BREAKING NEWS

Wednesday, 31 August 2016

SPRM Siasat Bapa Adun DAP Sungai Pinang, Lim Siew Khim



GEORGE TOWN: Bapa kepada Adun Sungai Pinang, Lim Siew Khim kini disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana didakwa menerima rasuah bertujuan untuk membantu orang ramai mendapatkan rumah kos rendah dan mampu milik.

Difahamkan SPRM telah memanggil beberapa orang yang terlibat selepas klip video yang menunjukkan bapa Lim, Keat Seong sedang menjelaskan kepada individu tertentu bagaimana untuk "memotong barisan" di kawasan perumahan di negeri ini dengan membayar RM260 bagi borang permohonan dan wang untuk "Uncle Lim".

Suruhanjaya itu dijangka mengeluarkan kenyataan tidak lama lagi.

Difahamkan bahawa suruhanjaya itu telah mula mengumpul maklumat daripada mangsa dan individu yang dilihat dalam video berkenaan termasuk penjawat awam yang bertanggungjawab bagi perumahan di Pulau Pinang dan beberapa pemimpin Gerakan.

Lim adalah wakil rakyat penggal pertama dan ibu kepada lima anak.

Pada Isnin, Lim menegaskan bahawa sama ada beliau atau bapanya tidak mempunyai kuasa untuk mempengaruhi kerajaan negeri meluluskan permohonan perumahan negeri.

Cubaan untuk menghubungi Keat Seong untuk mendapatkan penjelasan bagaimanapun tidak berjaya.

Tuesday, 30 August 2016

SPRM Siasat Bapa Adun DAP Sungai Pinang, Lim Siew Khim



GEORGE TOWN: Bapa kepada Adun Sungai Pinang, Lim Siew Khim kini disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana didakwa menerima rasuah bertujuan untuk membantu orang ramai mendapatkan rumah kos rendah dan mampu milik.

Difahamkan SPRM telah memanggil beberapa orang yang terlibat selepas klip video yang menunjukkan bapa Lim, Keat Seong sedang menjelaskan kepada individu tertentu bagaimana untuk "memotong barisan" di kawasan perumahan di negeri ini dengan membayar RM260 bagi borang permohonan dan wang untuk "Uncle Lim".

Suruhanjaya itu dijangka mengeluarkan kenyataan tidak lama lagi.

Difahamkan bahawa suruhanjaya itu telah mula mengumpul maklumat daripada mangsa dan individu yang dilihat dalam video berkenaan termasuk penjawat awam yang bertanggungjawab bagi perumahan di Pulau Pinang dan beberapa pemimpin Gerakan.

Lim adalah wakil rakyat penggal pertama dan ibu kepada lima anak.

Pada Isnin, Lim menegaskan bahawa sama ada beliau atau bapanya tidak mempunyai kuasa untuk mempengaruhi kerajaan negeri meluluskan permohonan perumahan negeri.

Cubaan untuk menghubungi Keat Seong untuk mendapatkan penjelasan bagaimanapun tidak berjaya.

Tunku Abdul Rahman kebanggaan Sekolah Debsirin

BANGKOK: Sekolah Debsirin di Krungkasaem Road, Pomphrap di ibu kota Bangkok wujud sejak 131 tahun lalu selepas dibuka pada 15 Mac 1885 oleh Raja Siam ketika itu, Raja Rama V atau Raja Chulalongkorn.

Tergolong antara sekolah terulung di Thailand, jasanya terhadap negara itu adalah besar kerana ia melahirkan 5 perdana menteri dan lebih 70 menteri, selain pemimpin tentera serta pembesar negara yang lain.

Seorang daripada perdana menteri yang dilahirkan sekolah itu ialah perdana menteri Malaysia pertama dan bapa kemerdekaan negara almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

“Almarhum Tunku Abdul Rahman bersekolah di Sekolah Debsirin pada 1913 ketika berusia 10 tahun dan menghabiskan 2 tahun di sekolah itu sebelum pulang semula ke Kedah pada 1915,” kata Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK) Datuk Dr Wan Shamsudin Mohd Yusof.

Beliau yang mengetuai delegasi PSMCK ke Bangkok baru-baru ini berkata, bapa kemerdekaan negara itu dihantar ke Sekolah Debsurin oleh bondanya, Che’ Menjalara yang merupakan anak perempuan kepada Luang Nara Borirak, pembesar di utara Siam.

Wan Shamsudin berkata, sepanjang persekolahannya di Bangkok, Almarhum Tunku tinggal bersama kakandanya Tunku Yusuf yang berkhidmat sebagai seorang pegawai kor artileri dalam tentera Siam.
Berikutan kemangkatan kakandanya pada 1915, Tunku kembali ke Kedah dan meneruskan persekolahannya di Penang Free School, katanya.

Ahli PSMCK Dr Mohd Kasri Saidon yang turut serta dalam kajian sejarah ke Bangkok itu berkata selain Tunku Abdul Rahman, kakandanya almarhum Tunku Yusuf turut mendapat pendidikan di Sekolah Debsirin itu.

“Almarhum Tunku Abdul Rahman terus diingati (oleh pentadbir sekolah sebagai bekas pelajar Sekolah Debsirin) dan menjadi lambang kejayaan dan kebanggaan bagi Sekolah Debsirin,” katanya.
Papan tanda memaparkan wajah bapa kemerdekaan negara itu masih terpampang di sekolah berkenaan pada hari ini untuk tatapan pelajarnya masa ini, sebagai lambang kemegahan sekolah elit itu.

Dr Kasri berkata, persekolahan almarhum Tunku Abdul Rahman dan kakandanya Tunku Yusuf di Sekolah Debsirin itu juga membuktikan hubungan rapat yang sedia terjalin di antara institusi Diraja Thailand dan institusi Diraja Kedah.

Laman web rasmi Sekolah Debsirin turut menyatakan kebanggaannya terhadap bapa kemerdekaan negara dengan menyatakan, “Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj almarhum Sultan Abdul Hamid Shah, perdana menteri Malaysia merupakan seorang daripada bekas pelajar kami yang terkenal”.
Pengarah Sekolah Debsirin, Anan Subwaree dalam sesi penerangannya kepada delegasi PSMCK berkata, sekolah amat berbangga kerana pernah menjadi tempat menimba ilmu bekas perdana menteri Malaysia yang pertama itu.

“Ia juga lambang hubungan yang sentiasa erat di antara Thailand dan Malaysia,” katanya dan menambah, akan menyumbang beberapa bahan bersejarah mengenai bapa kemerdekaan negara kepada pihak Muzium Negeri Kedah.

Dalam sepucuk surat kepada sekolah itu sempena sambutan ke-100 tahun penubuhannya pada 1985, almarhum Tunku Abdul Rahman melahirkan rasa bangganya terhadap pencapaian sekolah itu dan mahukan bekas pelajarnya turut berbangga dengan sekolah lama mereka itu.

“Mereka yang masih hidup hari ini mesti berbangga dengan sekolah lama mereka, seperti mana saya, pada ulang tahunnya ke-100. Berapa ramai rakan sekolah saya yang masih hidup hari ini saya tidak tahu, mungkin tidak ramai. Kehidupan saya di sana sebagai budak sekolah akan kekal sebagai memori yang sangat gembira,” kata almarhum Tunku.

Pada satu perenggan dalam suratnya itu, Tunku masih mengingati kegembiraan sepanjang 2 tahun bersekolah di Sekolah Debsirin.

“Ia kehidupan yang penuh dengan saat manis, kami ke sekolah pada 8 pagi dan balik pada 1 tengah hari. Dan kami bermain sepanjang petang. Saya mempunyai basikal dan bersama kawan baik saya Luang Travil Guparak kami selalu berbasikal di sekitar bandar,” katanya.


iPhone umum update selepas intipan Israel

BAITULMUQADDIS: Perisikan Israel dikesan menggodam Iphone pengguna sebagai sebahagian daripada pengawasan dan pengintipan tenteranya.

Ia susulan penemuan satu perisian intip yang boleh mendedahkan gambar dan mesej dalam simpanan pengguna Iphone yang mendorong syarikat Apple segera melakukan pengemaskinian untuk pengguna minggu lalu.

Menurut laporan, sebaik sahaja perisian intip itu diaktifkan pengguna tanpa disedari, ia akan mengawal Iphone tanpa meninggalkan sebarang kesan.

Pengemaskinian itu dilakukan selepas telefon aktivis hak asasi Emiriah Arab Bersatu, Ahmed Mansoor menerima mesej meminta beliau untuk klik pada pautan maklumat mengenai tahanan diseksa di negara Teluk.

Beliau yang curiga segera menghantar mesej itu kepada pakar keselamatan telefon bimbit di Citizen Lab Universiti Toronto.

Mereka menemui perisian intip “Pegasus” yang dibangunkan Kumpulan NSO, sebuah syarikat milik firma ekuiti swasta Amerika Syarikat bernama Francisco Partners Management yang berpangkalan di Herzliya, iaitu “lembah silikon” Israel.

Penyelidikan Citizen Lab mendapati telefon bimbit Mansoor “akan menjadi pengintip digital dalam poketnya untuk mengintip aktiviti di sekitar peranti menggunakan kamera dan mikrofon Iphone”.
Penyelidik berkata, perisian intip itu juga boleh merakam panggilan Viber dan WhatsApp serta mengesan pergerakannya.

