BREAKING NEWS

Wednesday, 4 January 2017

Hadir Himpunan Solidariti, DAP Beri Dedak RM50


DIFAHAMKAN DAP akan membayar RM50 seorang kepada penyokong pembangkang yang hadir ke mahkamah pada hari perbicaraan saman Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap akhbar New Straits Times (NST) 9 Januari ini di Mahkamah Tinggi Georgetown.

Selain daripada RM50, DAP juga akan menaja pengangkutan bas dan makan minum kepada mereka yang hadir pada hari tersebut.

Persoalannya, apakah tindakan seumpama ini bukan rasuah? Jika Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang terbukti diterima baik oleh majoriti rakyat di negara ini dilabelkan rasuah atau dedak oleh puak pembangkang, apakah pula selayaknya label yang patut diberikan kepada ‘insentif’ DAP ini?




Pakatan pembangkang ternyata semakin terdesak untuk membuktikan kewujudan mereka masih relevan sehingga sanggup melakukan apa sahaja tindakan yang dirasakan perlu termasuklah menyogok wang ringgit bagi menarik penyokongnya menyertai program-program anjuran mereka.

Berikut adalah kandungan mesej yang disebarkan menerusi aplikasi whatsapp yang meminta penyokong pembangkang supaya hadir di mahkamah pada hari tersebut:

“Selamat pagi 

Datuk Seri Anwar akan berada di Mahkamah Tinggi George Town pada hari Isnin ini 9/1/17, jam pukul 8.30 am. anggota parti dan sukarelawan diminta tunjukkan sokongan dgn menyertai perhimpunan di situ. Adakah saudara boleh turut serta? Perkhidmatan bas dan makanan disediakan. Masa 8.30 am hingga 12 tengah Hari. Sila respon. Thanks”

KLXPRESS

 
Copyright © 2014 PenangKini.