dibiayai oleh pihak swasta. Takkan pula swasta nak menyelamatkan 1MDB, bukan?

2. RM60 bilion bukan terlebih bayar

Pada harga RM60 bilion, projek sepanjang 620M ini - landasan dan keretapi - akan merentasi Banjaran Titiwangsa dan antara kerja yang terlibat adalah penggerudian batu dan pembinaan jambatan yang menelan belanja RM96.7 juta setiap kilometer.

Ini sangat murah jika dibandingkan dengan projek terowong dasar laut Pulau Pinang di mana kerajaan Pulau Pinang telah menandatangani perjanjian RM3.5 bilion untuk membina terowong sepanjang 6.3KM - iaitu kos sebanyak RM555 juta setiap kilometer.

Membuat terowong dasar laut di kawasan landai dan bertanah lembut adalah lebih murah dari menggerudi dan membuat terowong merentasi banjaran berbatu  lalu menjadikan RM96.7 juta per kilometer satu harga yang cukup murah berbanding dengan RM555 juta per kilometer.

Malah, kerajaan pulau pinang telah menganugerahkan projek kajian kesesuaian dan rekabentuk untuk terowong dan 3 jalan utama sepanjang 20.3KM yang menelan belanja RM305 juta. Separuh daripadanya telah dibayar.

Dan lagi pelik, selain dari membayar kos penuh pembinaan terowong itu, kerajaan Pulau Pinang juga membenarkan 30 tahun konsesi tol kepada syarikat yang sama yang dibayar untuk membina terowong itu. Perjanjian konsesi paling pelik di dunia.

Jika ada projek yang perlu disiasat kerana kos yang melampau, sudah pasti mereka yang meluluskan projek terowong pulau pinang - dan bukan ECRL.

Satu lagi projek yang boleh memberikan panduan berkenaan kos adalah Terowong Gotthard Base iaitu terowong keretapi yang merentasi Alps di Switzerland. Ianya dibuka pada 1 Jun 2016 dan dijangka beroperasi sepenuhnya pada Disember 2016. Sepanjang 57.09KM, ianya menelan belanja sebanyak USD12 bilion (RM48 bilion).

Dengan menganggap hanya 10% dari keseluruhan 620Km melibatkan penggerudian banjaran titwangsa, atau 62Km, maka kos RM60 bilion adalah munasabah.

Dan ada lagi satu projek yang dibiayai oleh kerajaan China juga - landasan keretapi untuk penumpang dan kargo antara Mombasa, pelabuhan terbesar di Timur Afrika dan Nairobi, ibu negara Kenya.

Landasan sepanjang 609KM ini mula dibina pada tahun 2013 dan dijadualkan siap pada Disember 2017, menelan belanja USD13.9 bilion (RM56 bilion). Kosnya rendah kerana ianya dibina awal dan tidak terdapat banyak penggerudian terowong yang terlibat kerana kawasan landai Afrika.

Jadi, anda fikir RM60 bilion untuk projek ECRL sepanjang 620KM yang akan dibangunkan di dalam tempoh 15-20 tahun melalui banjaran gunung adalah tinggi?

Juga, selepas beberapa kajian kesesuaian dibuat - terbaru pada tahun 2005, SPAD telah mengeluarkan RFI mengikut harga pasaran pada Mac tahun ini.

Dengan RFI terbuka, sangat sukar menyaksikan harga akan melambung seperti yang didakwa Sarawak Report.

3. Dakwaan bailout oleh Sarawak Report Tidak Masuk Akal

Antara yang menjadi sasaran dakwaan bailout ini adalah Putrajaya Perdana Berhad (PPB) dan Loh Loh Corp (LLCB) seperti yang dilaporkan oleh Sarawak Report

Saya tak pasti apa bail out yang dimaksudkan sekirang orang China ini hendak mengambialih syarikat bekas senaraian awam pada harga 13.5 kali dan dan 7.5 kali Price-Earnings Ratio (PE Ratio).

Malah syarikat senaraian awam Gamuda diniagakan pada 18 kali nisbah PE dan Binapuri 28 kali nisbah PE.

Jika ini adalah bailout maka harga untuk bailout dua syarikat yang membuat untung dengan rekod yang cemerlang adalah sangat rendah dan di bawah harga pasaran.

Satu lagi perkara yang tidak masuk akal adalah apabila Sarawak Report mengatakan orang China akan membeli tanah Air Hitam di Pulau Pinang pada harga USD850 juta (RM3.4 bilion).

Satu lagi masalah adalah tanah Air Hitam tidak dianggap aset hilang jadi keuntungan jualan akan masuk ke dalam poket 1MDB dan bukan IPIC, yang asetnya dikatakan hilang.

Jadi mengapa duit yang akan masuk ke poket 1MDB akan digunakan untuk menanggung aset yang hilang di IPIC?

Mungkin Sarawak Report boleh menjelaskannya.

Kesimpulan :
Maafkan saya, tetapi dakwaan Sarawak Report ini langsung tidak masuk akal. Ia seolah-olah satu cubaan untuk menggagalkan satu projek infrastruktur yang sah oleh China di Malaysia yang pastinya akan memberikan banyak manfaat ekonomi di Pantai Timur semenanjung.

Mengapa anda ingin mensabotaj hubungan China-Malaysia dan pembangunan ekonomi negara kita?

1MDB kini sedang memfokuskan untuk menyelesaikan pertikaian dengan IPIC dan jika berjaya, ini bermakna 1MDB tidak kehilangan wang, seperti yang dijelaskan di dalam tulisan saya sebelum ini.

http://limsiansee.blogspot.my/2016/07/the-rm60-billion-rail-link-bailout-that.html?m=1

UMNO JANGKA MENANG 15 KERUSI JIKA PRN PENANG DIADAKAN


DALAM kerancakan penguasa di negeri Pulau Pinang iaitu DAP mahu mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang, rakan sekutunya pula dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) masih belum meletakkan kata putus yang konkrit walaupun telah bermesyuarat panjang.

Di sebuah mesyuarat khas Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR pada malam 26 Julai, PKR berpendirian bahawa parti itu masih tidak berasa yakin untuk menghadapi PRN Pulau Pinang sepertimana yang dikemukakan oleh pihak DAP sebelum ini.

Di peringkat DAP pula, mereka mungkin telah menjangkakan bahawa Setiausaha Agung yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bakal menerima hukuman setimpal melalui kes skandal banglo miliknya tersebut.

Nada Guan Eng sekarang ini seolah-olah dia “berkemungkinan besar bakal di hantar ke penjara atas tuduhan rasuah”.