Menurut laporan AFP, terdapat lebih 300 syarikat berkaitan siber di Israel yang kebanyakannya berminat dalam produk serangan siber.

“Israel adalah antara peneraju dunia dalam sektor siber,” kata Daniel Cohen, pakar keganasan siber di Institut Pengajian Keselamatan Negara di Israel.

“Selepas meninggalkan pasukan tentera, pakar terbabit akan menggunakan pengetahuan mereka untuk membuka sebuah syarikat baharu atau diupah syarikat sedia ada dengan gaji lumayan.”
Bbadan bukan kerajaan (NGO) Britain, Privacy International dalam satu laporan baru-baru ini mendedahkan terdapat 27 firma pengawasan yang berpangkalan di Israel.

Monday, 29 August 2016

Bumiputera Harus Terus Kekal di Pulau Pinang


Video Bapa ADUN DAP Pulau Pinang kantoi terima rasuah ?


GEORGE TOWN: Bapa kepada seorang Adun Pulau Pinang didakwa meminta “rasuah” untuk “potong barisan” bai mendapatkan unit perumahan mampu milik di negeri itu selepas videonya sedang melakukan perbuatan itu didedahkan, dakwa Gerakan hari ini.

Naib Presiden 1 Gerakan Pulau Pinang I Oh Tong Keong berkata video itu, yang didedahkan di laman web Facebook Penang Kini – menunjukkan seorang lelaki dipercayai individu bernama Lim Keat Seong, bapa Adun Sungai Pinang, Lim Siew Khim sedang “berkelahi” berhubung bayaran “rasuah” itu.

Tong Keong berkata berdasarkan analisis terhadap video itu, Keat Seong didakwa mengutip bayaran untuk unit perumahan itu, tetapi gagal menunaikan janjinya.

“Mereka (pelanggan Keat Seong) diminta membayar RM260 untuk borang dan kemudian “Agent Lim” atau “Uncle Lim” akan mengesahkan mereka akan dapat unit mampu milik itu.
“Namun, berdasarkan video itu, nampaknya pelanggan Uncle Lim meminta semua wang mereka dikembalikan, kerana janji mendapat rumah mampu milik itu tidak ditepati,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Gerakan di sini, hari ini.

Siew Khim, ketika dihubungi berkata beliau akan mengadakan sidang akhbar untuk menjelaskan isu itu.

Sementara itu, Ketua Jawatankuasa Kecil Anti Rasuah dan Tanah Gerakan Pulau Pinang, Hng Khoon Leng berkata isu itu bukan perkara baru dan mendakwa menerima banyak maklumat mengenainya.
“Kami terima banyak maklumat mengenainya, tetapi tidak ada bukti.
“Hari ini kami dapat video untuk mengesahkannya. Kami sekarang yakin untuk mengatakan kebanyakan projek perumahan negeri terbabit dengan amalan rasuah,” katanya pada sidang media sama.

Tong Keong sependapat dengan Khoon Leng berkata, orang tengah seperti ini menafikan pemohon yang lebih layak untuk mendapatkan rumah mampu milik.
Mereka menasihatkan sesiapa yang membayar untuk memohon mendapatkan perumahan negeri membuat aduan kepada Gerakan serta-merta atau menghubungi Khoon Leng di talian 012-409-871.


SUMBER - KLIK SINI






Bumiputera Harus Terus Kekal di Pulau Pinang



GEORGETOWN: Golongan Bumiputera Pulau Pinang dinasihat kekal di negeri itu walaupun mendapat tekanan hebat daripada kerajaan negeri pimpinan DAP. Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil, berkata golongan itu tidak perlu takut atau gentar dengan agenda pakatan pembangkang yang cuba mengusir anak jati Pulau Pinang dari kawasan bandar. Katanya,

kerajaan Pusat juga maklum mengenai dasar pilih kasih dan penindasan diketengahkan Kerajaan DAP Pulau Pinang terhadap rakyat di negeri ini, selain berusaha menyelesaikan masalah berkenaan.

"Kita harap Bumiputera Pulau Pinang tak lari dari kampung halaman mereka walaupun kita tahu kerajaan negeri sekarang membawa masuk orang luar untuk beli dan mendiami kebanyakan kawasan di negeri ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Tanjong lepas.

bharian

Netizen Terkejut Lihat Cara Latihan Keras Penerjun Negara, Nur Dhabitah

Nama penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri semakin dikenali selepas melayakkan diri ke sukan Olimpik Rio 2016, baru-baru ini. 

Penampilan pertama di sukan terbesar dunia itu, memperlihatkan potensi yang ada pada penerjun berusia 17 tahun selepas mara ke peringkat akhir acara terjun 10 meter perseorangan wanita bersekali dengan Pandelela Rinong Pamg. 

Meskipun menerima pandangan serta komen yang bercampur baur di kalangan netizen, ada yang memuji dan tak kurang juga yang mengkritik penampilannya, itu sesekali tidak mencalar semangat anak muda ini.

Baru-baru ini, Dhabitah telah berkongsi sekeping gambar menunjukkan latihan keras yang dilalui untuk bergelar atlet bertaraf dunia. 

"Inilah bagaimana team penerjun negara dilatih. Seperti yang saya pernah beritahu sebelum ini, bukan mudah untuk menjalani latihan tersebut dan menjadi atlet bertaraf dunia."

"Sebab itu saya sangat menghargai segala sokongan dan semangat yang diberikan. Tolong jangan berhenti dan janganlah membenci saya.."

Ternyata melalui gambar yang ditunjukkan bukanlah satu cabaran dan juga latihan mudah untuknya sehingga mencapai tahap seperti hari ini. 

Dalam masa yang sama, para penyokong Dhabitah terus memberikan kata-kata semangat menerusi laman sosial itu. 

Sebelum ini, nama Dhabitah turut menjadi viral kerana dikatakan mempunyai sikap gemar tersenyum dan sekaligus membuatkan dia lain dari yang lain

Video Bapa ADUN DAP Pulau Pinang kantoi terima rasuah ?


GEORGE TOWN: Bapa kepada seorang Adun Pulau Pinang didakwa meminta “rasuah” untuk “potong barisan” bai mendapatkan unit perumahan mampu milik di negeri itu selepas videonya sedang melakukan perbuatan itu didedahkan, dakwa Gerakan hari ini.

Naib Presiden 1 Gerakan Pulau Pinang I Oh Tong Keong berkata video itu, yang didedahkan di laman web Facebook Penang Kini – menunjukkan seorang lelaki dipercayai individu bernama Lim Keat Seong, bapa Adun Sungai Pinang, Lim Siew Khim sedang “berkelahi” berhubung bayaran “rasuah” itu.

Tong Keong berkata berdasarkan analisis terhadap video itu, Keat Seong didakwa mengutip bayaran untuk unit perumahan itu, tetapi gagal menunaikan janjinya.

“Mereka (pelanggan Keat Seong) diminta membayar RM260 untuk borang dan kemudian “Agent Lim” atau “Uncle Lim” akan mengesahkan mereka akan dapat unit mampu milik itu.
“Namun, berdasarkan video itu, nampaknya pelanggan Uncle Lim meminta semua wang mereka dikembalikan, kerana janji mendapat rumah mampu milik itu tidak ditepati,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Gerakan di sini, hari ini.

Siew Khim, ketika dihubungi berkata beliau akan mengadakan sidang akhbar untuk menjelaskan isu itu.

Sementara itu, Ketua Jawatankuasa Kecil Anti Rasuah dan Tanah Gerakan Pulau Pinang, Hng Khoon Leng berkata isu itu bukan perkara baru dan mendakwa menerima banyak maklumat mengenainya.
“Kami terima banyak maklumat mengenainya, tetapi tidak ada bukti.
“Hari ini kami dapat video untuk mengesahkannya. Kami sekarang yakin untuk mengatakan kebanyakan projek perumahan negeri terbabit dengan amalan rasuah,” katanya pada sidang media sama.

Tong Keong sependapat dengan Khoon Leng berkata, orang tengah seperti ini menafikan pemohon yang lebih layak untuk mendapatkan rumah mampu milik.
Mereka menasihatkan sesiapa yang membayar untuk memohon mendapatkan perumahan negeri membuat aduan kepada Gerakan serta-merta atau menghubungi Khoon Leng di talian 012-409-871.


SUMBER - KLIK SINI






Mural Rajinikanth tarik pelanggan



GEORGETOWN - Wajah bintang dan pelakon popular India, Rajinikanth kini diabadikan pada dinding sebuah kedai roti bakar popular di Jalan Transfer, di sini.

Mural bintang filem Kabali itu dilukis oleh pelukis komik terkenal, Azmi Hussin yang sebelum ini terkenal dengan komik Little Mamak.

Pemilik Kedai Roti Bakar Naina, Naina Mohamed, 38 berkata, mural yang dilukis di kedainya itu sebagai penarik perhatian pelanggan.

“Siapa tak kenal dengan pelakon tersohor India, Rajinikanth, semua orang kenal, jadi kami sengaja lukis mural beliau di sini sama seperti warga Pulau Pinang sedang menikmati sarapan pagi berserta roti bakar dan juga telur.

