BREAKING NEWS

Friday, 27 January 2017

Hanya Bilionair Sahaja Layak Dalam Kabinet Trump


Sudah hampir seminggu Donald Trump menguasai Rumah Putih dan selama seminggu ini jugalah, banyak manifesto pilihan rayanya juga sedang giat diusahakan Trump bagi menunjukkan kepada seluruh rakyat Amerika, apa yang beliau janjikan, pasti akan dikota.
Namun begitu, bukan apa yang sedang beliau usahakan ini yang mahu diperbincangkan. Apa yang mahu diperkatakan adalah, bagaimana Donald Trump meletakkan orang-orang kepercayaannya untuk menganggotai kabinet pilihan beliau.
Mungkin tidak keterlaluan andai kita melabelkan kabinet pilihannya ini sebagai kabinet rakan perniagaan dan mungkin juga kabinet bilionair. Manakan tidak, jika diteliti dari senarai kabinet beliau, 90 peratus daripadanya adalah rakan perniagaannya dan sekutu rapat beliau sejak sekian lama.
Sebagai contoh, mereka yang menguasai sektor kewangan Amerika dikuasai oleh mereka yang sudah dikenali sebagai antara bilionair dunia dan ada diantaranya adalah CEO bagi syarikat terkemuka dunia.
Lihat nama-nama ini, Steven Mnuchin, bekas Ketua Eksekutif Goldman Sachs Group Inc dan rakan bisnes Trump sejak sekian lama, Jeb Hensarling, orang kuat Donald Trump, Jamie Dimon, CEO JPMorgan Chase & Co dan Tom Barrack, ketua Colony Capital Inc. Kesemua mereka mempunyai harta dengan anggaran nilai keseluruhannya berbilion-bilion dolar.
Malah, anak-anak Trump seperti Donald Trump Junior, Ivanka Trump dan Eric, turut mengganggotai senarai kabinetnya samada bertindak sebagai penasihat, mahupun menjadi setiausaha kepada kementerian. Bagi perniagaan Trump pula, segala keputusan eksekutif kini terletak di tangan Ivanka dan Donald Trump Junior untuk mengawal perniagaan bapa mereka sepanjang Trump menjadi Presiden.
Tidak ketinggalan, bekas isteri Donald Trump, Ivana yang dilaporkan mungkin akan dilantik sebagai Duta Besar Amerika ke Republik Czech. Sebagai seorang janda kaya, minat yang ditunjukkan oleh Ivana ini disambut baik oleh pemimpin Republik Czech yang merasakan, hubungan dua hala kedua-dua negara berkenaan dapat ditingkatkan lagi.
Inilah rupanya kabinet idaman Trump sejak sekian lama. Dengan dianggarkan mereka yang menganggotai kabinet Trump mempunyai harta bernilai sekurang-kurangnya USD $ 4 bilion, bolehlah kita anggap sebagai kabinet paling mewah dalam sejarah Amerika.

PRU14.TV
 
Copyright © 2014 PenangKini.