Bagaimanapun berbeza pula senario yang diperhatikan melalui sudut pandang parti kerajaan. Menurut beberapa pemerhati politik dan sumber tempatan, parti UMNO mempunyai peluang yang cukup cerah untuk memenangi 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sekiranya berlaku PRN Pulau Pinang dalam masa terdekat ini.

Disamping terus mengekalkan 10 kerusi sedia ada, UMNO dilihat mampu menggugat lima (5) lagi kerusi DUN yang sebelum ini dimenangi oleh parti pembangkang.

Namun demikian, sumber berkenaan tidak mahu menjelaskan lima kerusi DUN berkenaan atas beberapa faktor yang tidak boleh dielakkan.

Antara sebab lima kerusi DUN ini bakal dikuasai oleh UMNO adalah kerana perpecahan dalam kalangan parti komponen pembangkang yang sudah mencapai ke tahap barah sekarang ini.

DAP katanya hanya mementingkan “diri sendiri” dalam mencari sokongan rakyat khususnya dari kalangan bangsa Cina dan Melayu, manakala PKR Pulau Pinang pula semakin bertambah lemah semenjak Ketua Umum mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman penjara buat kali kedua.

Bukan sahaja semakin ketandusan pemimpin berkaliber, malah PKR Pulau Pinang juga dikatakan seperti “hidup segan mati tidak mahu” walaupun presidennya merupakan juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Parti Amanah Negara (PAN) mungkin tidak mempunyai banyak isu, kerana parti itu lebih banyak mengikut telunjuk dan arahan DAP. Cumanya, PAN berhadapan dengan kepercayaan rakyat terhadap mereka yang masih baharu dan tidak memiliki gambaran sebagai sebuah parti politik yang mampu membela nasib rakyat.

Manakala PAS pula sudah “berpatah arang” untuk menentang DAP dalam mana-mana pilihan raya yang diadakan di negara ini. Setelah dilukai dan dijadikan “balaci” oleh DAP, PAS sekarang ini berhasrat untuk menentang DAP di mana-mana kawasan DUN yang akan mampu membawa kemenangan buatnya.

Porak peranda politik pembangkang ini sebenarnya telah menginsafkan ramai pihak dalam UMNO itu sendiri untuk terus bersatu dan mengutamakan perjuangan parti. Oleh itu, UMNO Pulau Pinang dilihat terus menerus menggerakkan usaha dalam membantu rakyat di negeri berkenaan.

Usaha berterusan ini akhirnya terbukti berkesan dan kini rakyat Pulau Pinang rata-rata telah “insaf” dan kembali memberi sokongan kepada parti UMNO dan Barisan Nasional (BN). Maka tidak mustahil sekiranya berlaku PRN Pulau Pinang dalam masa terdekat ini, parti UMNO dan BN mampu menambah kerusinya lagi. –Tv14

Penganalisis jangka PRN akan gugat PKR


Tuesday, 26 July 2016

Penang FA Tumpaskan Kedah 3-2 7#thisisbandaraya


Kemenangan milik kita.. Haria Penang Haria.. Misi wajib menang berhasil.Tunggu next game pulak..
#hariapenangharia #penangvskedah

Sokong PRN : PAN Intai Laba Politik Lenyapkan Pas Di Pulau Pinang


KUALA LUMPUR, 26 Julai – Sokongan pantas Parti Amanah Negara (PAN) berhubung cadangan Dap untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) bukanlah suatu perkara mengejutkan kerana kewujudan parti itu sendiri adalah hasil dokongan kuat parti tersebut.

Ketua UMNO Permatang Pauh Datuk Mohd Zaidi Mohd Said berkata secara tidak langsung juga sokongan itu menggambarkan usaha tersirat parti serpihan Pas itu untuk melenyapkan pengaruh Pas di negeri berkenaan yang mana jika benar-benar berlaku kelak, sudah tentu banyak kelebihan serta manfaat yang akan dinikmati oleh parti pimpinan Mohamad sabu.

“Harapan mereka dengan adanya PRN dapatlah mereka mengisi kekosongan dengan mengintai kawasan-kawasan tertentu terutama yang membabitkan kawasan Pas.

“Pada masa yang sama jika benar-benar PRN berlaku semestinya itulah peluang terbaik Dap dan juga PAN untuk menenggelamkan pengaruh dan juga kekuatan Pas di negeri tersebut,” katanya

Kata beliau lagi keterujaan PAN yang mendahului rakan pakatan yang lain dalam memberi sokongan kepada Dap untuk mengadakan PRN sudah pasti akan dibalas dengan jentera dan kewangan kerajaan Dap yang menguasai negeri itu.

“Seperti yang kita sedia maklum PAN tidak mempunyai apa-apa kekuatan selain sokongan padu yang diberikan Dap. Dan Dap sudah pasti akan membantu mereka kerana PAN adalah alat untuk mereka melenyapkan kuasa politik Pas”, ujarnya

PAN menyatakan persetujuan dengan cadangan mengadakan pilihan raya negeri mengejut di Pulau Pinang.

Berucap pada majlis taklimat “Masa Depan Pulau Pinang” malam semalam, Lim berkata hanya PKR yang belum memberi persetujuan berhubung cadangan itu dan mereka dijadual bertemu malam ini untuk membuat keputusan.

“Kita tidak boleh tanpa PKR, tak boleh kurang satu pun (dalam Pakatan Harapan) kerana kita adalah gabungan. Dan dalam gabungan, semua parti mesti bersama-sama,” kata Lim yang juga adalah setiausaha agung Dap.

Zaidi seterusnya menambah dengan kedudukan Pas yang hanya mempunyai satu sahaja kerusi di negeri tersebut ianya sudah pasti akan memudahkan gerak kerja PAN untuk melemahkan pengaruh Pas di sana.

“Laba politik nampaknya makin kelihatan buat PAN seandainya benar-benar berlaku PRN. Sebab itulah tidak pelik parti serpihan Pas itu mendahului rakan sekutunya di dalam pakatan harapan dalam memberikan sokongan kepada cadangan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang,” katanya.-umno online

PRN Pulau Pinang: Hadi bukan cakap kosong


RASUAH & PRN PULAU PINANG - GUAN ENG DAP BUAT PENGAKUAN!


Kita sedia maklum bahawa PKR begitu berat hati untuk mengikut telunjuk DAP supaya diadakan PRN mengejut di Pulau Pinang.
PKR berkemungkinan besar akan kalah di beberapa kerusi DUN yang mereka sandang sekarang. Pendirian PKR ini bagaimana pun seperti disindir oleh Lim Guan Eng DAP.

Beliau mendakwa bahawa DAP akan 'membuktikan mereka adalah rakan yang boleh diharap dengan mendapatkan persetujuan bersama mengenai cadangan pilihanraya di Pulau Pinang'.

