BREAKING NEWS

Friday, 30 September 2016

Hidap Penyakit Kulit Misteri, Dua Adik-Beradik Dihina



Gara-gara digelar ahli sihir dan hantu oleh penduduk tempatan di sebuah perkampungan di Pune yang takut dengan keadaan kulit yang bersisik seperti ular, dua beradik dari Maharashtra, India memilih tidak lagi pergi ke sekolah.

Menurut portal mirror.co.uk, sejak didapati menghidap penyakit tersebut, Sayali Kapese dan adik lelakinya, Siddhant Kapese hampir setiap hari dicemuh dan diejek penduduk setempat sehinggakan mereka rasa terhina dan kecil hati.

Difahamkan, penyakit misteri itu berpunca daripada masalah mutasi genetik ketika mereka dilahirkan dan dikenali sebagai Lamellar Ichthyosis.



Namun kedua-dua mereka mengakui, penderitaan emosi yang ditanggung akibat panda-ngan negatif masyarakat jauh lebih perit berbanding kesakitan akibat penyakit misteri itu.

Selain kesal dengan tanggapan masyarakat, bapa mereka berharap kedua-dua anaknya itu dapat menikmati kehidupan yang lebih baik

bayi seperti berumur 80 tahun

Seorang bayi lelaki dilahirkan dengan keadaan yang jarang berlaku, menjadikannya kelihatan seperti berusia 80 tahun.

Laporan Mirror.co.uk menyebut, bayi tersebut seakan-akan menyerupai jalan cerita dalam filem The Curious Case of Benjamin Button yang dibintangi aktor terkenal, Brad Pitt.

Kelahiran bayi pada Ahad lalu itu mengejutkan doktor di sebuah hospital di daerah Magura, Bangladesh dan mengatakan bayi tersebut mengalami sejenis penyakit dikenali sebagai pro­geria.

Sindrom itu menyebabkan kedutan di muka, badan yang kecil dan mata berongga menampak­kan ciri-ciri seorang lelaki tua.

“Bayi itu tidak kelihatan seperti bayi yang baru lahir sama sekali kerana mempunyai tanda-tanda penuaan di seluruh badannya,” kata salah seorang doktor yang merawat bayi berkenaan.

Walaupun menerima anak yang kurang normal, namun ibu bapa kepada bayi tersebut tetap dikatakan gembira dengan kelahiran itu selain menganggapnya sebagai ‘keajaiban’.

Biswajt Patro, yang merupakan seorang petani tidak dapat menyembunyikan perasaan saat menerima kelahiran bayinya.

“Kami hanya boleh berterima kasih kepada tuhan. Kami akan menerima dia seadanya dan amat gembira mempunyai seorang bayi lelaki di dalam rumah ini,” katanya.

Dalam pada itu, para doktor juga memberitahu bahawa keada­an bayi itu sihat namun mereka masih tidak mengetahui cara sebenar untuk merawat masalah penyakit berkenaan.

Lulus baca Al-Quran syarat bertanding pilihanraya gabenor di Aceh


ACEH: Enam pasang calon gabenor dan timbalannya menduduki ujian mengaji Al-Quran pada Rabu lepas sebagai salah satu syarat tempatan utama untuk bersaing dalam pilihan raya 2017.
Enam pasangan itu menjalani ujian di Masjidil Haram Baiturrahman Aceh di Banda Aceh pada pagi Rabu.
Mereka terdiri daripada Zaini Abdullah-Nasaruddin, Abdullah Puteh-Sayed Mustafa, Irwandi Yusuf-Nova Iriansyah, Tarmizi Karim-T Muksalmina, Zakaria Saman-T Alaidinsyah dan Muzakkir Manaf-TA Khalid.
Pengerusi Pilihan Raya Suruhanjaya Bebas (KIP) Aceh, Ridwan Hadi berkata ujian itu adalah salah satu syarat yang mesti dipenuhi calon.

“Ujian ini dikenakan ke atas semua calon yang bertanding dalam pilihan raya wilayah Aceh. Selain pilihan raya gabenor, 20 ahli majlis perbandaran di Aceh juga akan menghadapi pilihan raya serantau serentak tahun depan.
“Syarat lulus mengaji Al-Quran hanya terpakai di Aceh dan calon yang tidak boleh membaca al-Quran tidak akan lulus proses pencalonan sama sekali,” katanya seperti yang dilaporkan oleh kompas.com petik Jakarta Post.
KIP bukan hanya menilai keupayaan membaca ayat-ayat al-Quran calon tetapi bagaimana bakal pemimpin tempatan mampu melaksanakan nilai-nilai kepimpinan seperti yang dinyatakan dalam al-Quran.
Dalam ujian kali ini, semua calon didapati lulus, satu peningkatan berbanding pilihan raya sebelum ini di mana masih ada calon yang gagal membaca Al-Quran.
Sebaik tamat ujian, Ridwan mengingatkan semua calon gabenor agar memberi kerjasama mengekalkan keamanan pilihan raya serantau di Aceh.

Petrol naik 10 sen, diesel naik 5 sen Oktober ini

Harga runcit baharu bagi RON95 ialah RM1.80 seliter manakala RON97 ialah RM2.15

 Harga runcit bagi petrol RON95, RON97 bagi bulan Oktober naik 10 sen kepada RM1.80 seliter dan RM2.15 seliter masing-masing berkuat kuasa tengah malam ini.
Manakala harga runcit bagi diesel naik 5 sen kepada RM1.75 seliter dan bagi diesel Euro 5 pula kepada RM1.85 seliter.
Pada September, harga runcit petrol RON95 dan RON97 turun sebanyak 5 sen manakala harga runcit diesel kekal pada harga RM1.70 sen seliter.
Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) mengesahkan perkara itu dalam laporan Bernama.

Ribuan anak muda P.Pinang akan sertai "Ride Against Corruption" di Gurney Drive esok


Thursday, 29 September 2016

Guan Eng perlu bercuti supaya perbicaraan berjalan lancar - Zainal Abidin


Penulis Blog ‘Rogol’ Al-Quran Mengaku Salah Hina Islam

 Penulis blog kontroversi, Amos Yee pada 28 September mengaku bersalah di sebuah mahkamah tempatan terhadap tiga dakwaan sengaja menyakiti perasaan golongan Muslim.

Belia berusia 17 tahun itu yang turut dianggap seumpama Alvin Tan di Malaysia itu mengaku menerbitkan serta menaikmuatkan gambar dan dua rakaman video jelik yang sengaja untuk niat menyakiti perasaan umat Islam.

Bagaimanapun dia hanya akan dijatuhi hukuman oleh pihak mahkamah republik tersebut pada pagi 29 September, lapor stesen penyiaran tempatan milik pemerintah, Channel NewsAsia di sini.

Pada bulan lalu, Yee mengaku bersalah terhadap tiga dakwaan iaitu sengaja menyakiti perasaan penganut Islam dan Kristian serta dua dakwaan kerana didapati gagal hadir melaporkan diri di balai polis ditetapkan.

Semasa perbicaraannya, mahkamah difahamkan sebanyak 24 aduan polis dibuat terhadapnya, berhubung kait dengan enam dakwaan yang dihadapinya kerana menyakiti sensitiviti perasaan berbaur keagamaan.

Yee kemudian didapati berjaya meninggalkan Singapura pada 13 Disember tahun lalu, selepas mendapat notis. Dia bagaimanapun bertemu dengan pihak polis bagi urusan soal siasat dua hari selepas itu.

Dia memberi alasan perlu pergi ke Hong Kong, China konon untuk menerbitkan beberapa catatan mengenai notis yang dikenakan oleh pihak berkuasa republik tersebut ke atas dirinya itu.

Selepas dia pulang April tahun ini, polis mengeluarkan satu lagi notis terhadapnya. Yee cuba meninggalkan negara ini sehari sebelum soal siasat itu namun akhirnya berjaya ditangkap pada 11 Mei lalu.

Dia pernah didakwa atas tuduhan yang sama tahun lalu dan dihukum penjara selama empat minggu. Bagi menyakiti perasaan tentang keagamaan, Yee boleh dipenjara sehingga tiga tahun, didenda atau kedua-duanya.

Bagi tidak mengendahkan perintah untuk menghadirkan diri ke balai polis bagi siasatan pula, dia boleh dihukum penjara sebulan secara maksimum, didenda sebanyak S$1,500 (RM4,600), atau kedua-duanya.

Yee memang dikenali dalam komuniti YouTube tempatan dengan video paparan lucu menerusi lama itu di samping memainkan satu watak sampingan dalam filem komedi, We Not Naughty sebelum ini.

