BREAKING NEWS

Thursday, 12 January 2017

Biar depa lah! Faiz jawab kritikan mengenai bahasa dan baju

 Mohd Faiz Subri yang dilihat mengalami kesulitan berucap dalam bahasa Inggeris ketika menerima anugerah Puskas di Zurich 2 hari lalu, mempunyai mesej pedas untuk pengkritiknya.

“Biar depa lah!” jawab beliau sejurus tiba di Lapangan Antarabangsa Pulau Pinang malam tadi.
“Terpulang pada depa (mereka) lah, nak kata apa pun… yang penting Faiz dah buat baik,” katanya.
Menurutnya, beliau terpaksa memberikan ucapan dalam bahasa Inggeris kerana jurubahasa tidak disediakan untuk ucapan bahasa Melayu.

Respons Faiz itu susulan beberapa komen di media sosial yang mengusik dan menyindir beliau ketika berada di pentas, selepas beliau diumumkan pemenang Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) untuk jaringan gol paling cantik sepanjang 2016.
Faiz yang hanya diberikan masa kurang seminit untuk menyampaikan ucapan ringkas dilihat memeriksa telefon bimbitnya untuk teks ucapan, sehingga diusik jaguh bola sepak Brazil Ronaldo sama ada beliau boleh membantu.

Faiz turut menjelaskan mengapa beliau tidak menggayakan baju Melayu pada anugerah itu seperti yang dijanjikan.

“Siapa yang berada di sana tahu, cuaca macam mana kan. Baju kena pakai 3 lapis baru rasa ok sikit.”
Sementara itu, Faiz berkata beliau kini mahu berusaha dipilih ke dalam pasukan kebangsaan. FMT
 
Copyright © 2014 PenangKini.