Seperti menyindir, Guan Eng dilaporkan berkata bahawa 'langkah itu dibuat walaupun PKR tidak bertindak sama untuk mengadakan pilihanraya kecil di kawasan parlimen Permatang Pauh serta DUN Penanti di Pulau Pinang serta Kajang di Selangor'.

So now, PKR pula dipersalahkan oleh Guan Eng. Padahal, isunya tidak sama.

Kenyataan Guan Eng itu dikritik oleh PKR.

Pengarah komunikasi PKR berkata pilihan raya negeri - jika diadakan - melibatkan 40 kerusi dalam DUN Pulau Pinang, serta memberi implikasi kepada lebih satu parti.
Ianya berbeza dengan tiga pilihan raya kecil yang disebut Lim sebelum ini kerana memberi kesan langsung kepada PKR yang meletakkan calonnya.Begitu mudah sekali parti chauvinis ini menuding jari kepada pihak lain termasuk rakan politik mereka. Malah, budak sekolah pun boleh tahu bezanya!

Sebelum ini, PM Najib Razak juga dikaitkan di dalam skandal peribadi kroni tegar Kit Siang itu!

Baca : LGE Sembunyi Belakang PM!Malah, PAS juga berkata DAP mahu mengadakan PRN itu demi kepentingan parti itu dan bukannya rakyat.

Dan memandangkan Guan Eng sendiri seperti mengaku kalah dalam 2 kes mahkamah beliau dan berkemungkinan akan dipenjarakan, pertukaran kepimpinan Ketua Menteri sepatutnya sesama kepimpinan ADUN DAP tanpa perlu perbubaran DUN.-teruskan membaca KLIK SINI

PEMBANGKANG GUNA JABATAN KEHAKIMAN AS UNTUK ELAK NAJIB BUBAR PARLIMEN AWAL


Pendedahan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat kononnya berlaku penyelewengan dalam 1MDB kini digunakan sepenuhnya oleh pembangkang untuk menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mereka ini sebenarnya bimbang Najib akan mengadakan pilihan raya lebih awal dan berdasarkan kepada kejayaan besar Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri Sarawak serta dua pilihan raya kecil di Sungai Besar serta Kuala Kangsar, memang tidak dinafikan BN bakal mendapat kemenangan besar.

Bagaimanapun dengan adanya gangguan daripada DOJ ini, sudah pasti ia akan sedikit sebanyak mempengaruhi rakyat Malaysia.

Sebab itulah ia dijadikan sebagai bahan untuk menyerang Perdana Menteri. Bayangkan jika Najib mengumumkan akan membubarkan Parlimen lebih awal, mungkin awal tahun depan, sudah tentu pembangkang dan Tun Dr. Mahathir Mohamad akan `terduduk’ untuk menghadapinya.

Sudah tentu mereka akan kalah teruk dan pastinya kemenangan BN akan menamatkan kempen kumpulan anti-Najib ini.

Dalam keadaan pembangkang yang sedang huru-hara dan kem Dr. Mahathir yang dihimpit dengan kekurangan sokongan, sudah pasti mereka akan berdepan dengan laluan sukar jika pilihan raya umum diadakan.

Tetapi dengan munculnya isu DOJ ini, mereka berharap Najib akan teragak-agak untuk membubarkan Parlimen dan atas sebab itu setiap hari mereka membelasah beliau walaupun mereka tahu DOJ tidak menamakan Perdana Menteri sebagai defendan atau mendakwa beliau telah melakukan sebarang kesalahan jenayah.

Namun disebabkan mahu mencipta persepsi buruk terhadap Perdana Menteri, kini pembangkang termasuk Dr. Mahathir telah menjadikan ia sebagai senjata.

Apa pun yang pasti Najib tenang dalam berdepan dengan episod baru `serangan’ ini yang sekali lagi menggunakan 1MDB.

Beliau tidak gentar malah menjalankan tugasnya seperti biasa tanpa sebarang kebimbangan.tv14

DAP Jangan Cari Publisiti Murahan - Ramesh Rao


Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao menjangkakan parti DAP akan hancur dan lenyap dari bumi Pulau Pinang jika Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan atas kemahuan Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Dalam satu kenyataan media hari ini, beliau berkata DAP ketika ini hanya ingin mencari publisiti murahan dengan mengatakan mereka akan mengadakan pilihan raya untuk memberikan peluang kembali kepada rakyat untuk mendapatkan mandat baru.

Ramesh berkata banyak perkara lagi yang tidak membolehkan sepatutnya untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan khususnya yang melibatkan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS).

"Difahamkan ketika ini pihak RoS belum lagi sahkan anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP dan ia masih belum mendapat pengiktirafan dari jabatan itu," katanya.

Pada Oktober tahun lepas, RoS melalui Ketua Pengarahnya Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata CEC parti pembangkang itu masih belum disahkan dan gerak kerja parti adalah terhad.

Pemilihan CEC DAP pada 29 September 2013 masih belum diiktiraf selain mendapat bantahan dari bekas ahli parti itu yang mendakwa menerima undi daripada perwakilan sedangkan sudah tidak lagi menjadi ahli DAP.

"Oleh itu, kedudukan Guan Eng sebagai Setiausaha Agung DAP masih belum juga disahkan oleh RoS.

"Jadi, watikah pelantikan pilihan raya nanti tidak sah jika DAP mahu mengemukakan calon," kata Ramesh.

Guan Eng mahu mengadakan pilihan raya ini kerana mahu menarik sokongan rakyat dan simpati kerana beliau sedang berdepan pertuduhan rasuah melibatkan pembelian rumah banglo miliknya di Jalan Pinhorn di Georgetown.

Ramesh berkata, sepatutnya pemimpin seperti Guan Eng lepaskan jawatan Ketua Menteri dan digantikan dengan pemimpin lain khususnya Timbalan Ketua Menteri P. Ramasamy mentadbir Pulau Pinang.

26 Julai 2016
11.39 pagi

RM10.4 JUTA 1MDB SUMBANG UNTUK PROGRAM HAJI TAHUN INI


Sebelum Buat Cabaran, Guan Eng Patut Cermin Muka Terlebih Dulu – Jasmin


PULAU PINANG - Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang, Jasmin Noordin membidas kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang meminta Datuk Seri Najib Tun Razak melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri berhubung isu kes saman Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat terhadap 1MDB.

Katanya, Guan Eng sepatutnya mencermin mukanya terlebih dulu sebelum membuat kenyataan mencabar Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan.