Pada 28 Mei lalu, pihak Mynewshub ada berkongsi sebuah klip video kontroversi yang dibuat oleh Yee sendiri berniat biadap untuk menghina umat Islam dengan mempersendakan kitab suci al-Quran.

Menerusi video yang berdurasi 47 saat itu, Yee dilihat menjilat dan mengoyakkan helaian al-Quran sebelum tambah kurang ajar lagi, dia turut menjadikan al-Quran sebagai bahan seks dengan ‘merogolnya’.

Pada 1 April tahun lalu, Yee ditangkap polis kerana menghina negarawan Singapura, mendiang Lee Kuan Yew yang baru sahaja meninggal dunia selain menyinggung perasaan penganut Kristian di republik itu.

Kes Yee turut menarik perhatian pelbagai pihak termasuk ada juga yang menyokong remaja itu sebagai ikon dalam memperjuangkan kebebasan bersuara dan lantang antikerajaan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

http://www.mynewshub.cc/utama-sensas...ah-hina-islam/

Tiada lagi telefon BLACKBERRY

BlackBerry menumumkan akan berhenti mengeluarkan telefon pintar sebaliknya menyerahkan pengeluaran kepada rakan perniagaan di Indonesia.

Syarikat Kanada itu sebaliknya akan memberi tumpuan kepada perisian dan perkhidmatan dan peranti menggunakan nama BlackBerry akan dihasikan di bawah lesen pengeluaran oleh PT Tiphone Mobile Indonesia Tbk, katanya dalam satu kenyataan.

Ketua Pegawai Eksekutif BlackBerry, John Chen berkata, hasil perisian meningkat dua kali ganda pada tahun kewanang yang lalu.

"Kami berada pada tahap 'titik pantulan' bagi strategi syarikat. Asas kewangan kami teguh dan pertukaran kepada perisian turut dikukuhkan," katanya.

BlackBerry antara syarikat pengeluaran telephone pintar terbesar di dunia 10 tahun lalu namun bahagian pasarannya turun kepada kurang satu peratus berbanding dominasi peranti Apple dan Android.

Walaupun ia membuat beberapa cubaan mencari peluang pemasaran baru termasuk menghasilkan telefon pintar Android, jualannya tidak berkembang.

Syarikat itu turut mencatatkan kerugian AS$372 juta (RM1.54 bilion) pada suku kedua berakhir 31 Ogos dan pendapatan AS$334 juta (RM1.38 bilion).

Coretan Tentang Nazi Oleh Mahathir Adalah Titik Terendah yang baru

Tulisan asal oleh :
Dato' Abdul Rahman Dahlan, Facebook Lim Sian See, 29 September 2016.

CORETAN TENTANG NAZI OLEH DR MAHATHIR ADALAH TITIK TERENDAH YANG BARU
Kenyataan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri

29 September 2016

1. Kejayaan lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Jerman minggu ini membuktikan bahawa tuntutan palsu Dr Mahathir Mohamad bahawa Malaysia sedang dilanda kegagalan adalah salah sama sekali. Mungkin ia adalah untuk menutup rasa malunya sendiri bahawa Dr Mahathir kini telah mencapai tahap terendah yang baru. Bukan sahaja dengan hanya membandingkan Perdana Menteri kita dan mereka dalam Kerajaan dengan Nazi, tetapi dengan berbuat sedemikian semasa Perdana Menteri kita berada di Jerman.

2. Jerman telah menebus kembali kesilapan lalunya dan membina sebuah negara demokrasi yang menjadi contoh kepada yang lain. Ianya adalah salah untuk memburukkan negara dan mengorek kembali sejarah hitamnya hanya demi kepentingan hasil politik diri sendiri.

3. Dr Mahathir telah sekali lagi menunjukkan bahawa dia bukan seorang negarawan, tetapi satu penghinaan kepada Malaysia. Kenyataannya menjadi semakin terdesak dan tidak masuk akal. Ianya sangat memalukan untuk melihat bekas Perdana Menteri memusnahkan legasi beliau sendiri dan menggambarkan dirinya sebagai orang tua yang berdendam. Beliau menyerang kerana rancangannya untuk menjatuhkan Kerajaan yang dipilih secara demokrasi, hanya untuk memastikan anaknya sendiri menjadi Perdana Menteri, telah gagal dengan teruk sekali.

4. Longkang bukanlah tempat untuk seorang perdana menteri - dahulu atau sekarang. Ianya adalah menyedihkan bahawa Dr Mahathir seolah-olah kelihatan begitu selesa di situ.

5. Nasib yang baik untuk Malaysia, Dr Mahathir bukan lagi pemimpin kita. Beliau telah menyebabkan kesalahan dan rasa meluat di Jerman, yang mana tahun lepas merupakan pelabur terbesar dari Eropah ke Malaysia. Jumlah pelaburan Jerman adalah USD 11.4 bilion. Bertentangan dengan itu, Perdana Menteri kita telah menjadi tetamu kehormat Canselor Angela Merkel, dan berjuang untuk meningkatkan kepentingan ekonomi dan keselamatan Malaysia dan rakyatnya.

Dato’ Abdul Rahman Dahlan,
Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional,
Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Link asal artikel:
https://www.facebook.com/lim.siansee

#PRU14 Reuters dan Malay Mail Seleweng Kenyataan PM

Dakwaan Reuters dan Malay Mail Online bahawa Perdana Menteri Datuk Sri Mohd Najib Razak menyatakan tidak akan mengadakan pilihan raya umum sebelum 2018 adalah satu pembohongan dan putar belit fakta.

Menurut sumber di German, kenyataan Mohd Najib telah dipetik di luar konteks.

Ketika ditanya pemberita sama ada akan mengadakan pilihan raya awal berikutan isu 1 Malaysia Development Berhad (1MDB), Mohd Najib menyatakan “the question of election is not due to any single factor”. (Keputusan pilihan raya tidak bergantung kepada satu faktor semata-mata).

“It must be predicated on the basis that we have good policies in Malaysia. We are delivering for the benefit of the people and we are the best government to lead Malaysia into the future.

(Ia harus mengambil kira perkara utama iaitu polisi yang baik untuk Malaysia. Justeru itu kami sedang melaksanakan dasar yang menguntungkan rakyat dan membuktikan kami adalah kerajaan yang terbaik untuk memimpin Malaysia pada masa depan).

We have a strong record and we will continue tell the Malaysian people that our government is still the best choice.”
(Kami mempunyai rekod yang kukuh dan akan terus menyakinkan rakyat kami adalah pilihan yang terbaik).

Wednesday, 28 September 2016

Hina Mahkamah : Lim Guan Eng mungkin dikenakan hukuman berat


Tuesday, 27 September 2016

Tembelang Parti BERSATU Terbongkar Lagi?

Tembelang Parti BERSATU Terbongkar Lagi?Sikap Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didakwa suka membuat keputusan bersendirian mula tidak disenangi ahli dan pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang baru 3 minggu didaftarkan, menurut sumber dalaman.

Bercakap kepada FMT, sumber itu berkata ramai ahli menuduh presiden PPBM itu menganggap parti itu milik persendiriannya.

Tembelang Parti BERSATU Terbongkar Lagi? Mereka juga kecewa bekas timbalan perdana menteri itu yang tidak mahu berbincang dengan beberapa pemimpin utama, termasuk bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, di samping sikapnya mengenepikan “orang Mahathir”.

Sumber tersebut berkata kedua-dua Tun Dr Mahathir Mohamad dan Mukhriz semakin tidak berpuas hati dengan cara Muhyiddin yang tidak berbincang dengan mereka sebelum melantik beberapa penjawat parti.

“Muhyiddin mahu mengawal parti itu keseluruhannya,” katanya. “Beliau mengenepikan semua penyokong Mahathir dalam parti.”

Sebelum ini, ketua sayap wanita PPBM, Anina Saadudin menepis dakwaan parti baharu itu lesu dengan tidak ada kegiataan rancak menambah bilangan ahli, selepas didaftarkan awal bulan ini.

Tembelang Parti BERSATU Terbongkar Lagi?

Sumber juga mendakwa Muhyiddin kelihatan masih berfikiran seperti Umno dan belum berubah, malah tidak selesa berdampingan dengan pembangkang, khususnya DAP.

Ia menimbulkan tanda tanya sama ada PPBM di bawah kepimpinannya mampu mengadakan persefahaman dengan parti pembangkang lain menjelang pilihan raya umum ke-14.

Penyokong Dr M kecewa

Rasa tidak senang itu bakal memburukkan keadaan, menurut sumber kepada FMT, dan Muhyiddin juga berdepan serangan daripada pemimpin PPBM lain termasuk mereka yang sebelum ini terlibat dalam Deklarasi Rakyat.

“Pemberontakan besar-besaran bakal meletus dalam PPBM,” dakwanya.

