BREAKING NEWS

Saturday, 31 December 2016

Penduduk mahukan penjelasan kerajaan negeri

Polis tahan 3 lelaki pasang papan iklan hasut rakyat BEBAS ANWAR


BUKIT MERTAJAM: Polis menahan 3 lelaki bagi membantu siasatan berhubung pemasangan papan iklan dipercayai cuba menghasut rakyat berhimpun untuk bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata 3 lelaki berusia 50-an itu ditahan ketika memasang papan iklan berkenaan di Jalan Baru, Perai di sini, kira-kira 3.00 petang tadi.

“Pihak polis membuka siasatan mengikut Akta Hasutan selepas menerima laporan polis daripada orang awam berhubung pemasangan papan iklan berkenaan yang didakwa cuba menghasut rakyat.
“Semasa siasatan dijalankan, polis mengesan 3 lelaki sedang memasang papan iklan itu di kawasan Jalan Baru dan kami menahan mereka bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, malam ini.

Katanya 3 lelaki itu kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis selepas pihaknya merekodkan keterangan mereka.

Nik Ros Azhan berkata selain di Jalan Baru, 3 papan iklan itu dipasang di Alma, Bukit Teh dan Permatang Tinggi sejak 2 hari lepas juga diturunkan oleh polis.
Beliau berkata polis turut menasihatkan penganjur agar tidak terus memasang papan iklan itu supaya tidak menimbulkan kekecohan.

Hari ini, Umno Bahagian Bukit Mertajam menggesa agar 3 papan iklan yang dipercayai cuba menghasut rakyat berhimpun untuk bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diturunkan segera.

Setiausahanya Mohd Fauzi Sharif dilaporkan berkata 1 laporan polis dibuat bagi membolehkan tindakan tegas diambil terhadap pihak yang memasang papan iklan itu.

5 Fakta Penting Sebelum Kahwin Dengan Orang Utara!

Bila bab mencari pasangan ni, masing-masing ada ‘selera’ tersendiri. Ada yang inginkan pasangan yang lemah lembut dan cakap dengan penuh budi bahasa.
Tapi, macam-mana kalau anda berkahwin dengan orang utara? Bahasa, cara percakapan sudah tentu berbeza mengikut negeri.Seorang wanita dari pantai timur ini kongsikan kisah menarik perkahwinannya bersama lelaki yang berasal dari Utara.Ada sesetengah orang rasa agak janggal dan susah nk terima budaya baru di tempat lain dan pasti pelbagai andaian negatif yang akan ‘bersarang’ di fikiran.

1. Orang utara ni cakap kasar, tapi kelakar

“Bekeng. Muka Cengey.”orang Utara. Aku tak tahu nak describe apa tentang depa. Depa cakap menengking-nengking. Bekeng pun ya. Muka cengey. Cakap main lepas selalunya. Kasar Tapi Kelakar!

2. Orang Utara memang cakap kasar tapi itu cara mereka

Masa mula-mula aku kahwin dengan lelaki utara, tiap malam aku menangis.
“Kenapa marah saya?”
“Laa. Mana ada maghah. Kami memang cakap lagi ni dari kecik lagi.”
“Tipu! Tak percaya! Bye.”

3. Bila deorang cakap je macam tengah marah

Eh dia marah aku ke ni? Pastu tunduk muka merajuk.
“Awat diam?”
“Entah. Saya rasa seperti dimarahi”
“Laa. Mana duk ada. Oghang dak maghah. Takyah duk buat bebai la. Pi makan nasi nu. Makan perabih buang. Tak abih makan jangan harap boleh tengok TV”
Kadang terfikir jugak, yeke ni style depa bercakap?

4. Jenis cakap kuat

Kadang makan hati tau dengan volume suara depa. Tapi aku jadi sunyi bila dia tak ada dekat rumah. Suara-suara dialah yang selalu memenuhi segenap inci ruang rumah.

5. Orang Utara cakap je kasar tapi baik hati & peramah

Lepas bertahun duduk sebumbung dengan orang Utara, baru la aku tahu macam-mana. Dejei, pelaq, anak haram takyah cakap la memang akan keluar tiap kali melawak.
“Perbezaan dialek kadangkala boleh buat orang jadi gaduh. Kami jenis cakap kasaq, awak orang Kelantan saya akui cara awak berlenggok gelemai macam orang siam kat Pattani. Tapi awk kena faham budaya kami. Kami tak marah, kami sedang bercakap.”