“Ini juga untuk menceriakan kedai selain membuatkan pelanggan lebih gembira,” katanya.

Sementara itu Azmi, 32 berkata, dia mencari ilham untuk lukisan mural itu apabila melihat wajah pelakon utama Kabali itu berada di mana sahaja.

“Orang ramai menggilai filem ini. Di Internet, saya lihat kereta turut dihiasi dengan wajah pelakon Kabali dan pesawat Air Asia juga dicat dengan iklan Kabali.

“Jadi saya fikir apa salahnya meletakkan wajah dia menjadi mural,” katanya yang juga salah seorang peminat Rajinikanth.

Kedai Roti Bakar Naina itu dikunjungi pelanggan bermula dari jam 8 pagi hingga 12 tengahari dan uniknya kedai ini menghidangkan roti bakar menggunakan arang.

Naina berkata, dia sudah menjalankan perniagaan berkenaan sejak 16 tahun dahulu.

Menurutnya, penduduk di negeri ini sememangnya menggemari roti Benggali untuk dijadikan sarapan tidak kira di cicah ataupun dibakar.

“Tetapi kami menggunakan cara istimewa iaitu membakar roti yang disapu planta menggunakan arang dan jarang dibuat oleh peniaga lain.

“Roti ini juga boleh dihidangkan dalam pelbagai cara termasuk meletakkan telur separuh masak di atasnya ataupun di cicah dengan susu, itulah cara pelanggan kami suka,” katanya.

Lokasi gerai yang terletak hanya kira-kira 300 meter dari Pasar Chowrasta mencecah lebih daripada 300 pelanggan sehari dan terdiri daripada pelbagai bangsa.

“Boleh dikatakan orang luar juga menjadikan gerai saya sebagai lokasi utama mereka untuk makan.

“Selain murah dan berpatutan, ia lain daripada yang lain,”  katanya.

Jangan lari dari Tanjung, gesa Shahrizat kepada Bumiputera Pulau Pinang

GEORGE TOWN: Bumiputera di Pulau Pinang digesa terus kekal mendiami kawasan bandar negeri itu dan tidak perlu takut dengan agenda pakatan pembangkang, kata Ketua Wanita Umno Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

“Ini (yang) menjadi agenda belah sana…dia akan bawa orang luar beli rumah di sini…dia akan mempunyai pelan strategik.

“Bumiputera Pulau Pinang jangan takut atau gementar, jangan lari daripada Tanjung…,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Tanjung di sini hari ini.

Beliau berkata kerajaan negeri pimpinan DAP sekarang ini boleh dibaratkan sebagai ‘indah khabar dari rupa’ kerana berdasarkan maklum balas yang diterima terdapat banyak rungutan daripada rakyat Pulau Pinang yang menyatakan perasaan tidak puas hati terhadap kepimpinan kerajaan negeri.
Berdasarkan perkembangan itu, beliau yakin Barisan Nasional (BN) mempunyai peluang untuk kembali memerintah di negeri itu.

“Tapi kita mesti terus bersatu memberi sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kita jangan biar sesiapa pun membawa unsur-unsur perpecahan dalam Umno,” katanya.
Sementara itu, ketiga-tiga sayap Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Tanjung menyatakan ikrar menyokong penuh kepimpinan Najib sebagai presiden Umno dan perdana menteri.

“Mereka semua berikrar dengan rela hati dengan penuh keikhlasan (menyatakan) sokongan mereka terhadap Datuk Seri Najib…saya amat besar hati (untuk) sampaikan pesan mereka kepada presiden,” katanya.

HUKUMAN MATI BUAT PENCEROBOH LAHAD DATU. SETUJU ATAU TIDAK?


Kes pencerobohan di Lahad Datu kekal dalam lipatan sejarah dan menjadi peristiwa perit buat pasukan keselamatan dalam menjalankan tugas memelihara kedaulatan negara.

Kenyataan Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali baru-baru ini mengenai semakan semula hukuman terhadap pesalah-pesalah di dalam kes berkenaan disambut baik ramai pihak terutama sekali sebahagian besar anggota pasukan keselamatan negara.

Apandi mengesahkan pihaknya telah mengemukakan rayuan semakan semula hukuman dijatuhkan kepada sembilan daripada 14 individu yang terbabit dalam pencerobohan Lahad Datu, Sabah, tiga tahun lalu.

Difahamkan, pihak Peguam Negara sudahpun menfailkan notis rayuan.

Tindakan Peguam Negara adalah sesuatu yang amat diharapkan berikutan hukuman penjara yang dikenakan sebelum ini tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.

Mengikut undang-undang, kesalahan yang dilakukan itu boleh dikenakan hukuman mati. Setidak-tidaknya ia (hukuman mati) dikenakan ke atas ketua-ketua mereka. Eloklah jika begitu, ia secara tidak langsung dapat mengurangkan kos operasi di penjara.

Sebelum ini, sembilan tertuduh dikenakan hukuman penjara seumur hidup selepas didapati bersalah melancarkan peperangan ke atas Yang Dipertuan Agong.

Hakikatnya, apa saja hal berkaitan kedaulatan negara dan cubaan jahat ke atas institusi raja menjadi satu perkara yang tidak boleh dikrompomi atau dipandang ringan. Hukuman setimpal wajar dikenakan kepada mereka yang mempunyai atau telah melakukan kesalahan-kesalahan sedemikian.

Di Thailand misalnya, seorang lelaki Piya Jal Kittipan dijatuhkan hukuman penjara selama enam tahun berikutan komennya yang berunsur fitnah, penghinaan dan ancaman terhadap institusi raja di negara terbabit.

Begitu juga dengan seorang aktivis Thailand, Somyot Pruksakasemsuk yang dikenakan hukuman penjara 10 tahun selepas menulis artikel berunsur penghinaan kepada kerajaan pemerintah.

Ada sebahagian kecil negara Barat yang mengecam senario yang berlaku di Thailand. Daripada forum-forum perbincangan umpamanya, Thailand dilabel sebagai negara 'kuku besi' apabila dikatakan bertindak zalim kepada rakyatnya. Walhal prinsip kesetiaan kepada raja menjadi prinsip utama di negara tersebut.

Begitu juga dengan United Kingdom dan lain-lain negara beraja di seluruh dunia. Institusi raja diletakkan pada tangga paling tinggi. Seluruh rakyat jelata perlu menzahirkan taat setia kepada
institusi rajanya. Mana-mana pihak yang cuba mencabar institusi ini, pasti menerima hukuman yang setimpal.

Di Malaysia, prinsip Kesetiaan kepada Raja dan Negara terletak ditangga kedua, selepas Kepercayaan kepada Tuhan sebagaimana terkandung di dalam Rukun Negara.

Oleh yang demikian, mana-mana pihak yang cuba mencabar prinsip di dalam Rukun Negara itu wajar dikenakan hukuman setimpal. Tidak kira samada mereka warganegara Malaysia atau sebaliknya.

Dalam kes Lahad Datu, ia bukan sahaja mencabar kedaulatan negara dan institusi raja tetapi turut membunuh anggota pasukan keselamatan.

Barangkali ada di kalangan masyarakat Malaysia terutamanya mereka dikalangan peguam cuba menaikkan sentimen Hak Asasi Manusia atau membangkitkan budaya manusia bertamadun.
Maksudnya, hukuman mati tidak boleh dikenakan sewenang-wenangnya ke atas setiap manusia di atas muka bumi. Manusia akan insaf dan bertaubat serta berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama.

Namun, apakah penceroboh Lahad Datu ini benar-benar insaf serta tidak akan mengulangi kesalahan sama dan hukuman penjara seumur hidup sudah memadai untuk mereka yang membunuh anggota pasukan keselamatan negara?

#NegaraBerdaulat #4uMalaysia #LahadDatu #KedaulatanNegara

Tohmahan DOJ untuk runtuhkan negara Islam


Sunday, 28 August 2016

Mayat mangsa tragedi bot karam Bagan Jermal dijumpai

                  

GEORGE TOWN:  Mayat mangsa tragedi bot karam di perairan Pulau Pinang berdekatan Bagan Jermal, di sini pada Jumaat malam telah ditemui di Perairan Gurney pagi Ahad.

Timbalan Pengarah Operasi Daerah Maritim 2 Pulau Pinang, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Komander Maritim Azman Samsudin berkata mayat Rosmin Selamat, 62 tahun, dijumpai orang awam pada jam 8 pagi di Perairan Gurney, kira-kira 35 jam selepas dilaporkan hilang.

Jenazah mangsa yang berasal dari Pantai Remis, Perak itu telah dihantar ke Jabatan Patologi Hospital Pulau Pinang dan kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Susulan penemuan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang turut melibatkan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan orang awam ditamatkan.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam Jumaat, bot fiber yang dinaiki Rosmin dan enam lagi pekerja kontrak di Pulau Jerejak karam di perairan Pantai Bagan Jermal akibat dipukul ombak.

Mayat mangsa tragedi bot karam Bagan Jermal dijumpai

GEORGE TOWN:  Mayat mangsa tragedi bot karam di perairan Pulau Pinang berdekatan Bagan Jermal, di sini pada Jumaat malam telah ditemui di Perairan Gurney pagi Ahad.

