BREAKING NEWS

Thursday, 26 January 2017

Dap Umpama Orang Lemas Hingga Tahi Pun Sanggup Dicapai


JELUTONG, 26 Jan – “Umpama orang sedang lemas tahi pun dia akan capai. Begitulah keadaan Dap sekarang yang bukan sahaja sanggup menghulur tangan kepada Pas malah turut bersedia menjalinkan kerjasama dengan BN”, demikian menurut Ketua UMNO Bahagian Jelutong, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman.

Namun beliau percaya helah atau jerat yang cuba dipasang oleh Dap ini bakal memakan diri.
“Inilah wajah politik pembangkang khususnya Dap yang sanggup melakukan apa sahaja asal matlamat tercapai.  Rakyat tidak akan lupa selepas PRU-13, khususnya di Pulau Pinang bagaimana Pas dimalukan dan hina tanpa sedikit belas kasihanpun apabila kerajaan Pulau Pinang pimpinan Dap memecat semua Ahli Pas yang memegang jawatan dalam Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK).
“Bukan itu sahaja, Dap juga yang umumkan untuk memutuskan hubungan dengan Pas yang didakwa kononnya bekerjasama dengan UMNO dan melanggar semangat konsensus Pakatan Harapan.
“Kalau dengan rakan yang dahulu membantunya pun Dap boleh memperlakukan sebegitu apakah Dap fikir BN begitu bodoh untuk mempercayai tawaran kerjasama yang dihulurkan?,”
Tambah beliau apa yang berlaku terhadap Pas membuktikan Dap bukanlah parti yang boleh dibuat kawan.
“Dap sanggup menikam rakan sendiri asalkan apa yang mereka mahu tercapai malah selama ini pun Pas hanya dijadikan kuda tunggangan dalam Pakatan Harapan. Apabila Pas tidak diperlukan, mereka dicampak seperti sampah.
“Sebenarnya Dap kini sudah semakin terdesak kerana mereka sedar, PAN dan PPBM tidak mampu membantu mereka malah Dap sedar bahawa kerjasama mereka dengan PAN dan PPBM tidak ubah seperti memikul biawak hidup,” ujarnya lagi. 
 
Copyright © 2014 PenangKini.