BREAKING NEWS

Wednesday, 11 January 2017

Guna logo Halal Palsu Sebuah Kilang Diserbu.


Nibong Tebal: Sebuah kilang memproses ayam di Kampung Changkat Dain, di sini, diserbu selepas menggunakan sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) palsu.

Serbuan jam 11 pagi dilakukan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bersama Bahagian Pengurusan Halal Jabatan Agama Islam Pulau Pinang menemui 50 ayam yang sudah dibungkus dengan plastik yang menggunakan logo halal palsu.

Timbalan Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNKK Pulau Pinang Md Nasir Mohamad berkata, kilang berkenaan sudah beroperasi sejak dua tahun lalu.
"Syarikat berkenaan mengedarkan ayam di pasar raya dan kedai runcit sekitar negeri ini, Kedah dan Perlis.
"Selain itu, kami juga menemui 2,000 paket tauhu Jepun yang dibungkus dan menggunakan logo halal swasta yang tidak diiktiraf," katanya.-HarianMetro
 
Copyright © 2014 PenangKini.