BREAKING NEWS

Friday, 6 January 2017

DAP bukan parti, tapi Sendirian Berhad




6 JAN: Tidak dinafikan DAP mempunyai peluang yang cerah daripada dulu berbanding MCA dalam merebut kerusi yang dipertandingkan dalam Pilihan Raya.
Namun tegas Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai selepas pengundi merasai dipimpin oleh pembangkang sepenggal mereka akan dapat menilai ahli parlimen yang mana membela nasib mereka dan membangunkan kawasan mereka seterusnya menyedari hakikatnya hanya Barisan Nasional yang benar-benar bertanggungjawab terhadap pengundi yang telah memilih mereka.
Sehubungan itu sudah pasti penasihat DAP sendiri, Lim Kit Siang tidak pernah bertanggungjawab pada kawasan parlimen yang ditandinginya selama ini kerana asyik melompat dari satu kawasan ke kawasan yang lain.
“Lari dari kawasan ke kawasan memang cara dia (Kit Siang) mengelak dari tanggungjawab beliau dari Melaka ke Penang, Ipoh ke Johor.
“Rakyat dah lihat siapa Kit Siang sebenar dan saya juga kata DAP tak ada prinsip, boleh jual apa sahaja prinsip yang ada, rebut kuasa dan dalam parti DAP tidak ada operasi kerana kita tahu DAP merupakan Kit Siang dan anak Sdn Bhd,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya Kawasaki 2017 di kawasan letak kereta Plaza Tol Sungai Besi pada Jumaat.
Tiong Lai turut menyelar dengan menganggap DAP adalah sebuah parti persendirian kerana tidak pernah menukar jawatan sejak berkurun lama dan dikuasai oleh hanya satu individu.
“DAP bukan parti tapi parti Sdn Bhd. kalau tengok Presiden parti MCA dah tukar 10 orang, Dia seorang sampai sekarang bila jadi pengerusi, dia paling berkuasa. Jadi Setiausaha Publisiti dia juga paling berkuasa, itu lah DAP punya legasi.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Kit Siang yang tidak mahu lagi bertanding di Gelang Patah dan kemudiannya akan bertanding di kawasan lain.
Katanya ia sekaligus memberi peluang yang lebih baik kepada MCA.
“Dalam hal ini rakyat sendiri boleh menilai bagaimana servis yang kita iaitu MCA berikan kepada rakyat, dan DAP yang berikan kepada mereka.
“Kalau Penasihat mereka sendiri pun boleh lari tinggalkan tanggungjawab, apa maknanyalah DAP?,” soalnya.


 
Copyright © 2014 PenangKini.