Tembelang Parti BERSATU Terbongkar Lagi?

Sumber itu berkata corak kepimpinan Muhyiddin mengganggu perpaduan PPBM dan turut mengecewakan penyokong tegar Dr Mahathir seperti bekas naib ketua Umno Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Malah, ia berpendapat Khairuddin mungkin akan menyertai PKR atau DAP meneruskan perjuangannya menentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Beliau juga berhasrat membebaskan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan berusaha menyatukan kembali Dr Mahathir” bersama Anwar dan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Tembelang Parti BERSATU Terbongkar Lagi? Khairuddin juga dikatakan tidak setuju Dr Mahathir, yang merupakan pengerusi PPBM, terlalu bertolak ansur dengan Muhyiddin.

sumber Free Malaysia Today

Lima Perkara Utama Tumpuan PM Dalam Bajet 2017


PERDANA Menteri sudah mendapat isyarat yang jelas daripada rakyat melalui projek komunikasi online bagi mendapatkan input awam berhubung cadangan Bajet 2017.

Semua input dikumpulkan khamis lalu.

Projek mendapatkan idea rakyat ini dibuat melalui bajet2017.najibrazak.com. Respon sangat luar biasa.

PM menerima 8352 cadangan dengan menyenaraikan lima perkara yang perlu diberikan keutamaan demi rakyat.


Pertama, soal pekerjaan, disusuli isu pendidikan dan ketiga perubatan. Keempat pula, isu perumahan dan kelima rakyat mahukan langkah ke arah menangani isu kos sara hidup.

Seorang PM pasti tidak akan mengabaikan isyarat rakyat.

Malah, sejak menjadi PM pada tahun 2008, lima gelombang inilah yang sentiasa menjadi fokus Datuk Seri Najib Abdul Razak yang juga Menteri Kewangan.

Isu pekerjaan akan berkaitan dengan langkah kerajaan mengumumkan pelaksanaan projek mega yang bakal menyediakan peluang pekerjaan baharu.

Malah sudah tentu insentif kepada sektor awam bagi merancakkan lagi pertambahan projek baharu yang bakal mencipta peluang pekerjaan.

Isu pekerjaan pasti juga akan mendorong hala tuju Bajet 2017 untuk menarik pelaburan masuk dari luar negara.

Insentif ini penting, terutama bagi projek mega dan yang berskala sederhana.

Selain merancakkan pertumbuhan ekonomi, kehadiran pelabur asing dengan pelbagai agenda pembangunan pasti mencipta ruang pekerjaan.

Selain pelbagai frasa baharu projek sedia ada yang akan melangkau masuk ke Bajet 2017, agenda insfrastruktur awam pasti antara fokus utama.

Selain rakyat bakal menikmati kesan pembangunan, ia mencipta lambakan pekerjaan.

Pendidikan juga akan mendapat banyak manfaat. Pendidikan antara ruang utama tumpuan bajet.

Selain merancakkan peluang menyediakan lebih banyak ruang pendidikan lepasan menengah, PM dijangka mengumumkan beberapa langkah strategik menangani pelbagai cabaran dalam sektor pendidikan.

Dijangka kos pembelajaran di luar negara antara isu yang akan disentuh.

Samada PM akan kekal dengan model menghantar ramai pelajar ke luar negara ketika kos tukaran mata wang asing tidak memihak pada nilai ringgit, atau memperkukuh nilai tambah pendidikan tempatan, kedua-dua pilihan yang ada pasti diperincikan.

Isu perubatan dijangka satu kelangsungan dari trend hala tuju yang dibentuk sejak PM mengambil alih Kementerian Kewangan.

Kos yuran perkhidmatan hospital kerajaan dijangka kekal. Namun, PM dijangka mengumumkan penambahan khidmat kerajaan terutama melalui program Klinik 1Malaysia. Sudah pasti penubuhan beberapa hospital baharu juga akan diumumkan. Serta menaik taraf institusi perubatan awam sedia ada.

Perumahan isu kritikal. Rakyat sangat menanti pelan seterusnya dalam menjayakan model rumah mampu milik melalui mekanisme Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia.

Isu pinjaman perumahan berkait nilai pinjaman sekitar 70 peratus oleh pihak bank, serta beban menyediakan baki pinjaman 20 peratus antara isu utama Bajet 2017.

Idea memberikan lesen kewangan pada pemaju bukan idea tunggal. Walaupun sektor perumahan berpegang pada pasaran bebas, pasti ada penyelesaian lebih relevan termasuk peranan Bank Negara dalam mengatasi isu margin pinjaman.

Angka pembinaan rumah dijangka rancak. Walaupun pemaju memaklumkan jualan rumah menurun pada suku kedua tahun ini. Isunya bukan lebihan permintaan, tetapi kurangnya rangsangan sektor perbankan dalam menangani isu pinjaman perumahan.

Sebagai PM yang prihatin dan pencetus pada idea memastikan anak muda memiliki rumah, pasti ada penyelesain kontstruktif.

Isu kos sara hidup pasti keutamaan. Langkah mengawal kenaikan kos pasti disentuh. Isu harga barang wajar satu keutamaan. Sektor pembekal dan pemborong dijangka mendapat insentif Bajet 2017 sebagai dorongan ke arah menyumbang pada kawalan harga.

Pada masa sama, masyarakat awam akan terus menikmati Bajet 2017 melalui penambahan dan peningkatan servis Kedai Rakyat 1Malaysia.

Kita tunggu. PM tidak pernah mengabaikan kita. Pasti banyak khabar gembira dalam Bajet 2017 pada 21 Oktober ini.

Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim
Ahli Parlimen Kuala Selangor

Guan Eng Persoal kerjasama Ambiga dengan Mahathir


Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mempersoalkan Datuk Ambiga Sreenevasan mengapa aktivis sosial itu bekerjasama dengan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Anda bekerja dengan Mahathir. Kenapa awak melakukannya? Adakah anda mengampuni beliau di atas apa yang telah dilakukannya (terhadap negara ini)?” soal Guan Eng dalam satu sesi pada Persidangan Undang-Undang Antarabangsa Malaysia 2016 di sini, Khamis.

Dalam satu langkah yang dianggap sebagai “pernah berlaku sebelum ini” oleh Ambiga memandangkan beliau merupakan moderator sesi berkenaan, beliau menjawab dengan mengatakan bahawa malah bapa Guan Eng iaitu Penasihat DAP, Lim Kit Siang sedia untuk bekerjasama dengan Dr Mahathir.

“Isu kemaafan tidak pernah timbul. Saya melihatnya sebagai satu keperluan, kita sedang menghadapi pilihan yang sukar’,” kata bekas presiden Majlis Peguam itu.

Ambiga berkata, kolaborasi dengan Dr Mahathir merupakan satu keperluan, sambil menambah bahawa tiada perbincangan mengenai penyusunan semula dibangkitkan kerana “seorang tidak dapat mengubah cara bagaimana seorang lelaki berumur 91 tahun bertindak”.

“Bagi saya ia mudah. Inilah realiti politik. Negara perlu diutamakan,” jawab Ambiga.

Pelita buka cawangan yang ke-28 dan terbesar di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Shamsuri (tengah) dan K K Sihabutheen Kirudu (kanan) ketika pelancaran cawangan baharu Restoran Nasi Kandar Pelita terbesar di Jalan Ampang, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Bertuahnya Siapa Ada Lesung Pipit, Ini Fakta Dan Kelebihannya


Walaupun ia merupakan kecacatan tetapi lesung pipit adalah kecacatan yang paling cantik dan comel bagi sesiapa yang memilikinya.   

Bahkan, mereka yang ada lesung pipit ini selalunya nampak muda daripada usia. Eh, betul ke?

Lagi-lagi apabila mereka senyum, pasti ada aura istimewa kerana keunikan lesung pipit tersebut. Apa yang pasti lekuk di pipi itu buatkan empunya diri bertambah manis dan sering diingati.

Selain comel, ini antara fakta dan kelebihan tentang lesung pipit yang ramai tidak tahu!

1. Hanya 20% manusia memilikinya

Mengikut statistik yang dilaporkan The Daily Health Gen, hanya 20% manusia di dunia memiliki lesung pipi yang sebenarnya merupakan satu jenis ‘kecacatan’ pada otot wajah yang dicemburui ramai.

2. Ramai yang tertarik dengannya

Kajian American Journal of Physical Anthropology mendapati, lesung pipit merupakan ‘added value’ yang menambahkan lagi daya penarik seseorang secara semula jadi.

Tak perlu risau ketika bergambar, lesung pipit anda tu buatkan anda jadi perhatian dalam ramai-ramai orang.

