BREAKING NEWS

Wednesday, 18 January 2017

Akhirnya Kit Siang Tersungkur Dengan Pendirian PAS


Usaha tangga kejayaan tidak memihak Pakatan Harapan apabila Lim Kit Siang membayangkan DAP terpaksa akur dengan tindakan pemimpin PAS yang tidak mletakkan kaki dalam kelompok pakatan yang dibentuk setelah Pakatan Rakyat di nisankan.
Nampaknya hasrat kelompok Pakatan Harapan untuk bertanding satu lawan satu dengan Barisan Nasional (BN) pada musim pilihan raya umum(PRU) tidak kesampaian walaupun pemimpin PKR,DAP,PAN,PPBM bersetuju bertanding menggunakan satu logo.
Dipetik dari Sinar Harian online,Lim Kit Siang berkata, Pakatan Harapan masih berbincang mengenai strategi untuk memastikan kedudukan ‘satu lawan satu’ dengan BN, namun sekiranya PAS mahu bertanding, DAP tidak mampu melakukan apa-apa.
“Kalau mereka (PAS) mahu sokong Najib, biarkanlah mereka,” kata Kit Siang dengan ringkas ketika ditemu bual oleh Sin Chew Jit Poh.
Hasrat untuk merampas Puterajaya nampaknya sangat kelam setelah sedar pertandingan dikawasan pilihan raya tetap terjadi tiga penjuru,lalu di ubah ke arah negeri Johor.
Kata Kit Siang, Pakatan Harapan bukan sahaja mahu merampas Putrajaya, tetapi juga ingin menjadi kerajaan di negeri Johor.
DAP mahu tawan Johor,PAN pula mahu Kelantan jadi miliknya dan PPBM mahu menguasai Kedah,PAS pula mahu kekal di Kelantan dan juga mahu menguasai Terengganu walaupun akan digelar parti pantai timur dan PKR belum ada cita-cita untuk menawan negeri selain berhempas pulas mempertahankan Selangor yang dikuasai dengan perkongsian kuasa.
PAN lebih mahu menumpang payung DAP manakala PPBM pula lebih suka pemimpin parti pembangkang lain ikut telunjuknya.
Diakui atau tidak pastinya akan berlaku cakar mencakar antara satu sama lain bagi menentukan kawasan bertanding dan kerana itulah perbincangan agihan kerusi tidak selesai sehingga hari penamaan calon sebagaimana berlaku ketika PRN Sarawak.
Pemimpin PPBM dan PAN pastinya mahu kawasan boleh menang untuk calon masing-masing untuk elak malu besar sekiranya kekalahan teruk berlaku.
Pemimpin PPBM yang masih terasa hebat kerana nikmat semasa bersama UMNO pastinya tidak mudah menyerah kalah kepada parti lain kerana agenda jawatan perdana menteri tetap bersarang pada perjuangan mereka.
PAN yang di kepalai raja lawak (Mat Sabu ) dengan bantuan beberapa pendekar,seperti Khalid Samad akan malu besar sekiranya tidak menang lawan PAS pada PRU 14 nanti.
DAP pastinya mahu menguasai kawasan majoriti pengundi Cina disamping mengekalkan Pulau Pinang dan PKR lebih tertumpu dikawasan pengundi campur-campur (Melayu,Cina,India)
PAS setakat ini masih lagi dengan hasrat mahu bertanding disemua kawasan yang pernah ditandingi pada PRU13.
Di Selangor PAS lebih kelu dan beku walaupun rumah urut sedap dan rumah judi tanpa lesen semakin bercambah.
Zaman Selangor di perintah Barisan Nasional,pemimpin PAS begitu hebat menghentam UMNO termasuk isu arak yang dijual di kedai serbaneka 24 jam.Kini PAS seperti menyimpan nombor keselamatan dan menunggu masa untuk dihuraikan satu persatu dan ketika itulah PKR akan menari dengan tarian Mesir untuk memujuk.
Hebat mengutuk dan memfitnah pemimpin Barisan Nasional tidak melambangkan kekuatan pengaruh pembangkang berikutan rakyat lebih suka kepada pemimpin yang membantu mereka daripada pemimpin politik yang suka berpolitik.
Tidak hairanlah hasrat satu lawan satu dengan BN tidak akan kesampaian,manakala rakyat pula lebih faham falsafah,Berbudi,Mengenang Budi,Berbalas Budi

 
Copyright © 2014 PenangKini.