BREAKING NEWS

Monday, 23 January 2017

Apa Afif buat cegah Denggi di Pulau Pinang ?

CUKUPKAH DENGAN DAP SEMBUR ASAP PETANG2???

45 hari selepas masuk tahun 2016, sembilan kematian akibat dari demam denggi di Penang, 22 hari selepas masuk tahun 2017 dua kematian berlaku melibatkan sepasang suami isteri juga kerana demam denggi dan anak pasangan tersebut pun sedang terlantar di Hospital Besar Penang kerana denggi.

Tahun 2014 kes denggi di Penang 2558 kes dengan 11 kematian, tahun 2015 mencatatkan 5430 kes dengan kematian 19 orang. Tahun 2016 adalah 2331 kes dengan kematian 12 orang. Tahun 2017 nampaknya permulaan yang tidak bagus kerana awal tahun dah catat dua kematian.

Apa cerita AFIF?

1.Exco Kesihatan Pulau Pinang Dr Afif sibuk ke sana ke mari dengan jelajah kempen politik nak tawan Malaysia, kononnya nak lawan korupsi. Bagi aku Dr Afif ni lebih korup sbb tak lakasana tugas hakiki sebagai penjawat awam iaitu memerangi wabak denggi.
2. MBPP & MPSP sibuk dengan roboh gerai-gerai orang Melayu dan sangat galak keluarkan beribu-ribu saman parking kereta setiap hari. Soal kebersihan kawasan dan tapak pembinaan tidak dipantau.
Nak tanyalah orang Pulau Pinang apa kempen heybat dan besar-besaran yang kerajaan DAP buat untuk perangi wabak denggi ini?? Rasanya tak dengar bunyi pun terutamanya di kampung-kampung dan di luar bandar...cukupkah dengan hanya menyembur asap petang-petang sahaja???

Azman Haj
 
Copyright © 2014 PenangKini.