3. Kelihatan lebih muda

Orang yang ada lesung pipit ni nampak macam ‘baby face’ sangat! Ia juga disahkan para saintis bahawa antara kelebihan lesung pipit ialah menjadikan seseorang itu kelihatan lebih muda dari usia sebenarnya.

4. Penyebar aura keceriaan

Setiap kali pemilik lesung pipit tersenyum, orang di sekeliling juga akan terpengaruh dengan aura keceriaan yang disebarkan olehnya.

5. Ramai selebriti jadi lebih popular


Laman Time For Healthy Food melaporkan lebih 60% bintang Hollywood memiliki lesung pipit dan ia membantu mereka menjadi lebih popular. Kerana itu, ada sanggup melakukan pembedahan semata-mata untuk mendapatkan lekukan tersebut.



Disney Dilaporkan Turut Sedang Menilai Untuk Membeli Twitter


Pada minggu lepas, kita telah mendengar akan mengenai Google dan Salesforce yang sedang dalam perbincangan awal untuk mengambil-alih Twitter. Kini, laman sosial yang terkenal dengan perkongsian mikro berkenaan turut dilihat menarik minat pihak Disney untuk mendapatkannya.

Menurut Bloomberg, Disney dikatakan sedang membuat penilaian untuk membida Twiter. Seperti biasa, pihak Disney tidak mengeluarkan sebarang komen rasmi buat masa ini.

Seperti ramai sedia maklum, berkemungkinan kita akan melihat syarikat teknologi yang mengambil-alih Twitter – berbanding dengan Disney yang hanya mempunyai kebarangkalian sangat kecil.

Namun, sekiranya Disney mengambil-alih Twitter, maka ia mungkin membantu Twitter dari segi strategi penstriman video mereka. CEO Twitter, Jack Dorsey juga merupakan salah seorang ahli lembaga di Disney.

Bagi anda, siapakah yang dijangka akan mengambil-alih Twitter sekiranya benar syarikat sosial berkenaan dijual?

Umno tidak gentar hadapi Mukhriz di Kedah


Umno Kedah tidak gentar sekiranya bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir bertanding di negeri itu pada pilihan raya umum (PRU) ke-14.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata Mukhriz, yang kini naib presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), berhak bertanding di mana-mana kerusi seperti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hitam dan Parlimen Jerlun yang pernah disandangnya.
“Mungkin Mukhriz mahu bertanding di Kubang Pasu yang pernah disandang bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad. Kita alu-alukan dan kita tidak gentar untuk berhadapan dengan parti itu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Wanita Kebangsaan 2016 Peringkat Kedah semalam.

Ahmad Bashah yang juga menteri besar Kedah mengulas laporan media mengenai kenyataan Mukhriz yang mahu mengetuai PPBM di Kedah dan seterusnya bertanding dalam PRU ke-14 di negeri kelahirannya itu.
Ditanya mengenai sokongan kepada PPBM, Ahmad Bashah berkata mereka yang menyokong parti pembangkang itu adalah yang kecewa kerana tidak mendapat sebarang jawatan dalam parti di peringkat cawangan.
“Parti itu (PPBM) hanya disokong oleh mereka yang kecewa dengan Umno sama seperti pemimpinnya yang kecewa dengan Umno. Sekarang mereka yang kecewa itu ada peluang untuk mendapat jawatan,” katanya.
Ahmad Bashah berkata perkara itu tidak menggugat kedudukan Umno kerana parti berusia 70 tahun itu menabur bakti kepada rakyat dan mereka mampu menilai perjuangan yang dilakukannya

Monday, 26 September 2016

Lim Guan Eng diminta menjadi pemimpin pertama yang melaksanakan had pemerintahan selama dua penggal bagi kedudukan Ketua Menteri.


Pendudak merayu MPSP hentikan projek letup kuari di Batu Kawan


Empat lokasi diserbu, 170 warga asing diperiksa


 Seramai 33 warga asing ditahan selepas polis menyerbu empat lokasi dalam Op Pati yang diadakan kelmarin.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, operasi yang dijalankan 43 anggota termasuk dari Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara itu bermula jam 3.30 petang kelmarin dan berakhir 12.30 tengah malam.

Menurutnya, seramai 170 warga asing diperiksa di keempat-empat lokasi itu dan 33 ditahan kerana pelbagai kesalahan.

“Lokasi pertama adalah di Jalan Burmah yang memeriksa 20 warga asing iaitu tujuh lelaki dan empat wanita Indonesia, tujuh lelaki Bangladesh dan dua lelaki Myanmar orang lelaki Indonesia ditahan. Manakala lokasi kedua pula, di sekitar Jalan Argyll dengan tangkapan dua lelaki Bangladesh.


“Di situ, kita memeriksa 25 orang iaitu lima lelaki Indonesia, 10 lelaki Bangladesh, enam lelaki Myanmar dan empat lelaki India. Lokasi ketiga adalah di Lorong Abu Siti dengan pemeriksaan ke atas 30 warga asing, seorang lelaki Myanmar ditahan. Daripada 30 orang itu, mereka terdiri daripada lapan lelaki dan empat wanita Indonesia, 12 lelaki Bangladesh dan enam lelaki Myanmar,” katanya ketika dihubungi semalam.

Mior Faridalathrash berkata, lokasi terakhir serbuan adalah di Jalan CY Choy dengan 95 orang warga asing diperiksa.

“Mereka yang diperiksa adalah 20 lelaki dan lima wanita Indonesia, 58 lelaki Bangladesh dan 12 lelaki Myanmar, 29 ditahan iaitu 26 lelaki Bangladesh dan tiga lelaki Indonesia. Mereka yang ditahan berusia lingkungan 22 hingga 42 tahun.

“Jumlah keseluruhan tangkapan 33 warga asing dengan empat lelaki Indonesia, 28 lelaki Bangladesh dan seorang lelaki Myanmar," katanya.

Tebusan Malaysia Rayu Bantuan Kerajaan, Terseksa Di Culik Abu Sayyaf


PETALING JAYA: Satu mesej bantuan kecemasan telah dihantar oleh seorang tebusan Malaysia yang ditahan oleh kumpulan Abu Sayyaf, merayu pertolongan kerana beliau kelaparan dan telah dipukul.
"Kami sudah tidak tahan lagi. Kami dalam kesakitan. Semua kami sakit. Badan kami luka-luka. Kami lemah. Tiada makanan untuk dimakan. Malah, kami dipukul. Ada orang mahu menembak kami. Tolong bantu kami."

Itulah kata-kata Mohd Ridzuan Ismail, salah seorang daripada lima rakyat Malaysia yang diculik oleh kumpulan bersenjata Abu Sayyaf dari perairan Lahad Datu di pantai timur Sabah, 18 Julai lalu.

Pada Rabu, jurucakap Abu Sayyaf, Abu Rami telah menghubungi The Star dari pulau Jolo, selatan Filipina, dan meminta Mohd Ridzuan, 32, bercakap di telefon bagi membolehkan beliau menghantar mesej kepada kerajaan Malaysia.

"Saya adalah tebusan dari Malaysia. Nama saya Mohd Ridzuan Ismail. Dan saya meminta bantuan daripada kerajaan dan majikan saya untuk menyelamatkan kami secepat mungkin," kata kelasi kapal itu dalam bahasa Melayu.

Perbualan berlangsung selama lapan minit.

"Kami menderita di pulau Jolo. Kami merayu kepada kerajaan Malaysia dan majikan kami supaya berunding tentang pembebasan kami, kami mahu pulang ke rumah secepat mungkin," katanya dalam nada sedih.

Terdapat kemungkinan Mohd Ridzuan mungkin akan mati di tangan Abu Sayyaf yang telah memenggal kepala tebusan pertama Malaysia, Bernard Then, November tahun lepas.

Mohd Ridzuan, yang berasal dari Pahang, diculik bersama empat rakannya dari Sabah, Tayudin Anjut, 45, Abd Rahim Summas, 62, Mohd Zumadil Rahim, 23, dan Fandy Bakran, 26.

Kapal tunda mereka yang kosong telah ditemui di perairan Dent Haven di kawasan Tambisan, Lahad Datu, berhampiran sempadan laut di selatan Filipina.

Mohd Ridzuan berkata, mereka sedang ditahan dalam hutan.

"Hanya kadang-kadang kami diberi makan. Untuk minum, kami terpaksa mengambil air parit. Jika ada makanan, ia hanyalah nasi untuk alas perut," katanya.

Ditanya sama ada mereka telah dipukul, Mohd Ridzuan berkata mereka telah dipukul dengan senapang.

"Kami takut. Ini bukan tempat kami. Mereka pukul kami dan beritahu kami bahawa mereka boleh menembak kami."

Pada waktu malam, beliau berkata tawanan akan diikat.

