BREAKING NEWS

Monday, 16 January 2017

Gempa Bumi 5.7 Mangitud Landa Sumatera, Gegaran Boleh Dirasai di Beberapa Kawasan di Malaysia

Gegaran gempa bumi yang melanda utara Sumatera, Indonesia dapat dirasai sehingga ke beberapa kawasan di semenanjung Malaysia.

Menurut EMSC, gempa yang bermagnitud 5.7 pada skala ritcher itu berkedalaman 10km dan berlaku pada kira-kira jam 8.42 malam.

Selain itu, beberapa pengguna internet di Selangor, Kuala Lumpur, Penang dan Perak juga turut melaporkan ada merasai gegaran.

Gegaran turut dirasai di Pulau Pinang, menyebabkan penghuni yang panik mengosongkan pangsapuri masing-masing.
Penduduk pangsapuri Mutiara Idaman di Jelutong melaporkan bangunan terasa “bergoyang”, menyebabkan ramai menghubungi khidmat kecemasan.
difahamkan penduduk yang kebimbangan berhimpun di luar blok masing-masing sejak 9.00 malam.

Laman seismologi ESMC melaporkan pusat gegaran terletak 42km barat daya kota Medan dan 27km barat laut kota Kabanjahe. Gempa dilaporkan berlaku pada 8.42 malam.
adan Meterologi, Klimatologi dan Geofisika (BKMG) Indonesia mengesahkan kejadian gempa bumi itu melalui Twitter.
Berdasarkan ukuran skala Richter, gempa bumi dengan kekuatan 5.7 digambarkan sebagai sederhana, tetapi dengan gerakan yang “kuat dan mendadak”.
Lazimnya, gegaran seperti itu boleh mengalihkan perabot dan menanggalkan plaster daripada dinding bangunan.
Medan dan Kabanjahe terletak di utara Sumatra. Aplikasi LastQuake ESMC mencatatkan gegaran sedalam 10km.
Netizen di Pulau Pinang turut berkongsi pengalaman mereka di Facebook.

 
Copyright © 2014 PenangKini.