BREAKING NEWS

Wednesday, 18 January 2017

Dap Bukan Hanya Ancaman UMNO Tetapi Ancaman Negara Atas Sifat Cauvinis, Rasis


Ketua Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh, Abu Bakar Sidekh Zainul Abidin berkata Dap bukanlah ancaman kepada UMNO tetapi beliau menyifatkan Dap sebagai ancaman kepada negara atas sifat rasis, cauvinis dan politik kebencian yang diamalkan parti tersebut.
Atas tindak tanduk tersebut katanya telah menimbulkan rasa kurang senang antara kaum menerusi pelbagai hasutan sempit yang dilakukan.
“Inilah wajah Dap yang cukup bijak bermain wayang di sebalik sifat rasis dan cauvinis menebal mereka,” 
Justeru beliau berharap semua ahli UMNO termasuk komponen  Barisan Nasional (BN) bersatu teguh untuk berdepan tindak tanduk Dap ini termasuk rakan-rakan pakatan pembangkang yang lain.
“Bagi saya, kita sebagai ahli UMNO mestilah mempunyai jati diri yang sangat kuat sebab kita tahu hanya UMNO sahaja dapat memperjuangkan hak-hak ataupun nasib orang Melayu,
“Dalam masa yang sama UMNO tidak pernah lupakan kaum-kaum yang lain. Seperti apa yang dilakukan oleh Barisan Nasional dan kerajaan Malaysia selama ini” ujarnya.
Sebagai rekod pemimpin Dap, Ronnie Liu pernah mencetuskan kontroversi apabila memuatnaik kenyataan provokasi berbaur perkauman sempena temasya sukan Olimpik Rio yang berbunyi “Tak kira Malaysia atau China menang… Cina tetap menang. Bukan?”.
Selepas kenyataan Ronie itu, timbul pula kenyataan penyokong tegar Dap, Hew Kuan Yau yang turut mengaitkan elemen perkauman dengan pencapaian badminton beregu campuran negara, Goh Liu Ying dan Chan Peng Soon di Sukan Olimpik Rio.
Dalam muatnaik di Facebook miliknya, Kuan Yau berkongsi karikatur Goh dan Chan berserta kapsyen dalam bahasa Mandarin, “Dengarlah wahai UMNO, jika orang Cina benar-benar ‘balik’ China maka Malaysia akan ‘makan pisang’ (kembali dengan tangan kosong) dalam Sukan Olimpik.
Selain itu pemimpin Dap Nga Kor Ming pernah memuat naik satu status berbaur perkauman yang bertajuk “Hanya di Malaysia di bawah UMNO, Selamat Hari Raya”, satu karikatur menunjukkan dua budak sedang meminta derma daripada seorang individu.
Dalam perbualan dialog yang ditulis dalam karikatur itu, seorang budak telah bercakap “Tahun ni kami tak mintak duit raya.. kami mintak derma..” manakala seorang lagi menjawab “Tak dapat derma, dedak pun ok…” dan karikatur itu diakhiri dengan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin”.
Isu Azan, isu tulisan jawi di papan tanda, isu bahasa Melayu di papan tanda, isu bahasa Melayu dicadangkan menjadi bahasa kedua dalam urusan pekerjaan dan menobatkan bahasa Mandarin sebagai perantaraan antara perkara yang pernah disuarakan oleh Dap.
Pemimpin Dap juga pernah menghalau seorang peniaga di Pulau Pinang dengan mengatakan “lebih baik balik ke India”. Malah, pernah menggelar Menteri Besar Perak sebagai ‘hitam metalik’ yang secara terang-terang menghina warna kulit seseorang individu.
Antara kenyataan lain pemimpin Dap yang berbaur rasis adalah Dap tidak memerlukan undi orang-orang India. 
 
Copyright © 2014 PenangKini.