“Kes 1MDB tidak sama seperti kes rasuah beliau. Kes rasuah Guan Eng ada bukti yang jelas dan nyata dan beliau telahpun di dakwa di mahkamah atas tuduhan bersabit dengan rasuah. Dalam kes 1MDB, PAC yang dianggotai oleh ahli parlimen pembangkang seperti Dr Tan Seng Giaw dan Tony Pua juga mengakui tidak ada bukti bahawa Perdana Menteri telah terlibat dalam isu penyelewengan 1MDB.

“Guan Eng patut merasa malu buat kenyataan seperti itu. Lihat dirinya dulu yang kini bergelumang dengan kes rasuah, sanggup menipu dengan akuan palsu malah sanggup mempergunakan dan memperbodohkan rakyat serta penyokongnya untuk membela dirinya sendiri.

“ Lebih dari itu, betapa menggelabahnya beliau dalam kes rasuahnya ini hingga  sanggup merancang untuk buat pilihanraya negeri kerana mahu selamatkan diri sendiri. Jadi Guan Eng jangan cuba mengalih isu dengan cabarannya terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak itu. Sepatutnya beliaulah yang meletakkan jawatan, bukannya Datuk Seri Najib,” tegasnya.

Beliau menegaskan, sikap yang diperlihatkan oleh Guan Eng itu merupakan gambaran sikap double standard pembangkang dalam isu saman tindakan saman Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meletakkan jawatan, seolah-olah Perdana Menteri sudah di dakwa di mahkamah dan terbukti bersalah dalam isu kes ini.

“Dalam kes Lim Guan Eng, tidak pula mereka mendesak setiausaha agung Dap itu agar meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang. Bahkan Guan Eng sudah pun didakwa oleh mahkamah bersabit dua kesalahan berhubung rasuah. Sepatutnya, mereka juga mesti mendesak Guan Eng untuk melepaskan jawatan.

“Tetapi biasalah, pembangkang memang bersikap bias sejak dari dulu. Apa saja kesalahan yang dilakukan oleh pemimpin mereka, pembangkang dakwa itu konspirasi UMNO dan BN dan tetap mempertahankan pemimpin mereka, biarpun jelas pemimpin mereka itu melakukan kesalahan. Contoh seperti kes Anwar Ibrahim dulu dan yang terkini kes rasuah Guan Eng.

“Namun apabila ada pemimpin UMNO atau BN yang baru saja dikaitkan dengan isu-isu tertentu seperti isu 1MDB ini, mereka serta merta menjatuhkan hukuman seolah-olah pemimpin itu sudah didapati bersalah oleh mahkamah.

“Sedangkan hakikatnya, sebelum ini begitu banyak tuduhan-tuduhan terhadap Datuk Seri Najib berhubung isu 1MDB ini, namun sehingga ke hari ini tidak ada sebarang bukti kukuh yang boleh menyabitkan beliau dalam penyelewengan ini,” tegasnya.-UMNO online

Monday, 25 July 2016

Pilihanraya Negeri : DAP 'Besar Kepala'


Mufti Pulau Pinang: Haramkan Pokemon Go!

18 pasangan dirai dalam perkahwinan serentak


BULETIN MUTIARA SEBAR DOKTRIN CANGGAH ISLAM KE MASJID DI P. PINANG


1MDB tidak pernah menghantar sebarang dana kepada Jho Low


Kementerian Kewangan dan 1MDB telah berulang kali menerangkan bahawa 1MDB tidak pernah menghantar sebarang dana kepada Jho Low dan sebarang dana yang dihantar adalah kepada rakan perniagaan, PetroSaudi Inc. (PSI), yang dimiliki oleh Keluarga DiRaja Arab Saudi, Putera Turki dan Aabar Investment PJS yang dimiliki oleh Kerajaan Abu Dhabi.

1MDB hanya berurusan dengan PSI dan Aabar sahaja. PSI telah membayar semula semua dana yang dilaburkan 1MDB beserta keuntungan.

Manakala dana yang dihantar kepada Aabar pula ketika ini sedang di dalam pertikaian kerana IPIC dan Aabar  mengatakan bahawa syarikat yang mana 1MDB telah menghantar dana tersebut  di British Virgin Island (BVI) tidak dimiliki oleh mereka.

Apabila 1MDB menandatangani perjanjian usaha sama bersama Aabar Investment PJS di Abu Dhabi, perbincangan tersebut adalah bersama Pengerusi yang dilantik oleh Aabar, Khadem Abdullah al-Qubaisi dan Pengarah Pengurusan Mohamed Badawy al-Husseiny yang keduanya disebut di dalam siasatan FBI bersama Jho Low.

Semasa perjanjian ditandatangani, 1MDB juga telah melibatkan peguam dalaman dan luaran untuk mengesahkan bahawa Aabar Investments PJS Ltd di BVI dimiliki oleh Aabar Investments PJS di Abu Dhabi.

Dokumen Sijil Pematuhan (Certificate of Incumbency) telah dikepilkan bersama oleh Aabar di BVI, syarikat yang sedang di dalam pertikaian. Sijil ini telah dikeluarkan oleh Offshore Incorporations Limited (OIL) yang berpangkalan di Hong Kong. OIL merupakan peneraju di dalam perbadanan antarabangsa dan perkhidmatan korporat.

Sijil Pematuhan tersebut telah mengesahkan bahawa dua orang pengarah Aabar Investments PJS Ltd di BVI adalah Pengerusi dan Pengarah Pengurusan Aabar Investments PJS, dan pemegang saham tunggal adalah Aabar Investments PJS di Abu Dhabi.

Berpangkalan di Hong Kong, OIL mempunyai pejabat di BVI, Singapore, Taiwan, Shanghai, Beijing, Chenzen, Guangzhou, UK, Cyprus dan Dubai serta mempunyai sekitar 220 kakitangan.

Sekiranya dokumen rasmi, Pengerusi kepada syarikat induk, Pengarah Pengurusan kepada syarikat induk dan kedua-dua peguam dalaman dan luaran mengesahkan kepada 1MDB bahawa Aabar Investments PJS Ltd di BVI dimiliki secara sah oleh Aabar Investments PJS di Abu Dhabi, apa lagi yang 1MDB boleh lakukan untuk mengesahkan bahawa syarikat di BVI tersebut bukanlah sebuah syarikat yang palsu?

