BREAKING NEWS

Sunday, 15 January 2017

GST : Mahathir Serlahkan Dirinya Lidah Bercabang

Jika ada sesiapa yang masih ingat, antara perkara yan begitu hebat diserang oleh Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap kerajaan hari ini adalah isu yang membabitkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST). Beliau mendakwa, GST telah meningkatkan harga barangan di pasaran tempatan dan berterusan memanipulasikan keadaan.

Mengulas tentang perkara ini, Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan berkata, jika Mahathir memperjuangkan SST, cukai berkenaan dikenakan pada kadar 10 peratus untuk cukai barangan dan 5 peratus pada cukai perkhidmatan. Jadi jumlah keseluruhan cukai yang dikenakan adalah pada kadar 15 peratus. Manakala cas cukai GST pula adalah padar 6 peratus flat.

Justeru, beliau mempersoalkan, adakah SST jauh lebih rendah berbanding GST? Jawapannya, sudah tentu tidak.

Beliau berkata, satu perkara yang Mahathir cuba sembunyikan adalah, melalui cukai SST, terlalu banyak peniaga dan peruncit, culas membayar semula cukai yang dikenakan kepada pihak kerajaan. Jika ada yang membayarnya sekalipun, jumlahnya tidak setara dengan jumlah yang dikenakan kepada pengguna. Di sinilah boleh disimpulkan bahawa kerajaan sewaktu pentadbirannya mengalami kerugian tanpa sedar!

Namun melalui cukai GST, ianya disifatkan lebih telus di mana peluang buat peniaga untuk mengelak dari membayar cas cukai berkenaan kepada kerajaan, adalah amat tipis. Kita boleh melihat sendiri bagaimana ada diantara peniaga yang didakwa di mahkamah akibat culas membayar hasil cukai berkenaan kepada kerajaan dan menaikkan harga sesuka hati mereka.

Datuk Huan juga berasakan Mahathir menggunakan alasan yang karut apabila mendakwa harga barangan hari ini selepas cas GST dilaksanakan, meningkat dengan mendadak. Bagi beliau, ia jelas satu dakwaan cukup karut dan hanya direka-reka oleh Mahathir untuk mendapatkan sokongan kepada beliau.

Ini kerana, sejak merdeka lagi kerajaan langsung tidak menjalankan apa jua jenis perniagaan pembekalan barangan makanan dan asas kepada rakyat. Justeru, beliau hairan, kenapa kerajaan yang dipersalahkan apabila berlaku kenaikan harga barang sedangkan pembekal, peruncit dan pemborong yang menaikkan harga barangan mereka?




 
Copyright © 2014 PenangKini.