"Kami tidur di atas tanah. Apabila hujan, kami akan terendam dalam air," katanya.

Ditanya berapa ramai anggota lelaki bersenjata yang mengawasi mereka, Mohd Ridzuan berkata bilangan mereka 'terlalu banyak, terlalu banyak untuk dikira'.

Pada mulanya, Mohd Ridzuan berkata orang yang menculiknya ada menghubungi majikannya tetapi akhir-akhir ini pemilik kapal tersebut telah berhenti menjawab panggilan.

"Tolong hubungi bos dan keluarga saya supaya mereka dapat membantu kami pulang ke rumah secepat mungkin.Sudah dua bulan berlalu. Kami tidak tahu apa lagi yang perlu dilakukan," katanya.

Sehari sebelum Mohd Ridzuan muncul merayu bantuan, Abu Rami dalam satu temu bual telefon berkata penculik telah meminta 100 juta peso (RM8.5 juta) untuk membebaskan rakyat Malaysia yang ditahan.

Tebusan itu, katanya, telah ditahan di Luuk, kawasan di pulau Jolo oleh seorang pemimpin Abu Sayyaf yang dikenali sebagai Abu Khalif.

Beliau berkata tebusan telah dipisahkan kepada tiga kumpulan.

"Saya diberitahu bahawa tebusan paling tua sedang sakit," kata jurucakap itu yang memperkenalkan kumpulannya sebagai Al Harakatul Al Islamiyyah.


Beliau mungkin merujuk kepada Abd Rahim yang berusia 62 tahun.

Ditanya sama ada pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) Nur Misuari boleh berunding untuk melepaskan mangsa, Abu Rami berkata: "Hanya jika dia mempunyai 100 juta peso. Jika tidak, maka tidak."

Beliau juga mendakwa tiada tentera yang muncul di lokasi di mana tebusan itu ditahan, walaupun dengan adanya laporan bahawa tentera Filipina akan melancarkan perang habis-habisan terhadap Abu Sayyaf.

"Mengapa mereka tidak mahu melawan kami?," beliau membuat cabaran.

Pada Ahad, Abu Rami menghantar dua keping gambar tebusan kepada The Star.

Beliau tidak dapat menghantar gambar-gambar itu lebih awal kerana masalah sambungan Internet di bandar Jolo.

Pihak berkuasa Malaysia dipercayai sedang bekerjasama dengan rakan-rakan mereka di Filipina mereka untuk membebaskan tawanan.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Rashid Harun enggan membincangkan tentang rundingan untuk membebaskan tebusan, hanya mengatakan bahawa mereka 'masih menunggu'.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata beliau akan mengarahkan polis untuk meningkatkan komunikasi dan rundingan dengan penculik bagi membebaskan mangsa.

Keluarga tebusan telah menjauhkan diri daripada media. Satu-satunya kenyataan yang telah dikeluarkan setakat ini adalah mereka berdoa agar orang tersayang dapat pulang dengan selamat.

PERSEMPADANAN SEMULA: KENAPA GUAN ENG DAP PANAS PUNGGUNG?


Sebelum ini, Lim Guan Eng dan kerajaan DAP Pulau Pinang dilaporkan akan membuat bantahan terhadap usul persempadanan semula kawasan pilihan raya yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Kerajaan DAP negeri juga didakwa akan memfailkan bantahan itu sebelum 14 Oktober ini dengan pihak berkuasa tempatan dan parti komponen Pakatan Pembangkang.

Untuk nampak lebih gawat, Guan Eng juga akan 'mengkaji untuk membuat bantahan di mahkamah.'

Dan seperti lumrahnya, Lim Guan Eng menuding jari dan menyalahkan UMNO/BN, kononnya persempadanan semula ini akan 'membolehkan UMNO/BN menawan semula negeri Pulau Pinang.'


Sekarang timbul soalan, apakah Guan Eng tahu apa yang beliau cakap ini atau tangkap muat sekadar mahu menyalahkan UMNO/BN?

KLIK SINI Untuk artikel selanjutnya

Dulu Bila Gangguan Air Tuduh SYABAS Kroni UMNO , Sekarang?


Sebelum akhir 2014 apabila SYABAS telah diambil alih oleh Kerajaan Selangor dengan bantuan bantuan hampir RM10 bilion daripada Kerajaan Persekutuan, penduduk Pakatan Selangor menuduh SYABAS sebagai kroni UMNO dan mengatakan ia tidak berguna dan asyik bermain politik.

Mereka juga sering menuduh UMNO cuba untuk menggunakan SYABAS dengan menggunakan gangguan bekalan air sebagai satu rancangan jahat untuk memaksa Kerajaan PKR Negeri Selangor meluluskan projek air Langat 2 – yang Azmin sendiri akhirnya bersetuju menandatangani tidak lama selepas mengambil alih jawatan MB.

Salah satu daripada mereka kerap menyerang SYABAS adalah ADUN PKR YB Elizabeth Wong.

Tetapi hari ini, bukan sahaja gangguan bekalan air masih berlaku tetapi PKR Elizabeth Wong sendiri tidak mempunyai alasan untuk menjelaskan mengapa perkhidmatan air terganggu.

Jadi siapa yang tidak berguna, kroni atau bermain politik sekarang, YB Elizabeth Wong?

Inilah kehebatan PakaTun. Apabila berlaku kesilapan, mereka akan menyalahkan BN sebagai tidak berguna.

Tetapi apabila terkena kepada mereka sendiri, mereka tidak akan menyalahkan diri mereka sebagai tidak berguna – Sama seperti Tokong Lim Guan Eng di Pulau Pinang yang mengeluarkan kenyataan memarahi Lembaga Air Pulau Pinang di mana ia sendiri adalah Pengerusi lembaga air.

Arnold Palmer Lagenda Golf Meninggal Dunia


Arnold Palmer Lagenda Golf Meninggal Dunia. Salah seorang pemain golf legenda dunia, Arnold Palmer yang berjaya menambat kumpulan peminat dikenali 'Arnie's Army' meninggal dunia pada usia 87 tahun pada Ahad, lapor Persatuan Golf Amerika Syarikat dan media golf.

Arnold Palmer Lagenda Golf Meninggal Dunia


"Kami berasa sedih dengan kematian Arnold Palmer, duta golf terkenal pada usia 87 tahun," kata USGA menerusi Twitter. - Reuters

TG Haji Hadi Awang calon tepat ganti Haron Din


Datuk Seri Abdul Hadi Awang merupakan calon paling tepat menggantikan kedudukan Datuk Dr Haron Din sebagai Mursyidul Am PAS, kata pengarang akhbar Utusan Malaysia.

Zulkiflee Bakar dalam ruang komentar akhbar itu berkata, bukan sesuatu yang luar biasa sekiranya Majlis Syura Ulama menyerahkan tanggungjawab tersebut kepada Presiden PAS memandangkan beliau dilihat mempunyai pakej lengkap menyandang jawatan tersebut.

“Jika Abdul Hadi dipilih sebagai Mursyidul Am, ini dianggap pilihan yang tepat memandangkan Pas sememangnya memerlukan seorang pemimpin seperti beliau bagi memperkasakan peranan ulama dan Majlis Syura Ulama parti itu,” katanya dalam Utusan Online.

Tambah Zulkiflee, PAS tidak lagi berada dalam situasi selesa malah pilihan raya umum akan datang dianggap sebagai penentu sejauh mana kepimpinan ulama diterima penyokong PAS.

“Sebenarnya bukanlah sesuatu yang sukar untuk mencari pengganti Abdul Hadi sebagai Presiden Pas jika beliau dilantik sebagai Mursyidul Am parti itu.

“Parti itu sememangnya sudah menyediakan barisan pelapis bagi mengambil alih kepemimpinan parti itu. Antara tokoh tersebut termasuklah Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah dan Idris Ahmad,” katanya.

Sebelum ini, Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Ahmad Yakob yang lebih selesa dengan jawatan tersebut mencadangkan supaya tokoh lain dilantik bagi mengisi kekosongan jawatan itu berikutan kematian penyandangnya Haron Din.

Beliau yang juga Menteri Besar (MB) Kelantan memberi alasan menolak tawaran itu kerana sibuk dengan pelbagai komitmen lain.

Jawatan itu kosong selepas Haron Din meninggal dunia pada 16 Sept lepas ketika sedang dirawat di Hospital Stanford University, San Francisco, Amerika Syarikat akibat komplikasi jantung.
Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Five Pillars Farm Livermore, California.

Siti Zabedah Kasim: Saya orang paling gembira bila Anwar jatuh

Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa bertanggungjawab membawa masuk Islamisasi ke dalam Malaysia, kata peguam merangkap aktivis kontroversi Siti Kasim.