Top 5 Trending Google 2016 di Malaysia

Top 5 Trending Google 2016 di Malaysia

Kita sudah sampai ke penghujung tahun 2016. Sebagai seorang yang aktif menggunakan internet, pastinya wajib menggunakan Google untuk sebarang carian info. Malah, bukan sahaja pencarian menerusi komputer, tetapi juga peranti mudah alih. Hampir semua orang menggunakan Google di peranti telefon pintar masing-masing, dan ini meningkatkan jumlah carian di Google.

Anda tentu mahu tahu apakah carian paling popular, paling trending di Google sepanjang tahun 2016. Apakah yang kebanyakkan rakyat Malaysia cari menerusi Google? Mari ikuti senarai yang telah saya sediakan berdasarkan daripada fakta yang diberikan oleh Google Trends.

Top 5 Trending Google Sepanjang 2016 di Malaysia

Apa agaknya topik yang telah trending di carian Google sepanjang tahun 2016 ye? Menerusi Google Trends, terdapat 15 kategori dibahagikan. Mari sama-sama kita lihat apa yang telah trending atau menjadi carian paling popular rakyat Malaysia sepanjang 2016.

Top 5 Carian (Searches)

Top 5 Carian Google 2016

  1. Euro 2016
  2. Pokemon GO
  3. BR1M 2016
  4. SAPS Ibu Bapa
  5. Olympic Games Rio 2016

Top 5 Orang (People)

  1. Donald Trump
  2. Atikah Suhaime
  3. Song Joong Ki
  4. Aiman Tino
  5. Margot Robbie

Top 5 Berita (News)

  1. US Elections
  2. Olympic Games Rio 2016
  3. Rayani Air
  4. Brexit
  5. Bajet 2017

Top 5 Filem (Movies)

  1. Train to Busan
  2. Suicide Squad
  3. Deadpool
  4. Dilwale
  5. Kabali

Top 5 Drama Melayu (Malay Drama)

  1. Suri Hati Mr Pilot
  2. 7 Hari Mencintaiku
  3. Dia Semanis Honey
  4. Tundukkan Playboy Itu
  5. Cinta Si Wedding Planner

Top 5 Selebriti Tempatan (Local Celebs)

Atikah Suhaime Hot di Google
  1. Atikah Suhaime
  2. Aiman Tino
  3. Syatilla Melvin
  4. Goh Liu Ying
  5. Mira Filzah

Top 5 How To

  1. How to play Pokemon GO
  2. How to sign up for WhatsApp
  3. How to use SnapChat
  4. How to clear cache Google Chrome
  5. How to download videos from YouTube

Top 5 What Is

  1. What is The Mountain of Butterflies
  2. What is Brexit
  3. What is Pokemon GO
  4. What is bauxite
  5. What is the Panama Papers

Top 5 Near Me

  1. Dominos near me
  2. Pizza Hut near me
  3. Part time jobs near me
  4. KFC near me
  5. Hotels near me

Top 5 Apakah

  1. Apakah virus Zika
  2. Apakah bauksit
  3. Apakah gunung rama-rama
  4. Apakah TPPA
  5. Apakah Piagam Madinah

Top 5 Bagaimana

  1. Bagaimana nak daftar SPMU secara pos
  2. Bagaimana nak aktifkan memori kad
  3. Bagaimana cara import anjing ke Malaysia
  4. Bagaimana terjadinya tahun lompat dalam kiraan matematik
  5. Bagaimana nak daftar SSM

Top 5 Kenapa

  1. Kenapa orang period suka marah
  2. Kenapa mudah penat dan mengantuk
  3. Kenapa permainan tradisional kurang diminati generasi kini
  4. Kenapa sakit di salur peranakan semasa mengandung
  5. Kenapa solenoid gear kereta Vios berbunyi

Top 5 Model Kereta (Car Models)

Top 5 Carian Google 2016
  1. Perodua Bezza
  2. Proton Persona
  3. Proton Saga
  4. Honda Civic
  5. Proton Perdana