Rujukan: https://en.wikipedia.org/wiki/OIL_(incorporations_and_corporate_services)
#1MDB #DOJ #RakyatDidahulukan #RespectMyPM #KelantanNews

Sunday, 24 July 2016

PAS Tidak Desak Najib Undur – Hadi



PAS tidak berhasrat untuk mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya berehat ekoran isu skandal 1MDB.
Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjelaskan, bukan urusan PAS untuk menentukan sama ada Najib perlu undur atau sebaliknya apabila nama pemimpin negara itu dikaitkan dengan skandal berkenaan, lapor Sinar Harian.
“Itu bukan kerja PAS. Itu kesilapan pihak berkenaan. Desak Najib ‘berehat’ juga bukan urusan saya, itu urusan BN selaku kerajaan pemerintah,” katanya dipetik sebagai berkata.
Bagaimanapun anggota parlimen Marang itu berkata, PAS tetap mahukan siasatan secara adil dalam kes melibatkan skandal 1MDB.
Malah, Abdul Hadi berkata, kerajaan perlu mengelak dan menutup ruang kepada pihak asing untuk campur tangan dalam siasatan berkenaan.
“Kes 1MDB perlu disiasat secara adil dan telus, tidak boleh dibiarkan. Namun jangan dedah ruang kepada pihak asing untuk campur tangan. Jika ia berlaku, itu silap kita sendiri.
“Kita sendiri yang perlu siasat bukan pihak luar,” katanya.
Selain itu, beliau turut berkata, PAS konsisten dengan pendirian mahu mengambil alih kerajaan melalui demokrasi dan secara bermoral.

10 soalan yang perlu dijawab oleh Peguam Negara AS Loretta Lynch


Walaupun Peguam Negara AS Loretta Lynch dan Jabatan Keadilan AS (DOJ) telah mengeluarkan aduan awam sepanjang 136 muka surat bagi merampas aset beberapa rakyat Malaysia, mereka tiada langsung menyertakan sebarang dokumen bagi membuktikan dakwaan mereka. Oleh itu, dakwaan-dakwaan yang dinyatakan dalam aduan awam tersebut masih belum dibuktikan. Maka, Lynch dan DOJ perlu menjawab 10 soalan berikut bagi memastikan bahawa dakwaan yang dibuat mereka tidak boleh disangkal.
1. Apakah yang menyebabkan DOJ begitu yakin bahawa terdapatnya “satu konspirasi antarabangsa bagi mencuri wang yang diselewengkan daripada 1MDB” sedangkan mereka tidak pernah menghubungi atau menemuduga 1MDB, Jabatan Peguam Negara Malaysia dan Kerajaaan Arab Saudi bagi menentukan apa sebenarnya yang terjadi secara menyeluruh? Bukankah secara semula jadinya semua siasatan haruslah mengambil kira temuduga dengan “mangsa” dan semua pihak yang terlibat terlebih dahulu sebelum memohon tindakan mahkamah?
2. Pernahkah Lynch menemuduga pegawai-pegawai IPIC dan adakah DOJ sedar bahawa 1MDB mempunyai dokumen yang membuktikan bahawa Aabar BVI (British Virgins Islands) pernah dimiliki oleh Aabar PJS? Ini membuktikan bahawa 1MDB telah melakukan bayaran kepada entiti yang secara sah dimiliki oleh Aabar dan IPIC.
3. Adakah DOJ pernah menghubungi Kerabat Diraja Saudi bagi mengesahkan bahawa dana yang dinyatakan datang daripada mereka? Adakah mereka sedar bahawa Pihak Penyiasat di Malaysia mempunyai surat-surat rasmi dari Kerabat Diraja Saudi yang membuktikan ketulenan derma tersebut, dan Menteri Luar Saudi, Adel Al Jubeir telah pun mengesahkan bahawa ia tersebut merupakan derma yang sah.

4. Adakah Lynch sedia maklum bahawa Wall Street Journal telah mengesahkan bahawa sebahagian daripada dana tersebut datang daripada Kementerian Kewangan Arab Saudi? Bukankah ini jelas menunjukkan bahawa pihak Saudi secara rasminya menghulurkan derma tersebut? Dan adakah DOJ kini berani menuduh bahawa Kementerian Kewangan Saudi telah mencuri wang 1MDB untuk mendermakannya kepada Perdana Menteri Malaysia?
5. Sudahkah Lynch dan DOJ mempertimbangkan fakta bahawa Kerabat Diraja Saudi mendermakan berbilion dolar kepada Negara-negara Islam (Jordan, Morroco, Sudan dan Mesir) dan kebarangkalian bahawa mereka menggunakan pelbagai saluran akaun bank termasuk saluran akaun yang digunakan perniagaan dan individu-individu tertuduh (yang sudah sekian lama banyak mempunyai urusan dengan mereka) bagi menyampaikan derma secara sulit kepada pemimpin-pemimpin negara tersebut, memandangkan operasi ini adalah rahsia rasmi kerajaan Arab Saudi?
6. Adakah Lynch sedar bahawa aduan asal yang difailkan kepada DOJ telah dibuat oleh individu-individu yang mempunyai agenda politik untuk menjatuhkan sesebuah kerajaan, dan semua bukti dan dokumen curi yang dikemukakan oleh individu-individu tersebut tidak lengkap dan boleh diragui, memandangkan bahawa orang yang mencuri dokumen-dokumen tersebut pun mengakui ia telah diubah.
7. Oleh demikian bukankah seperti ada yang tidak kena bahawa dakwaan-dakwaan DOJ seolah terlalu sama dengan senarai tuduhan dan dakwaan Kelab Anti Najib?
8. Adakah pendakwa raya yang bijak pandai di DOJ tidak pernah tertanya-tanya mengapa Kerabat Diraja Saudi langsung tidak bersuara menafikan derma yang dibuat kepada Malaysia, memandangkan betapa besarnya isu ini dilaporkan di seluruh Timur tengah dan dunia? Malah Menteri Luar mereka telah mengakui ketulenan derma tersebut?
9. Apakah kredibiliti Lynch dalam menegaskan bahawa keadilan perlu ditegakkan sedangkan beliau sendiri telah melanggar undang-undang? Bukankah telah terbongkar bahawa beliau pernah berjumpa dengan bekas Presiden AS Bill Clinton dalam satu pertemuan rahsia ketika DOJ sedang menyiasat skandal Hillary Clinton dalam penggunaan “server” emel peribadi keluarganya untuk urusan rahsia kerajaan, semasa beliau memegang jawatan Setiausaha Negara AS. Adakah Lynch mahu menjelaskan jika ini merupakan satu konflik kepentingan, dan adakah beliau telah berpegang kepada prinsip demokrasi atau “Good Governance” dengan mengadakan pertemuan rahsia yang jelas merupakan satu konflik kepentingan?
10. Mengapa Lynch dan DOJ tidak berterus terang menyatakan identiti “Malaysia Official 1”? Adakah kerana mereka takut dengan sebuah negara kecil di Asia Tenggara, atau adakah mungkin kerana mereka belum mempunyai bukti-bukti yang kukuh atau lengkap bagi mengaitkan individu tersebut dengan kesalahannya? Adakah hal ini kerana peguam-peguam di DOJ sedar bahawa mereka masih hanya mempunyai dakwaan daripada sebelah pihak sahaja dan tidak mempunyai bukti lengkap daripada orang-orang suruhan Mahathir Mohamad ini? Adakah mereka juga sedar bahawa menamakan seseorang individu tanpa penyertaan bukti akan menunjukkan kepada dunia “keadilan” yang diperjuangkan DOJ kini boleh dipersoalkan?

