BREAKING NEWS

Sunday, 22 January 2017

Dua Maut Nahas Babitkan Tiga Kenderaan

Dua maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 201.2 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan selepas Hentian Rehat  and Rawat Gunung Semanggol dekat Bukit Merah sekitar jam 9 tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kamunting, Mohd Taufiq Abd Sattar berkata insiden itu berlaku kira-kira 8.15 malam apabila sebuah treler membawa muatan simen dari arah selatan terbabas lalu merempuh pembahagi jalan dan masuk ke laluan bertentangan.

"Sebuah kereta Proton Exora dari arah utara melanggar sisi treler terbabit dan menyebabkan kedua-dua kenderaan itu terbakar.

"Sementara itu, sebuah kereta Perodua Myvi juga dari arah utara melanggar treler dan terbabas ke bahu jalan," katanya ketika dihubungi.

Ekoran kejadian itu, pemandu kereta Proton Exora dipercayai lelaki rentung sementara pemandu kereta Myvi meninggal dunia di tempat kejadian.

Beliau berkata pemandu treler pula mengalami patah kaki dan dihantar ke Hospital Parit Buntar. - BERNAMA
 
Copyright © 2014 PenangKini.