Timbalan Pengarah Operasi Daerah Maritim 2 Pulau Pinang, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Komander Maritim Azman Samsudin berkata mayat Rosmin Selamat, 62 tahun, dijumpai orang awam pada jam 8 pagi di Perairan Gurney, kira-kira 35 jam selepas dilaporkan hilang.

Jenazah mangsa yang berasal dari Pantai Remis, Perak itu telah dihantar ke Jabatan Patologi Hospital Pulau Pinang dan kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Susulan penemuan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang turut melibatkan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan orang awam ditamatkan.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam Jumaat, bot fiber yang dinaiki Rosmin dan enam lagi pekerja kontrak di Pulau Jerejak karam di perairan Pantai Bagan Jermal akibat dipukul ombak.

Kerja Kosong Penang Penolong Pustakawan S24 |

Demo haram: Apa kaitan Maria Ozawa, LGBT?


Demo haram kononnya nak tangkap Malaysia Official 1 (MO1) bertukar menjadi lawak dan tanda tanya bagi golongan muda belia yang seakan-akan pelik dengan kehadiran poster Mariz Ozawa.

Apa kaitannya dengan demo yang sepatutnya mencari orang dan dari situ mulalah cakap-cakap belakang menerangkan Maria Ozawa adalah pelakon lucah ternama Jepun yang sangat popular di rantau Asia Tenggara terutama negara jiran kita, Indonesia.

Namun persoalannya kenapa nama Maria Ozawa secara tiba-tiba timbul di Dataran Merdeka, adakah demo haram #Tangkap MO1 sudah hilang arah tujuan asal.

Demo haram yang berlangsung hampir tiga jam mula menjadi sensasi dalam kalangan netizen.

Mungkin ada kalangan peserta perhimpunan itu menganggap sebagai jenaka yakni MO kononnya merujuk kepada Maria Ozawa.

Di samping itu, tujuan asal demo haram dilihat semakin terpesong apabila warna hitam putih yang menjadi warna rasmi perhimpunan haram #Tangkap MO1 turut dihadiri bendera pelangi melambangkan perjuangan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang dikibar megah.

Ia sekali gus menggambarkan kumpulan yang mengamalkan amalan dikutuk oleh Allah SWT ketika era Nabi Luth dan dilaknat Nabi Muhammad SAW turut menyokong perjuangan penganjur #Tangkap MO1 menentang kerajaan Malaysia yang diketahui anti-LGBT.

Perkara itu turut dilaporkan portal berita pro-pembangkang dengan memaparkan cerita beberapa peserta yang bangga dapat mengibarkan bendera kemegahan golongan LGBT tersebut sewaktu berarak di pusat bandar raya memberi sokongan kepada kempen #Tangkap MO1.

Peserta yang dengan megah memegang bendera LGBT itu yang secara tidak langsung memberi gambaran demonstrasi haram itu perlu memasukkan sekali agenda perjuangan terkutuk LGBT jika berhasrat menganjurkan perhimpunan sama sekali lagi pada masa depan.

Kumpulan LGBT pernah muncul memeriahkan demonstrasi jalanan Bersih 4.0 tahun lalu selain peserta gerakan murtad dan Muslim Liberal Pluralisme sehingga dikecam umat Islam kerana dianggap mahu menjadikan Malaysia mengiktiraf hak asasi songsang Barat.

Dalam pada itu di sebalik kehadiran lebih 500 anggota polis berkawal di sekitar Dataran Merdeka demi menjaga keamanan sepanjang himpunan #TangkapMO1 berlangsung di Kuala Lumpur, masih juga berlaku kekecohan tetapi lucunya melibatkan peserta terlibat sendiri.

Portal antikerajaan melaporkan pergaduhan ala aksi filem Tamil terkenal Kabali lakonan aktor Rajinikanth itu meletus sesama mereka apabila kumpulan mahasiswa yang propembangkang dan sayap Angkatan Muda Keadilan PKR tidak berpuas hati antara satu sama lain.

Insiden itu menjadi lebih kecoh apabila keadaan di antara Jalan Tun Perak dan Jalan Raja Laut sesak dengan orang ramai serta kenderaan yang membawa beberapa pimpinan pelajar sehingga menjadi ‘bahan jenaka’ netizen kerana penyokong pembangkang pun tidak bersatu.

Secara keseluruhan apa yang paling menyedihkan sekali pemimpin yang sepatutnya dengan riak memimpin barisan peserta demo haram ini melarikan diri dan bercuti di Pulau Langkawi, Kedah.

Ia dinyatakan sendiri menerusi laman sosial Facebook, Kelab Che Det.

Status posting tersebut dikemas kini pentadbir akaun tersebut beberapa jam yang lalu dan beliau dilaporkan bermalam terlebih dahulu di Pulau Pinang setelah menghadiri satu majlis di Ketereh, Terengganu sebelum bertolak ke pulau lagenda Mahsuri itu pada pagi Sabtu.

Dengan itu ternyata sekali apa yang dilaporkan oleh portal propembangkang terkenal MalaysiaKini, jelas satu pembohongan paling ketara dan hanya helah untuk menarik lebih ramai peserta hadir menyertai demonstrasi haram tersebut.-bnbbc

Saturday, 27 August 2016

DAP Bukan Pilihan Terbaik Tadbir Pulau Pinang- Abdul Rahman


DAP PARTI PALING RASIS & PARTI MAHATHIR PASTI GAGAL - SIAPA YANG KATA?


Sebelum ini MiM telah menulis bahawa pembangkang memang membuang masa dan tidak patut bertanding kerana mereka tidak mungkin sanggup berkorban dan berkongsi kerusi terutamanya parti cauvinis DAP.

MiM memberi contoh bukti apabila DAP tidak sanggup memberikan kerusi DUN kepada PKR hingga menyebabkan pilihanraya mengejut di Pulau Pinang tidak dapat dilaksanakan dan memalukan Lim Guan Eng.- teruskan Membaca Klik Sini--> Dr MiM

Pulau Pinang Tempat Keempat Terbaik Di Dunia Best in Travel 2016


Rakyat Malaysia, khususnya orang Pulau Pinang sekali lagi boleh berbangga dengan pengiktirafan ini, yang mana Pulau Pinang Tempat Keempat Terbaik Di Dunia Best in Travel 2016 mengikut Lonely Planet ‘Top 10 Cities List”. Pilihan sebagai tempat keempat ini memberikan gambaran bahawa Pulau Pinang adalah satu destinasi pelancongan antara yang terbaik di dunia yang dipilih oleh pihak Lonely Planet.


Tahun ini juga, Pulau Pinang akan menjadi Tuan Rumah untuk Persidangan Pelancongan Dunia 2016 atau World Tourism Conference 2016 (WTC 2016) bermula dari tarikh 17 hingga 19 Oktober 2016 selepas Bandaraya Melaka pada tahun 2013, Kota Kinabalu pada tahun 2010 dan Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Umum mengetahui bahawa, Pulau Pinang telah lama disenaraikan sebagai Tapak Warisan Budaya Dunia UNESCO sejak tahun 2008. Oleh itu, pemilihan bandar George Town di Pulau Pinang adalah pilihan yang tepat sebagai tempat untuk WTC 2016.




George Town ialah ibu kota Pulau Pinang yang terdetak di seberang tanah besar dan punyai keunikkan tersendiri. Manakala sebelah pulau pula, ia mempunyai pelbagai kebudayaan dan tarikan pelancongan utama termasuk yang paling terkenal ialah ‘street food’. Tidak juga lupa, ada banyak bangunan lama yang menjadi ikon pembangunan bandar Pulau Pinang khususnya dan juga tarikan terkini dengan lukisan mural dan street art di Pulau Pinang yang bertaraf dunia.

Tahniah buat orang Pulau Pinang dan semestinya Tahniah Malaysia kerana Penang tercalon dalam tempat keempat

Pastikan power bank ada label SIRIM sebelum beli - FOMCA


FOMCA turut mencadangkan agar power bank disenaraikan sebagai produk yang yang perlu diuji dan diberikan label keselamatan SIRIM bagi menjamin keselamatan pengguna. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pengguna dinasihatkan sentiasa memastikan sesuatu barangan yang hendak dibeli mempunyai label dan tanda pengesahan keselamatan SIRIM, terutama bagi produk elektrik dan elektronik.

Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) Mohd Yusof Abdul Rahman berkata produk yang memiliki label tersebut memberi jaminan kepada pengguna bahawa ia selamat untuk digunakan.

"Jika barangan itu dibeli di kedai dan berlaku sesuatu kemalangan seperti terbakar, pengguna boleh membuat tuntutan pampasan daripada kedai tersebut," katanya kepada Bernama di sini pada Jumaat.

Beliau diminta mengulas kejadian membabitkan seorang jurukamera Bernama News Channel (BNC) yang melecur di paha kiri apabila power bank miliknya terbakar secara tiba-tiba, pada Khamis.

Mohd Yusof berkata pengguna juga dinasihat untuk memastikan sesuatu produk yang hendak dibeli adalah berkualiti dan hanya membeli di premis atau kedai yang diyakini.

