BREAKING NEWS

Tuesday, 24 January 2017

Dap Usah Ghairah Tabur Janji Kosong, Ambil Alih Konsesi Tol Sg Nyior Dulu



KUALA LUMPUR, 24 Jan  – Kerajaan Dap Pulau Pinang pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng disaran agar mengambil alih konsesi tol Sg Nyior sebagai komitmen awal janji menerusi Pakatan Harapan untuk menghapuskan GST dan kutipan tol di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) serta jambatan Pulau Pinang pertama jika mereka berjaya mengambil alih Putrajaya.



Penganalisis politik, Azizi Safar bekata tidak ada maknanya sekiranya melontarkan janji baharu sedangkan tol Sg Nyior masih lagi teguh berdiri dan masih mengenakan bayaran kepada pengguna yang menggunakan laluan terbabit.
“Sekiranya mereka benar-benar serius mahu menghapuskan tol tersebut, bukankah kerajaan negeri boleh berbincang dengan syarikat konsesi yang menguruskan tol terbabit untuk mengambil alih dan menjadi milik kerajaan negeri sepenuhnya.
“Apabila menjadi hak milik kerajaan negeri, bukankah kuasa ada di tangan dan terpulang sama ada mahu menghapuskannya atau mengenakan separuh bayaran yang dikenakan pada hari ini.
“Tunjukkan keseriusan dan bukannya sekadar melontarkan janji demi janji. kalau sekadar janji sesiapa pun boleh berjanji. Apa yang penting adalah pelaksanaan iaitu sejauh mana keupayaan kita untuk menunaikannya,” katanya
Beliau berkata demikian sebagai mengulas janji pakatan harapan untuk menghapuskan GST dan kutipan tol di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) serta jambatan Pulau Pinang pertama jika mereka berjaya mengambil alih Putrajaya.
Mengulas lebih lanjut Azizi seterusnya menegaskan bukankah tanpa menguasai Putrajaya pun mereka boleh menunjukkan keseriusan terhadap janji baharu berkenaan dengan menganggung jumlah yang perlu dibayar kepada syarikat konsesi.
“Soal menguasai Putrajaya atau sebaliknya adalah perkara kedua. Hari ini di depan mata dan mereka menguasai kerajaan negeri Pulau Pinang. Takkan tidak boleh mengeluarkan perbelanjaan.
“Kalau benar-benar nak bagi ‘free’ , subsidi dan sebagainya itulah jalannya. Jangan lagi berpolemik dan macam-macam,” ujarnya.


 
Copyright © 2014 PenangKini.