Dalam satu temuramah dengan Malay Mail Online, Siti menyalahkan Ketua Pembangkang yang kini dipenjara, Anwar Ibrahim kerana membawa Islamisasi ke Malaysia dan akui beliau adalah “orang yang paling gembira” apabila Anwar “ditangkap”.

“Saya tidak bergurau, pada waktu itu saya rasa Malaysia selamat. Malangnya, sudah tentu ramai orang yang sudah pun dipengaruhi olehnya ketika itu.

“Dia yang bersalah, dia yang membawa dalam Islamisasi ke Malaysia. Tidak salah untuk membawa masuk perkara yang baik, tetapi dia membawa masuk fahaman Islam Wahabi.
“Mengapa anda mahu untuk membawa tafsiran fahaman Wahabi dalam Islam?
“Mereka mencampur-aduk budaya Arab ke dalam Islam,” kata Siti dalam artikel berbahasa Inggeris yang bertajuk “10 things about: Siti Kasim, lawyer and activist”.

Siti, ibu kepada seorang anak perempuan berusia 26 tahun itu juga bercakap mengenai insiden menunjukkan jari tengahnya kepada hadirin wacana rang undang-undang Mahkamah Syariah ‘Pindaan Akta 355: Antara Realiti dan Persepsi’.
“Saya mempunyai suara yang kuat, saya tidak menjerit. Semasa di forum, saya terpaksa menaikkan suara kerana mereka terlalu kuat.

“Apa yang memberi saya semangat? Saya tidak tahu, saya tidak fikir ia adalah kerana semangat atau keberanian.

“Saya bukan berang. Sejujurnya, saya tidak marah atau apa-apa. Saya hanya mendapati mereka bodoh. Jadi saya mahu ‘menunjukkan’ kebodohan mereka.

“Saya seorang manusia. Jika saya kata tidak terguris, maka saya menipu. Sudah tentu saya terkesan, tetapi nasib baik kerana saya jenis, ‘so what’. Kawan-kawan saya menyokong saya … semua komen yang baik sebenarnya mengimbangi mereka yang tidak baik,” katanya.
Siti, 53, berambut perang sejak berusia 20-an menjadi perhatian ramai baru-baru ini selepas tampil memperjuangkan hak Orang Asli dan masyarakat pribumi.

Selepas kejadian dalam forum itu, Siti akui dia tidak menyesal menunjukkan jari tengahnya.
““Saya tak menyesal tunjuk jari. Bagi saya, Islamis jahat layak terima lebih daripada itu.
“Kasar? Biadab? Sejak bila seorang wanita tak boleh berlaku kasar dan biadab terhadap orang jahat dan si bodoh yang dicuci otak?” soalnya.

Sunday, 25 September 2016

Penduduk Asal Sabah Mempunyai Antibodi Semulajadi Terhadap Virus Zika ~ Kata Profesor Malaysia.



Bercakap pada forum kesihatan awam virus Zika di Kota Kinabalu, Profesor Kamruddin Ahmed berkata virus itu telah dijumpai pada beruk dan manusia di Sabah pada awal tahun 1960-an dan dengan itu, orang-orang yang tinggal di sekitar kawasan itu mungkin telah membina antibodi semulajadi sekarang ini, seperti yang dipetik dari Malaysia The Star.

"Daripada apa yang ahli-ahli sains telah kaji dan sahkan, kita tahu bahawa orang utan adalah antara beruk atau monyet yang membawa virus itu," kata pakar epidemiologi molekul itu.

Walau bagaimanapun, disebabkan penebangan hutan dan faktor-faktor lain memaksa pertembungan haiwan-manusia, virus Zika tersebut sudah pun merebak kepada manusia, kata Prof Kamruddin.

"Ini bermakna bahawa kebanyakan daripada kita mungkin mempunyai antibodi semulajadi terhadap virus itu," katanya.


"Oleh itu, ia bermakna bahawa virus Zika ini tidak memberi kesan kepada kita dengan cara yang sama ia menjejaskan orang lain di bahagian-bahagian lain di dunia, terutamanya Brazil di mana ramai bayi yang dilahirkan oleh ibu-ibu dijangkiti Zika mempunyai microcephaly (kepala kecil) syndrome," Prof Kamruddin juga menjelaskan bahawa strain virus Zika di Malaysia dan Amerika Selatan adalah berbeza.

Bagaimanapun, beliau dinasihatkan penduduk di Sabah supaya berhati-hati dan mengambil langkah-langkah untuk memastikan mereka tidak dijangkiti virus.

"Masih banyak soalan yang kita tidak boleh jawab, jadi buat masa ini jalan terbaik bagi kita semua adalah mengambil langkah berjaga-jaga yang perlu," katanya.

Perunding perubatan Pejabat Kesihatan Awam, Kota Kinabalu Dr Jiloris @ Julian Dony menggesa orang ramai untuk menggunakan kelambu di rumah, memakai cahaya dan baju lengan panjang dan seluar, serta semburan penghalau apabila perlu untuk mengelakkan digigit oleh nyamuk.

"Semua orang mempunyai peranan dalam menjaga persekitaran dan membersihkan kawasan mereka yang menjadi tempat pembiakan nyamuk," katanya, sambil menambah bahawa tidak ada saringan virus Zika di hospital dan klinik-klinik pada masa ini ramai.

Spekulasi tukar 4 menteri besar disebar supaya Umno bergaduh


Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abd Rahman berkata spekulasi mengenai pertukaran 4 menteri besar sebelum pilihan raya umum akan datang, disebarkan pihak yang mahu menimbulkan konflik sesama anggota UMNO.

“Usah peduli dengan apa sahaja spekulasi dan khabar angin yang tersebar ketika ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis menyambut kepulangan beliau dan isteri Halina Zakaria dari Tanah Suci selepas menunaikan ibadah haji, di Seri Iman di sini, hari ini.
Sehubungan itu, beliau meminta anggota UMNO supaya tidak terpengaruh dengan spekulasi itu kerana ia sekadar khabar angin.

Menurutnya kepimpinan Terengganu akan meneruskan agenda dan fokus pilihan raya umum akan datang dengan berusaha menunaikan janji untuk memanfaatkan rakyat negeri ini.

Sebelum ini, spekulasi tersebar kononnya Ahmad Razif, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan akan ditukar sebelum pilihan raya umum diadakan.

Pasaran getah dijangka terus meningkat, timah dijangka kukuh

 Pasaran getah Malaysia dijangka meneruskan momentum peningkatannya pada minggu depan, didorong permintaan yang memberangsangkan.

Seorang peniaga berkata pasaran akan memantau perkembangan pergerakan minyak mentah pada minggu depan susulan mesyuarat menteri anggota Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak (OPEC) juga pada minggu depan, selain prestasi Bursa Komoditi Tokyo dan Bursa Shanghai.
Pada minggu ini, sebahagian besar dagangan di pasaran tempatan adalah tinggi.

Bagi perbandingan Khamis sehingga Jumaat, harga Lembaga Getah Malaysia untuk gred tayar SMR 20 menokok 50.5 sen kepada 592.5 sen sekilogram daripada 542.0 sen sekilogram manakala susu getah pukal naik 11 sen kepada 467.0 sen sekilogram daripada 456.0 sen sekilogram, sebelum ini.
Pada 5 petang, harga penutup tidak rasmi bagi SMR 20 melonjak 50.5 sen kepada 593.0 sen sekilogram daripada 542.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal naik 10 sen kepada 466.5 sen sekilogram daripada 456.5 sen sekilogram.

Sementara itu, Pasaran Timah Kuala Lumpur (PTKL) dijangka kekal kukuh minggu depan dengan harga bergerak antara US$19,300 dan US$19,700 setan metrik, kata seorang peniaga.
Beliau berkata permintaan bagi logam berkenaan teguh, terutamanya daripada syarikat utama dari Asia.

“Kami menempatkan paras sokongan pada US$19,300 setan metrik dan halangan segera pada US$19,600 dengan harga berkemungkinan mencecah US$19,700 setan metrik.
“Permintaan bagi timah masih berterusan setelah pedagang China, Jepun dan Korea Selatan memerlukan logam tersebut bagi tujuan pembuatan,” katanya kepada Bernama.
Aliran menaik di Bursa Logam London serta penggantungan operasi perlombongan Filipina berikutan masalah alam sekitar, juga diunjur meningkatkan sentimen di PTKL.
“Pasaran tempatan kukuh sepanjang minggu kecuali pada 22 Sept yang susut sedikit dengan pembetulan teknikal.

“Sebarang penurunan harga akan menggalakkan permintaan daripada pedagang,” katanya.
Bagi minggu yang baru berakhir, timah ditutup tinggi setelah naik US$250 kepada US$19,450 setan metrik berbanding U $19,200 setan metrik pada Khamis lepas.