Beliau turut mencadangkan agar power bank disenaraikan sebagai produk yang yang perlu diuji dan diberikan label keselamatan SIRIM bagi menjamin keselamatan pengguna.

Sementara itu, jurukamera tersebut Ahmad Shahuri Mat Jaan, 43, yang sedang menerima rawatan di sebuah hospital swasta di sini berkata ketika kejadian beliau sedang bertugas membuat liputan berita di satu majlis di Chow Kit, kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Katanya semasa sedang menunggu majlis tersebut bermula, seorang wanita secara tiba-tiba menjerit ke arahnya dan memberitahu beg galasnya yang mengandungi power bank itu sedang terbakar.

"Menyedari terdapat api di bawah beg yang sedang saya riba, saya terus mencampakkannya ke lantai untuk memadamkan api," katanya kepada Bernama ketika ditemui di hospital tersebut hari ini.
Beliau kemudian terus ke tandas berhampiran bagi mencuci kesan kebakaran di seluarnya sebelum mendapati kulit pahanya melecur teruk sehingga melekat pada seluar.

Katanya beliau mendapatkan rawatan di sebuah klinik sejurus selepas kejadian sebelum dipindahkan ke hospital swasta tersebut bagi menjalani rawatan membuang sel kulit mati akibat lecuran di paha kirinya dan kini ditempatkan di wad biasa.-AstroAwani

Unit ASW 2020 umum dividen 6.30 sen


KUALA LUMPUR: Amanah Saham Nasional Bhd, anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB), hari ini mengumumkan dividen 6.30 sen bagi unit Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020) bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Ogos, 2016.

Dividen itu merupakan penurunan 10 sen seunit daripada 6.40 sen yang diisytiharkan tahun lepas.
Bercakap pada sidang akhbar sulungnya sebagai Pengerusi PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata agihan pendapatan tahun ini melibatkan jumlah pembayaran sebanyak RM1.146 bilion dan memberi manfaat kepada 878,000 pemegang unit, yang ketika ini memegang 18.193 bilion unit ASW 2020.

Beliau berkata dividen 6.30 sen itu baik memandangkan keadaan tidak menentu dalam pasaran tempatan tahun ini yang menjejaskan prestasi FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).
Sehingga 24 Ogos, ASW 2020 mencatatkan pendapatan kasar RM1.394 bilion.

Daripada jumlah ini, keuntungan daripada jualan saham menyumbang RM735.83 juta atau 52.8%, keseluruhan pendapatan hasil dividen daripada syarikat penerima pelaburan menyumbang RM451.7 juta atau 32.4%.

Baki RM206.84 juta atau 14.8% diperoleh daripada instrumen jangka pendek dan pendapatan lain.
Agihan pendapatan akan dilabur semula secara automatik dalam bentuk unit, yang akan dikreditkan ke akaun pemegang unit pada 1 September.

Semua urus niaga bagi ASW 2020 digantung bermula semalam sehingga 31 Ogos bagi memudahkan pengiraan agihan pendapatan.

Semua pemegang unit boleh mengemas kini akaun mereka di mana-mana cawangan atau ejen ASNB di seluruh negara bermula 1 September.

Friday, 26 August 2016

Generasi Muda Harus Hayati Sejarah Negara Supaya Lebih Patrotik - Reezal Merican


Dr Mahathir mohon maaf kepada Agong


Pada Februari lalu, Majlis Raja-Raja telah meminta Rang Undang-Undang (RUU) MKN diperhalusi, tetapi tidak dilaksanakan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memohon maaf kepada Yang Di-Pertuan Agong kerana pindaan perlembagaan yang perlu kelulusan dan tandatangan Baginda tidak lagi menjadi keperluan bagi menjadikan suatu akta sebagai undang-undang.

Bekas Perdana Menteri tersebut dalam catatan blognya pada Khamis, berkata ia kerana pindaan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) baharu telah mula berkuatkuasa walaupun Baginda tidak menandatanganinya.

Bagaimanapun, Dr Mahathir menegaskan bahawa pindaan tersebut bukan meliputi semua undang-undang di negara ini.

Lebih 30 prosiding yang tersenarai dalam Perlembagaan memerlukan persetujuan Baginda sebahagian darinya tanpa mendapatkan nasihat Perdana Menteri.

Akta MKN memberi Perdana Menteri kuasa untuk mengisytiharkan zon keselamatan, di mana pasukan keselamatan akan mengambil alih.

Dr Mahathir berkata perisytiharan darurat hanya diberi kepada baginda kerana implikasinya serius kerana memberi hak kepada kerajaan menggantung pelaksanaan undang-undang.

Pada tahun 1994, pentadbiran yang diterajui Dr Mahathir meluluskan pindaan perlembagaan bagi Parlimen dan Senat meluluskan undang-undang untuk menjadi undang-undang dalam tempoh 30 hari. Ini tidak kira sama ada Yang di-Pertuan Agong memberi perkenan Baginda.

Pada 17 Februari lalu, Majlis Raja-Raja telah meminta Rang Undang-Undang (RUU) MKN diperhalusi, tetapi tidak dilaksanakan.
Pada 18 Februari, warta negara, RUU MKN secara automatik diperkenankan sepertimana pindaan dibuat oleh kerajaan ditadbir Dr Mahathir.

Pada Jun lalu, RUU itu telah diwartakan sebagai undang-undang, dan berkuat kuasa pada 1 Ogos lalu.-awani

PM umum cadangan pindaan undang-undang perceraian



PUTRAJAYA: Kabinet bersetuju supaya cadangan pindaan ke atas Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (Akta 164) diselaraskan dengan segera, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketika membuat pengumuman yang menyentuh perihal kebajikan wanita dan anak-anak semasa merasmikan Sambutan Hari Wanita 2016 di sini hari ini, beliau berkata pindaan akta itu dijangka dibentangkan pada sesi Parlimen akan datang, menerusi Kementerian Dalam Negeri.

Beliau berkata Akta 164 yang merupakan undang-undang keluarga bagi perkahwinan dan perceraian pasangan bukan Islam akan dipinda berpandukan kepada tiga prinsip utama.

Yang pertama, katanya, sebarang isu berbangkit berkenaan perceraian bagi perkahwinan yang didaftarkan secara sivil, perlulah diselesaikan di Mahkamah Sivil terlebih dahulu.

“Ini bagi memastikan tuntutan-tuntutan seperti hak jagaan dan nafkah anak-anak hingga ke peringkat pendidikan tertinggi adalah terpelihara dan terjamin,” katanya.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata prinsip kedua perlu berpaksikan kepada prinsip keadilan sejagat, iaitu pindaan akta tersebut akan memberikan peluang kepada pasangan untuk menyelesaikan isu perkahwinan sivil di Mahkamah Sivil.

“Ia (melalui prinsip ini) membolehkan mereka meneruskan kehidupan masing-masing seperti untuk berkahwin lain,” jelasnya.

Menyentuh prinsip ketiga pula, Najib berkata percanggahan yang berlaku antara Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah berbangkit daripada pemelukan agama Islam oleh salah seorang pasangan dapat diselesaikan dan seterusnya kelompangan perundangan dan pertindahan peruntukan undang-undang sedia ada dapat diselesaikan.

Kesal dengan peningkatan kes jenayah ke atas kanak-kanak, perdana menteri turut mengumumkan penubuhan satu pasukan petugas untuk mengkaji dan meneliti isu berkaitan jenayah seks terutama jenayah rogol membabitkan kanak-kanak.

Najib berkata pasukan petugas tersebut akan dipengerusikan oleh menteri di jabatan perdana menteri dan dianggotai oleh pihak-pihak yang berkenaan.

“Saya teramat kesal, sejak kebelakangan ini terdapat peningkatan masalah gejala sosial yang melibatkan penganiayaan dan perkosaan kanak-kanak.

“Seumpamanya, baru-baru ini, terdapat kes membabitkan seorang warganegara asing yang telahpun dijatuhkan hukuman akibat bersalah mencabul dan membuat serangan seks terhadap kanak-kanak, termasuklah daripada Malaysia,” katanya.

Turut hadir pada sambutan Hari Wanita 2016 bertemakan “Sepadu Usaha: Tiada Wanita Ketinggalan” ialah isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Indonesia, sila fikir perasaan Malaysia sebelum tukar nama Laut China Selatan


PETALING JAYA: Indonesia sepatutnya memikirkan perasaan negara jiran termasuk Malaysia apabila republik itu bercadang untuk menukar nama Laut China Selatan kepada Laut Natuna, kata Pakar Geostrategi Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Dr Azmi Hassan.

Beliau berkata penukaran nama Laut China Selatan yang laluannya dikongsi kebanyakan negara Asean berkenaan juga tidak akan memberi sebarang kesan ekonomi kepada negara merah putih itu.
“Hanya jati diri rakyat Indonesia boleh dikatakan akan naik, itu saja. Maksudnya, kerajaan Indonesia mempertahankan kedaulatan mereka.

“Jadi, daripada segi ekonomi dan perundangan ia tidak akan membawa sebarang implikasi,” katanya ketika dihubungi FMT, hari ini.

