BREAKING NEWS

Tuesday, 24 January 2017

Apakah Penganut Agama Hindu Pula Akan Di Politikkan ??


Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berperlembagaan dan didalamnya terdapat pelbagai kaum yang hidup serumpun.Walaupun Islam merupakan agama persekutuan , penganut agama lain bebas mengamalkan agama masing-masing dan perkara ini sudah berlaku sejak negara mencapai kemerdekaannya.

Sikap hormat-menghormati sesama bangsa dan agama ini sebenarnya menjadi ramuan rahsia yang sebenarnya tidak dimiliki oleh negara-negara lain didunia.Jika ada sekalipun , Malaysia punya perbezaan tersendiri dan ianya telah diterima oleh seluruh warganya tanpa sebarang pertikaian.

Namun keharmonian itu kadang-kalanya dicemari oleh sikap sesetengah daripada kita yang terlalu obses dengan perkara-perkara tertentu sehingga boleh mengakibatkan berlakunya suasana yang tidak tenteram.

Di Pulau Pinang , bekas pemimpin HYO (Hindu Youth Organisation) P.Rajendran diberitakan telah membuat laporan polis kerana bimbangkan keselamatannya selepas mendapat ancaman daripada kumpulan yang dikatakan pro kepada Ramasamy yang juga Timbalan Ketua Menteri III P.Pinang.

Berdasarkan sumber tindakan tersebut dibuat kerana bantahan P.Rajendran terhadap 2 perarakan kereta keagamaan semasa Thaipusam.

Dan kemelut perarakan kereta berhias keagamaan hindu di Pulau Pinang semakin buruk apabila kumpulan asal Nattukotai Chettiar diberitakan sudah merancangan untuk berarak lebih awal iaitu pada waktu malam berbanding masa subuh untuk mendahului perarakan kereta berhias kumpulan pro kerajaan negeri Pulau Pinang yang diketuai oleh Ramasamy yang akan bermula pada waktu pagi.

Soalnya kenapa hal sedemikian boleh berlaku ?

Apakah ada campur tangan politik yang cuba untuk memecah-belahkan perpaduan sesama kaum India dan penganut agama hindu di Pulau Pinang ?

Adakah laporan polis yang dibuat oleh P.Rajendran itu benar ? Dan apakah benar berlakunya ugut-mengugut sehingga ada pihak yang berasa tidak selamat ?

Sebagai rakyat Malaysia , kita haruslah bijak mengawal emosi dan perlu peka dengan sensitiviti pihak-pihak tertentu.Bukan menjadi pihak yang bertanggungjawab mencetus suasana yang tidak aman.
 
Copyright © 2014 PenangKini.