Jumlah dagangan naik kepada 250 lot berbanding 102 lot pada minggu lepas.
Perbezaan harga antara PTKL dan LME pada diskaun US$40 selepas sama pada Khamis lepas.
Pasaran ditutup pada Jumaat sempena cuti umum Hari Malaysia.

Umno, BN lebih realistik menangi hati pengundi, kata Najib



Barisan Nasional (BN) lebih realistik dengan pengundi, berbanding ‘pihak lain’ yang hanya bermain politik kebencian, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Dalam amanatnya kepada Puteri Umno hari ini, Najib berkata “belah sana” – dipercayai merujuk kepada pembangkang – hanya bercakap soal politik, berbeza dengan Umno yang membawa agenda yang diterima rakyat.

“Kita sudah melangkaui soal politik dan lebih realistik daripada dapatkan undi mereka,” kata Najib di Karnival Wanita Muda di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

“Kita mesti fikir, burukkan orang lain tak bawa kita ke mana-mana. Kalau kita ada agenda yang lebih baik untuk negara, barulah negara akan maju.”

BN menang besar dalam pilihan raya negeri Sarawak dalam apa yang dikata analisis kesan daripada keyakinan pengundi kepada agenda Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem.

Dalam pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar 18 Jun lepas, pendekatan berasaskan keperluan komuniti memastikan kemenangan BN walaupun pembangkang membawa isu 1MDB serta Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dalam siri ceramah mereka.

Membina atas kekuatan itu, Najib berkata cabaran sekarang adalah menyiapkan aktivis muda BN dengan kemahiran yang perlu untuk berdepan cabaran masa akan datang.
“Seperti ilmu keharmonian, kemahiran insani (soft skill), kepimpinan dan kekuatan perangkaian (networking),” katanya.

Ahli Parlimen kamu dicuri Dr M, kata Rahman Dahlan kepada Azmin


PETALING JAYA: Pengarah Komunikasi Strategik BN Datuk Abdul Rahman Dahlan tertanya sama ada Azmin Ali tetap sudi bermesraan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad selepas Darell Leiking meninggalkan partinya.

Menteri Umno itu mengaju soalan itu selepas menuduh bekas perdana menteri itu “mencuri” Darell – Ahli Parlimen Penampang – di depan mata Azmin, timbalan presiden PKR.
“Mari kita tengok Azmin masih mahu bermesraan dengan Tun M walaupun Tun dan kumpulannya mencuri Ahli Parlimen partinya,” kata Rahman di Twitter.
Orang nombor dua PKR itu bersama pimpinan pembangkang lain menandatangani Deklarasi Rakyat pada Mac, inisiatif yang dipelopori Dr Mahathir untuk menyingkir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Dr Mahathir kemudian menyertai blok pembangkang apabila menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bersama bekas pemimpin Umno lain, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

“Sayang sekali. Ketika Azmin terpesona dengan permainan Tun, rakan Tun di Sabah perdaya PKR dan mencuri ahli Parlimen di depan matanya!” kata Rahman.

Shafie, yang meninggalkan Umno pada 4 Julai lalu, menyertai Jemaah Menteri Dr Mahathir sebagai timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan pada 1999 dan kemudian sebagai timbalan menteri pertahanan.

Mahathir berundur sebagai perdana menteri pada 2003.
Shafie antara mereka yang memainkan peranan membawa Umno ke Sabah pada 90-an.
Rahman, yang juga Ahli Parlimen Kota Belud persoal adakah Presiden PKR Datuk Sri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan menegur Azmin kerana “mudah diperdaya Tun M dan kumpulannya,” kerana beliau meramalkan lebih ramai wakil rakyat dan penyokong PKR dan Amanah akan berhijrah ke PPBM di masa hadapan.

“Kami tak kisah. Terima kasih Tun,” katanya.
Dua hari lalu, Darell meletak jawatan sebagai naib presiden dan meninggalkan PKR.
Menurut beliau, Wan Azizah maklum akan perkara itu dan menghormati keputusannya.

Skandal Aircel-Maxis: India keluar waran tangkap terhadap Ananda, Marshall

PETALING JAYA: Mahkamah di New Delhi, India mengeluarkan waran tangkap terhadap jutawan Malaysia T Ananda Krishnan dan Timbalan Pengerusi Astro All Asia Networks Plc, Ralph Marshall atas dakwaan rasuah melibatkan pembelian sebuah syarikat telekomunikasi di India oleh Maxis.

Mahkamah akan membahagikan isu rasuah lesen telekomunikasi kepada 2 siasatan, iaitu berkaitan 2 rakyat Malaysia dan bekas menteri telekomunikasi India Dayanidhi Maran, lapor Bloomberg.
Biro India Siasatan (CBI) mengeluarkan waran tangkap terhadap hartawan dan Marshall untuk menghadiri prosiding mahkamah berikutan dakwaan terhadap salah guna kuasa oleh Maran.
“Dakwaan serius dibuat terhadap kedua-dua tertuduh dan mereka adalah warga Malaysia,” kata hakim dalam perintah mahkamah, menurut Bloomberg.

Mahkamah dijangka menjalankan perbicaraan kes terhadap Maran pada 18 Okt ini.
Menurut laporan, pihak penyiasat menggesa mahkamah mengeluarkan 2 waran tangkap selepas saman untuk hadir ke mahkamah tidak dihirau.

Hakim dalam perintahnya menyatakan pihak berkuasa Malaysia tidak mengendah notis saman yang dikeluarkan dan oleh itu satu-satunya pilihan yang ada ialah menggunakan khidmat Interpol dengan mengeluarkan waran tangkap.
Pada Ogos lalu, CBI menerusi mahkamah CBI khas memohon mengeluarkan waran tangkap terhadap Ananda dan Marshall.

CBI juga memohon waran terhadap Maxis Communication Berhad dan Astro All Asia Network PLC.
Keempat-empat mereka didakwa terlibat dalam skandal Aircel-Maxis yang melibatkan Maran dan adiknya Kalanithi Maran.

Pada Ogos 2014, CBI melibatkan adik-beradik Maran, Ananda, Marshall dan 4 syarikat dalam kes itu.
Maran dituduh memberi tekanan kepada ahli perniagaan Chennai, C Sivasankaran menjual kepentingannya dalam Aircel kepada Maxis pada 2006. Ini bagi membolehkan Maxis melabur dalam Sun Direct, syarikat penyiaran milik Maran.

Maxis sebelum ini menafikan dakwaan tersebut, dengan mengatakan semua urusannya dilakukan dengan mematuhi undang-undang India pada 2007.

Skandal Aircel-Maxis turut dikaitkan dengan skandal pengubahan wang haram yang dikenali sebagai penipuan spektrum 2G di India yang mana menyebabkan kerajaan India kehilangan USD4.6 bilion.

Upin, Ipin bintangi video terbaru Unicef

KUALA LUMPUR: Duta Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa Bersatu (Unicef) bagi Malaysia, Upin dan Ipin, menaikkan nama negara ini apabila dipaparkan dalam projek video terbaru Unicef, ‘Imagine’, yang dilancarkan pada Jumaat.

Dua watak animasi paling popular di Malaysia itu muncul dalam video berkenaan bersama-sama duta Unicef lain dalam versi terbaru lagu ikonik John Lennon, Imagine.
Projek itu dihasilkan untuk mengajak masyarakat dari semua negara meminjamkan suara mereka untuk kanak-kanak dari serata dunia.

“Orang dari lebih 140 negara memberi respons,” menurut video berdurasi tiga minit itu yang boleh ditonton melalui portal http://vast.am/imagine.

Selain Upin dan Ipin, video itu juga mengandungi tokoh dan artis berpengaruh seperti Duta Unicef, Katy Perry, Shakira dan Priyanka Chopra serta bintang dalam dunia muzik, sukan dan filem seperti Neymar Jr., Will.i.am dad Idris Elba.

Dunia perlu bersatu menentang pengganas, kata TPM di PBB

NEW YORK: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengajak dunia bersatu bagi menentang keganasan, yang merampas kestabilan dan keselamatan di banyak negara.

Mesej yang disampaikan timbalan perdana menteri melalui ucapan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Sabtu itu amat jelas sekali – hanya dan apabila masyarakat antarabangsa bersatu saja, pengganas akan dapat dikalahkan.

“Malaysia menyertai negara lain menyeru agar tindakan antarabangsa secara habis-habisan dan berkesan diambil dalam perjuangan bersama kita menentang keganasan. Usaha ini perlulah berlandaskan dan menghormati sepenuhnya Piagam PBB dan prinsip undang-undang yang diiktiraf sejagat, termasuk undang-undang kemanusiaan dan hak asasi manusia antarabangsa,” katanya.
Zahid berucap pada Perbahasan Umum Sesi ke-71 Perhimpunan Agung PBB, yang turut disertai pemimpin dari seluruh dunia.