Semalam, Menteri Koordinator Bidang Kemaritiman Luhut Binsar Panjaitan berkata cadangan mengubah nama Laut China Selatan itu dianggap tepat kerana wilayah perairan tersebut memang berada di sekitar Kepulauan Natuna.
Luhut berkata pada masa ini kerajaan Indonesia masih mengkaji cadangan perubahan nama itu dan ia bertujuan memperkukuhkan hak republik berkenaan ke atas perairan yang kerap dicerobohi kapal dan pesawat negara asing.

Azmi berkata, Indonesia tidak berhak untuk menukar nama perairan berkenaan kerana ia masih dalam perebutan dan pertindihan di beberapa negara.

“Indonesia tidak mempunyai hak langsung untuk menukar nama. Kalau pulau berkenaan sudah menjadi milik Indonesia dan mereka berhasrat mahu menukar nama, itu tidak mengapa.
“Tapi Natuna adalah sebahagian dan bersempadankan dengan Malaysia, jadi Indonesia tidak tidak boleh melakukan sedemikian,” katanya.

Indonesia mendakwa Laut China Selatan berada dalam wilayah perairan negaranya iaitu termasuk dalam 200 batu nautika zon ekonomi eksklusif di sekitar Kepulauan Natuna, di barat laut Kalimantan.
Pada Jun lepas, pihak berkuasa Indonesia menembak kapal nelayan dari China kerana memasuki kawasan perairan dekat Kepulauan Natuna dan tindakan itu dibantah China.

Seminggu selepas kejadian itu, Presiden Indonesia Joko Widodo membalas dengan mengadakan mesyuarat khas bersama beberapa menterinya di atas kapal perang milik Angkatan Laut Tentera Nasional Indonesia yang berlayar dan membuat rondaan sekitar kawasan perairan berkenaan.
Pada Julai lepas, Tribunal Timbang Tara berpangkalan di The Hague, Belanda menolak tuntutan China yang mendakwa mempunyai ‘hak sejarah’ ke atas gugusan pulau di Laut China Selatan.
Tribunal merumuskan tiada asas undang-undang bagi China untuk mendakwa hak sejarah di 9 titik garisan di kawasan laut berkenaan.


sumber FMT

Thursday, 25 August 2016

Politik Perkauman DAP. Umpama ' Orang Yang Tidak Mengaku Membuang Najis Di Tengah Jalan'


MUNGKINKAH ANWAR DAN MAHATHIR AKAN BERGABUNG?


Ketika pakatan harapan sedang bergolak dengan parti gabungannya masing-masing berdepan dengan konflik dalaman, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mengambil kesempatan dengan menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Pribumi).

Melalui Pribumi, Mahathir memberi amaran, pakatan pembangkang akan kalah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) jika mereka tidak bersatu dan menerima Pribumi untuk bergabung menjadi satu komponen parti pembangkang.

Namun persoalan yang tercetus ialah sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu bergabung dengan Mahathir, selepas apa yang berlaku kepadanya selama ini?

Pada tahun 1998, Mahathir memecat Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Anwar kemudiannya dipenjarakan atas tuduhan liwat dan penyalahgunaan kuasa. Anwar mendakwa tuduhan tersebut telah direka oleh bekas Perdana Menteri itu.

Sejak itu kedua-duanya saling memburukkan satu sama lain. Mereka menggelar satu sama lain sebagai peliwat dan diktator serta tidak bermoral.

Berdasarkan keadaan itu, mampukah Anwar atau Mahathir menjilat kembali apa yang mereka katakan, kutuk, sindir dan serang-menyerang antara satu sama lain selama ini?

Bagaimana dengan penyokong Anwar pula?

Mereka pernah dipukul dan ditahan ketika reformasi pada era pemerintahan Mahathir. Ada antara penyokongnya yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di kem tahanan Kamunting disebabkan mereka menentang Mahathir.

Mereka juga pastinya tidak akan melupakan apa yang Mahathir lakukan? Seperti kata Datuk Nur Jazlan Mohamed sebelum ini, Anwar lebih tahu isi perut Mahathir. Jika PKR memberikan sokongan kepada Pribumi maka ia akan menjadi beban kepada PKR sendiri.-tv14

Bekas Mufti Jordan Yakin PM Mampu Pimpin Malaysia.


Bekas Mufti Jordan, Prof. Dr. Amin Mohammad Sallam Al-Manasyeh yakin Datuk Seri Najib Tun Razak mampu memimpin Malaysia menjadi salah sebuah negara terbaik di dunia.

Bagaimanapun katanya, Perdana Men­teri mesti sentiasa mematuhi ajaran al-Quran dan sunnah.

“Saya berpendapat jika Allah memberi beliau (Najib) masa, beliau akan terus memajukan dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara terbaik di dunia. Itu yang saya fikir tentang beliau,” katanya dalam wawancara de­ngan portal berita, MalaysiaGazette di sini baru-baru ini.

Amin adalah bekas Mufti Jordan selama 23 tahun dan pernah dilantik sebagai Mufti di Philadelphia dan New York di Amerika Syarikat,

Beliau juga merupakan Ketua Lujnah Pembanterasan Fahaman Syiah Jordan, bekas Imam Talaqqi Masjid Nabawi dan profesor di Universiti Mu’tah dan Universiti Jordan.

Amin yang memiliki tiga doktor falsafah dan tiga ijazah sarjana merupakan pakar al-Quran dan hadis serta menjadi penasihat syariah sebuah syarikat milik Malaysia, Dubaiz Islamic Concept Sdn. Bhd.

Beliau yang berada selama enam hari di Malaysia sempat bertemu buat kali pertama de­ngan Perdana Menteri berkata, Najib seorang mukmin.

Katanya, pada pertemuan itu, Najib dan beliau sempat berbincang pelbagai isu selain turut bersama-sama menunaikan solat hajat untuk memelihara rakyat dan kesejahteraan Malaysia.

“Kami solat hajat bersama, saya harap Allah terima doa saya. Kita cuba, Allah yang memperkenan, kita serahkan segala-galanya kepada Allah,” tambahnya.

Beliau yang suka dengan Malaysia berkata, negara ini adalah sebuah negara yang berkembang maju dan lebih moden daripada kebanyakan negara di Asia Barat termasuk Jordan.

Rakyat Malaysia, katanya, kuat bekerja dan mempunyai kehidupan yang lebih baik.

“Saya suka Malaysia, suka orang-orang di negara ini. Me­reka baik dan cukup bermurah hati,” ujar Amin yang juga mengadakan pertemuan de­ngan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob beberapa hari lalu selain menziarahi rakan dan anak-anak muridnya di Malaysia.

Imigresen Serbu Kedai Makan Siam




NIBONG TEBAL - Seramai 18 warga Thailand termasuk seorang kanak-kanak lelaki ditahan Jabatan Imigresen Pulau Pinang dalam tiga serbuan Op Selera di sekitar kawasan Seberang Perai Selatan di sini, malam semalam.

Operasi yang bermula jam 8.30 malam itu menyerbu tiga buah restoran masakan Thailand di kawasan Taman Seruling Emas,Sungai Bakap, Taman Jawi Indah, Sungai Jawi dan Taman Panchor Indah, Nibong Tebal di sini.

Timbalan Penolong Pengarah Jabatan Imigresen Pulau Pinang,Fairos Ismail berkata, operasi yang disertai 24 pegawai itu dilakukan hasil daripada maklumat orang awam dan intipan yang dilakukan pihaknya sejak beberapa minggu lalu.

Menurutnya, dalam serbuan pertama yang dilakukan enam lelaki dan seorang wanita warga Thailand ditahan manakala di lokasi kedua empat lelaki dan seorang wanita serta seorang kanak-kanak lelaki warga negara yang sama ditahan.

Sementara itu dalam serbuan ketiga, seorang lelaki dan empat wanita telah ditahan.

"Kesemua yang ditahan terdiri daripada pelayan dan tukang masak di ketiga-tiga restoran berkenaan.

"Hasil pemeriksaan didapati kebanyakan mereka tinggal di negara ini melebihi masa yang telah ditetapkan, melanggar syarat pas lawatan dan ada antara mereka langsung tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah," katanya kapada Sinar Harian.

Fairos berkata, kesemua yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal di negara ini tanpa pas yang sah, Seksyan 15 (1) (c) akta yang sama kerana tinggal melebihi masa dan Peraturan 39 (b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas yang dikeluarkan.

Katanya, kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat JIPP di seberang Jaya untuk siasatan lanjut dan dokumentasi sebelum dihantar ke Depo Tahanan Warga Asing di Juru.

Majlis Bandaraya Pulau Pinang Roboh Gerai


Wednesday, 24 August 2016

Terus Menuduh UMNO Rasis, Hanya Dakwaan Orang Bohong Dan Bodoh


PULAU PINANG, 24 Ogos – Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang, Jasmin Nordin membidas kenyataan Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (PAN), Khalid Samad yang menyifatkan Parti Pribumi Bersatu bukan sebuah parti perkauman dan membandingkan parti tersebut dengan UMNO yang didakwa beliau sebagai parti yang mengamalkan politik perkauman.

Kenyataan beliau itu kata Jasmin, dilihat sebagai cubaan untuk terus menyuburkan persepsi terhadap UMNO sebagai sebuah parti yang berasaskan kaum dan bersifat perkauman terhadap kaum bukan Melayu.