Desak Diadakan PRU Awal, Guan Eng Perlu Cermin Diri


Amaran Terakhir Untuk Guan Eng


Saturday, 23 July 2016

'Jangan jadikan PRN Pulau Pinang pelampung penyelamat Guan Eng'


DATUK IRMOHIZAM: Sekiranya DAP berani dan kuat di Pulau Pinang, semua ahli Dewan Undangan Negeri dari DAP sendiri yang letak jawatan. -Gambar fail

KUALA LUMPUR: DAP akan mencemar sistem demokrasi sekiranya pilihan raya mengejut di Pulau Pinang diadakan.

Ahli Parlimen Kuala Selangor Datuk Irmohizam Ibrahim berkata jika dilakukan, maka ia dilihat bertujuan sebagai referendum demi meraih simpati dan sokongan rakyat kepada ketua menteri Lim Guan Eng yang kini berhadapan pertuduhan rasuah.

"Ketua Menteri, Lim Guan Eng kini berhadapan dua pertuduhan rasuah berhubung penukaran zon pertanian kepada zon perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran.

"Kerajaan DAP Pulau Pinang sanggup menyalahgunakan pilihan raya sebagai 'pelampung penyelamat' Guan Eng semata-mata demi kepentingan parti dan peribadi pemimpin mereka, serta membebankan rakyat di Pulau Pinang asalkan agenda politik mereka tercapai," ujarnya.

Katanya, jika diadakan pilihan raya negeri sebelum perbicaraan di mahkamah akan membolehkan DAP dan Guan Eng memainkan sentimen dan emosi rakyat agar mempercayai Guan Eng adalah mangsa politik dalam isu pertuduhan rasuah ke atasnya itu.

"Dalam situasi ini, DAP tidak sepatutnya menjadikan rakyat Pulau Pinang sebagai mangsa politik rakus dengan memberi cadangan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.

"Sekiranya DAP berani dan kuat di Pulau Pinang, semua ahli Dewan Undangan Negeri dari DAP sendiri yang letak jawatan, bahkan tidak perlu mengheret kerusi dari parti lain sehingga mencadangkan pembubaran DUN," ujarnya lagi.

Tambahnya, tindakan parti itu kini jelas seakan mahu mencemar sistem demokrasi sedia ada.

"Tindak- tanduk DAP yang angkuh lagi tamak perlu ditundukkan. Kalau dalam pilihan raya umum yang lalu DAP bertanding 19 kerusi daripada 40, namun kini mereka 'berselera tinggi' mahu 25 kerusi," kata beliau.

Datuk Irmohizam menegaskan kegagalan DAP dan PKR dalam mencapai kata sepakat mengenai pembahagian kerusi menyebabkan rancangan pembubaran Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang jelas menunjukkan kelompongan kepimpinan pembangkang untuk mentadbir negara.
"Tiada parti politik yang mampu menggabungkan parti komponen sebanyak 13 buah parti selain Barisan Nasional.

"Parti kerajaan yang stabil adalah mercu tanda kepada perpaduan dan kesejahteraan dan bukan menjadikan rakyat sebagai boneka politik tetapi membela kebajikan dan berkhidmat untuk rakyat," katanya lagi.-Awani

BAGAIMANA UNTUK MENGHANCURKAN SEBUAH NEGARA YANG TIDAK MENGIKUT TELUNJUK KUASA BESAR


4 kaedah utama yang digunakan oleh hitmen ekonomi untuk menjatuhkan negara yang tidak memenuhi kehendak mereka :

Langkah 1: Musnahkan kehidupan ekonomi negara tersebut dengan pelbagai alat seperti serangan mata wang, serangan harga komoditi, bantuan kewangan antarabangsa yang mempunyai syarat-syarat yang tidak munasabah serta melanggar kedaulatan negara, merancang pembangunan berlebihan dibiayai oleh hutang yang berlebihan dan sekatan ekonomi. Objektif terakhir adalah untuk mendapatkan perubahan rejim yang mewujudkan satu pasukan kepimpinan yang mesra kepada keperluan hitmen ini.

Jika Langkah 1 tidak melumpuhkan negara atau sukar untuk diimplikasikan kerana kepimpinan negara yang kukuh, mereka akan pergi ke Langkah 2.

Langkah 2: Mengambil kesempatan daripada isu tempatan untuk mewujudkan kekacauan dan huru-hara dengan objektif utama memecahkan landskap politik dan akhirnya perubahan rejim kepada salah satu daripada pilihan mereka. Ini sering disasarkan kepada tokoh politik utama dan isu yang sering digunakan mereka sangat menyentuh perasaan rakyat negara terbabit.  Tuduhan adalah bahan api untuk pembunuhan watak. Tuduhan boleh dari pelbagai sudut seperti rasuah , sentimen perkaan, agama, dasar-dasar kerajaan , skandal seks dan banyak lagi. Semakin naif dan marah rakyat , semakin berkesan kaedah ini. Ia mempunyai kesan "zombie " kepada rakyat.

Jika Langkah 2 tidak melumpuhkan negara atau  sukar untuk diimplikasikan kerana kepimpinan negara yang kukuh dan/atau kematangan rakyat, maka, mereka akan pergi ke Langkah 3.

Langkah 3: Terlibat dalam tindakan ketenteraan ke atas negara itu sama ada melalui serangan secara sendirian oleh negara kuasa besar itu atau secara bersama oleh beberapa negara asing, atau melalui pek antarabangsa seperti NATO, atau, paling biasa digunakan, mendapat akses kepada tenaga dalaman tentera negara itu untuk merampas kuasa dari dalam. Ini sering dilakukan dengan menggunakan mideologi seperti untuk memulihkan demokrasi atau untuk menghentikan diktator atau berjuang untuk umat manusia dan banyak lagi selagi ia mempunyai kesan Langkah 2 pada rakyat. Sudah tentu matlamat akhir itu masih untuk mendapatkan perubahan rejim pilihan mereka.

Jika Langkah 3 tidak melumpuhkan negara atau  sukar untuk diimplikasikan kerana kepimpinan negara yang kukuh , kekuatan tentera tempatan dan/atau kematangan rakyat maka, mereka akan pergi ke Langkah 4 .

Langkah 4: Mengarahkan pembunuh upahan untuk membunuh orang yang tidak diingini, selalunya pemimpin tertinggi negara.