Top 5 Peranti Mudah Alih (Mobile Devices)

  1. iPhone SE
  2. Huawei P9
  3. Vivo V5
  4. iPhone 7 Plus
  5. Samsung Note 7

Top 5 Permainan (Games)

  1. Pokemon GO
  2. Warcraft
  3. Slither.io
  4. Agar.io
  5. Overwatch

7 ‘Rahsia’ Penerbangan Yang Anda Mungkin Tidak Tahu



Menaiki kapal terbang kini bukanlah sesuatu yang pelik atau jarang, namun begitu, tahukah anda terdapat beberapa perkara mengenai penerbangan yang biasanya cuma diketahui juruterbang dan anak kapal sahaja?



1. Rahsia Pramugari


Laman sosial soal jawab Quora mengumpulkan beberapa “rahsia” sewaktu berada di dalam kapal terbang, antaranya diberikan oleh beberapa juruterbang dan pakar penerbangan sendiri.

2. Elakkan risau terhempas ketika penerbangan


Risau kapal terbang terhempas ketika dalam penerbangan? Mengikut statistik, lebih daripada separuh kemalangan penerbangan sebenarnya berlaku ketika berlepas dan mendarat.

3. Berhati-hati minum air


Kopi anda rasa pelik? Elakkan minum air jika bukan dihidangkan terus daripada botol, kerana air di dalam kapal terbang telah dirawat dengan bahan kimia untuk mengelakkan kuman.


4. Juruterbang dapat hidangan khas


Anda mungkin cemburu jika dapat tahu juruterbang anda dihidangkan makanan lain daripada anda. Untuk mengelakkan mereka sakit dan keracunan makanan, kedua-dua juruterbang turut dihidangkan dua makanan berlainan.

5. Kod rahsia jika kapal terbang dirampas


Biasanya, juruterbang akan menurunkan “flap” di sayap – yang digunakan untuk memperlahankan kapal terbang – selepas mendarat.

Jika “flap” tersebut tidak diturunkan, itu tandanya ada sesuatu berlaku di dalam kapal terbang.

6. Juruterbang dibayar lumayan


Ini mungkin bukan rahsia besar, tetapi juruterbang untuk syarikat penerbangan besar mendapat gaji setinggi £97,000 (RM620,000) setahun.

Walau bagaimanapun, jumlah ini dianggap lebih murah berbanding gaji juruterbang di zaman dahulu.


7. Tiada masalah gunakan peranti elektronik


Sebenarnya tiada bukti kukuh bahawa menggunakan peranti elektronik akan mengganggu sistem penerbangan. Namun, anda masih perlu patuh dengan arahan anak kapal untuk mengelakkan kekecohan. - ohmymedia

Terowong Smart Dikagumi Dunia

Selepas Menara Berkembar Petronas (KLCC), Malaysia mempunyai satu lagi projek ikonik iaitu Terowong Pengurusan Air Banjir dan Jalan Raya (Smart) yang dikagumi dan mendapat perhatian dunia.

Ia berjaya tersenarai sebagai antara 10 terowong hebat di dunia oleh CNN.

Terowong Smart tersenarai bersama kejuruteraan hebat lain termasuk Terowong Gotthard Base di Switzerland, Terowong Channel, Terowong Laerdal (Norway), Tokyo Bay Aqua-Line (Jepun) dan Terowong Eisenhower di Amerika Syarikat.

Terowong besar yang lain yang turut disebut ialah Terowong Spiralen (Norway), Terowong Guoliang dan Terowong Bund Sightseeing (China) dan Terowong Seikan di Jepun.

Memetik kenyataan Alun Thomas, ketua perundingan kejuruteraan terowong Ramboll, artikel yang disiarkan di laman web CNN cnn.com menjelaskan peranan dan fungsi Smart.

“Smart menggabungkan jalan raya dan sistem pengurusan air banjir. Ia boleh menampung air banjir dan kembali menjadi jalan raya dalam masa beberapa jam,” jelas beliau.

Terowong sepanjang 9.7 km ini merupakan terowong lencongan air yang terpanjang di Asia Tenggara dan kedua terpanjang di Asia dibina untuk menangani masalah banjir kilat di Kuala Lumpur.