Beliau berkata keganasan perlu ditangani melalui perspektif ideologi dengan membalas naratif dan mengatasi penyebab utama munculnya isu yang boleh dimanipulasi bagi menarik orang menyokong kumpulan pengganas seperti IS, Boko Haram dan Al-Shabaab.

“Kita perlu mencari penyelesaian baharu dan terus berusaha untuk memperkukuhkan lagi rangka kerja perundangan domestik kita dalam memerangi ekstremisme keganasan. Usaha berterusan ini perlu melibatkan segenap lapisan penduduk,” katanya.

Beliau juga mengetengahkan program deradikalisasi dan pemulihan yang diamalkan Malaysia bagi mengubah set minda individu ekstremis yang diasuh supaya menjadi manusia radikal.
Katanya, dengan kadar kejayaan sekitar 97.5%, Malaysia sedia berkongsi pengalamannya itu dengan negara lain.

Isu kelewatan yang begitu lama untuk menempatkan semula orang pelarian menimbulkan kesulitan kepada negara tuan rumah termasuk Malaysia juga disentuh dan Zahid menggesa Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) dan agensi berkenaan lain segera mengambil tindakan berhubung perkara itu.

Mengenai migran, beliau berkata Malaysia mengiktiraf sumbangan tenaga kerja asing terhadap kemakmuran ekonominya serta memberi perhatian serius terhadap kes melibatkan eksploitasi buruh, termasuk buruh paksa.

Beralih kepada Palestin, Zahid berkata krisis yang berlarutan selama beberapa dekad itu mempamerkan wujudnya kelemahan dalam usaha PBB sendiri, di mana penggunaan veto menyebabkan pendudukan paling lama dalam sejarah dunia itu terus berlanjutan.

Beliau turut menyentuh tentang keadaan menyedihkan di Wilayah Palestin Yang Diduduki, yang secara beransur-ansur dan semakin pasti, menyimpang daripada penyelesaian dua-negara.
“Kepungan terhadap Gaza, perluasan penempatan Israel yang tidak henti-henti, pembinaan tembok haram secara berterusan, tindakan mengusir secara paksa rakyat Palestin dari rumah mereka serta pencabulan hak asasi manusia rakyat Palestin terus berlaku dengan sewenang-wenangnya, walaupun semakin mendapat kritikan dan tekanan antarabangsa,” katanya.

Mengenai perkembangan di tanah air pula, beliau berkata agenda pembangunan Malaysia sentiasa berpaksikan rakyat dan bergerak selari dengan aspirasi Agenda Pembangunan Lestari 2030 dan Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs).

Katanya, Malaysia kini dalam proses menggubal Peta Arah Tuju SDG Kebangsaan untuk dijadikan dasar penting dan sebagai garis panduan bagi pembangunan mapannya.
Zahid juga menyentuh tentang perkara paling penting dalam Rancangan Malaysia ke-11 (2016-2020) iaitu pembangunan kemahiran di bawah inisiatif Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) serta Pusat Inovasi dan Kreatif Global Malaysia (MaGIC) untuk menjadikan Malaysia sebagai modal permulaan bagi Asia.

Terletak di Cyberjaya, MaGIC dilancarkan bersama Presiden Barack Obama dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada April 2014.

Zahid juga mengetengahkan inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan Malaysia atau NBOS yang membolehkan lebih 80 kementerian dan agensi bekerjasama bagi mewujudkan penyampaian perkhidmatan awam yang lebih baik dan tersusun.

Pegawai kerajaan dipecat gara-gara gambar viral

Gambar viral yang menyebabkan Bao dipecat 

MCA Pulau Pinang Sudah Kenal Pasti Calon PRU14


Friday, 23 September 2016

Tak dapat di Selangor , DAP nak teruskan pilihanraya mengejut di Pulau Pinang


DAP salahguna kepercayaan rakyat Pulau Pinang



22 SEPT: DAP hanya menyalahgunakan kepercayaan rakyat terhadap parti itu di Pulau Pinang sekiranya mahu mengadakan pilihan raya negeri (PRN) hanya kerana tidak puas hati dengan syor persempadanan semula.

Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong mendakwa DAP akan mempergunakan syor itu  untuk mengadakan pilihan raya mengejut yang  tidak sepatutnya dibuat oleh sebuah parti yang dipilih oleh rakyat.

mah siew keong Gerakan 2015 2Katanya sebelum ini DAP Pulau Pinang menyatakan hasrat mengadakan pilihan raya mengejut sekitar bulan Ogos lalu dengan pelbagai alasan.

Bagaimanapun, cadangan itu ditolak rakan sekutunya PKR dan tidak mustahil DAP mahu menimbulkan semula hasrat itu kali ini dengan menjadikan cadangan persempadanan semula sebagai alasan.

“Jika DAP tetap berkeras mahu adakan pilihan raya mengejut, jentera Gerakan sentiasa bersedia untuk menghadapinya,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Pameran Teknologi Agrikultur Antarabangsa Malaysia di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka, Ayer Keroh, hari ini.

SPR sedang mempamerkan peta lengkap berkaitan cadangan persempadanan semula bahagian pilihan raya untuk proses bantahan bermula 15 Sept lalu sehingga 14 Okt depan.

Sebelum ini, DAP mencadangkan kerajaan negeri Selangor pimpinan PKR mengadakan pilihan raya negeri bagi membantah proses persempadanan semula SPR di negeri itu yang didakwa berat sebelah, namun cadangan itu ditolak Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Namun, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tetap bercadang mengadakan PRN di negeri itu selepas mendapat maklum apabila membuat bantahan kepada SPR nanti.

PPBM di bawah Muhyiddin semakin Lesu

Dua minggu selepas permohonannya diluluskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dilihat masih lesu, walaupun ia kini perlu berusaha bersungguh-sungguh bertapak di kalangan parti pembangkang lain yang lebih berpengalaman.

PPBM masih belum menggariskan secara jelas program politiknya.
Kesunyian yang menyambut parti baharu ini berbeza dengan publisiti yang menyelubungi parti itu sebelum penubuhannya, dengan serangan daripada peringkat tertinggi kerajaan diketuai setiausaha akhbar perdana menteri.

Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin juga dilihat tidak banyak menonjol lagi, seorang pemerhati politik veteran memberitahu FMT, tidak seperti bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang terus mengeluarkan pelbagai kenyataannya mengulangi serangan ke atas pentadbiran Najib.

“Seolah-olah parti itu tidak ada apa-apa jentera,” menurutnya.
Beliau turut mempersoalkan ketiadaan beberapa individu yang sebelum ini lantang dalam Deklarasi Rakyat, gerakan naungan Dr Mahathir, di dalam PPBM.
Mereka termasuk bekas naib ketua Umno Batu Kawan, DatuK Seri Khairuddin Abu Hassan, yang dilihat rapat dengan Dr Mahathir.

Ketika dihubungi mengapa kelibat beliau tidak kelihatan dengan pimpinan PPBM, Khairuddin enggan memberi sebarang komen.
“PPBM amat bergantung pada populariti Tun Mahathir dan tidak dapat berdiri di atas kaki sendiri,” kata sumber yang sama itu.

Sumber itu turut mempersoalkan kebolehan Muhyiddin dalam memimpin.
Menurutnya, Muhyiddin kerap dilihat sebagai seorang yang tidak bekerja dalam pasukan.
Malah, anggapan sedemikian ditambah dengan ketiadaan sebarang pengumuman mengenai barisan pemimpin parti baharu itu.

Kaitan Muhyiddin dalam sebuah kes perceraian, yang sudah diselesaikan di mahkamah, juga sedikit sebanyak menambahkan masalah imej yang dihadapinya, di samping menjadi fokus musuh politiknya dari Umno.

Banyak lagi kelemahan di pihak Muhyiddin, yang menurut pemerhati itu, membawa kepada persoalan sama ada PPBM boleh terus bertahan.
“Bukan sahaja Muhyiddin banyak mewarisi perkara lampau, jelas beliau juga tidak sangat selesa dengan DAP,” tambahnya.

Ramai yang menganggap Muhyiddin masih berfikiran seperti Umno dan belum berubah.
Berdampingan dengan pembangkang, khususnya DAP, sudah tentu bukan sesuatu yang mudah bagi Muhyiddin.

Menurut sumber itu, ini antara sebab PPBM di bawah kepimpinannya mungkin tidak mampu mengadakan persefahaman dengan parti pembangkang lain menjelang pilihan raya umum ke-14.
 
Copyright © 2014 PenangKini.