“Saya lihat kenyataan beliau itu bukanlah berdasarkan fakta tetapi hanya lebih kepada pandangan seorang politikus yang kerjanya hanya mahu memberikan gambaran negatif dan imej buruk terhadap UMNO kepada rakyat.

“Khalid cuba mengaitkan bahawa UMNO adalah parti perkauman yang mengajak orang Melayu bersatu untuk menentang kaum lain dan gambaran yang cuba beliau berikan itu bagi saya hanya memperlihatkan kebodohan beliau sebagai seorang politikus.

“Mungkin beliau lupa atau tak tahu agaknya bahawa UMNO merupakan tunjang kepada BN, di mana terdapat berbelas parti di dalam BN yang terdiri dari pelbagai kaum.

“Dan sekiranya benar UMNO itu parti perkauman dan mengajak orang Melayu bersatu menentang kaum lain, sudah tentu UMNO tidak akan kekal bersama BN lagi hari ini,”tegasnya kepada UMNO Online ketika diminta mengulas kenyataan Pengarah Komunikasi PAN itu.

Tambah beliau lagi, terlalu banyak bukti yang wujud sepanjang kewujudan UMNO sejak tahun 46 sehinggalah kini untuk menafikan dakwaan bahawa UMNO adalah sebuah parti yang mengamalkan konsep politik perkauman.

“Mungkin Khalid datang dari planet lain agaknya sebab itu dia tidak tahu bahawa UMNO bukan sahaja membantu orang Melayu, tetapi turut membantu kaum-kaum lain dalam menjalankan tanggungjawab dan amanah sebagai pentadbir dan pemerintah di negara ini.

“Hari ini kemakmuran negara bukan hanya dimiliki dan dinikmati oleh orang Melayu sahaja tetapi turut dikongsi bersama oleh kaum-kaum lain di negara ini. Bahkan kaum lain lebih ramai yang kaya raya dan berjaya berbanding orang Melayu di negara ini.

“Dalam pentadbiran negara pula, masakan ada wakil-wakil dari kaum Cina dan India di dalam kabinet sekiranya UMNO adalah parti perkauman.

“Kita dapat lihat dalam pemerintahan yang ditunjangi UMNO sejak dari Perikatan sehinggalah berubah nama kepada BN, orang-orang Cina dan India termasuk etnik lain tidak pernah dipinggirkan untuk bersama jemaah menteri bagi bersama-sama berusaha membangunkan negara dan membantu kaum masing-masing,” tegas beliau.

Justeru itu, beliau menasihati Khalid agar bercakap dengan fakta dan tidak bercakap kosong serta berbohong kepada rakyat, seolah-olah rakyat di negara ini bodoh dan tidak peka dengan apa yang berlaku.

“Sebagai pengarah komunikasi PAN, beliau kenalah jaga kredibiliti dan jangan buat kenyataan yang merapu tidak ketahuan punca. Tuduh UMNO rasis dan sebuah parti yang mengamalkan perkauman adalah satu persepsi palsu yang cuba dicipta oleh pemimpin pembangkang sepertinya sejak sekian lama untuk mengusik hati kaum bukan Melayu agar membenci UMNO.

“Dan sebelum dia nak puji atau angkat Parti Pribumi Bersatu, dia patut sedar bahawa parti yang kononnya bukan perkauman itu diasaskan oleh seorang pemimpin politik yang pernah membuat kenyataan bahawa beliau tidak perlukan undi kaum Cina untuk menang pilihanraya.

“Saya minta Khalid janganlah menganggap rakyat di negara ini bodoh dengan menghidangkan fakta dan hujah yang tidak masuk akal, yang mana secara tidak langsung memperlihatkan beliau sebagai seorang politikus yang suka bercakap auta dan bukan fakta,”jelasnya. -MediaUMNO

Penduduk kondominum Cassia Resort Kecam Kerajaan DAP?



23 OGOS : Sekumpulan penduduk kondominum Cassia Resort di Butterworth pada Selasa mengecam kerajaan DAP Pulau Pinang yang tidak mengendahkan rungutan masalah yang dihadapi di unit kediaman mereka.

Pengerusi Badan Pengurusan Bersama (JMB) Chu Weng Yew mengkritik dua ADUN DAP, Lim Hock Seng (Bagan Jermal) dan Phee Boon Poh (Sungai Puyu) kerana tidak mempedulikan rungutan penduduk disitu.

“Tolong jangan cuba keluar dan melarikan diri daripada isu itu hari ini. Mereka semua memegang jawatan tinggi dalam kerajaan negeri, kita mahu mereka mempunyai standard tertentu kepimpinan.

“Mereka harus mempunyai keberanian untuk memohon maaf kepada rakyat di sini. Tiada siapa yang sempurna dan membuat kesilapan adalah perkara biasa. Hanya memohon maaf dan teruskan. Ini adalah kualiti pemimpin yang rakyat mahu,” kata Weng Yew dalam satu kenyataan dalam portal Malaysiakini.

Hock Seng memegang jawatan exco negeri untuk kerja-kerja awam, utiliti, dan pengangkutan manakala Boon Poh bertanggungjawab dalam kebajikan, masyarakat penyayang dan persekitaran. Kedua-duanya adalah ADUN DAP di Butterworth.

Rungutan penduduk termasuk perlu membayar tambahan untuk bekalan elektrik dan air yang terletak di tingkat dua Blok A.

Satu lagi masalah mereka adalah kawasan longkang yang telah ditukar menjadi tempat letak kereta dan lapan unit tambahan di Blok A berbanding sebelum ini iaitu sebanyak 148 unit.

Mereka juga menuntut hak milik strata untuk kediaman mereka yang kini dimiliki 100 peratus oleh pemaju.

Setiausaha MCA Bahagian Bagan Dr Tan Chuan Hong berkata terdapat 156 unit di blok A Cassia. Beliau mempersoalkan di manakah 47 unit rumah kos rendah yang telah dirancang oleh pemaju.

“Kami juga mahu tahu berapa banyak premium yang diterima kerajaan CAT dengan tidak membina rumah kos rendah? Di mana wang itu sekarang dan bagaimana ia dibelanjakan?

“Berkenaan sistem perparitan untuk dijadikan tempat letak kereta, adakah kerajaan negeri memikul tanggungjawab jika kemalangan berlaku?” soal Chuan Hong.-SUMBER.

Bersih tidak hormat Bulan Kemerdekaan


KUALA LUMPUR 24 Ogos - Kumpulan Bersih seolah-olah tidak menghormati sambutan Bulan Kemerdekaan apabila menganjurkan perhimpunan #TangkapMalaysianOfficial1 pada Sabtu ini.

Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata, golongan muda seharusnya berfikir dengan lebih rasional sebelum menyertai perhimpunan tersebut.

"Anak muda mesti lihat pada keutamaan dalam hidup mereka dan jangan terikut-ikut dengan budaya yang mencemarkan Bulan Kemerdekaan negara ini," katanya selepas merasmikan Persidangan Jom Niaga hari ini.

Sebelum ini Kumpulan Bersih menyatakan bahawa ia akan mengadakan himpunan itu pada 27 Ogos ini, yang akan dianjurkan oleh beberapa kumpulan belia bagi memberi tekanan kepada pihak berkuasa supaya menahan dan mendakwa “Malaysian Official 1” yang dinamakan dalam saman sivil oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat berhubung dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB). - UTUSAN ONLINE

Penduduk kondo kecam k’jaan DAP abai rungutan

Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa tiga pegawai tinggi kerajaan yang dituduh bersubahat


Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa tiga pegawai tinggi kerajaan yang dituduh bersubahat untuk menggulingkan Datuk Seri Najib Razak, 'dikhianati' seorang daripada mereka.

Dr Mahathir berkata, jika pegawai terbabit iaitu bekas Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz; bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed tidak dikhianati, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sudah berdepan tindakan undang-undang.

"Saya fikir, Zeti tidak bersalah, begitu juga Abu Kassim dan Abdul Gani namun mereka dikhianati oleh salah seorang dalam kalangan mereka. "Jika tidak, Najib sudah berdepan dengan tindakan sekarang," katanya dalam sidang media di sini, pada Ahad. Yang turut hadir, Presiden Penaja Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Sumber: http://www.bharian.com.my/node/185428?m=1t

Tuesday, 23 August 2016

UMNO Pulau Pinang nafi mahu jadi Pengerusi BN P.Pinang


LAWATAN DAN BANTUAN TERHADAP MANGSA TANAH RUNTUH


Banjir. Kerajaan Pulau Pinang diminta cari jalan penyelesaian..

Kerja Kosong Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd

Namewee Diberkas Dan Didakwa Atas Provikasi Kaum


Namewee, individu yang seringkali menimbulkan pelbagai kontroversi terutamanya melibatkan provokasi kaum, akhirnya ditahan oleh sepasukan Polis DiRaja Malaysia sebaik sahaja tiba daripada Taiwan, kelmarin. Penahanan ini ada kaitan dengan satu klip video yang dilihat menghina agama Islam yang diterbitkannya baru-baru ini.