Ia juga bertujuan untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di sepanjang Jalan Sungai Besi dan jejambat Loke Yew di Pudu semasa waktu puncak.

Sebagai terowong lencongan air ketika banjir kilat melanda ibu negara, ia mampu menampung sehingga tiga juta meter padu air dengan mengalihkan air dari Sungai Klang di Kampung Berembang, Ampang melalui terowong ke kolam tadahan di Taman Desa, Jalan Klang Lama dan seterusnya dilepaskan secara terkawal ke Sungai Kerayong.

2016 Tahun Terburuk Kerajaan DAP Pulau Pinang



TIDAK keterlaluan untuk disimpulkan 2016 adalah tahun terburuk dalam sejarah pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Terlalu banyak kontroversi membelenggu sepanjang tempoh 12 bulan lalu, sama ada isu berulang yang gagal diselesaikan sehingga kini atau isu baharu yang timbul akibat kelemahan kerajaan negeri.

Paling memalukan apabila buat pertama kali dalam sejarah negeri ini, ketua menterinya dituduh di mahkamah kerana dua kes rasuah.

Perbicaraan kes pembelian banglo pada harga bawah pasaran serta pertukaran status ta­nah membabitkan Lim Guan Eng berkenaan akan bermula Mac tahun depan.

Menjadi catatan sejarah juga, Guan Eng masih kekal sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang sehingga kini di sebalik pertuduhan kes rasuah itu meskipun didesak banyak pihak meletak jawatan atau bercuti ekoran krisis integriti berkenaan.

Banyak isu berkaitan rakyat juga berlaku sepanjang tahun ini yang secara jelas memperlihatkan kepincangan dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Berbanding tahun-tahun sebelum ini, bencana banjir kilat paling kerap berlaku dan lebih buruk tahun ini. Malah ada kawasan yang ditenggelami banjir kilat beberapa kali dalam tempoh seminggu seperti di Jalan Perak dan kawasan sekitar Sungai Pinang meskipun ketika hujan lebat hanya beberapa jam.

Walaupun dinafikan kerajaan negeri, namun semua pihak bersetuju bencana itu yang kini turut disusuli dengan tanah runtuh disebabkan pembangunan pesat tidak terkawal termasuk di kawasan berisiko di lereng bukit.

Pembangunan mewah dan elit bukan sesuatu yang asing di kebanyakan kawasan khususnya di bahagian pulau negeri ini. Ini juga menjadi jawapan kepada kesukaran penduduk memiliki kediaman sendiri kerana kerajaan negeri hanya meluluskan pembangunan mewah yang di luar kemampuan mereka.

Sebab itu sepanjang hampir lapan tahun DAP mentadbir ne­geri ini, isu rumah mampu milik bukan sahaja gagal diselesaikan malah semakin meruncing.

Utusan

Bukan hanya penduduk yang semakin tertekan sepanjang tahun ini malah alam sekitar juga seolah-olah tidak selamat dan tidak mempunyai nilai di negeri ini.

Rancangan pembangunan di Pulau Jerejak dan puncak Bukit Bendera adalah antara ketidakpedulian kerajaan negeri kepada betapa pentingnya kawasan hutan yang ada di negeri ini. Kedua-dua kawasan itu yang menjadi ikon dan mempunyai nilai sentimental cukup tinggi kepada penduduk negeri ini bakal berubah wajah dengan perancangan pembangunan komersial.

Namun rancangan di kedua-dua kawasan itu tidak setanding dengan kemusnahan lebih besar kawasan laut menerusi rancang­an tambakan terbaharu oleh kerajaan negeri di perairan selatan negeri ini.

Projek yang dirancang di Permatang Damar Laut itu kelak bakal mewujudkan tiga buah pulau buatan untuk dijual kepada pemaju swasta bagi menampung kos projek yang lebih besar dikenali Pelan Induk Pengangkutan (PIP) negeri.

Buat masa ini, kerajaan negeri tetap dengan keinginan meneruskan projek mega tambakan laut itu meskipun kajian awal sudah membuktikan impak buruk bukan hanya kepada hidupan laut malah ancaman kepada nasib dan masa depan golongan nelayan.

