BREAKING NEWS

Tuesday, 24 January 2017

Batal TPPA Punca Malaysia Gagal Takluk Amerika

Amerika Syarikat secara rasmi menarik diri dari Perjanjian Trans-Pasifik (TPPA) setelah perintah eksekutif dikeluarkan dan ditandatangani oleh Presiden barunya, Donald Trump. Ini bermaknanya, pakatan perdagangan 12 negara yang telah ditandatangani pada 2015, sudah tiada kena mengena lagi dengan negara “Uncle Sam” itu.

Peristiwa ini sekaligus telah disambut dengan kegembiraan oleh pihak anti-TPPA, yang sebelum ini membayangkan dan menguar-uarkan, 24 jam sehari 7 hari seminggu, bahawa kononnya TPPA bakal membuat Malaysia dijajah oleh Amerika Syarikat. Tiba-tiba, berlaku pula sebaliknya, iaitu Amerika Syarikat sendiri yang menarik diri.

“Aper cer bro?”

Jadi, jika berpaksikan hujah dari golongan anti-TPPA, apakah boleh kita simpulkan, bahawa Amerika Syarikat menamatkan penglibatannya terhadap TPPA kerana takut dijajah oleh Malaysia dan sebelas negara lain? Mengapa tidak, kerana kita dapat melihat kegusaran Trump sendiri berhubung nasib rakyat Amerika jika TPPA dilaksanakan kelak?

Kita masih ingat, bagaimana Perdana Menteri dikritik hebat, kononnya menjual negara dengan bersetuju menyertai pakatan TPPA. Kini, bukan kita yang menarik diri, tetapi Amerika pula yang bertindak demikian.

Sanggupkah juak-juak anti-TPPA ini mengakui bahawa tindakan Perdana Menteri adalah tindakan yang bijak untuk masa depan dan ekonomi negara, sehingga Amerika sendiri takut dan terpaksa berundur?

Paling bodoh piang, ramai diantara mereka ketika itu yang menggunakan hujah kononnya dengan TPPA, negara tidak akan boleh menyekat kemasukan filem-filem lucah ke pasaran Malaysia. Gila punya hujah, sudah dapat guru ber”huha”, logik dan akal tidak berguna lagi.

Samada dengan TPPA atau tidak, penulis yakin di bawah pentadbiran Perdana Menteri Najib Razak, hubungan ekonomi dan perdagangan dua hala antara kedua-dua negara tetap menjadi keutamaan. Untuk rekod, Amerika Syarikat merupakan rakan dagang kedua terbesar Malaysia selepas China dengan jumlah keseluruhan dagangan pada tahun 2016 bernilai RM112.1 billion.

Maaf jika tajuk artikel ini agak melampau, sengaja hendak beri mereka yang guna hujah kononnya TPPA jajah Malaysia terasa. Itu pun jika mereka ada perasaan. Al maklum, taksub memang penyakit yang sukar diubati.

MYKMU
 
Copyright © 2014 PenangKini.