Dalam perkembangan semasa, Namewee telah dihadapkan ke Mahkamah di Pulau Pinang awal pagi semalam dan pihak PDRM telah berjaya mendapatkan tahanan reman untuk Namewee selama 4 hari.

Sebenarnya, Namewee sepatutnya sudah lama ditahan dan didakwa atas pelbagai provokasi yang telah dia timbulkan. Bukan sedikit perovokasi yang dia lakukan, pelbagai cara dan perangai dilakukan olehnya sehingga menimbulkan pelbagai reaksi dari orang ramai yang tersinggung dengan sifat kretif tidak bertempatnya.

Kontroversi yang dia timbulkan baru-baru ini adalah kemuncak kepada segala provokasi yang dia lakukan. Seolah-olah menjadikan agama Islam sebagai sasarannya, ianya seolah-olah di amempunyai agenda tertentu untuk menimbulkan ketegangan antara kaum dan agama.

Seperti Alvin Tan, dia dilihat sewenang-wenangnya mempersendakan Melayu dan Islam asalkan konsep kesaksamaan yang diperjuangkan olehnya dan DAP dapat diketengahkan. Jika Alvin berjaya menyusup keluar dari negara ini dan kini menetap di California, Amerika, Namewee pula, sebelum ditahan, bebas bergerak kemana sahaja tanpa sedikitpun bimbang ditahan oleh pihak berkuasa.

Namun, sepandai mana Namewee mengelakkan diri dari ditahan akibat provokasinya, akhirnya dia kini telah ditahan. Cuma apa yang diharapkan kepada pihak berkuasa adalah, usah sejarah Alvin Tan berlaku terhadap Namewee. Dia sepatutnya didakwa diatas provokasi melampaunya tanpa memberikan peluang untuk dia melepaskan diri.

Dia seharusnya menerima balasan diatas perbuatannya yang sentiasa mencuba menimbulkan ketegangan antara kaum dan agama. Kawalan keatasnya harus dipertingkatkan lagi sebelum seharah Alvin Tan berulang buat sekian kalinya.-Sumber:samurai biru

Monday, 22 August 2016

Isu Kampung Mutiara, Batu Feringgi Selesai Tahun Ini


Tun M Terlepas Cakap Konspirasi 3 Individu Mahu Gulingkan Perdana Menteri?




KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa tiga pegawai tinggi kerajaan yang dituduh bersubahat untuk menggulingkan Datuk Seri Najib Razak, 'dikhianati' seorang daripada mereka.

 Dr Mahathir berkata, jika pegawai terbabit iaitu bekas Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz; bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed tidak dikhianati, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sudah berdepan tindakan undang-undang. "Saya fikir, Zeti tidak bersalah, begitu juga Abu Kassim dan Abdul Gani namun mereka dikhianati oleh salah seorang dalam kalangan mereka.

 "Jika tidak, Najib sudah berdepan dengan tindakan sekarang," katanya dalam sidang media di sini, pada Ahad. Yang turut hadir, Presiden Penaja Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir. Dr Mahathir berkata demikian susulan tuduhan mengatakan beliau bersubahat dengan tiga pegawai terbabit untuk menjatuhkan Najib.

 "Semua tidak benar sama sekali. Saya berharap kami boleh lakukan. Memang saya berharap," katanya. Bagaimanapun, ketika diminta mendedahkan siapakah pengkhianat itu dan individu yang beliau maksudkan itu, Dr Mahathir dengan pantas berkata, ia hanya khabar angin saja. Beliau turut melahirkan kebimbangan berdepan tindakan undang-undang jika terus memperkatakan hal berkenaan.



 "Ini semua hanya khabar angin, saya tidak cakap. Saya tidak mahu mereka menyaman saya kerana saya tidak mempunyai wang yang banyak seperti Najib miliki," katanya. Sebelum ini, Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun mendakwa Zeti, Abdul Gani dan Abu Kassim bersubahat dengan Dr Mahathir untuk menjatuhkan Najib. Khairul Azwan mendakwa ia berdasarkan kepada komen bersama antara Dr Mahathir dengan Zeti, Abdul Gani dan Abu Kassim mengenai laporan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) dengan media antarabangsa di Jakarta, Indonesia.

Komen berkenaan dijangka dikongsikan bersama trio terbabit ketika sidang media khas, akan dirakam dan klip video itu akan dihantar kepada Dr Mahathir. Khairul Azwan berpendapat laporan polis yang dibuatnya tempoh hari terhadap tiga individu terbabit adalah faktor yang menyebabkan rancangan mereka gagal.


Mahathir Bapa Perpecahan Malaysia




1. MELAYU pecah tiga. Eh! bukan tiga tetapi empat. Bukan empatlah, lima sebenarnya. Mahu tidak mahu itulah yang terpaksa orang Melayu akui selepas parti baharu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang menyenaraikan Tun Dr. Mahathir Mohamad berusia 91 tahun sebagai pengerusi. Orang Melayu kini menjadi ‘minoriti’ kerana berpecah kepada lima walaupun mereka adalah 60 peratus warga negara ini. Hakikatnya, orang Melayu telah melalui siri episod yang sedih sejak sebelum merdeka lagi.

2. Pengasas UMNO, Datuk Onn Jaafar agak masam hubungannya dengan Tunku Abdul Rahman apabila cuba membuka pintu parti kepada rakyat bukan Melayu, yang dibantah sebelum menubuhkan Parti Negara pada 1953.

3. Ustaz Ahmad Fuad Hassan merajuk apabila gagal mendapatkan sokongan untuk menjadi pemimpin UMNO menggantikan Tunku Abdul Rahman, lantas mewujudkan Parti Islam Se-Tanah Melayu (Pas) pada 1951.

4. Krisis Mahathir-Tengku Razaleigh Hamzah pada 1987 membawa pengharaman UMNO, yang diwujudkan UMNO baharu dan menyusul Parti Melayu Semangat 46 (S46).

5. Pertelagahan Anwar Ibrahim dan sekali lagi dengan Mahathir membawa kemunculan Parti Keadilan atau kini PKR (1998). Perbalahan puak-puak dalam Pas mengakibatkan terbitnya Parti Amanah Negara atau PAN (2015).

6. Orang Melayu asalnya ada 80 peratus kuasa undi. Selepas merdeka, diberi orang lain hak kerakyataan, Melayu hanya ada 60 peratus. Hari ini, orang Melayu (sebagai majoriti) terpaksa bergantung kepada orang lain untuk meluluskan apa-apa. Jangan disalahkan pemimpin terdahulu kerana kita tidak menyangka orang Melayu akan berpecah dan bermusuh sesama Melayu.

7. Siapa yang memecahbelahkan Melayu, sekali gus Malaysia hari ini? Apabila kerajaan mencari pendekatan terbaik untuk menangani masalah rakyat, Mahathir sibuk kerat sana sini orang Melayu. Perpecahan orang Melayu bukankah bermakna perpecahan Malaysia juga?

8. Kalaulah Mahathir benar-benar bersara dan tutup buku politik yang gemar sangat 'berlaga' dengan kawan dan lawan pada tahun 2002 atau 2003 lagi, alangkah indah dan manisnya penghormatan yang diterimanya hari ini.

9. Bukan kita tidak mahu dia masih berada dalam radar politik tanah air selama 13 tahun lagi (sehingga hari ini) sejak berundur sepenuhnya pada 2003. Tetapi yang kita harapkan setidak-tidaknya Mahathir, kalau masih mahu aktif dengan 'fikirannya yang amat bergeliga ini' dapatlah membantu mendamaikan negara tercinta.

10. Tidak sayangkah Mahathir kepada negara ini yang dikatakan '60 peratus' berdiri megah hari ini hasil 'idea dan susah payah memerah otak' dirinya. Tetapi setelah berundur dari jawatan PMnya, barulah rakyat Malaysia mengenali 'inilah wajah Mahathir sebenar'. Sikap tamak, rakus, keras, hati kering dan suka cari pasal (bergaduh) melekat bagaikan gam dalam diri Mahathir.

11. Dalam usia 91 tahun, sepatutnya isteri, anak-anak, cucu-cicit, piut menasihatinya supaya lebih kerap berada di atas sejadah atau tikar sembahyang. Namun agaknya mereka lebih 'mengenali' siapa suami, bapa atau datuk' mereka ini.

12. Perpecahan orang Melayu hari ni dikhuatiri tidak lagi menjamin suara dan kuasa majoriti orang Melayu itu dapat menjadi teras kekuatan pentadbiran - yang dahulunya diterajui orang Melayu. Apabila berpecah, dibimbangi pembangkang dan anasir asing akan menangguk di air keruh. Dan sebagai majoriti, mungkinkah orang Melayu terpaksa mengemis dan meminta-minta daripada pihak terbabit semata-mata sokongan yang kecil?

13. Malaysia terkenal kerana membangun pesat kerana kerajaan diketuai orang Melayu mempunyai kuasa dan impak hasil bersatu padu. Tetapi disebabkan 'tangan seorang' ini, Malaysia berkemungkinan akan hancur lebur jika individu ini tidak dikekang. Punca semua ini kerana Mahathir - yang mewujudkan juak-juak yang menyalahgunakan sistem demokrasi - yang sepatutnya menentukan kuasa dan membangunkan orang Melayu.


 
Copyright © 2014 PenangKini.