Isu-isu yang dinyatakan ini hanyalah sebahagian kecil daripada banyak lagi pertikaian yang tercetus antara Kerajaan DAP Pulau Pinang dengan pelbagai pihak di negeri ini.

Tahun ini juga menyaksikan ketegangan hubungan Kerajaan DAP Pulau Pinang dengan kebanyakan pertubuhan bukan ke­rajaan (NGO) kerana dasar dan polisi yang membelakangkan kepentingan NGO berkenaan.

Begitu juga dalam hubungan bersama media yang diancam dengan tindakan undang-undang termasuk pergeseran terbuka dengan akhbar-akhbar Cina.

Sedangkan kedua-dua pihak ini memainkan peranan penting dalam kemenangan pembangkang di negeri ini pada pilihan raya umum 2008 namun hari ini dilihat seperti bermusuh.

Kemarahan NGO dan akhbar Cina ini barangkali kerana dalam kebanyakan isu yang timbul, kerajaan negeri tidak pernah mahu mengakui kelemahan pentadbiran sendiri sebaliknya lebih selesa menyalahkan pihak lain.

Sebab itu menjelang tahun baharu 2017 yang berbaki beberapa hari sahaja lagi, penduduk negeri ini tidak boleh mengharapkan tekanan yang dirasakan mereka selama lapan tahun DAP mentadbir negeri ini akan menuju kepada corak pemerintahan baharu.

Melainkan penduduk negeri ini berani melakukan perubahan yang sudah semestinya tidak dibuat secara semberono, sebaliknya kerana menilai rekod pres­tasi buruk DAP sepanjang lapan tahun mentadbir negeri ini.

Friday, 30 December 2016

Pendaftaran Baharu BR1M dilanjutkan sehingga 13 Jan


KUALA LUMPUR:  Kementerian Kewangan memaklumkan bahawa tempoh pendaftaran baharu Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2017 akan dilanjutkan sehingga 13 Januari 2017.

Dalam satu kenyataan media hari ini, Kementerian Kewangan mengingatkan semua penerima yang layak membuat permohonan secara atas talian di https://ebr1m.hasil.gov.my.

Permohonan juga boleh dibuat di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) secara percuma.

Banyak Jalan Di Pulau Pinang Tak Berkualiti

Kerajaan DAP Tangguh Tambak Laut , Persoalannya ?


Keluarga Pemandu Bas Mungkin Ambil Tindakan Undang-Undang



Thursday, 29 December 2016

Selepas bantahan, kerajaan DAP P. Pinang tangguh tambak

Sudah Setahun Dana RM1.2 Bilion Dari Israel, Mana Jawapan DAP?



Jika membicarakan tentang dana politik, antara yang menarik untuk diperkatakan adalah bagaimana DAP hanya mendiamkan diri apabila disentuh mengenai sumbangan dana RM1.2 bilion dari Israel yang telah di dedahkan sendiri oleh bekas Pegawai Khas Lim Kit Siang, Mohamad Razali Abdul Rahman.

Setahun yang lepas, Dr Zuhdi buat pendedahan yang sama sekali lagi pada 29 Disember 2016 dalam satu artikel di Berita Harian.

Sejak pendedahan “berani mati” yang dibuat oleh Razali, hanya penafian sahaja yang mampu dibuat oleh DAP. Malah, ugutan DAP yang mahu menyaman Razali juga sehingga kini masih belum dibuat oleh parti berkenaan.

Sedar atau tidak, sudah setahun masa berlalu dan DAP masih lagi gagal memberikan jawapan tentang pendedahan yang dibuat oleh Razali ini.

DAP begitu sibuk berbicara tentang isu-isu lain sedangkan persoalan mengenai sumbangan dana RM1.2 bilion dari Israel ini, terbiar tanpa jawapan pun.

DAP lebih senang untuk membiarkan persoalan mengenai dana itu hanyut ditelan masa tanpa memberikan apa-apa jawapan tentang perkara itu.

Di sebalik segala persoalan mengenai dana berkenaan yang masih menimbulkan tandatanya, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng turut terpalit dengan skandal penyalahgunaan kuasa. Itupun DAP masih cuba untuk mengelak dari mengakui kesalahan mereka.

