BREAKING NEWS

Tuesday, 17 January 2017

Halang AES , Guan Eng Menangguk Sokongan


Semua pihak sedia maklum Ketua Menteri Pulau Pinang , Lim Guan Eng bukanlah seorang pemimpin yang baik.Hasil kerjanya selama ini bukan sahaja sudah dihidu banyak pihak sebagai "double standard" bahkan sudah sampai ke tahap meminggirkan hak warga Pulau Pinang sendiri.

Kegagalan kerajaan DAP Pulau Pinang untuk menyediakan rumah-rumah mampu milik sudah pun menjadi bualan rata-rata penghuni Pulau Mutiara ini.Ketidakseimbangan antara projek bersifat rakyat dengan projek-projek mewah cukup ketara sampaikan ramai dari kalangan penduduk tampil mengadakan bantahan serta protes terhadap perancangan sesuka hati tanpa memikirkan kesan terhadap alam dan penduduknya.

Selain daripada itu isu yang membelenggu Ketua Menteri dengan pertuduhan terhadap salah guna kuasa dan rasuah yang menanti masa sahaja untuk dimulakan turut menyumbang kepada kejatuhan KPI sebagai seorang pemimpin politik yang sering mengaku sebagai berjiwa rakyat.

Oleh kerana itulah barangkali Guan Eng dilihat begitu terdesak untuk memulihkan imejnya dan keputusannya untuk menolak sebarang pemasangan kamera AES di Pulau Pinang dilihat sebagai tindakan dangkal.

Sebagai sebuah negeri yang mempunyai jaluran jalanraya yang sama pesat dan sesaknya dengan negeri-negeri seperti Kuala Lumpur dan Selangor sudah tentulah jumlah bilangan kenderaan yang keluar masuk ke Pulau Pinang tinggi seterusnya menyumbang kepada kemalangan yang disebabkan oleh sikap pemanduan yang tidak mengikut peraturan.

Bagi menyelesaikan permasalahan tersebut kerajaan DAP Pulau Pinang sewajarnya mengambil kira tentang kaedah-kaedah tertentu dalam usaha mengurangkan jumlah kemalangan seterusnya menyelamatkan nyawa penduduknya.

Pemasangan AES misalnya adalah satu tindakan yang sebenarnya mampu memulihkan keadaan kerana rata-rata pemandu akan memilih untuk mengikut peraturan bagi mengelakkan mereka didenda.

Bukankah ianya merupakan satu tindakan yang baik kerana dengan wujudnya kamera AES ini kerajaan DAP Pulau Pinang secara tidak langsung sudah pun menyumbang kepada usaha menggalakkan pemanduan berhemah bagi semua pemilik kenderaan di negeri tersebut ?

Sayangnya Guan Eng selaku Ketua Menteri lebih terarah untuk mempolitikkan usaha tersebut dengan menganggap AES sebagai sebuah mesin membuat duit dan menguntungkan syarikat konsesi.

Malah Guan Eng turut menyalahkan menteri terlibat bagi sebarang kejadian melibatkan kemalangan yang berlaku di Pulau Pinang.

Amat mengelirukan sekali !

Apa jua keputusan yang dibuat oleh kerajaan DAP Pulau Pinang terhadap isu AES ini ianya bolehlah dianggap sebagai menangguk sokongan rakyat khususnya dalam tempoh waktu PRU14 yang semakin hampir.

Segelintir rakyat mungkin bersetuju dengan tindakan kerajaan DAP menolak pemasangan AES tetapi bagi mereka-mereka yang saban hari menjadi warga jalanraya serta menempuh kesesakan yang memungkinkan berlakunya kemalangan akibat daripada sikap pemandu yang tidak berhemah ianya merupakan keputusan yang tidak tepat. AES sebenarnya menawarkan keselamatan kepada kebanyakkan pengguna jalanraya.

Akhir sekali rakyat Pulau Pinang harus cabar Lim Guan Eng untuk memansuhkan tindakan PBT yang saman parking setiap hari tanpa mengira samada hari cuti dan hadkan bayaran parking semasa masa pejabat sahaja bukan sampai tengah malam!
 
Copyright © 2014 PenangKini.