Semua langkah 1-4 dilakukan serentak dengan Langkah X. Langkah X ialah untuk memupuk , memberi bantuan kewangan dan mewujudkan satu laluan mudah untuk perkembangan politik pemimpin berpotensi pilihan mereka yang akhirnya akan menjadi pengganti pemimpin sedia ada yang tidak disukai.

Kebanyakkan daripada langkah-langkah ini telah berlaku kepada negara di seluruh dunia. Ada yang berjaya dan ada yang tidak. Sekadar menyebut beberapa yang berjaya dan tidak : Langkah 1 telah digunakan pada Panama, Venezuela , Argentina, Indonesia dan Thailand. Langkah 2 dan 3 telah digunakan pada Palestin, Mesir , Arab Saudi , Syria , Libya , Iraq , Iran , Afghanistan dan Vietnam. Langkah 4 telah digunakan di Libya.

Memandangkan Dunia sedang bersatu untuk mengelakkan peperangan dan aktiviti ketenteraan , langkah 1 dan 2 akan menjadi sangat berkesan sekarang. Langkah 4 adalah pilihan terakhir , oleh itu tidak banyak percubaan. Di Libya, Gadafi dikorbankan kerana beliau melaksanakan mekanisme Dinar emas sebagai mata wang yang berpotensi luas. Langkah 1 pula biasanya akan berakhir dengan negara yang diserang jahanam ekonominya dan ada yang muflis.

Ini bukan satu fenomena baru. Ia telah berlaku sejak sebelum Perang Dunia 1. Malah, Perang Dunia 1 dan 2 mungkin telah dinyalakan oleh "NEGARA NO 1" yang ingin menguasai dunia. Kami telah mendengar banyak teori konspirasi seperti pengguguran yang tidak wajar Atomic Bomb , operasi CIA untuk menggulingkan kerajaan, New World Order di bawah Freemason / Illuminati / Zionisme dan sebagainya. Tidak ada bukti langsung untuk   kesimpulan tetapi apa yang kita lihat dirahsiakan sehingga menjadi teka-teki. Pembuat kereta Henry Ford, pernah cuba untuk mendedahkan semua ini. Dia kehilangan kesemua hartanya setelah berbuat demikian.

Jadi apa yang boleh kita lakukan? Langkah pertama, sebagai warga negara yang tercinta ini, perlu untuk mempunyai minda yang mantap untuk mempertimbangkan semua hujah dari semua pihak dan mempunyai minda sedar untuk menilai mana yang betul dan mana yang tidak. Menerima tidak bermaksud untuk membuat kesimpulan segera. Menerima bermaksud untuk menandakan status di atasnya sama ada ianya mempunyai fakta kes, ianya satu tuduhan, ianya mempunyai bukti, kecurigaan dan / atau sekadar propaganda. Menyebarkan kesimpulan yang negatif walaupun pihak berkuasa sendiri belum membuat keputusan adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab sebagai seseorang rakyat. Ia memusnahkan negara ini seperti apa yang Hitmen Ekonomi mahu. Cara terbaik untuk memberi reaksi adalah dengan mengumpul fakta serta menilainya dan hanya membuat keputusan dikertas undi semasa Pilihanraya Umum akan datang.  Buat masa ini, biarlah pihak berkuasa menjalankan tugas mereka. Semoga Allah mempermudahkan urusan kita semua.

Saya Tidak Akan Gadai Maruah Negara Hanya Berlainan Idealogi – Hadi Awang


Ketika kebanyakan pembangkang begitu gembira dengan pengumuman siasatan yang dilakukan oleh Peguam Negara Amerika berhubung kes penyalahgunaan wang yang didakwa dicuri dari 1MDB, PAS pula berpendirian tidak akan membenarkan kehormatan negara di ragut sewenang-wenangnya.

Ulasan yang dikeluarkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebenarnya sesuatu yang diluar jangkaan. Manakan tidak, disaat pembangkang di Malaysia hari ini seperti merayakan kejayaan palsu mereka, pendirian Datuk Seri Abdul Hadi jelas menampakkan kematangan berliau dalam politik.



Dalam satu kenyataan beliau, beliau mengakui, sememangnya idealogi politik antara beliau dan Datuk Seri Mohd Najib sememangnya berbeza. Malah, perjuangan PAS dan UMNO juga turut berbeza. Namun begitu, ianya bukan lesen untuk mana-mana parti pembangkang membawa masuk mana-mana agensi daripada Amerika Syarikat untuk mencampuri urusan negara.

Malah, beliau memberi jaminan, andai ada mana-mana agensi daripada Amerika didapati masuk dan mencampuri urusan negara, PAS tidak akan teragak-agak untuk bersama-sama UMNO dan BN untuk mengusir agensi dari Amerika berkenaan untuk keluar daripada negara ini.

Ujar beliau, kita mempunyai cara kita yang tersendiri dalam menangani permasalahan yang melibatkan negara. Undang-undang sedia ada di Malaysia hari ini sudah cukup untuk menghukum sesiapa sahaja termasuk Perdana Menteri andai beliau atau mana-mana individu didapati bersalah dalam apa jua pertuduhan.

Oleh yang demikian, beliau menentang keras segala usaha untuk membawa masuk pengaruh Amerika Syarikat ke Malaysia. Inilah bukti komitmen PAS dalam usaha mereka menjaga kehormatan dan kedaulatan negara. Pendirian mereka ini jelas berbeza dengan apa yang sedang dilakukan oleh pembangkang dan Tun Dr Mahathir.



Ketika PAS menyatakan komitmen mereka dalam mempertahankan maruah, kedaulatan dan kehormatan negara, pembangkang yang lain begitu sibuk mahu memastikan agensi penyiasat daripada Amerika memasuki Malaysia untuk menyiasat apa sahaja transaksi yang melibatkan 1MDB dan juga Datuk Seri Mohd Najib. Ini jelas satu usaha jahat denngan membiarkan kedaulatan negara dicabuli dengan mudah.

Semuanya hanya kemaruk dengan kuasa dan keinginan untuk melihat Datuk Seri Mohd Najib dan kerajaan hari ini ditumbangkan. Harus diingat, Loretta Lynch selaku Peguam Negara Amerika telah mengesahkan, Datuk Seri Mohd Najib bukan suspek dalam kes sivil ini. Malah, Lynch juga menegsahkan, 1MDB juga tidak terlibat langsung dalam kes ini. Masihkan pihak pembangkang terlalu tuli untuk memahami hakikat ini?-pru14

Friday, 22 July 2016

Siapa Dalang Disebalik Saman Sivil Terhadap 1MDB?