Jadi tidak hairanlah apabila DAP juga cuba menggunakan helah yang sama jika berbicara tentang sumbangan dana dari Israel ini. Mungkin bagi DAP, ia adalah rahsia parti yang tidak harus dihebahkan kepada umum.

Namun, jika melihat kepada slogan DAP sendiri yang sentiasa mengamalkan ketelusan dalam segenap perkara, kredibiliti DAP dalam isu ini boleh dipersoal.

Kenapa DAP enggan memberikan jawapan yang konkrit berhubung isu ini? Kenapa tiada langsung tindakan perundangan dikenakan terhadap Razali dan Dr Zuhdi, individu yang mendedahkan skandal ini?

Apa yang pasti, DAP sendiri tiada jawapan untuk menafikan sebarang sumbangan yang mereka terima daripada Israel.

Mereka lebih senang mengalihkan tumpuan rakyat kepada isu-isu lain sedangkan skandal DAP sendiri dibiarkan begitu sahaja.

Inilah wajah sebenar DAP. Mereka akan cuba sedaya upaya melindungi atau merahsiakan sebarang perkara yang boleh merosakkan parti mereka.

Namun, mereka akan tampil kehadapan andai mereka menghidu peluang untuk menjatuhkan musuh politik mereka. Sampai bila rakyat harus menunggu jawapan DAP berhubung sumbangan dana dari Israel ini?

Betul ker tidak DAP dapat dana dari Israel ini, Mahathir tidak pula tanya apa status duit Israel ini. Hendak dengar juga fatwa dari Mahathir berkaitan dana Israel ini. Rasuah ke halal duit dana Israel ini?

Tulisan :
Beruang Biru
BB206, Khamis
29 Disember 2016

CABAR! SURAT RASMI TOLAK KERAJAAN NEGERI !


Mana suara Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP yang juga merupakan Ketua Menteri negeri Pulau Pinang?


Soalan ini timbul kerana semakin ramai rakyat Pulau Pinang bangkit mengkritik ketidakmampuan beliau untuk mentadbir negeri Pulau Mutiara ini. Dalam isu berdepan dengan isu, kita dapat mengagak 3 perangai Guan Eng iaitu:
1. Beliau cuba menjauhkan diri daripada menjawab sendiri pelbagai rungutan rakyat negeri.

2. Sebaliknya, beliau cuba mengalih topik yang menjatuhkan maruah beliau dengan menuding jari kepada pihak lain dan juga membuat kenyataan kontroversi berbau rasis dan cauvinis.

3. Jika tidak pun, proksi beliau yang akan bercakap tentang isu-isu rakyat negeri.
Dan pada masa hanya beberapa bulan ini sahaja, pelbagai soalan dan kritikan terhadap kerajaan DAP yang masih belum dijawab sendiri oleh Lim Guan Eng. Di sini MiM sertakan laporannya :

