BREAKING NEWS

Monday, 16 January 2017

Dr Ridhuan Tee Belasah Dominic Lau Chai

BANGI, 14 Rabiulakhir 1438H, Jumaat – Setelah dibelasah teruk oleh Profesor Dr Ridhuan Tee kerana menghina sekolah agama, Naib Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai meminta maaf.
Dia juga menarik balik kenyataannya semalam.
Hari ini, Dr Ridhuan Tee menyifatkan Dominic Lau sebagai amat biadab dan sangat kurang ajar kerana menuduh sekolah agama sebagai ancaman sebenar perpaduan di negara ini.
Dr Ridhuan juga membidas Dominic Lau dengan mengatakan kewujudan sekolah agama adalah selari dengan Perlembagaan berbanding sekolah vernakular.
Free Malaysia Today hari ini melaporkan Dominic Lau berkata, dia sebenarnya mahu pihak kerajaan mempertingkatkan langkah membendung penyusupan dakyah ekstremis dan pengaruh asing dalam sekolah agama, lapor portal liberal Free Malaysia Today.
Dalam kenyataannya semalam, Dominic menggesa kerajaan mengkaji semula dasa-dasar sekolah agama yang dibiayai oleh kerajaan kerana dakwanya, sekolah agama membawa ancaman perpaduan di negara ini.
Dia juga mendakwa sekolah agama mempunyai kecenderungan untuk menghasilkan mereka yang mempunyai fahaman ekstremis Islam.
Dr Ridhuan memberi amaran kepada Dominic agar tidak membuat kenyataan sembarangan menuduh produk sekolah agama punca perpecahan.
Dr Ridhuan juga menyindir Dominic kerana terlalu takut sehingga membuat kenyataan demikian.
Sindir Ridhuan Tee, apalah yang ditakutkan Dominic sehingga membuat kenyataan sedemikian.
“Tidakkah dia sedar, kehadiran menek moyangnya ke Tanah Melayu adalah disebabkan oleh agama Islam yang telah mengetuk pintu hati orang Melayu.
“Dengan Islamnya, Melayu mereka menjadi begitu lunak untuk menerima kehadiran orang asing. Ditakdirkan orang Melayu masih tidak memeluk Islam lebih 600 tahun dahulu, saya tak yakin Melayu sudi menerima orang luar untuk berada dalam negara tercinta.
“Bahkan dengan Islam, ia telah menyebabkan Melayu begitu meraikan orang lain. Jika tidak, sudah lama nenek moyang mereka (orang Cina) ditendang keluar ketika datang berhijrah,” katanya.

 
Copyright © 2014 PenangKini.