Tuan Guru Salleh Musa meninggal dunia


UMNO Pulau Pinang Akan Mengadakan Mesyuarat Khas


GEORGE TOWN: Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang akan mengadakan mesyuarat khas Jumaat ini bagi membincangkan isu berhubung cadangan pembubaran Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

Setiausahanya Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata mesyuarat itu akan diadakan di Bangunan UMNO negeri, Jalan Macalister pada pukul 3 petang.

“Mesyuarat akan dipengerusikan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Seri Zainal Abidin Osman dan seterusnya diikuti mesyuarat Barisan Nasional negeri pada sebelah malam di ibu pejabat Gerakan Pulau Pinang,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata sebarang keputusan berhubung perkara itu akan dimaklumkan kepada media kemudian.

Laporan media baru-baru ini memetik Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P. Ramasamy sebagai berkata DAP menyenaraikan dua pilihan sebagai respons kepada dua tuduhan rasuah yang dikenakan terhadap Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Pilihan pertama ialah mengadakan pilihan raya mengejut dan pilihan kedua ialah menunggu pilihan raya umum akan datang.

Pada 30 Jun lepas, Lim mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang di sini, terhadap dua pertuduhan rasuah berhubung penukaran zon pertanian kepada zon perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran.

Turut didakwa bekas pemilik banglo, Phang Li Koon, yang juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan bersubahat dengan Lim bagi mendapatkan untuk diri Lim lot tanah dan rumah itu.

— BERNAMA

TIADA BUKTI DANA DIGELAPKAN, NAMA PM TIDAK DISEBUT


Peguam Negara menegaskan tiada sebarang bukti diperoleh daripada mana-mana siasatan agensi penguat kuasa undang-undang yang menunjukkan dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB) digelapkan.

Tan Sri Mohamed Apandi Ali menerusi satu kenyataan hari ini, berkata saman sivil yang difailkan oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) adalah berhubung penyitaan beberapa aset dan ia sedang didengar di Mahkamah Sivil.

Beliau berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk memulakan prosiding terhadap individu yang melakukan sebarang perbuatan salah laku jenayah sekiranya terdapat bukti kukuh.


“Setakat ini, tiada sebarang dakwaan jenayah dibuat terhadap mana-mana individu atas kesalahan menyalahgunakan dana 1MDB,” menurut kenyataan itu.

Mohamed Apandi, berkata Jabatan Kehakiman AS juga tidak menamakan Perdana Menteri sebagai defendan dalam saman sivil berkenaan.



Beliau berkata, setakat ini pihaknya masih belum menerima sebarang permohonan daripada Jabatan Kehakiman AS bagi mendapatkan maklumat mahupun bukti berhubung perkara berkenaan.


“Pihak Pejabat Peguam Negara mengalu-alukan permohonan itu kerana ia sejajar dengan komitmen dalam kerjasama serta kolaborasi antarabangsa untuk memerangi rasuah serta kegiatan pengubahan wang haram.

“Hingga hari ini, pihak polis masih menjalankan siasatan terhadap 1MDB. Oleh itu, sebarang kenyataan serta maklumat berhubung perkara berkenaan adalah tidak wajar kerana akan menjejaskan siasatan,” katanya.

– Berita Harian

Thursday, 21 July 2016

Guna Mandat Untuk Bela Nasib Rakyat Bukan Pentingkan Diri Sendiri



PUNCA DAP GAGAL DAPATKAN PERSETUJUAN PKR UNTUK BUBAR DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG?



1. DAP kelihatan begitu terdesak apabila mahu mengadakan pilihanraya mengejut di Pulau Pinang. Malangnya dalam mesyuarat tergempar pada 20 Julai 2016, kerajaan Pakatan DAP-PKR-PAS masih gagal membuat keputusan.

2. Salah satu punca kenapa PKR dan PAS tidak mahu bersetuju adalah kerana mereka melihat bahawa pilihan raya ini bukan untuk memberi manfaat kepada rakyat, sebaliknya ingin diadakan semata-mata untuk menyelamatkan Lim Guan Eng dari tuduhan rasuah dengan menyalah gunakan proses pilihan raya.

3. Tindakan yang bersifat jangka pendek ini adalah satu pembaziran dana awam dan tidak memberi sebarang manfaat kepada rakyat Pulau Pinang. Sama ada bersalah atau tidak, kes Lim Guan Eng seharusnya diputuskan oleh mahkamah. Bukan kerajaan Pulau Pinang  yang akan dibicarakan di mahkamah, sebaliknya kerajaan Pulau Pinang.

4. Tidak wajar Lim Guan Eng dan kerajaan negeri Pulau Pinang mengheret rakyat ke dalam kes skandal banglo sedangkan peluang mencukupi disediakan oleh mahkamah untuk membuktikan beliau tidak bersalah. Lebih wajar sebenarnya untuk Lim Guan Eng bercuti dan pengganti bagi jawatan ketua menteri ini dicari.

5. Menurut sumber dalaman, punca kedua kenapa DAP gagal mendapat persetujuan PKR dan PAS adalah kerana pilihan raya ini dilihat hanya akan menguntungkan DAP. DAP dilihat akan terus mengekalkan 19 kerusi yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum yang lepas sedangkan PKR bakal kehilangan sejumlah kerusi sekiranya pilihanraya negeri diadakan. 5 kerusi PKR yang berisiko tinggi bagi mereka jika berlaku PRN di Pulau Pinang ialah seperti Seberang Jaya, Penanti, Sg Bakap, Pantai Jerjak dan Batu Maung.

6. Terdahulu pada 30 Jun lalu Lim Guan Eng dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang atas dua pertuduhan iaitu salah guna kuasa, dan perolehan harta di bawah nilai pasaran bagi seunit kediaman di Jalan Pinhorn, George Town.

7. Tuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 23 Akta Pencegahan Rasuah 2009 (berkaitan pengezonan semula sebidang tanah daripada pertanian kepada kegunaan komersial) dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan (pembelian sebuah unit banglo di Jalan Pinhorn di bawah nilai pasaran). Bagaimanapun Guan Eng mengaku tidak bersalah di atas dua pertuduhan berkenaan dan dibenar ikat jamin sebanyak RM1 juta dengan seorang penjamin.

Ajal dihempap kontena

ADUN BN tidak dipanggil mesyuarat khas



Wednesday, 20 July 2016

Pemandu Guna Lorong Kecemasan Lebuh Raya Disaman Rm2000.


Sebahagian dari 20 orang pemandu yang dikenakan denda antara RM1000-RM2000 seorang.

Walaupun pelbagai alasan diberikan mereka, tindakan sebegini tegas, mungkin dapat memberi pengajaran kepada yang lain.

Pengguna lain juga punya alasan untuk cepat.
 
Copyright © 2014 PenangKini.