\
1. Aktivis alam sekitar melahirkan kebimbangan berhubung cadangan Kerajaan DAP Pulau Pinang mempopularkan puncak Bukit Bendera sebagai destinasi pelancongan.
Penasihat Penang Citizens Awareness Chant Group (Chant), Yan Lee berkata, cada­ngan itu termasuk pembinaan dua stesen kereta kabel baharu ke puncak Bukit Bendera.
Menurutnya, pembinaan stesen kereta kabel baharu yang dirancang di Taman Perbandaran Pulau Pinang dan Teluk Bahang itu dikhuatiri akan diikuti dengan projek pelancongan lain di kawasan berkenaan - sumber
2. Lebih 200 nelayan mengadakan demonstrasi aman di hadapan sebuah hotel di Teluk Kumbar di sini bagi membantah projek penambakan laut di perairan selatan negeri ini.
Mereka merupakan sebahagian nelayan dari seluruh kawasan di negeri ini khususnya nelayan Permatang Damar Laut yang terlibat secara langsung dengan projek tambak laut berkenaan.
Selain melaungkan slogan menolak projek itu, kumpulan nelayan berkenaan turut membawa sepanduk mengecam Kerajaan DAP Pulau Pinang antaranya bertulis ‘Nelayan Pulau Pinang tersepit kerakusan aktiviti tambak laut - sumber
3. Penduduk taman Sri Rampai, Paya Terubong, di sini mempersoalkan kelulusan projek pembangunan berkepa­datan tinggi yang diberikan Kerajaan DAP Pulau Pinang kepada sebuah syarikat pemaju di kawasan tersebut.
Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Sri Rampai, Dr. Ti Lian Geh berkata, pihaknya dimaklumkan kelulusan diberikan kepada pemaju untuk membina satu blok bangunan 47 tingkat di atas tanah yang pada asalnya hanya diluluskan untuk pembangunan rumah-rumah tiga tingkat sahaja.
Sehubungan itu, katanya, penduduk membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat perkara berkenaan yang disifatkan meragukan - seterusnya
4. Percambahan projek pem­bangunan melibatkan kerja-kerja tebus guna ta­nah dan pengorekan dasar laut di beberapa kawasan perairan negeri ini mencetuskan kebimbangan khususnya dalam kalangan nelayan.
Pengerusi Persatuan Nelayan Pulau Pinang, Nazri Ahmad berkata, pihaknya kecewa kerana kerja-kerja pengorekan dasar laut dan tebus guna tanah itu seolah-olah bebas dilakukan tanpa sebarang pemantauan pihak berkuasa.
Malah, katanya, terdapat beberapa projek pengorekan laut turut dilakukan di kawasan berhampiran pantai - sumber
5. Jabatan Alam Sekitar (JAS) tidak perlu terburu-buru memberi kelulusan kepada rancangan Kerajaan DAP Pulau Pinang menambak perairan laut di selatan negeri ini bagi membentuk tiga buah pulau buatan.
Sebaliknya, Pengerusi Badan Perhubungan UM­NO negeri, Datuk Seri Zai­nal Abidin Osman berkata, jabatan itu perlu meneliti secara mendalam terlebih dahulu hasil kajian impak alam sekitar (EIA) projek tersebut.
Apatah lagi, dapatan awal EIA yang dijalankan perunding dilantik menunjukkan akan berlakunya kesan kemusnahan ketara terhadap hidupan laut di kawasan yang bakal ditambak di sekitar Permatang Damar Laut - sumber  
Banyak lagi isu-isu tempatan yang dipersoalkan oleh NGO-NGO Pulau Pinang tetapi tidak dipedulikan oleh kerajaan DAP.

Seperti yang telah MiM jelaskan sebelum ini, rintihan NGO-NGO tidak dipedulikan langsung dan tidak memberi sebarang kesan kepada kerajaan DAP negeri kerana DAP tahu, NGO-NGO ini akan tetap mengundi parti itu pada PRU-14 nanti.

Rakyat pun sudah mual dengan hipokrasi NGO-NGO ini yang pandai mengkritik sahaja tetapi mereka masih menyokong kerajaan DAP yang mereka kritik itu. Rakyat juga tahu bahawa Dr Mahathir tidak akan berani menegur kerajaan DAP negeri, begitu juga pemimpin-pemimpin PKR, PAN dan parti Bunga Raya yang lain.

Inilah kelemahan NGO-NGO seperti Penang Forum yang kita nampak. Dan selagi mereka tidak menolak kerajaan DAP pada PRU14 nanti, DAP akan terus menerus merosakkan alam sekitar, mesra pemaju dan tidak mementingkan kesejahteraan rakyat Pulau Pinang.

Pulau Mutiara ini akan menjadi tempat orang kaya dan kesesakan jalanraya akan bertambah teruk di masa depan. Kerajaan DAP pun hanya pandai menjual tanah milik rakyat Pulau Pinang sahaja.

Nasihat MiM ialah agar NGO-NGO ini khususnya Penang Forum menyatakan pendirian secara terbuka (jika benar-benar ikhlas demi rakyat) untuk menolak DAP dan rakan-rakannya pada PRU14 nanti.

Buat satu kenyataan rasmi menyatakan bahawa NGO tidak lagi percayakan kerajaan DAP dan akan memastikan kerajaan DAP tumbang pada PRU14.

Jika DAP tumbang kelak, kita percaya kerajaan baharu akan memperbetulkan segala kepincangan yang telah dilakukan oleh kerajaan DAP ini.

Beranikah Penang Forum, Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan NGO-NGO yang lain?

Sumber

SAM gesa projek tambak tanah seluruh negara dihentikan

 Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa semua kerja penambakan tanah di seluruh negara dihentikan termasuk Pulau Pinang, sementara menunggu kaedah kajian persekitaran baru digubal kerajaan.

Presiden SAM S M Mohamed Idris menyokong cadangan kerajaan merangka Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) dan kaedah terperinci Environment Impact Assessment (DEIA) lebih baik.
SAM sejak berdekad lamanya menegaskan kelemahan yang wujud dalam kaedah dan proses EIA serta DEIA sedia ada.

“Memandangkan keadaan ini, bukan sahaja Pulau Pinang perlu menghentikan projek penambakan yang sedang berjalan dan dicadangkan, malah semua projek penambakan lain di seluruh negara juga perlu dihentikan,” katanya ketika dihubungi.

Idris berkata demikian sebagai mengulas gesaan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar kepada kerajaan Pulau Pinang bagi menghentikan semua kerja penambakan.
Wan Junaidi berkata demikian bagi membenarkan EIA dan DEIA baru dan lebih baik dibuat, kerana yang digunakan sekaranya hanya menumpukan kepada faktor persekitaran
Pulau Pinang bercadang menambak semula lebih 3,000 ekar dalam bentuk 3 pulau untuk membiayai pelan induk pengangkutan bernilai RM46 bilion.

Pada masa ini, satu-satunya projek penambakan yang dijalankan adalah di perairan Persiaran Gurney, sebagai sebahagian daripada projek Gurney Wharf.

Sementara itu, Idris berkata Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar patut mempertimbangkan untuk memasukkan kajian “Sosial Penilaian Kesan” (SIA) bagi mengambil kira impak sosial projek penambakan.

Beliau berkata nelayan adalah golongan paling terjejas oleh penambakan kerana tangkapan mereka digugurkan apabila penambakan dijalankan.
“Penambahbaikan bukan sahaja perlu dibuat untuk DEIA dan EIA, perlu juga SIA menyeluruh bagi mengambil kira kesan projek ini kepada rakyat,” kata Idris.

Beliau berkata kementerian juga perlu mengeluarkan perintah henti kerja bagi projek penambakan yang menyebabkan risiko pencemaran atau memusnahkan alam sekitar.
“Perintah henti kerja dan langkah pengurangan sesuai perlu diambil untuk mencegah pencemaran dan kemusnahan alam sekitar akibat projek penambakan,” katanya.

Pelik! Flat Jalan Pantai Bersih diserang ulat gonggok busuk


Penduduk di sebuah pangsapuri di sini gelisah apabila kediaman mereka “diserang” ribuan ulat gonggok hitam dan kuning sejak dua minggu lalu.
Bukan sahaja menggelikan, ulat yang memenuhi kawasan flat Pantai Bersih dan longkang berhampiran bangunan flat mengeluarkan bau busuk, lapor Harian Metro.
Penduduk hairan dari mana datangnya species artropod berkenaan memandangkan tidak banyak pokok di sekitar pangsapuri tersebut.
“Hanya ada beberapa pokok berhampiran flat selain kawasan semak yang dipagar untuk projek pembangunan,” kata Rajabi Abdul Rahman, 70.
“Jadi, kami hairan dari mana ulat berkenaan muncul dan merayap di kaki lima serta longkang sekitar flat hingga menimbulkan rasa geli kepada penduduk.”
Beliau juga risau haiwan itu mendatangkan bahaya kepada kanak-kanak, khususnya rumah di tingkat bawah pangsapuri itu yang dimasuki species tersebut.
“Kami tidak pasti ia boleh menggigit atau tidak, tetapi baunya busuk hingga menimbulkan rasa kurang selesa,” kata Rajabi lagi.
Tinjauan akhbar itu mendapati ia bergerak berkumpulan dari kawasan lembap seperti longkang dan ada juga mati kerana digilis kenderaan.
- See more at: http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/penduduk-geli-ribuan-ulat-gonggok-busuk-serang-flat#sthash.Ai06s4sf.ZOCWJPVb.dpuf


 
Copyright © 2014 PenangKini.